ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Thursday, April 01, 2010

✿hari2 terakhir sem 5 ku di IIC ✿



بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


OK..erm..tak lama lagi dah final exam.pastu dah masuk semester 6...kejap je rasa.pejam celik je tengok masa cepat je berlalu.takut masa tunggu result spm dulu pun x hilang lagi ni.hehehe..mcm ngada2 je bunyi nye kan?haha..tapi hari,rasa sedih pulak bile dah sampai hujung semester..erm..xpe..semester depan,kite jumpa lagi..hope dapat sekelas lagi ye kwn2..

ok..memandangkan hari ni kelas yang terakhir,kelas intermidiate arabic,dengan madam sabariah yang best lagi sporting..hehe..kitorg buat jamuan kecil2lan..ana dgn berbesar hati n dgn semangat yang wajar nye telah buat kuih melaka..punya semangat buat kuih,sampai jatuh tergolek kat dapur.sekarng ni ana tengah menderita sakit pinggang,akibat jatuh tergolek kat dapur td.hehe.doakan ana cpt sembuh yer!!.ok.jom tgk suasana sepanjang jamuan di kelas ana arini

rajinnye..hehe..yg kuih dlm bekas 4segi tu,ana la buat.ahaha

ni sambutan birthday untuk sahabat yang bernama adila,sian dia..ni suprise kat dia..punya terkejut dia sampai nagis td..hehe..happy belated birthday adila..



ni sahabat2 yang hadir pling awal td..maka sempat la bergambar.yg dtg lewat tu,sori ek,gmbr x masuk..huhu

haaa..yang comel n cantik skali ni la lecturer kiteorg,yg pakai tudung kaler purple,MADAM SABARIAH..nahnu uhibbuki fillah abadan abada insyaallah..



ok..sampai disini saja..dikesempatan ni,ana nak mintak ampun n maaf kpd sume secara umum n terbuka nya..ok..wassalam..

Continue reading...


Thursday, March 25, 2010

✿ baik-baik sayang✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam 1 HPA, salam 1 malysia..hehehe..khabare?waras? alhamdulillah..
arini ana nak kupas sikit isu yang sekarang ni kerap kali kite dgr n kita baca di akhbar..cube teka isu apa??erm..isu buang anak la..

ok.tajuk ana arini pun "baik-baik sayang"..ni ana ambik tajuk lagu WALI BAND..memang best sgt untuk pasangan yang tengah hangat.hangus terbakar dek panas "API CINTA"..

OK..bila kita nak mendefinasikan cinta ni kepada satu maksud yang spesifik,memang lah susah..tp pada umum nya cinta ni satu perasan yang ada pada semua makhluk ALLAH.manusia,binatang,tumbuh2an..semua nya ada ALLAH bg anugerah cinta.cinta sememangnya fitrah pada kite semua..di beri rasa cinta ni agar manusia dapat mengembang biakakn nasab keturunannya dgn cara baik.kita sebagai manusia,yang ALLAH ciptakan dengan kelebihan berakal sepatutnya kite pergunakan akal sebaik2 nya.tapi manusia la ni seolah2 hanya ada otak tanpa akal.sama dengan binatang.

berani nya ana kata semua ni sebab segala bukti kita dah sedia lihat.orang sanggup dera anak,sepak macam bola.sampai mati budak tu..apa dosa budak2 tu?anak2 kecil ni umpama kain putih yg bersih suci.kita sebagai ibu bapa ni la yg bertanggungjawab mencorak anak2 ni.bukan merosakn anak2 yg dimana anak2 ni nanti sebagi wasilah generasi akan dtg nanti..

ok..berbalik pada kes buang2 anak merata2 ni..persoalan pertama ana nak ketengahkan..kenapa orang sanggup buang anak??

jawapannya, orang atau golongan yang sanggup buang anak/ bunuh anak adalah kerana golongan ni mudah melahirkan anak tersebut.mudahnya melahirkan anak itu hasil daripada apa?hasil dari seks yang mudah..mudah tanpa ikatan yang halal.perhubungan yang free..
org yg mengandung anak luar nikah ni,MEMANG MUDAH UNTUK BERSALIN. ITU LAH ANTARA SEBAB DIA SANGGUP BUANG ANAK TU.DIA TAK RASA SAKIT MELAHRKAN ANAK ITU..

bagi perempuan yang sah menjadi isteri kepada seseorang lelaki,mmg hakikatnya agak susah / sakit yang teramat masa melahirkan zuriatnya.nyawanya ibarat telur dihujung tanduk.maka,rasa sayang pada zuriat tu sgt tinggi.dengan penuh rasa syukur pada kurniaan ALLAH...so,kat sini kita dah blh paham dh kenapa org sanggup buang anak..dan tak kisah la kenapa orang yg lahir anak haram ni mudah nak beranak..kat dalam toilet pun jadi.

so,kepada adik2,kakak2,abangs2,..semua lah yg terlibat.kita sama2 menjaga satu sama lain.jangan terlalu gelojoh mengejar cara barat yang merosakan diri kite.orang barat pun belajar tentang budaya kita.tapi,dorg belajar kerana nak mencari kelemahan kita supaya dpt melingkupkan kite..tapi,kite bljar dr mereka n terus memperaktikkan tnpa memikirkan kesan yang buruk tu akan terkena kat diri kita sendiri.maka,kita fikir2kan sejenak.jika yang tengah bercinta,berkadar2.bila rasa dah nak terlebih dari kadar,maka segeralah kawen.if xmampu tu,cube kawal2 nafsu..islam dh ajar kita mcm ne nak kawal nafsu.antara nya dgn berpuasa..perbykan amal ibadat pada ALLAH.sibukan diri dengan PERKARA YANG SIHAT.insyaALLAH, jika kita mampu kawal,perkara negetive ni insyaALLAH dapat dibendung.jika tidak mampu banyak,sedikit pun xpe.asalkan ada berkurangn.
JANGAN SAMPAI NASI JADI BUBUR..SELAGI MAMPU MENGELAK,ELAKKAN..JANGAN MENYESAL DIKEMUADIAN HARI..PADA SEMUA,LAKI N PEREMPUAN,TAPI KHUSUSNYA PADA PEREMPUAN,,JIKA KITA SAYANG MACAM MANA PUN PADA LAKI TU,JANGAN SAMPAI TERGADIA MARUAH...SEKALI KITA BERI,SELAMANYA KITA RUGI..ALLAH SENTIASA PERHATI KITA...BERIKAN SELURUH RASA CINTA PADA ALLAH, INSYAALLAH,ALLAH AKAN BERI CINTA YANG TERBAIK PADA KITA..USAH GUSAR,USAH BIMBANG,JANJI2 ALLAH JANJI YANG TAK MUNGKIN DIMUNGKIRI..INSYAALLAH BERBAHAGIA KITA DISINI(DUNIA)
DAN DISANA(AKHIRAT) NANTI...sesungguhnya,ALLAH sentiasa bersama hamba2NYA...

ni ana nak tujukan sebuah lagu untuk semua..lagu baik2 sayang-wali band

"aku tak ingin kau menagis bersedih,sudahi air mata darimu,yang aku ingin arti hadir diri ku,kan menghapus duka mu sayang..kerna bagi ku kau kehormatan ku..dengarkan..dengarkan aku......
hanya satu pintaku...untukmu dan hidupmu..baik-baik sayang,ada aku untuk mu...
hanya satu pintaku disiang dan malammu,baik-baik sayang kerna aku ada untukmu..."

Continue reading...


Thursday, March 18, 2010

✿ pabila hilangnya rasa malu itu ✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ok..harini ana nak cerita cikit apa yang menarik yang berlaku..tadi,pukul 3 ptg tadi,ana dan kawan naik la bus untuk ke maydin yang dekat stesan bus pudu.masa dalam perjalanan tu,ada la sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan umur 17-19 tahun..diorng ni sembang memang gempak habis..dengan gelak sekuat ati nye macam bus tu dia yang punya la...tu tak la kisah sgt, tapi yang kisah nya bila diorng cakap tak tapis.maksud tak tapis kat sini ni iaah ada unsur yang x sepatut dia sebut.tetiba je dia mencarut..dah la sebut mak dia punya "privet part"..macam ne la kalau dia sebut benda tu depan2 mak dia..agak2nya apa la dia dapat..maybe 5 jari hinggap kat muka dia..tak pun kena tonyoh cili api kat mulut dia..

ok..balik pada kisah budak tu kan,bila kita pikir balik,tergamak betul dia sebut perkataan tu tanpa segan dan silunya di khalayak ramai..yang si budak A ni kata kat si budak B "P***MAK KO"..yang si budak B ni jawab, " asal P***MAK aku lak..P***MAK mak ko la"....tengok la budak2 zaman sekarang..betapa daring nya berkata2...

dulu,masa ana kecik dulu la,ada jiran ana ni..dia gaduh2 dengan mak dia..pastu dia terlepas cakap kat mak dia.."mak gile"..pastu,mak dia trus pergi dapur,ambik cili api,dia sental cukup2 kat mulut anak dia..anak dia cakap gitu,tapi tindakn mak dia macam keras sikit.tapi atas tindakan mak dia mengajar anak tu,ada kesan tau.anak dia tak penah sebut gile ke,bodoh ke kat sapa2 pun.sebab dia ingat apa mak dia buat..pastu,mak dia cakap kat anak dia,

"dosa tau adik cakap mak mcm tu..mak lahir kan adik.sanggup adik cakap mak gila.ALLAH marah tau kalau adik buat mak sedih.mak syg adik..mak xnak ALLAH marah adik atas kelalaian mak menjaga adik.walaupun perkataan gile tu tak mencederakan mak,tapi mak nak adik tau,jika mak x ajar adik sekarang,nanti adik akan lebih biasa cakap benda2 yang lebih dahsyat kat orang lain nanti"...


macam sebelum ni ,kalau x silap ana,ana ada cerita kot,yang ada budak tu cakap kawan dia babi.pastu kwn dia angin la kan kwn dia kata gitu.tp,nak sejuk kan ati si kwn yg tgh marah tu,dia ckp.."ala,babi tu kan nama binatang"...hehehe..wlupun boleh tahanjugak la nak tergelak..tapi,secara nyata nya pekara ni perlu la di ambil serius..SEBAB KATA2 MELAMBANGKAN DIRI INDIVIDU YANG BERKATA2...tapi kalau budak2 yang cakap merepek2 macam tu..org salah kan sapa???semestinya IBU BAPA MEREKA dipersalahkan..betul x??mesti org akan kata,"ni mesti mak bapak tak ajar"...ini normal..

kadang2 org salah kan mak bapak dulu sebab mungkin kadang2 bila si ibu atau bapa marah kat anak2 tu,mungkin akan terkeluar sikit perkataan tak elok..so,anak2 pun ikut.tak pun kadang2 emosi terlampau bila tengok cerita2 kat tv,pastu terkeluar kata2 x elok didengari,pastu anak dengar..anak pun praktis sebut sebab dia pikir "kalau mak ayah aku sebut,apa salah nya aku sebut".pastu bila dia bersama kawan2 dia mula la menyebut benda tak elok tu pada kawan2 dia..pastu,secara tak langsungnya,perkara ni tersebar luas...

apa2 pun..cube kita pikirkan sejenak cara2 yang terbaik untuk mgatasi perkara macam ni..walaupun perkara ni kemungkinan agak sukar untuk di lesapkan..tapi mungkin boleh kita kurangkan..InsyaALLAH..tapi benda ni bukan budak2 je kurang ajar dalam bertutur kata,tapi orang dewasa yang berotak pun kadang2 acam hilang akal bila berkata2..KURANG FIKIR,KURANG ZIKIR..renung2 kan..selamat
beramal..


" Benar... kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan. Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam berdakwah. Berdakwah tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan"
Continue reading...


Tuesday, March 02, 2010

pertandingan kubur








erm..cantik betul kubur2 kat ats ni..tapi cantik nya untuk apa ya??x ke rasa membazir?tak rasa kelakar ke?nak tergelak pun ada,rasa sedih pun ada..macam2 rasa ada...erm..perhiasan kubur yg terlampau macam ni adalah haram ye.

.Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah 'KO' nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu anhu, dia berkata,Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata?ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
wALLAHua'lam..

Continue reading...


Sunday, February 28, 2010

✿rehat2✿


JOM KITA BERPANTUN..
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
tak salah kalau dunia nak dikejar,
tapi,akhirat jangan sekali dilupakan..

tinggi-tinggi si matahari,
anak kerbau mati tertambat,
hari-hari kena muhasabah diri,
hisablah diri sebelum terlambat.

kalau roboh kota melaka,
papan di jawa hamba dirikan,
kita semua hambaNYA belaka,
sampai masanya akan dikembalikan...

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
HAL DUNIA KITA SENTIASA NAK KE DEPAN,
KENAPA HAL AKHIRAT KITA BUAT TAK TAHU??

tanam pinang rapat-rapat,
biar si puyuh tak dapat lari,
bertaubatlah kita sementara sempat,
SEDARLAH ATAS BUMI SIAPA KITA BERDIRI...


Continue reading...


✿no name✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

apa khbar yer semua??lama tak ziarah blog sendiri..nak kata xde cerita,banyak je yang nak di kongsikan bersama..tapi,masa macam cemburu betol kat ana ni.hehe..

first ana nak cerita ketidak puasan hati ana kat insan bernama doktor..ana x paham la apa yang dia buat time ambik medic dulu..bukan la x puas hati mcm ne..tapi ada sikit la rasa geram tu..sikit je..x banyak...ok..cerita nye macam ni,rabu lepas,umi ana masuk hospital sebab ada masalah kat kaki dia..dah setahun dah duk derita sakit kaki.kaki dia membengkak macam belon terlebih angin tunggu masa nk meletop..http://emo.huhiho.com..bila pergi hospital,x-ray pe suma.doktor kata
"tarak pa pa la incik.cume gaout saja..kasi cucuk itu macamm nanti baik la itu sakit"..dia pun cucuk la ubat sakit gaout kat kaki umi..tapi..x baik2 jugak..xpe...ikhtiar lagi pergi hospital,doktor kata masalah buah pinggang..umi ana ambik ubat hospital,ubat hpa,hi kambing la..mcm2..tapi sakit x berkurangan juga..dah sampai setahun..tapi,lepas kenduri aritu,kaki umi makin teruk..umi dah x boleh nak jalan,,nak pijak pun tak boleh..maka ,abah ana pun bawak dia pergi hospital hari mtu..and buat x-ray skali lagi.umi kata,ni kali ke 5 dia kena x-ray..tapi,x-ray yang kali ni baru si doktor ni dapat detect sakit umi..rupa2nya......................kaki umi bengkak x surut2 sebab tulang di buKU lali umi n tumit dah hancur..HANCUR!!!http://emo.huhiho.com..
abah ana tanya,knp x-ray yg kali kelima ni baru tau hancur?dah setahun dah ni..doktor pun jawab"maaf,kami x perasan pula..report yg kami dapat xnampak ada keretakan pada tulang.tapi x-ray kali ni menunjukkan tulang tu dah hancur"..betapa skema nya doktor bijak ni cakap kan?so,abah ana cakap,"so,mcm mana sekarang?"..dengan selambenya doktor tu berkata" kasi potong saja"...http://emo.huhiho.com
tapi,umi ana xnak..so,doktor tu just simen je kaki umi dengan fiber xguna simen batu tu..so..sementara ni umi ana just makan herba hpa je..dia makan radix kapsul n minyak zaitun.umi start mkn hari khamis n sampi skrng dan dia akan terus makan.ikhtiar n tawakal je dulu..sembuh atau x, itu urusan allah.nak salah kan doktor pun mmg la x boleh kan.tp frust jugak la dia kata xprasan la,suh potong la.mcm xde cara lain pulak..kita sama2 doakan umi ana yang x boleh nk berjalan lagi skrng,smoga umi cepat sembuh.amin.balik pada cite doktor td kan..erm..tau la awk tu di hospital kerajaan..tapi bagi r service tu ikhlas sikit..jgn la ambk sikap sambil lewa.dulu blaja penat2 kan,bt kerja baik2 la.walaupun hospital kerajaan ke,swasta ke apa ke...sematkan la keikhlasan di hati nak bantu org sungguh2.buat baik allah akan balas,buat jahat pun allah bg balasan gak kan?.be fair to each other.what comes around goes around k ?bkn untk doktor je.semua org juga..

ok,seterusnya,sapa tau music lagu ais krim paddle pop tu?ok..aritu,masa ana tengah tunggu bus nak balik ipoh,kat pudu raya..ada la motor ais krim ni lalu..sedap r bunyi dia..ada la budak laki ni,dia nyanyi ikut mucis lagu tu..dia nyanyi mcm ni..
"cina buat,
india juai,
MELAYU BELI!!

HEHEHE..1 malaysia.....ERMM...comel kan lirik lagu budak ni nyanyi..yang melayu buat,melayu beli x??pun x tentu lagi kan???ana penah tanya kawan ana,kenapa kita beli sesuatu barang tu?kawan kata "kite beli sesuatu barang tu sebab kite suka kualiti dia,n kita sokong barang pengeluaran dia"...ok..sokong ek??erm..xmau cakap lebih..kita pikir la sama2...ok..salam...

http://emo.huhiho.com
Continue reading...


Sunday, February 07, 2010

seek first to understand to be understood


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

apa khabar semua? Ana sentiasa doakan semoga kita semua sihat sejahtera..erm..terasa lama juga ana tak berceloteh di ruangan blog ana ni..terasa rindu pun ada..lama tak menulis ni pun atas sebab kesuntukan waktu..terlalu banyak perkara nak di urus kan..alhamdulillah,ana baru je sudah dengan exam mid term..pas habis je exam,di susuli pula dengan krusus induksi untuk para Main Board Arabic Language Society yg merupakan salah satu kelab di kolej ana.

http://emo.huhiho.com

Ana menulis kali ni bukan la untuk mencerita kan aktiviti2 ana,seperti post2 yang lepas.tapi,penulisan ana kalini hanya nak berkongsi rasa,pandangan dan pdapat dengan antum semua.mungkin ini juga adalah luahan dari hati ana..ana lebih suka meluahkan disini,agar kita sama2 boleh bertukar2 pendapat.bagi ana,ini yg terbaik dari menulis dalam dairi..sbb luah dlm diari, tak de penyelesaian..sama je macam pendam dalam hati..apa akibat nye jika sesepekara di pendam terlalu lama? Penyakit hati akan dtg pada diri kita..

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

ok..kite sebagai manusia yang diciptakan oleh ALLAH dengan pelbagai bentuk,rupa,kekurangan,kelebihan dan sebagainya..lain orang lain cara nya.tak ada manusia yang betul2 sempurna.sebab itu la ALLAH ciptakan hambaNYA dengan pelbagai2 perangai,rupa,kelebihan dan sebagainya supaya antara manusia ni boleh melengakapi antara satu sama lain.dalam aspek berdakwah dan jihad contoh nya,dapatkah kite seorang diri melaksanakan nya tanpa ada pihak lain disisi kita? Tak boleh kan? Nak main bola pun kena ada team gak..tak boleh main sorg2..so, kite jgn la sll berpuas hati dgn diri kite yang baru ada sikit kelebihan ni.kite kena pikir,kite still perlukan orang lain juga untuk back up kita. Walau sehebat mana pun kita,kita kena sedar juga di bumi Siapa kite berpijak.walau setinggi maa pun pangkat kita,jgn kita pandang rendah org yg di bawah kita.sebab,tanpa org bawah juga,kita xkan mampu duduk diatas..

http://emo.huhiho.com

kalau kita nak orang hormat kita,kita hormat la orang lain juga.kalau nak org paham diri kite,kite pun kena la paham diri sesorg tu. jgn la penting kan diri sendiri.nak org je paham kita, tapi kita xpenah pun nak paham org lain..tak boleh la gitukan?

http://emo.huhiho.com

“seek first to understand to be understood”


kalau nak org hargai kita,kita kena hargai juga org tu..bagi ana, dari segi nak berkawan. Xsalah kot nak kawan degan berlawanan jantina.”KAWAN”..paham betul2 istilah kawan..berkawan biar beribu,bercinta biar satu..walaupun berkawan,batas tu perlulah semestinya diutamakan..tapi,ada sesetengah kawan ni tak paham...kalau girl,mesti kawan dengan girl je..kalau laki, dengan laki je..macam tu kah?kalau girl ni ada kawan laki je..org kata bercinta..patutkah kita memberikan andaian mcm ni?kita kawan dengan semua orang, tak kira kaum,bangsa, atau jantina.

http://emo.huhiho.comSalah kah seorg sahabat bertanya kan khabar?salah kah seorang sahabat nak menceriakan sahabat nya walaupun berbeza jantina?..ana penah baca dari artikel2 ,kononnya,bg kaum wanita,selagi benda tu xpenting,xperlu lah kite melibatkan kaum lelaki..bagi ana statement ni betul..tapi biar la pada tempatnye..contohnya,tak kan bertanya kan khabar,nak kongsi masalah pun manjadi satu kesalahan atas sebab ianya x penting?

http://emo.huhiho.com

Adakah kita berkawan dgn org untuk hal2 yg tertentu saja? tak..sebagai kawan pun ada juga tanggungjawab nya..seperti, menjadi pendengar yg baik,memberi pendapat atau bantuan , menjaga hati satu sama lain,menceriakan hati sahabatnya..tapi,apa yang ana dah dapat sekerang,lain...ana bukan la nak mengharapkan kesempurnaan ..tapi,ana harapkan kite sama2 boleh betul2 paham apa itu kawan.andai la satu hari nanti,kawan yg selalu ada dengan kita,dan tanpa kite sedari kita pernah menyakiti dia tetibe pergi meninggalkan kite untk selamanya,sedangkan kite belum sempat lagi atau tak pernah terpikir pun nak mintak maaf dengan dia..tak de kah rasa bersalah dengan dia bila kite kenang2kan yang kita pernah singgungkan hati dia?yela,kdg2 gurauan atau kata2 kita mungkin ada yg myakitkan hati dia.tp,dia xbgtau kat kite.kite just nampak dia mcm ok je.tp kot dlm hati dia tersimpan rasa sedih atau marah?macam mana? sebab,kite hanya boleh nampak seseorg itu hanya dari luarannya saja..mmg kita nampak dia sentiasa happy,ceria,seronok je selalu...tapi,yg didalam nya??memang kite x tau..tapi x salah jika adakalanya kite cube selami hati dia.http://emo.huhiho.com

oklah..ana rasa cukuplah sampai sini.fikir2kan lah sejenak,..maaf andai ada tersalah kata dlm berbicara...

wassalam...

Continue reading...


Saturday, January 09, 2010

dalam kesibukan ada ketenangan


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

minggu ni berlalu dengan cepat sekali.dengan kesibukan yg amat ketara..hehehe..ada je aktiviti nak buat..habis je kelas,mesti ada je program nak di settle kan...minggu ni juga,banyak tempat ana pergi..start ari sabtu la..pergi ke lowyat,esoknya pergi Ampang,isnin dah start kolej.mmg busy sgt la..letih..jom tgk suasana dlm kelas ana..

lisa tgh bg penerangan

tapi,dalam kesibukan ni,ada kesoronokkannya..nak tau apa dia??hehehe..pas je kelas ni,ada kwn2 ana iaitu anis,hannah n adila buat suprise birthday party kat kwn dlm kelas ana ni gak yang bernama sara n laila....so,ana n kwn2 ana yang lain secara tak langsun dijemput untk turut meng'suprise' kan budak dua org ni..hehehe.budak yer??padahal dah 20 tahun dah umur..hehehe.

yg bj kurung bunga merah ni nama nya sara.laila duk belakang..dia x sihat.

may allah bless u all,sara dan laila...tq to anis n de geng sebab sudi jemput kitorang join birthday party ni

my friends,classmate,housemate n roomate.hehehe

my best friend forever..lisa



hari rabu lak,ana n kawan2 ke shah alam sebab ada PC FAIR kat ALAM CENTRAL, SHAH ALAM. sebelum ke ALAM CENTRAL ni, kitorang singgah sat solat asar kat masjid negeri. untuk pertama kalinya ana dtg ke masjid ni..cantik sgt2..besar...damai je hati .

lawa kan?? mmg cantik..nnt kalau datang shah alam jgn lupa singgah k?
(p/s: ana dah promote shah alam ni..mst xlama g dpt datuk..hehehe.gurau2 je..haha)


dipersekitaran masjid

lepas dah puas bergambar,rehat2..kitorang pun begerak lah ke ALAM CENTRAL tu..pas dah penat tengok2 PC FAIR tu,kitorg singgah mkn jap kat STALL MAKANAN UTARA...best kan?? tak payah susah2 nak p utara..kat K.L pun ada..heheh..ana makan mee sup utara..alhamdulillah..sedap sgt2!!kalau x caya,mai pekena semangkuk..hehehehe..


dah habis makan..

hehehee..lisa kehausan.

hari khamis lak..pas je habis kelas kul 5 petang..ana n faridah pergi jogging kat TITIWANGSA..hehhee..jogging tuu..hehe..sebenarnye jalan2 je..nk release tension...ni pun first time ana jejak kaki kat TITIWANGSA ni..huhuh..

cantik sgt alam ciptaan ALLAH ni.tenang je hati tengok



ok sampai disini je..oh ya..hampir terlupe ..ESOK BLOG ANA GENAP BERUSIA SATU TAHUN!!! Alhamdulillah..thanks to all followers,kwn2 yang sentiasa sokong blog ana ni dari mula penerbitan blog ni sampai la ke harini..syukran alaikum...
wassalam..

Continue reading...


Friday, January 01, 2010

take a break...


Assalamualaikum semua..
arini sambil kita semua duk bersantai menikmati cuti,apa kata kita layan kisah lawak yang ana nak kongsi dengan antum semua ok..tadi ana ada dapat email dari kak ipar ana..cerita nye lawak sangat,tapi lawak la juga..sebabnya,kisah yang nak cerita ni mengisahkan orang yang duk kat sabah serawak ni memang pandai n bijak dalam memberi nama pada anak-anak diorang.tapi,agak-agak la kan sebab nanti bila anak-anak tu dah besar nanti mesti diorang rasa malu dengan nama diorang dan secara tak langsung boleh buat dia di jadikan bahan ketawa org ramai..ingat tak entry ana yang sebelum ni? sorang waiter di sebuah restoran di singapore yang bernama batman bin suparman.. ok..jom kita tengok ...





ni mungkin peminat tahap dewa Ning Baizura kot..tapi takut kena bayar royalti,maka mak bapak dia tukar la sikit.

ni pulak nama nya Lagu Ajai..Musti mak pak dia peminat lagu2 Ajai.bangga Ajai!

yang ni lagi best!! Julia robert gitu!!!nak otograp boleh?!!


Yang ni nama dia,Jawa King..Pergh!! ni mesti mak pak bercita2 besar nak anak jadi raja..raja jawa..jowo pun jowa la...jadi rock!!pewiitttt

ok..selamat berhibur..alhamdulillah,nama ku dari sejak lahir,sampai la ni n sampai kapan pun namaku tetap SITI IBTIHAL WAFA..
alang2 tulis sal nama ni,ramai yang tanye pe maksud nama ana..ok..meh nak story cikit..
Ibtihal ni nenek ana yang bagi.menurut beliau,maksud ibtihal ni ialah penerangan awal dan akhir..
wafa tu pula maksud nya kesetian.wafa ni juga nama keturunan ana.semua family ana ada nama wafa dihujung nama diorg.kalau org call rumah memnag agak bermasalah jika nak cakap dgn wafa..sebab dalam rumah semua ada wafa..hehe..so,kena la spesific kan..hehe..ok..wallahu'alam..
sekian,wassalam..
Continue reading...


Thursday, December 31, 2009

gud bye sweet teen to all 90


Assalamualaikum..

hehe.gud bye SWEET TEEN TO ALL 90..kepada semua yang lahir pada tahun 1990, lagi berapa jam je lagi untuk kita count down..pas ni no more sweet teen dah kerana hari ni merupakan hari terakhir untuk kita hidup...hidup sebagai BUDAK BELASAN TAHUN !! .hehe..esok kita dah masuk alam puluhan tahun lak..tapi x la kerepot lagi,baru nak masuk 20 tahun je kan?hehe..ok la tu..masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia ni..maka perlu lah kita hargai selagi hayat di kandung badan...di kesempatan ini juga,ana ucapkan SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA YANG SINGGAH KE BLOG MISS_HPA ,dan TAK DI LUPAKAN ,kepada sahabat2 yang rajin bagi sokongan kat blog ana ni iaitu LISA, MKI, AZAM, KELUARGA CRC PASIR GUDANG JOHOR,ADIK NURUL,ANIS N AMMAR,KAK MIRA ,SEMUA FOLLOWERS BLOG MISS_HPA...
SEMOGA TAHUN YANG MENDATANG NI AKAN DI ISI DENGAN AZAM YANG BARU...

kepada sesapa yang nak p menyambut HAPPY NEW YEAR ni, berkadar2 lah..elak maksiat PASTI selamat...abadan abada..

SEGALANYA INDAH DAN BERMAKNA JIKA SEGALANYA ITU DILAKUKAN KERANA ALLAH
salam
Continue reading...


Wednesday, December 30, 2009

bila di fikir-fikirkan.....


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..


Assalamualaikum wbt.


ok..kenapa ana tulis tajuk macam ni? "bila di fikir-fikirkan" ....
ye..ana nak kait kAn dengan satu iklan di TV khusus nye..mungkin ana agak lambat tau tentang kewujudan iklan tersebut sebab ana jarang tengok tv sejak2 ni..tapi semalam,ana tengah makan..sambil makan tu tengok la tv..pastu ada iklan yang kalau antum semua perasan yang ada kanak2 berbilang bangsa tengah main kawin2..budak yang kawin tu pulak,sorg budak perempuan melayu dan budak lelaki india.iklan ni nak menunjukan konsep apa ye??sudah pasti nye 1 MALAYSIA kan??yang sakan jadi sebutan orang.."salam satu mlysia la..apa la..macam2 lagi..mungkin ada baik n buruk nye..tapi berbalik dalam iklan ni...mungkin tujuan dia nak menunjukan konsep 1 malaysia ,tapi ana rasa macam dlm iklan tu juga menganggap 1 malaysia ni umpama macam nak mengabungkan semua gama jadi 1 juga..1malaysia 1 agama..macam tu kah???sebab dlm iklan tu melayu a.k.a org beragama islam kawen dgn beragama hindu?

kite paham ianya sekadar iklan saja..n bukan lah satu perkahwinan yang sah kan..tp maksudnye tu yg buat kite terpikir...ada kah 1malaysia tu juga boleh membawa ke pada 1 agama?


Islam adalah agama yang indah ,mudah,agama yang satu...islam is the way of life..tapi tak la jadi terlalu mudah seperti yg digambarkan dlm iklan tu..

seperti yang kite sedia tahu,negara kita ni negara islam...tapi sekarang?adakah Islam itu hanya tinggl pada nama nye je?tapi x di praktikan sehinggakan ada yang sanggup meng'SATU'kan perkara yang tak sepatutnya di'SATU'kan??so bila di fikir-fikirkan macam ne??

sekadar untuk membuka minda kita bersama..kite fikirkan bersama...

THINK POSITIVE, BE POSITIVE...


"bawalah Allah ke dalam hati kita selalu,

nescaya tiada duka untuk kita...

bawalah Allah ke dalam hati kita selalu,

nescaya musibah dunia tiada apa untuk kita..

lampau Allah telah membantu kita..

kelmarin Allah telah membantu kita..

percayalah,

hari ini dan selamanya Allah tetap akan membantu kita...

semoga kita menjadi hamba Allah yang paling bahagia disisiNYA"


ONE HPA,ONE HOPE,ONE JIHAD TOWARD ONE ISLAM!!


TERUS GEMPUR HPA!


Continue reading...


Monday, December 28, 2009

✿cerita dari k.l ke perlis....✿



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pertama sekali,masih belum terlambat lagi untuk ana nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1431..Semoga kita hadir dengan azam baru dlm menuruskan kehidupan di muka bumi ALLAH yg sementara ni...dah lama betul rasanya x menziarah ke blog sendiri..hehe..tapi sekarang ana nak update cerita2 hangat yg telah blansung slama mana ana tak updtae blog ni k??hehehe..

pada 18 hb 12 baru ni..tepat jam kul 12tgh mlm,ana bertolak ke sungai petani untuk menghadiri PIC(program ilmu cemerlang) pada 19-20 disember 2009..sepatutnya PIC ni kat buat kat sungai petani,tapi lokasi nya telah ditukarkan ke HQ HPA di JEJAWI ,PERLIS...tapi tiket dah terbeli awal..so turun kat sungai petani la jawab nye..nasib baik ada kak fathi,anak PJS Sabri..dia la tolong ambik ana..dan juga hantar ana ke tempat PIC tu..singgah la sat kat rumah dia..



ni la PJS Sabri n famly di stokisnya..sure ramai yang kenal.sbb PJS Sabri ni top 20 HPA...TERIMA KASIH ana ucapkan ats pertolongan antum...pastu,dalam perjalanan nak ke perlis tu..kami singgah di ROR(Radix Organic Recipe) dan disebelahnya Hotel AL-ZAHRAA..


setibenye di KOMPLEKS AL-WAHIDA(HQ HPA),JEJAWI PERLIS...

teng..teng..tenggggg!!!

HUAA!!!! teruja betol..memang dah lama sangat teringin nak dtg sini..xsangka btl..tak dirancang pun nak dtg,tp dpt gak dtg..mcm x caya je sampai sini...hehehe...alhamdulilah..aturan ALLAH mmg hebat...ALLAH memberi ikut prasangka kita..insyaallah..

pastu dah sampai je..terus la daftar nak masuk..hehehehe..excited ni!

pagi tu,slot yg pertama di isi oleh GW AWM, TUAN FAISOL. Beliau bg slot tentang insentif ta'awun 2010..memang best la.rasa semangat membara2 dah..mcm nak terbakar je..semua peserta PIC yg hadir pun semua bersemangat habis!.alhamdulillah..maka inilah yang kita cari..slot seterusnya di isi oleh PENGURUS BESAR HPA, TUAN HJ ISMAIL AHMAD sehingga lah tamat PIC.ana duk barisan yang agak jauh..maka xdapat nak ambk gambar en.faisol n tuan hj ismail dgn jelas.so,gamnbar yang ana dtp ni dr sorg sahabat di PIC juga,sbb dia duduk dekat barisan depan.


lepas hbs slot,tuan haji ajar cari senaman pernafasan yang betul..masa nak buat senaman ni,banyak jugak kata2 hikmah yg tuan haji bg.tp ana xsempat salin...maaf yer..
so kat bawah ni semua cara2 senaman pernafasan..yang buat tanda peace tu bukan nak kampen peace no war e apa ke..bukan ek..ni adalad semata2 senaman pernafasan je..


ni bersama sahabat2 yang turut hadir PIC..

So,memang banyak ilmu yg blh dapat kat PIC ni..nak kongsi pun ana rasa terlalu byk untk di kongsikan.so,jika ada PIC lagi,sila la pergi.banyak ilmu2 yg bermanfaat yg disampaikan terus dari TUAN HAJI ISMAIL AHMAD..ok,cukup dulu sampai sini...maaf andai ada tsalah kata...salam
Continue reading...


Tuesday, December 08, 2009

INTENSIF 2010 DIUMUMKAN


Insentif Ta’awun 2010

Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• HPA Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF

Katagori Pertama

• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah

1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00

Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic

Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).

Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.

Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut

Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat

• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.

1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu

*SEMUA BLOGER HPA SILA LINK SEGERA, SILA CETAK DAN SEBARKAN DAN SILA DAPATKAN INFO LENGKAP DARI ANGGOTA TRIBUNAL YANG HADIR PADA MAJLIS PENERANGAN.

PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

GEMPUR RADIX
untuk maklumat lanjut sila ke blog GM AWM http://gmalwahida.blogspot.com/

SUMBER= http://gmalwahida.blogspot.com/

Continue reading...


Saturday, December 05, 2009

✿untuk kite ajeeer....✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

apa khabar semua?ana doakan semoga kita semua sihat wal afiat hendaknya....
apa yang untuk kite ajer ni ek??hehehe...jom kite layannn...

ok....ana just nak promote satu network untuk kite semua..dia macam facebook gak la..tapi tak lah sehebat facebook..yang boleh menjadikan ianya hebat,semua tu atas sokongan kite semua.nama network ni GEMPUR RADIX...yang menjadi admin utama yang telah menubuhkan GEMPUR RADIX ni adalah merupakan seorang pelajaran jurusan kejuruteran di USM.nama beliau ialah MohdNorzaidi bin mat nawi atau beliau lebih dikenali sebagai Zaidikini.
GEMPUR RADIX ini telah ditubuhkan pada bulan November 2008.

Pada mula nya,beliau mengunakan website yang digunakan sebagai forum (klik untuk ke website) untuk kemudahan orang ramai untuk bertanya tentang HPA.Tapi,beliau dapati ada kekurangan kerana forum tak mempunai fungsi yang pelbagai.Selepas itu,beliau terus mencari alternatif lain sehinggalah beliau berjaya menubuhkan GEMPUR RADIX ni.
Di GEMPUR RADIX ini juga antum semua boleh daftar untuk join network ni.
so boleh la nak kongsi kan pendapat,nak bertanyakan apa2 soalan,nak tolong jawap soalan..sebab tujuan GEMPUR RADIX ni ditubuhkan pun adalah untuk membincangakn tentang HPA, memperluaskan pengetahuan semua orang tentang HPA.


so..apa tunggu lagi?ana dah join..antum bila lagi?nak join klik ni JOIN .
lepas dah join,kita sama2 la invite kwn2 kita yang lain supaya GEMPUR RADIX ni dikenali ramai dan lebih meriah lagi.terbuka untuk semua orang..semua boleh join .jangan malu jangan segan..yang penting kita sokong..ok?!!

JOM KITA GEMPUR!!!


Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice