ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Friday, November 27, 2009

✿salam aidiladha....✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

apa khabar semua?diharapkan semua sihat2 hendaknya..
pertama sekali ana nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..

Bila datang hari raya korban,maka apa kah yang akan terpikir dek pemikiran kita??daging korban saja kah???tidak ye...tapi,seharusnya kita akan memikirkan sebuah kisah sirah tentang pengorbanan seorang nabi yang bernama Ibrahim,isterinya ,siti hajar..dan anaknya Ismail yang dimana mereka ni sanggup berpisah kasih kerana Allah SWT dan pengorbanan seorang anak untuk disembelih atas perintah dari ALLAH SWT ..betapa hebat pegorbanan yang ALLAH uji pada mereka,insan yg terpilih...mudah-mudahan sirah nabi ini menjadi pegangan untuk kite mengukur sejauh mana keimanan kita terhadapNYA...

ana yakim semua sure and confirm tau kan cerita kisah nabi ismail ni kan?so,jadikan kisah ni sebagai pggn untuk mengukur keimanan kita pada ALLAH SWT..OK..cukup sampai sini,ana xnak banyak cerita,sebab keadaan diri yang tak mengizinkan..(tengah sakit gigi yang terlampau!-->doakan ana cepat sembuh yer :-p)...dan dikesempatan ni juga,ana nak mintak ampun dan maaf kepada semua yang mengenali ana....

INDAH LANGIT KERANA AWAN,
INDAH LAUT KERANA KEBIRUAN,
INDAH AIDILFITRI KERANA KEMAAFAN,
INDAH AIDILADHA LERANA PENGORBANAN..



SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM,
IKHLAS DARIKU,SITI IBTIHAL WAFA...


Continue reading...


Friday, November 20, 2009

✿macam-macam punya cerita....✿



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


erm..lama gak rasanya x menulis kat blog ni..padahal baru seminggu je kan?hehehe..erm,ye lah,busy dengan exam week,sambil tu busy study last minit..ahaha..pecah rahsia..erm..ni ana de cite nak kongsi dengan semua..cerita sedih ada,cerita gumbira pun ada..ana start dengan cerita happy dulu pastu sedih,pastu happy balik..ok tak?ok la ek.

ok..first of all,dikesempatan ni ana nak ucapkan tahniah istimewa sekali untuk ADIK LISA yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2009!!!...nnt kite jupe akak bagi hadiah ek!!!hehehe

x dilupakan pada adik2 yang lain..tahniah yer..bg yg dpt result cukup2 makan,bersykura lah juga yer..tu je tahap kemampuan kita..maybe ada hikmah disebaliknya..pasni berusaha dgn lebih kuat untuk PMR n SPM n yang seterusnye..apa yang penting??bukan kerjasama,tapi usaha..dan yang penting,jangan lupa nak dekatkan diri dengan ALLAH...pastu apa?? bukan 3 ye adik2 ku sayang..jaga pemakanan ok?minum radix koko campur dengan radix cereal..pastu makan mega -3 kapsul....

cerita sedih nye mcm ni,masa first day exam,kucing kawan ana mati..kucing tu kawan ana bela untuk asignment subject sains diorang.diorang buat asgmnt ni dalam group la..dlm 1 group 4 orang..so,diorng ni bergilir2 la menjaga kucing yg seekor ni.3org dari group ni housemate ana.yg lagi sorg tu duduk kat hostel..so,kucing tu banyak menghabiskan masa kat rumah sewa yang ana duduk ni la.secara xlangsung,ana pun tumpang sekaki tangan membela kucing ni....yang sedih nye,dia mati betul2 lepas kwn2 ana ni submit asgmnt diorang..sayu betul..pagi2 kitorng nak p exam tu,tgk dia dah keras kat depan pintu rumah..tak tau dia sakit apa.dia just xnak makan je..kwn ana cakap,kucing xmakan kalau dia sakit gigi..tp dah jenuh kitorg selidik gigi dia..tp xde pe pun..ntah la..dah ajal maut ditetapkan ALLAH SWT..so redha je la..tapi sedih la..huaaahuaa..rindu betol kat dia....
.
ni la dia..erm..comel kan?tapi dia dah pergi untuk selamanya..... :'(

berita gumbira lagi..ana dah merdeka dari exam..hahaha..tekanan oooo spanjang exam..mana x tertekan nya,tido ntah kemana,segala2nya ntah kemana,ngadap buku sampai loyer anak tekak dah,ahaha..tapi segalanya dah berakhir untuk sem 4 ni..pas ni sengsara nak tunggu result lak!!!..harap2 la cemerlang gemilang n terbilang dalam suasana 1 malaysia ni..pergh!!!
pasni dah masuk sem 5..sem 5 ni dengan penuh keazaman,ana berazam nak study hard lagi..heheh..actually setiap sem duk azam begini,tapi...kite pikir lah sendiri..hehe..
sekarang ana tgh bercuti dikampung tercinta,sambil menikmati buah rambutan yang bertimbun2 byk nye,x kurang juga durian..macam nak pecah hidung tahan bau beliau ni..huaa..xsuka duriannn!!! tolong r!

erm..cuti kali ni alhmdulillah...agak lama la jugak..3 minggu...start 7 hb dismber ni..tapi..macam biasa r ..minggu pertama minggu add n drop subject,ana ponteng..hehhe..jahat kan??tp klu p,kelas batal..sbb student belum betul2 pilih kelas..so..itu je la.hehe..peace!!!2minggu akan ku habis kan di kampung..n 2 minggu lagi di sebuah tempat...hehhe..adalah..rahsia..hehehhehe..jangan biarkan hidup anda diselubungi...misterriiiiii..

ok la..sampi disini saja dulu...tapi sebelum tu ada pesan untuk antum semua..sekarang ni musim hujan..so,jgn main hujan ek..nnt demam..klu dah demam,jgn lupa mkn IMT HPA ok?!!untuk adik2 yang tgh ambik SPM tu,akak ucapkan gud luck,all the best...buat yg terbaik..spm tu tiket permulaan kejayaan..ok..

kepada kawan2,jauh n dekat....selamat bercuti..yang dekat2 tu,mai la dtg rumah ana yer..yang jauh2 tu..wlupun jauh dimata,tp dekat dihati..hehhee..rajin2 la sms ye..ok..wassalam...


Continue reading...


Monday, November 09, 2009

✿ cetusan kejayaan dari seorang pejuang.✿


PJM SYED AGEEL : ANAK MUDA YANG GIGIH BERJUANG

(di ambil dari blog http://pjskpu.radix2u.com)

jom renungkan kembali..semoga artikel yang saya ambil dari blog PJKPU ni dapat mengembalikan semangat perjuangan kita semua..

TERSENARAI TERBAIK 20 HPA MALAYSIA (TOP 20). PEMIMPIN YANG LAHIR DARI PROGRAM PBC.

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak
sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:

“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.

Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.

Menerima Anugerah Pengarah Jati Mahkota (PJM)


PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Anugerah Terbaik 20 HPA Malaysia (TOP 20) mengerjakan IBADAH HAJI

Daripada seorang yang pemalu dan pendiam, malah kurang bercakap, akhirnya PJS Syed Ageel mula bertukar watak dan sifat. Beliau keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan membina jaringan dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah malah beliau berkelana hingga ke Negara Brunei Darussalam, Medan dan Palembang di Indonesia.


Sentiasa bersama isteri tercinta, PJS Suhaiza Rusli

Dalam tempoh dua tahun sahaja, PJS Syed Ageel berupaya mencipta kejayaan dengan memperoleh pendapatan bulanan 5 angka sebulan. Bukan itu saja, beliau juga telah dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09 yang lalu dan meraih anugerah mengerjakan IBADAH HAJI ke Tanah Suci Kota Mekah. Kini namanya sudah sebaris dengan nama-nama besar yang lama dalam HPA. Beliau merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.

Gambar kenangan bersama rangkaian dari Pasir Gudang Johor

Sesungguhnya anugerah yang diterimanya itu, adalah layak dan setimpal dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukannya. Beliau cukup gigih dalam membina rangkaian. Telinga sudah tebal dengan sindiran dan cercaan. Namun beliau tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Semangatnya kuat, jiwanya kental dan beliau sangat prihatin dan positif kepada rangkaiaannya. Malah beliau merupakan idola kepada semua rangkaiannya sama ada di Malaysia, Brunei dan juga di Indonesia.

Tahniah PJS Syed Ageel.

Ends......nukilan PJM Ismail Bin Othman


Continue reading...


Friday, November 06, 2009

✿ bi taufiq wal najjah fil imtihan....✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ok..pejam celik je dah habis semester4..sebelum totally habis,semestilah penutupnya dengan sebuah perperiksaan..untuk menguji tahap kefahaman ,kegigihan dan kesungguhan sepanjang masa pembelajaran...

hari ini last day kelas..maka,tak de kelas ..tapi ada jamuan...walaupun keadaan diri ni tak berapa sihat kerana diri sedang di uji allah swt..tapi kena kuatkan hati untuk pergi kolej harini..hehe..doakan ana sihat yer..ana exam 9, 12 n 16 hari bulan ni..

ok..ana tak nak banyak cerita,jom lihat gambar yer?!!




ni la lectrer ana yg paling best,sporting..yg lain pun best gak,tapi tak berkesempatan nak ambik gambar dengan diorang..



kawan-kawanku...

dikesempatan ni,ana nak mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali ana,yang baru nak kenal..maafkan ana yer..
sehingga berjumpa lagi..salam

ufawwidu amri illallah...


kepada yang sedang dalam minggu peperiksaan.jika rasa stress tu,tenang2 kan pikiran,regangkan badan..pastu..!!!
jangan lupa radix cola n coklat HPA!!..

ANA DAH RASA KESEDAPANNYA..
ANTUM BILA LAGI???
hehehehe




Continue reading...


Sunday, November 01, 2009

✿ menanti kepulangan khilafah..✿


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




khaifa halukum?hehe..bkhair alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana berkat kurniaanNYA kepada kita.masih lagi kita berkesempatan meghurup udara percuma dari Illahi.semoga kita sentiasa sihat lah hendaknya ye..ni nak kongsi sikit cerita dengan antum semua..pada hari jumaat lepas(30/11/2009),ana dan kawan2 pergi ke pusat dagangan dunia putra..(PWTC)..sebabada pameran kat situ..pameran tentang CRIMINAL WAR..

dengar tajuk pun kite dah leh agak dah kan?so..masa ana kat sana,macam2 la kekejaman,seksaan yang ana dah tengok..walaupun hanya patung ukiran je pun dah cukup mengerikan dah..pada apa yang kita nampak,memang tak dapat nak bayangkan betapa terseksanya mereka,khususnya umat islam yang diseksa dengan ganas nya..contohnya,ada yang kena berdiri sampai 15jam sambil kepalanya di serkup dgn kain.ada yang kena dengan music dengan volume yang kuat sangat2 sehinggakan memecahkan gegendang telinga.dari ukiran patung tu,sampai berdarah2 juga la telinga.ada yang didera dengan paku..didudukkan mangsa tu kat atas kerusi pastu ditembak2 nye paku kat badan mangsa ni..ada juga yang didera dengan duduk dalam kotak keranda...ada yang kena torture dari segi mental,fizikal...macam-macam lah.

masa ana kat pameran tu,macam2 perasaan ada..marah,sedih,takut....tu perasan ana yang melihat je...tapi,macam ne pulak mereka yang menghadapinya??pernah tak kite pikirkan?kekejaman pada mereka ni memang tak kan berakhir..sebab negara islam yang kite dengar2 ni sebenrnya dah lama hilang..sebab tu la tajuk post ana kali ni "MENANTI KEPULANGAN KHILAFAH"..khilafah yang bermaksud ringkas nya SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM YANG MENERAPKAN HUKUM ALLAH SECARA KAFFAH..khilafah juga adalah kepimpinan umum bg kaum muslimin didunia utk menegakkan hukum2 syariat islam & mengembang rislah/dakwah islam ke seluruh penjuru dunia...ok....
Dalam surah al-baqarah ayat 208 Allah berfirman,:-

Wahai orang2 yang beriman!! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam kaffah (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

apa makna kaffah? maksud khaffah ini adalah menyeluruh,merangkumi semua aspek..jika sistem kepimpinan kita dijalankan secara kaffahnya mengikut syiar islam,hukum2 yang Allah swt tetapkan,sudah pasti perkara yang macam ni tak berlaku.


cube kite renungkan sejenak..macam mana sistem di negara kita ni dijalankan?adakah menepati apa yang termaktub dalam AL-QURAN?yang disarankan melalui AS-SUNNAH?tapi...apa yang telah didahulukan?apa yang telah diutamakan?sedangkan pada alam nyata nya semua tu hanya kata2 dusta yang tidak bermakna..
dalam surah al-furqan,ALLAH SWT berfirman pada ayat 52:-

oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.


dari Nu'man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda :-

"Telah datang MASA KENABIAN di tengah2 kalian, sesuai dengan kehendak Allah, kemudian masa kenabian itu akan diangkat oleh Allah hingga masa itupun berlalu,kemudian akan datang masa KHILAFAH atas MINHAJ KENABIAN yang akan tetap ada selama ALLAH kehendaki..lalu masa itu pun berlalu..kemudian akan datang masa MULKAN ADHAN(kekuasaan yang represif) yang akan tetap ada selama ALLAH mengkehendaki, lalu masa itupun berlalu..Kemudian akan datang datang masa MULKAN JABARIYYAN (kekuasaan kuku besi) selama ALLAH kehendaki,lalu masa itupun berlalu atas kehendak ALLAH..kemudian akan datang masa KEKHILAFAN ATAS MINHAJ KENABIAN kemudian (Baginda rasulullah saw) diam."

jom tengok gambar yang ana sempat dan boleh ambik masa kat pameran..camera xleh bawak masuk..so,posing kat luar je.jom intai..

peace..no war!!!

sentiasa dihati..


dah macam kat palestine lak ni!

wahai khilafah,kehadiranmu ku nanti..
satu hari .....pasti....


1/11/2009
-miss_hpa-
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice