ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Friday, November 19, 2010

ღmaafkanlah aku....ღ


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


kadang-kadang tanpa kita sedar,kita dah melukakan hati sesorang.dan lebih specific nya,selalunya orang yang mudah terasa dengan kita adalah orang yang paling dakat dengan kita,orang yang paling kita sayang...sebab orang-orang yang kita sayang ni la yang selalunya mudah kita sakiti tanpa kita sengajakan..ye lah..kita hanya manusia biasa,tak kan boleh lari dari melakukan kesilapan..kalau kita buat salah pada Allah,kita boleh lagi bertaubat,tapi kalau buat salah sesama manusia ni,kalau dia tak maafkan,susah juga..saya ada terjumpa satu artikel di blog tHe KaKaRocT .jom kita baca dulu ye..

Salah seorang sahabat Rasulullah pernah berkata, “Pada suatu hari, seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad dan berkata, “Berilah saya satu nasihat.” Nabi Muhammad menjawab, “Jangan marah.” Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali. Nabi Muhammad tetap menjawab, “Jangan marah.”

Manusia itu tidak terlalu sempurnya, kadang kala ada masanya terlanjur, dan kadang kalanya emosi menguasai fikiran. Namun perlu diingat, sesungguhNya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Tiada sebab untuk kita tidak memaafkan seseorang walau setinggi mana pun kesalahan terletak dipundaknya. Antara sebab perlu memaafkan seseorang ialah:
  1. Hati yang terguris memerlukan ubat – Dengan meminta maaf ia dapat menyembuhkan hati yang luka. Bagi seseorang yang telah mengakui kesalahannya, terimalah kemaafan darinya kerana bukan mudah seseorang apatah lagi bagi seorang lelaki menzahirkan kemaafannya kepada sahabat rapatnya. Dan oleh itu, barulah hatimu memperoleh ketenangan dengan memaafkan seseorang itu.
  2. Menaikkan semangat seseorang – Kadang-kadang lidah terlanjur bicara, hati khilaf menduga, dalam bergurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tidak lepas dosa dan dalam janji mungkir terpaksa. Perkara yang remeh diperbesar besarkan, namun ketahuilah rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya. Maafkan seseorang itu sifatnya sangat mulia dan sangat terpuji, dan ia akan menaikkan semangat seseorang yang dikasihi.
  3. Maafkanlah jika masih sayang – Bukan semua orang didunia yang berani mengakui kesalahan yang mereka buat dan seandainya ada bukanlah mudah bagi mereka untuk minta maaf membetulkan kesilapan. Seandainya kita berada ditempat dia, bagaimanakah perasaan kita? Pernahkah kita terfikir? jadi maafkanlah mereka seandainya anda masih ada segelumit rasa kasih sayang pada teman dan sahabat anda. Dia pun manusia yang sering melakukan dosa, namun janganlah sekali-kali kita menghukumnya atas dosa yang mereka buat, sebaiknya kita serah pada Allah, yang Maha Adil.
Ingatlah dengan memaafkan seseorang hati akan menjadi lebih tenang dan disayangi Allah. Buat temanku, Maafkanlah aku dengan seikhlasnya. SeMoGa ukhwah YaNG TeRJaLiN aKaN MeNJaDi iKaTaN YaNG BeRKeKaLaN DaN MeWaNGi SePaNJaNG MaSa SeHaRuM HeMBuSaN KaSTuRi MeMeNuHi RuaNG KeHiDuPaN KiTa, iNSYaLlah.. Ampun maaf dipinta.
tHe KaKaRocT ....



artikel hasil tulisannya amat menyentuh hati saya dan sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya bertapa pentingnya kata-kata maaf.sebab saya rasa kan saya mungkin dah banyak melakukan kesilapan sesama manusia disekeliling,teman-teman rapat khususnya..
bila kita sedar,sahabat yang paling dekat dengan kita adalah kematian,dan saya jugak tak kan mungkin boleh lari dari kematian,dengan rasa rendah diri saya ingin mohon maaf kepada semua pembaca blog saya dan semua yang mengenali diri saya...usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan...

Continue reading...


Sunday, November 14, 2010

ღkenapa lelaki patut suka pada aku?....ღ



بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wah..hebatnye title posting kali ni..hehe.ni tajuk artikel dalam sebuah buku bertajuk "i love you too-penulisnya BADRUL HISHAM SHARI"..so,sy amat tertarik dengan artikel ini dan sy dengan berasa berbesar hati untuk berkongsi dengan semua pengunjung blog sy ni.harap sudi luangkan masa untuk membaca.ok?

"PERIGI cari timba.....Wah,hebatnya perumpamaan ini.tapi apa bendanya perigi tu?menurut kamus dewan, perigi ialah tanah yang dikorek untuk mendapatkan sumber air bersih yang digunakan pada zaman datuk nenek kita dahulu.Jadi perigi itu sifatnya tidak bergerak walau dengan apa cara sekalipun.

Ditarik,ditolak,diumpil...ia tetap tidak akan bergerak..sesiapa yang nak perigi tu,datanglah bawa timba.nak suruh perigi tu datang, minta maaflah.

jadi,inilah perumpamaan yang popular digunakan oleh masyarakat kita untuk menggambarkan usaha-usaha pihak perempuan membuka mulut untuk mencari jodohnya sendiri,usaha ini memang tidak akan menjadi dan memang akan gagal seratus peratus.

kenapa?Sebab kita sendiri yang menggagalkannya! Kenapa pula kita nak samakan usaha murni mereka itu dengan perigi?

oleh sebab peribahasa 'perigi cari timba' ini sudah menjadi stigma sosial berdekad-dekad lamanya dalam institusi masyarakat kita, memanglah susah ia hendak dipulihkan.Apa pun cuba-cubalah kita belajar lari dari tradisi ini..

maka,apa yang patut diuat ialah pihak lelaki perlu lebih peka dengan setiap 'sign' atau 'signal' yang datang daripada pihak perempuan yang sifatnya 'indirect', berlapik, berselindung dan macam-macam 'ber' lagi.

tapi kalau tak paham bahasa 'sign/ isyarat (atau saja-saja buat tak faham), maka berlalulah 'sign' itu dibawa angin. Bagi orang macam ini, saya hendak ingatkan, "TOLONG JANGAN MAINKAN PERASAAN PEREMPUAN". kalau ada 'sign-sign" macam tu, berilah reaksi atau berterus teranglah. Sebaik-baiknya gunakan perantaraan orang ketiga.Sekurang-kurangnya dia tidak perlu tertunggu-tunggu dan kalau gagal pun,dia boleh cuba yang lain.

satu hal yang paling penting untuk adik-adik perempuan kita yang berhasrat untuk memperaktikkan perumpamaan "perigi cari timba" ini ialah dia kena 'letakkan dirinya dalam kasut' sang teruna idaman tu.Maknanya, dia kena cari sebab kenapa teruna itu patut berkenan pada dia. Sesuaikah dia? Cantikkah dia? Agamanya macam mana? Ini semua adalah persoalan yang sering di ambil kira oleh si teruna sebelum dia buat keputusan. Selama ini asyik pihak perempuan saja yang ada kuasa autoriti untuk buat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak lamaran si teruna.Haa, sekarang giliran lelaki pulak buat keputusan.

nasihat saya pada adik-adik perempuan semua, usah takut atau bimbang.kalau pun adik-adik tidak cukup cantik atau kerja tidak seberapa, ada satu perkara yang adik-adik boleh baiki dan inilah yang sering diberi perhatian utama oleh keluarga lelaki iaitu agama.Agama ialah aset paling penting untuk kesejahteraan rumah tangga.Oleh itu, tingkatkanlah kualiti agama untuk memulakan langkah. Selamat mencuba!!"

ok.tamat.ini lah hasil penulisan yang hebat dari BADRUL HISHAM SHARI.ada banyak lagi artikel2 motivasi yang menarik,sapa nak,boleh la beli buku ni yer.tajuk buku ni 'i love you too'.
artikel ni amat menarik.semoga apa yang baik dari artikel ni kita manfaatkan bersama...




Continue reading...


Thursday, November 11, 2010

kalau tengah haid boleh baca quran tak?


DIBOLEHKAN MENYENTUH & MEMBACA AL-QURAN

Dibolehkan membaca, membawa dan memegang (menyentuh) al-Quran sama ada dalam keadaan berhadas kecil (tidak berwuduk), atau berhadas besar seperti haid, nifas bagi wanita dan disebabkan keluar air mani atau juga selepas bersetubuh bagi lelaki dan wanita. Tidak ada perbezaan dalam perkara ini antara lelaki dan wanita.Selain hujjah dan penjelasan yang lalu, maka antara hadis yang menjadi dalil (hujjah) membolehkan menyentuh, memegang, membawa atau membaca al-Quran dalam keadaan junub ialah:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ نَذْكُرُ اِلاَّ الْحَجَّ ، فَلَمَّا جِئْنَا سَرِفَ طَمِثْتُ ، فَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِيْ ، فَقَالَ : مَا يُبْكِيْكِ ؟ قُلْتُ : لَوَدِدْتُ وَاللهِ أَنِّيْ لَمْ أَحُجَّ الْعَامَ . قَالَ : لَعَلَّكِ نُفِسْتِ ؟ قُلْتُ : نَعَمْ . فَقَالَ : فَإِنَّ ذَلِكَ شَيْئٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ ، فَافْعَلِيْ مَا
يَفْعَلُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوْفِيْ بِالبَيْتِ حَتَّى تَطْهَرِيْ.

“Dari ‘Aisyah ia berkata; Kami keluar (mengerjakan fardu haji) bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Tidaklah ada yang kami fikirkan kecuali haji. Ketika kami tiba di Sarif aku kedatangan haid. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Maka baginda bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Aku menjawab: Aku inginkan demi Allah sekiranya aku tidak haji pada tahun ini. Baginda bertanya: Apakah engkau sedang bernifas (berhaid)? Aku menjawab: Ya!. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh itu kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan haji selain tawaf di Bait (Ka’abah) sehinggalah engkau dalam keadaan suci”. (H/R Muslim 4/30)Dalam hadis ini, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak melarang ‘Aisyah memasuki masjid atau membaca al-Quran, kecuali solat dan tawaf.

Nak faham lebih, baca: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/search/label/Wanita
Continue reading...


Saturday, November 06, 2010

ღair tenang,janda baikk....ღ


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

erm.terasa lama sungguh tak jengguk blog a.k.a diary kesayanganku ini.hehe.AIR TENANG, JANDA BAIK??kenapa cakap pasal janda pulak ni?hehe.jangan sensitipp ok kakak-kakak,abang-abang..hehe.acctually ni nama tempat tau.hehe.minggu lepas(29-31 oct),kolej islam antarabangsa(IIC) telah menganjurkan program IBADAH CAMP untuk para student yang dah nak final semester.program ni ada kredit hour.hehe..so,sapa yang tak pergi,tak boleh grad ok!..


seindah nama nya,tempat ni memang sangat tenang,tapi sayang,belum sempat berjumpa dengan janda baik.ahaks!!hehe.sepanjang 3 hari 2 malam disini, banyak aktiviti2 telah dijalankan.dan kesemua aktiviti ni banyak manfaatnya..

29-10-10

jam 7.30pg semua peserta kena berkumpul di IIC untuk sesi taklimat.dan sesi penyampaian kad nama.

name tag ni kena sangkut kat leher,kena pakai sepanjang program.tak pakai,kena potong 15 markah tau!

taklimat berlangsung sampai la jam 2.30 ptg selepas para student lelaki selesai bersolat jumaat...kami bertolak ke destinasi.perjalanan yang sepatutnya memakan masa sejam,tapi terlebih makan pulak,sehinggakan mengambil masa 2jam lebih untuk sampai disebabkan ada kemalangan yang berlaku di jalan raya.tak sure apa nama tempat tu.(sebab TERTIDO sepanjang perjalanan.huhu)
so,dalam jam 5ptg kami selamat sampai ke tempat yang ditetapkan,AIR TENANG,JANDA BAIK,PAHANG...turun je bas,subahanallah!!tempat dia damai sangat.terus sedut udara dulu..memang nyaman sangat2,sebab kawasan dia hijau je..kawasan kampung.dari tempat turun bas,kami dikehendaki untuk berjalan untuk ke bilik penginapan.sebab jalan nak masuk tu kecik.bas tak lepas..10 minit jugak la berjalan.dengan beg yang berat.hahaha.(macam nak pindah rumah je gayanya.ngeee).setiba je di air tenang resort,kami berkumpul dulu di dewan untuk bersolat asar,dan selapas bersolat,seperti yang tertera di dalam name tag tu,saya group 17.kami didudukan dalm kumpulan untuk acara ice breaking..dan group 17 ni bilik penginapan nya bernama bilik tulip.untuk spanjang 3 hari ni,kami kena sentiasa bergerak dalam kumpulan.

aktiviti pertama ialah team building activity dimana setiap kumpulan kena cipta logo,nama kumpulan dan moto.maka terhasil la seperti gambar comel dibawah ni.


hehe.cute tak..cute kan?aktiviti ini berakhir ketika azan magrib berkumandang.
selepas selesai solat magrib dan solat isya berjemaah,program diteruskan lagi dengan aktiviti takirah yang bertajuk Scientific significance of solat yang disampaikan oleh penceramah yang bernama Ust Razali,bekas pelajar qiraat di al-azhar mesir 1998-2001.dalam tazkirah ni banyak dterangkan tentang setiap pergerakan kita dalam solat dalam sudut sains.tazkirah berakhir pada jam 11mlm.overall,tazkirah ni amat menarik.penceramah yang bijak berinteraksi,dan byk informasi berguna dalam hujjah nya.

30-10-10
pada jam 4.30pagi,kami dikejutkan untuk berqiamulail.hehe.lepas berqiamulail,solat subuh berjemaah,dengar tazkirah subuh,kami diarahkan untuk ke padang untuk beriadah.so,banyak aktiviti nya,kena tai chi la,diri separuh duduk lah.macam2...setelah penat ber"warm up",kami kena main dua permainan.permainan yang pertama di panggil TWIN TOWER...dimana setiap ahli kumpulan kena pegang tangan erat2.setiap orang ada number masing2..bila number sesorg itu disebut,beliau kena mengangakat tangan tinggi2,tanpa melepaskan tangan kawan yang disebelahnya.so,orang yang dihujung barisan kena masuk ikut celah tangan yang orang tu angkat tadi,paham tak?hehe..

ni la game twin tower,orang yg duduk hujung kiri n kanan tu kena bergerak masuk ikut celah2 tangan orang yang numbernya disebut.kata la,abang yang baju kuning tu,dalam barisan tu,dia no.3,bila no dia disebut,dia kena angkat dua2 tgn dia tanpa melepaskan tgn kawan kiri kanan dia,so orang yang duk paling hujung tu,kena bergerak masuk ikut celahan tu.dapat bygkan x?hehe
dah settle main game ni.kami kena main bola pulak.tapi bola tu kami kena buat sendiri guna bahan2 disekeliling.kami kena buat 4 biji bola.bila bola dah siap,kami kena buat satu bulatan,dan mula baling bola pertam.cukup dia tawaf satu bulatan,kena baling bola kedua,n berterusan sampai bola keempat.tapi,sapa yang jatuh kan bola,automatik kalah.dan group kami kalah ketika nak masuk bola yang ketiga.hehehe



maka terhasil la bola yang dikehendaki.hehe.

aktiviti seterusnya social service: community service iaitu pergi kerumah anak yatim dan bergotong royong membersihkan kawasan rumah anak yatim,dan sekali lagi kami kena berjalan kaki selama 15minit.hehe..sejujurnya,sepanjang perjalanan amat memenatkan.yela,ka baru lepas riadah,main twin tower,pastu main bola..pastu kena jalan lagi.tapi,setibe je dikawasan rumah anak yatim ni,segala keletihan tu hilang keseluruhannya.sebab pe?jom tengok gambar2 kat bawah ni



perjalanan bermula!

dipertengahan jln,ni la antara pemandangan indah di air tenang,janda baik.


akhirnya,kami selamat tiba di rumah anak yatim "BADAN AMAL NUR ZAHARAH".

JOM MASUK DALAM!!!






amacam?cantik tak?gambar2 ni semua sepanjang aktiviti di rumah anak yatim.

and,this is my group yang sgt2 sporting!

selepas selesai segala misi di rumah anak yatim ni,kami pun pulang semula ke resort air tenang untuk lunch n solat zohor.selepas solat zohor,ada slot belajar cara penyembelihan yang disampaikan oleh Ust. Khairil Anwar..selepas slot,ada demo penyembelihan.5 ekor ayam telah disediakan untuk disembelih.



pastikan pegang ayam ni betul2.

pastu cari urat marih dia dulu..


ni ust hafiz,dia cakap,dah jumpa urat tu betol2,baru boleh sembelih.and pastikan pisau benar2 tajam untuk memudahkan proses myembelih.


ni ust khairul anwar tengah menunjukan urat marih ayam yang dah putus.


setelah selesai aktiviti penyembelihan,kami semua bersolat asar berjemaah.then,aktiviti seterusnya ialah EXPLORE RACE.aktiviti ni meninggalkan kesan yang amat mendalam dimana para student tak kan dapat lupakan..kenapa yer??sebab dalam aktiviti ni,di setiap check point ada kena buat somenthing,antaranya,kena MAKAN ROTI+ BELACAN+CENCALOK..<--- ni la yang paling melekat dalam ingatan sampai bila2...pastu kena makan telur kuning mentah...lagi?kena ambik duit syiling dalam tepung.kena gune mulut n lidah je.adoi..bila semua ni bercampur dalam mulut,rasa dah macam makan cucur bawang+cili je..ADOI!! sabar je la..pastu kena masuk dalam sungai yang ada air terjun yang deras..perghhhhh..sejuk sangat2.pastu apa lagi ek???haa!!! passing cili merah gune mulut kat kawan2.gune mulut..adoi..malu sehh.tapi cabaran harus diharungi.hehe.dan tidak dilupa kan,di mana ada satu check point ni,kami kena hafal serangkap ayat yang berbahsa THAILAND..saya tak ingat sangat la.tapi bunyi dia macam ni.sebut sama-sama ok??
"MONKDA,KHOP KHEN,KOP DE,KOK KA ,KOP CHA ,KOP SE,
TONG CHENG. TONG CHENG.

hehe.susah gak nak hafal.setangah jam juga la.adoi.tapi alhamdulillah,we did it!hehe.(sori,there is no picture,sebab aktiviti ni amat lasak n berbahaya untuk bwk handphone.)
pada malamnya pulak aktiviti malam kesenian islam.kami diberi tugasan untuk buat persembahan tentang KEINSAFAN...malam ni berakhir pada jam 12 tgh mlm..


31-10-10

finally,tibe lah hari terakhir.tak banyak aktiviti sepeerti semalam.hari ini hari untuk brsurai..keputusan untuk explore race,group saya naib johan.alhamdulillah.berkat kerjasama kami semua.hehe...banyak kenangan,ilmu yang saya dapat disini disamping dapat tambah kawan dikalangan kakak2 senior yang telah pun habis blaja di iic...dan menjadi lumrah kehidupan.di setiap permula pasti berakhir dengan perpisahan.....




ok.thats all from me...smoga terhibur dengan pengalamanku di ibadah camp di air tenang resort,janda baik pahang...jika ada salah dan silap,ampun dan maafku pinta...

wassalam.....
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice