ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Wednesday, July 28, 2010

ღOh time..ღ


بسم الله الرحمن الحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

We're the ones who always wait for time..but time never wait for us...
As we wait, we don't realize that time has passed us by..and without realizing it, time has changed what we have in our hands, our minds and our hearts...
the things we lost will be replaced..the close eyes would open widely..but the bleeding wound will become a scar only and forever....

but when the time comes...
the one that ends will start again......







Continue reading...


Monday, July 19, 2010

pokok hiasan beracun


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam



Continue reading...


Friday, July 16, 2010

sila ambik perhatian!!


Maklumat ini amat penting kepada para pengguna..moga bermanfaat untuk kita semua..

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang manaanda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah;
VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,"Ya memang kami dah tahu masalah ini
tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemarmakanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluargasaya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
embuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari ASIA,dia yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai makan untuk mendapat barah. Kalau istilah James Bond, Licence to kill!


5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden , Pulau Pinang

Tel: 04-6532694

Continue reading...


Tuesday, July 13, 2010

✿jika....✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jika kamu memancing ikan...Setelah ikan itu terlekat di mata kail...hendaklah kamu mengambil ikan itu...

Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu saja...
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...

Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharapkan pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...

Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya...
Jangan kamu terlalu mengaguminya dn janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...

Anggaplah dia manusia biasa Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan terus kekal hingga ke
akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan,berkhasiat...
mengapa kamu berlengah,cubalah mencari makanan yang lain..
terlalu mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan pada dirimu...menyayangimu..mengasihimu...

Mengapa kamu berlengah,terus mencuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan...kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
.


Continue reading...


Monday, July 12, 2010

✿anda mungkin tak percaya!!..✿


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi ini merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.



KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.



KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda



KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.



KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


p/s:- mana yang baik kita ambil la yer..

Continue reading...


Sunday, July 11, 2010

✿pabila cinta hilang kiblatnya..✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


untuk isu ini,saya nak bahagiakan kepada 3 babak yang boleh kite tafsirkan maksud dan gambar untuk tajuk posting kali ini..untuk babak yang pertama,kita mulakan dengan

babak merpati dua sejoli..



seperti yang kita selalu lihat dimana-mana je la.pasti kita boleh nampak berpasang2 merpati dua sejoli.yang tidak segan dan silu memperlihatkan.menunjuk-nunjukkan kasih sayang dan kehangatan cinta mereka dikhalayak umum...ok..persoalannya,adakah semua ni akan berkekalan hingga akhir hayat?ok..jangan pikir sampai akhir hayat..kita pikir adakah mereka sempat ke jinjang pelamin?
kadang-kadang memang ada merapti dua sejoli ni gagal bertahan ke jinjang pelamin sehingga "termenghasilkan" anak diluar pernikahan..jika mereka ni benar-benar dalam kategori burung tak apa la.tak payah nikah dah..burung tak dak akai.tapi mereka ni manusia yang bertopengkan merpati.bila dah terhasil anak luar nikah timbul rasa malu dan takut.sampai ada sesetengah pihak tu,punya lah rasa takut sampai "terpaksa" menghilangkan hasil cinta haram mereka tu...mana hilangnya rasa bangga mempamerkan kasih sayang di khalayak ramai tadi tu???kenapa tak bangga nak pamerkan hasil yang comel tu??sapa yang jadi mangsa dalam cinta merpati dua sejoli ni???kita pikir-pikirkan lah...

untuk babak yang kedua..babak suami isteri..


bagi lelaki yang normal,wanita yang normal..semua mengimpikan pasangan yang baik,kuat perndirian imannya,penyanyang dan sebagainya..ini biasalah..tapi tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan.sebaik-baiknya,janganlah kite hanya mengharap.diri kite sendiri kena ada persediaan.suami dan isteri perlu berilmu.ilmu dalam espek yang di ajar oleh agama islam yang sudah cukup lengkap...pada suami isteri yang telah selamat diijab kabul kan,panjatkanlah rasa syukur pada allah swt,dengan harapan semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga syurga..
mintak elak dari gangguan syaitan..bila syaitan dah mula pasang pancing,dah letak umpan,hanya tunggu mangsa je untuk sangkut kat umpan tu.bila dah tersangkut,maka terjadilah kekacaun dalam rumah tangga..suami mula menyampah dengan isteri..isteri pun menyampah dengan suami..lama kelamaan,umpama kaca yang retak menanti belah lah..so disini, ilmu dalam rumah bagi suami isteri tu amatlah penting..jika suami hebat,isteri hebat..tapi ilmu dalam hal-hal rumah tangga tak hebat,kosong,tak de maknenya...cube kite lihat disini..
kalau dalam bahasa inggeris,suami=husband,isteri= wife..
dalam bahasa melayu suami=suami/laki, isteri=isteri/bini..
kenapa perlu ada perbezaan ye?bukan ke bila dah kahwin,suami isteri itu akan bersatu??
cuba kita lihat dalam bahasa arab,bahasa al-quran.suami=zauj..isteri=zaujah..
kan sama je..hehe..boleh ke??boleh la....

untuk babak yang terakhir..tentang anak-anak..

anak-anak soleh permata ayah bonda

ramai ibu apa yang ingin anak-anak nya soleh dan solehah.tapi apa pelaburannya untuk anak-anak ke arah itu?adakah dengan mengharap dapat melaksankan impian??jawapannya adalah TIDAK sama sekali ye..para ibu bapa sekalian,bila kite dah tamat usia kita,doa dari anak yang soleh tu lah yang boleh membantu kita,insyaallah..tapi,kalau lah sepanjang hayat kita,kita terlupa nak ajar anak kita berdoa,siapa lagi lah yang akan doakan kita yer?kawan-kawan kita kah???adik beradik pun tak tentu lagi..pendidikan islam terhadap anak-anak tu sangat-sangat lah penting.sebaik-baiknya,ketika mereka masih dalam kandungan itu kita dah kena mulakan mendidik.supaya mereka boleh jadi generasi yang berkualiti kelak..semuanya atas perlaburan kita sebagai ibu bapa,jika bukan ibu bapa yan mendidik anak-anak sendiri,sapa lagi yang akan buat?jika anak-anak lari dari landasan hidupnya,orang akan cakap..'ni mesti mak bapak tak ajar ni"..orang tak kan sebut nama lain dah..apa yang kita lihat sekarang ,pendidikan akedemik lebih ditekankan sehinggakan pengajian tentang agama dipandang rendah.kalau anak tak solat,kita just tegur gitu-gitu je.tapi kalau anak ni gagal exam,erm..siap la..mesti kena belasah.erm..oh dunia..dah terbalikkah engkau?

Jika kita cintakan Allah swt, Allah akan mencintai kita..akan jaga kita..kita hanya perlu buat je apa yang Allah dah perintahkan..contohi apa yang rasulullah saw sunnahkan...moga kita dapat kecapi rasa nikmat hidup di dunia dan akhirat..insyaallah...

janganlah kita jatuh pada cinta,tapi biarkan cinta itu jatuh pada kita..semoga cinta itu tak hilang dari kiblatnya..




Continue reading...


Saturday, July 03, 2010

✿betol tak??!!..✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


erm..terasa lama sungguh tak membebel kat sini.tapi hari in,insyaallah banyak isu-isu yang nak "dibebelkan"...semoga bebelan ni dapat dimanfaatkan bersama..

ok..pertamanya kita nak sentuh tentang cerita realiti dah fantasi..antara dua ni mana lebih popular??ok..contoh pendekatannya antara saidina abu bakar dan ben 10,mana lebih terkenal sekarang ni terutamanya diminda anak-anak?kalau kite ajukan soalan cepu gangsa ni kat budak-budak zaman searang ni,agakanya siapalah yang lebih melekat dalam otak diorang kan?kita boleh teka apa budak-budak ni akan jawab..pengorbanan ahli ben10 lebih menyerlah dari sahabat nabi kita..kalau di tanya pada kanak-kanak ,siap nama karakter kartun dalam tv,anak-anak kita mungkin hebat dalam menyebutkan satu persatu.tambahan pula jika ada ibu bapa yang merasa bangga bila anak-anak nya kenal batman,superman,spiderman dan bermacam-macam man lagi..tap bila disentuh tentang sirah nabawiyyah,mungkin nama rasulullah s.a.w je yang berjaya disebut.bagaimana dengan pejuang-pejuang islam yang lain??tak popular kah mereka sedangkan mereka wujud di alam realiti sedangkan kartun-kartun hanya di alam fantasi???bila kita sebutkan nama-nama pejuang-pejuang islam seperti abu bakar as-siddiq,umar bin al-khattab,uthman bin affan,salman al-farisi, sa'ad bin abi waqqas dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat islam..tapi malang nya,nama-nama mereka ni makin lama makin dilupakan..jangankan kanak-kanak,kadang2 jika orang dewasa pun terlepas pandang juga....

ok..situasi seterusnya...jika anak-anak gagal mengeja perkataan rumi samada bahasa melayu atau english,gagal membaca dengan baik.malu sangat-sangat jika anak tak reti membaca..apa tindakan ibu bapa?ada yang kena marah lah.bagus lah marah anak..marah untuk mendidik..macam-macam usaha digunakan..tapi,apa terjadi bila anak-anak tak reti mengaji al-quran?ibu bapa hantar je pergi mengaji kat mana-mana tempat.tapi jarang sekali ibu bapa tu memperdengarkan bacaan anak mereka.harapkan anak tu mengaji kat tempat belajar tu je.kalau anak tak pandai mengaji pun jarang ibu bapa yang moden-moden ni nak ambik pusing..ye la..."belajar agama ni tak boleh pergi jauh"..ini lah yang sering kite dengari..


erm..cukuplah sampai sini je dulu..apa-apa pun yang kita lakukan sementara tengah hidup sihat ni,manfaatkanlah..ingatlah,MATI adalah sahabat yang paling hampir dengan kite sehinggakan kita tak dapat menyangka ketibaanya.kita hidup di dunia bukan untuk selamanya.tak selamanya kita mampu menongkat langit.perseimbangkan saham kita di dunia dan di akhirat..kejar lah dunia untuk meningkatkan saham akhirat...jangan kita leka mengejar dunia sehingga lupa akhirat tu lebih kekal lamanya..jika kite kejar dunia,kita akan dapat dunia.tapi ingat,dunia ni sementara je...

wallahu taala a'lam.....
wassalam...






Continue reading...


Thursday, July 01, 2010

C.I.N.T.A - K.A.S.I.H - S.A.Y.A.N.G


CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.




KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?




tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

dialog ringkas:

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. pandai!
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice