ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Thursday, August 27, 2009

✿tadarus atau tido terus?...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".
surah ali-imran,ayat 104

apa khabar umat islam?apa khabar iman antum ?apa khabar hati-hati kita di bulan yang mulia ni?ana doakan semoga kita semua dapat manfaatkan bulan istimewa ini seiring dengan keindahan dengan mengharapkan keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T.

kenapa ana buat tajuk macam ni ye?bunyi pelik kan?tapi tu la,kita pikir balik..kadang-kadang bulan puasa ni kebanyakan dikalangan kita yang tak paham dan sentiasa akan mengambil kesempatan untuk mengurangkan sesuatu perkara dengan alasan,"letih la puasa,tido la bagus.kalau tak tido mesti akan buat perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa..tak pun,nanti nak buat terawih,tak larat pulak.so lebih baik simpan je tenaga dulu"....kenapa mesti yang ada berpikiran macam ni?kurangkan sikit manjakan diri..gantikan dengan zikir,tadarus..aim kan untuk khatam.satu hari satu juzu'..kalau mampu,buat lebih..tak salah nak tido.tapi berpada.tak salah nak buat perkara lain,asalkan tak merosakkan iman.

ok.kita sebagai manusia yang beragama islam,jangan letak islam tu hanya pada nama.hayati sebaik-baiknya.dalam bulan puasa ni,kita diwajibkan berpuasa,maka untuk lebih merasakan nikmat puasa,kita perbanyakkan ibadah,BERMANJA-MANJA LEBIH LAGI DENGAN ALLAH S.W.T...jangan menganggap puasa ni beban.puasa ni banyak kelebihan nya.sekali je dalam setahun.masa ni la kita nak rehatkan perut kita.nak kawal nafsu kita.

kita masih belum sedar.hidup kita masih lagi mewah.aman.tapi pada hakikatnya,kesejahteraan tu belum ada.cube kita ingat balik pada saudara kita di palestin.bagaimana mereka menyambut ramadhan?bandingkan dengan kita..hidup kita masih ditahap sempurna jika nak bandingkan dengan mereka disana.

anggap lah ,jika ini bulan ramadhan yang terakhir kita,sudah cukupkah amalan kita?bersediakah kita?pikir-pikirkan sejenak.
tinggal beberapa hari saja,negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 52,dan kini juga negara kita berteraskan kepada " 1 MALAYSIA,PENCAPAIAN DIDAHULUKAN,RAKYAT DIUTAMAKAN"...tapi persoalannya,SUDAH MERDEKA KAH KITA? secara zahir dan batin nya?TEPUK DADA,TANYA IMAN...jika merdeka itu hanya pada laungan sahaja,penghayatan tanpa tindakan...maka,merdeka tu hanya pada perkataannya saja.

di bulan yang mulia ni,rebut lah peluang untuk naik kan saham pahala kita.semoga segala ibadah kita diberkati dan diredhai.BERMANJA-MANJA DENGAN ALLAH,menyumbang suara dengan ayat suci al-quran..tapi jangan lah ianya terhenti selepas bulan ramdhan meninggalkan kita.teruskan ibadah di bulan-bulan seterusnya.kekalkan ibadah itu.walaupun sikit,tapi istiqomah dengan hanya mengharapkan keredhaan ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA.



sekian,cukup sampai disini.maafkan jika ada tersalah kata dalam penulisan ana di atas.jika ada kesalahan,segala teguran amat diperlukan..

bitaufiq walhidayah,assalamualaikum w.b.t..

selamat berpuasa ,
selamat beribadah.
dariku,

siti ibtihal wafa...a.k.a... MISS_HPA.


Continue reading...


Monday, August 24, 2009

✿resepi ramadhan...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pejam celik,pejam celik dah nak masuk tiga hari kita berpuasa..kejap je rasa..tapi tak pe.yang penting,setiap waktunya dimanfaatkan dengan penuh berfaedah..dalam setahun,ni la bulan yang paling istimewa dan semestinya bulan selepasnya,bulan kemenangan umat islam iaitu,bulan syawal..ok.untuk tidak melengahkan masa,ana nak kongsi sikit resepi.hehe...ana yakin resepi ni bukan la yang terbaru..tapi "baru" bagi ana..ye la..baru nak belajar singgah ke dapur..untuk juadah berbuka hari ini,ana masak gulai kari ikan..sound simple right??tapi bagi ana special sangat sebab ana guna REMPAH KARI IKAN HPA!!..hehe..HPA tau..bukan alakapas ke,terbabas ke?or what so ever la..HAAA!!jangan tak percaya,HPA pun ada rempah kari tau.SO,bagi yang baru tahu,nak cari rempah ni cari kat cawangan,stokis atau pusat2 jualan yang berhampiran ekk..kat kedai runcit TAK ADA.harap maklum..ok...jom lihat gambar..ehehe..

(p/s:-semua gambar di bawah adalah gambar yang sebenar,bukan gambar hiasan semata..ok?)



tu bahan utama tu!!REMPAH KARI HPA!!

hampir siap..erm..


maka,siaplah untuk dihidang sebagai sajian berbuka puasa..


ok tak??tengok gambar pun dah boleh agak kot kan?SORI LA..ana budak baru belajar..nak tulis resepi in details,takut salah pulak..so tunjuk gambar je la ekk...sebab ana rasa semua orang dah tau cara nak buat gulai kari.cume yang perlu di tukar ialah rempah kari nya saja..maka,gunaLah REMPAH KARI IKAN HPA.halalan toyyiba,hari-hari kari!! cuba la kalau tak percaya..tangok saja,tak de maknenya..hehehehe..sedapnya hinggakan mertua lalu tak perasan!!!percaya la...hehehe...

SELAMAT BERPUASA
DAN
SELAMAT MENCUBA!!

Continue reading...


Wednesday, August 19, 2009

✿khas buat kak norzilina...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



alhamdulillah...ada juga sedikit masa untuk berceloteh sebentar dalam blog ni...ok..pada 9 ogos baru ni,kakak angkat ana selamat melahirkan anak sulung nya.seorang putera yang telah pun di beri nama Wan Muhammad Amirul Zafran....kak norzilina ni ROOMATE ana masa ana first time pergi PBC..syukur alhamdulillah,segalanya ALLAH permudahkan..bersalin secara normal..hebat ganjaran yang ALLAH dah janjikan..

tahniah kak norzilina,tahniah kerana kini telah bergelar seorang ibu..

Ni la kak norzilina..



ni la baby comel..hehe..nanti kak wafa datang jupe zafran yer..hehe


TAHNIAH KAK NURZILINA DAN SUAMI
Continue reading...


Tuesday, August 18, 2009

✿ahlan wasahlan wa marhaban ya ramadhan..♥


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين،
وعلى اله وصحبه أجمعين

alhamdulillah..bersyukur kehadrat Illahi kita kerna dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki untuk kite bertemu lagi di blog ni,berkongsi pendapat dan pandangan,insyaallah...so..khaifahalukum?..ana doakan mudah-mudahan kita semua sihat sejahatera dan sentiasa berada didalam rahmat dan keredhaan Allah SWT..

tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal meninggalkan bulan sya'ban..dan bulan yang kita nanti-nanti kan akan hadir menggantikan sya'ban..are you ready??adakah kamu,kita,saya,awak??..hehehe...kepada semua muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat..bersediakah kita ?..Insyaallah..moga kita dapat manfaatkan bulan ramadhan ni sebaiknya...seperti yang kita tahu,bila tiba saja bulan ramadhan,kita para umat islam diwajibkan berpuasa..WAJIB...bukan sunat bukan harus dan sebagainya..PUASA disini bukan saja hanya menahan lapar dan dahaga..tetapi juga mengawal nafsu kita...tak kira la apa jenis nafsu pun,kita kena lawan...

ana ingat lagi..ustazah ana selalu cakap.."bila tiba bulan ramadhan,syaitan semua kena ikat..."...so,kita secara automatik akan berasa selamat dari gangguan syaitan kan??tapi kenapa kadang-kadang dalam bulan ramadhan pun,ada gak kejadian-kejadian yang tak patut berlaku,tapi ianya berlaku?...memang syaitan dah di ikat..tapi NAFSU kita tak di ikat oleh KITA SEBAIK-BAIKNYA...sapa yang boleh mengawal nafsu kalau bukan kita,diri kita sendiri..KITA YANG KENA MENGAWAL NAFSU,BUKAN NAFSU YANG MENGAWAL KITA...bulan ramadhan bulan ibadah..bulan lain pun sama juga..tapi bulan ramadhan ni special sangat..semua umat islam bersama-sama menunaikan fardhu wajib yang ada dalam rukun islam..bulan di mana ada malam lailatul qadar,nuzul al-quran....maka,kita manfaatkan dengan ibadah.seperti memperbanyakan membaca al-quran...sentiasa membasahkan bibir yang kering berpuasa dengan kalimah-kalimah zikir,almathurat dan sebagainya..isikan masa kita dengan ibadah..insyaalllah kita akan dapat merasakan bertapa nikmat nya bulan ramadhan..jangan sekali-kali kita mengangap ianya beban,tapi anggaplah ia sebagai satu perjuangan.

bulan ramadhan adalah bulan yang ke 9 dalam bulan islam...dan alhamdulillah,bulan ini juga bulan kelahiran ku..pada 19 ramadhan...ana ingat lagi umi ana cerita.."umi lahirkan adik masa bulan puase.tinggal lagi 10 minit je nak berbuka puasa,adik dah tak sabar-sabar nak keluar dari perut umi untuk melihat dunia..alhamdulillah,umi bersyukur sebab segala urusan masa umi nak bersalinkan adik,allah permudahkan....."..
alhamdulillah..kini dah 19 tahun ana menumpang hidup dimuka bumi Allah ni..dan ana bersyukur sebab telah dipilih oleh ALLAH untuk dilahirkan pada bulan yang mulia ini.selagi kita panjang umur dan murah rezeki,mari kite teruskan perjuangan ini,menaikan martabat umat islam,sampaikan kepada mereka yang alpa dan lupa tentang keindahan islam,teruskan perjuangan ini tanpa henti kerana setiap perjuangan itu,kejayaan la penghujungnya..insyaallah..dengan izin ALLAH..moga segalanya dipermudahkan..amin....

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA.MOGA SEGALA IBADAH KITA DIBERKATI DAN DIREDHAI...LAKUKAN IA DENGAN PENUH RASA IKHLAS DAN KEINSAFAN YANG TERBIT DARI HATI YANG MENGHARAPKAN CINTAILLAHI....
andai ada tersalah kata,terkasar dalam berbicara,hanya ampun dan maaf yang mampu ku pinta dari kamu semua wahai pembaca dan sahabat yang setia...

IKHLAS DARI KU:-
SITI IBTIHAL WAFAMISS_HPA

wassalam...
Continue reading...


Wednesday, August 12, 2009

✿rezeki dari ALLAH...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين،
وعلى اله وصحبه أجمعين

apa khabar semua? entry kali ni ana tujukan khas untuk semua ahli HPA dan semua umat islam.HARAP2 SUDI UNTUK LUANG MASA BACA ENTRY NI..

sekarang ni,HPA letak syarat baru untk nak jadi PENGARAH JATI SETIA(PJS)..
dalam isu ni,ana tangok kat blog pjs kpu..kat shoutbox..rupanya memang ramai yang shout kat situ.tapi shout mereka ni betul2 menunjukan ada rasa yang tak senang.

ok..berbalik pada ni,apa kata kita perbetulkan semula niat kita..tepuk dada,tanya iman.kita masuk HPA ni hanya sekadar pangkat dan bonus saja kah?HPA ni lain dari yang lain.HPA ni MLM"S"..ada "s" di situ yang membawa maksyd SYARIAH
( 'شريعة). apa maksud syariah?..syariah ni ramai yang tau maksudnya undang-undang islam.tapi dari segi istilah nya syariah ni ialah "jalan".
ok..ana tak nak ulas lebih sal syariah ni..yang ana nak tekankan ialah,HPA tak macam MLM lain..apa-apa saja undang-undang yang terbaru,semua nya hasil ijtihad dari para panel syariah.panel syariah ni bukan nya orang biasa-biasa,bukan kaki ampu ke apa ke..diorng ni educated.diorang arif tentang urusan syariah.setiap hasil ijtihad mereka,mesti ada kebaikan untuk para ahli HPA.dan insyaallah segala hasil ijtihad mereka yang terbaik.baik dari segi syariah,agama..maka baik juga pada kita...kenapa kita nak pertikaikan ?
sebelum ni pasal PEMBELIAN TAK BOLEH GUNA NAMA STOKIS...pun jadi isu gak..semua yang diubah pasti ada sebab nya.untuk apa??UNTUK MENGHASILKAN PARA USAHAWAN DAN JUGA PEMIMPIN YANG BERKUALITI...

ya..pangkat itu penting..bonus pun penting..tapi tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi allah ni mencari yang HALAL itu fardhu kifayah,maka ianya lagi penting...maka ini lah perjuangan yang sebenarnya.ni nak berebut-rebut pangkat,bergaduh sesama kita..bila matlamat kita nak sampai?HPA adalah satu wadah perjuangan umat islam dari segi mencari yang halal,disamping dapat mencari rezeki yang halal.kita ibarat didalam satu kapal,yang sama-sama nak berjuangan menuju destinasi yakni matlamat kita untuk bersatu sesama islam.sama-sama dapat yang halal...ditekankan bahawa HPA TAK SAMA DENGAN MLM LAIN!..lagi satu..nak di ingatkan,rezeki tu DARI ALLAH..

HPA sebagai ikhtiar kita...TUAN HAJI ISMAIL buka syarikat HPA ni sebab nak tunjukan alternatif pada kita,disamping dapat bantu kita cari rezeki halal.dia tak pulak suruh berebut,gaduh-gaduh...dalam islam pun tak ada semua ni..kira bersyukur la kita wahai umat islam..HPA,Hadiah Pemberian Allah..maka Hanya PADA ALLAH kita berserah.MAN JADA WA JADA,WA MAN ZA ROA HASODA...Sapa usaha lebih,dia dapat lebih..ingt semula masa kita di PBC..ingt masa kita dalam slot halal haram..ingt semula masa kita laungkan selogan HPA...ingt semua tu...

ni kalau cakap saja lebih,tapi percakapan itu tak seiring dengan usaha dan perbuatan,sia-sia...
tak kisah la apa pangkat kita,PB.PLX,PRX,PL,PR,PJ SAMPAI LA PJM dan PJS..lagi besar pangkat,lagi la tinggi tanggungjawab..kalau tak dapat laksanakan tanggungjawab,nanti kat akhirat kena jawab.bukan la tak boleh berpangkat besar..tapi kena la tanya pada kemampuan kita sendiri...
kalau kita bersama HPA hanya kerna pangkat dan bonus,tapi tak ada keihklas dalam mengguna segala produk yang halal HPA keluarkan,semua tu tak kan kekal lama...kita nak mencari keberkatan dalam melakukan sesuatu..maka ikhlas la dalam setiap sesuatu..ALLAH MAHA ADIL....kalau ada yang berusaha
tapi hasilnya biasa-biasa saja,jangan putus asa...mungkin ALLAH nak hadiah kan yang lebih baik..ALLAH MAHA MENDENGAR..apa saja doa kita Allah dengar.....antara cepat dan lambat saja..jika apa yang kita hajat kan tak dapat,mungkin yang kita mintak tu akan membinasakan diri..yang boleh buat kita lupa pada ALLAH..maka bersabar la....


jika ada kesalahan,dipersilakan untuk memberi komen...jika nak beri teguran,tegur cara berhikmah....contohi rasulullah...naikkan martabat umat islam...jangan jatuhkan hanya kerana lebih mencari keindahan duniawi..wassalam

Continue reading...


Monday, August 10, 2009

✿berita kepada kawan...✿


Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Di samping ku kawan

Banyak Cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Oh... Oh... Oh...

Tubuhku terguncang
Di hempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
Kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
menangis sedih
Oh... Oh... Oh...


Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika dia kutanya mengapa
Bapak Ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini


Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana


Mungkin Tuhan mulai murka
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Oh... Oh... Oh...
Continue reading...


apa fungsi tudung? jg aurat atau fesyen?



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين،
وعلى اله وصحبه أجمعين

kabare?waras??waras..alhamdulillah...hari ni,di pagi yang mulia ni..misshpa nak bincang dan kongsi pendapat dengan antum semua pasal tudung?..ok...sapa sokong kalau ana cakap sekarang tudung lebih kepada fesyen dan bukan untuk tutup aurat??

ok..tak salah nak berfesyen.ana yang berpurdah ni pun kadang2 berfesyen juga.tp dalam masa yang sama,aurat tetap ana jaga.insyaallah.ermm... dalam nak berfesyen,kita selitkan kan sekali etika nak tutup aurat yang tepat.supaya orang tak nampak menutup aurat ni satu perkara yang menyusahkan..islam itu agama yang mudah dan indah..atau lebih tepat sekali kita katakan islam itu syumuliah <- ni istilah arab...kalau istilah jawa->comprehensiveness...hehe..tapi kan,sekarang ana tengok ramai muslimah bertudung tapi tak menepati syarat tutup aurat.contohnya!...ramai muslimah sekarang hanya betol2 tutup tang kepala saja.tapi tudung tersebut atas paras dada je.dan ada yang bertudung,tapi nampak cuping telinga,nampak leher..nampak rambut ala2 mak datin..hehe..dan macam-macam lagi.ditambah pula sekarang ana tangok macam dah musim orang pakai selendang..tak salah pun nak pakai.tapi kainnya nipis,jarang dan pendek..sebab ramai yang pakai kain jenis ni,dia akan membelit2 kan kat kepala sampai kain tudung ni jadi singkat.maka,bahagian dada tak dapat ditutup dengan sempurna.hanya ditutup dengan baju.kalau baju tu besar dan labuh,boleh tahan lagi..tapi kalau baju tu jenis melakat kat badan....sendiri pikir la yer?

erm..ana kadang-kadang tertarik dengan kata-kata ni...buat pe pakai tudung,orang pakai tudung pun banyak buat maksiat..orang pakai tudung ni nak tunjuk baik je..orang pakai tudung macam tu,macam ni...macam-macam ada....kenapa nak ambik contoh yang tak baik tu?kita kena pakai kerana tutup aurat itu wajib.bukan suruh tengok kesalahan orang kain untuk menjadikan alasan tak nak bertudung....kat sini,ana just boleh bagi pendapat,

SETIAP MANUSIA,BERTUDUNG ATAU TIDAK,BERPURDAH ATAU TIDAK,SELAGI DIA BERNAMA MANUSIA,MAKA DIA TAK KAN LARI DARI KESALAHAN WALAUPUN AYAH DIA ATAU MAK DIA ATAU SAPA-SAPA SAJA DALAM KELUARGA DIA TU SEORANG YANG WARAK..SEBAB IMAN TAK DIWARISI...
AURAT TETAP AURAT,WAJIB TUTUP..


maka ini lah tanggungjawab kita..menasihati antara satu sama lain.nama pun manusia..kadang2 ingat,kadang2 lupa..tapi,nak nasihat pun biar la kena cara..biar yang mendengar boleh terima,yang memberi nasihat pun senang hati..

bagi yang mula nak bertudung,terniat nak bertudung,terus kan..just be yourself..dah tau banyak contoh tak baik,kita jadi yang terbaik.ok?

bagi yang berpurdah,baru nak berpurdah,terniat nak berpurdah teruskan.kena sabar..sebab bila kita dah berpurdah ni,orang sentiasa perhatikan kita..makin bertambah orang yang sayang dan sentiasa nak ambik tahu tentang kita...kena ikhlas..kena pekak kan telinga jika orang berkata tentang kita..jika itu satu teguran,ambik dengan niat untuk buat satu perubahan..andai kata itu satu tentangan,hadapi ia sebagai satu ujian.jangan takut,allah nampak kita,allah sayang kita..orang fitnah kita,itu rezeki..sebab doa orang yang kena fitnah allah dengar dan inysaALLAH makbul..

ok..bagi yang wanita-wanita,adik-adik,kakak-kakak,gadis-gadis,isteri-isteri....jaga lah aurat..sebab perintah tutup aurat ni datangnya dari sapa??dari pencipta kita..ALLAH SWT...kenapa allah suruh kita , WANITA tutup aurat?? sebab wanita ni indah..kalau tak jaga boleh timbul fitnah..apa kata kita bantu saudara lelaki kita untuk jaga pandangan..kita semua yang bergelar wanita ni cantik.subahanallah sangat cantik.kalau kita jaga aurat..superb cantik!!..tanam dalam hati kita..

"kecantikan ku,perhiasan ku,rahsia ku hanya untuk suami ku,tatapan suamiku,pujian pun dari suamiku"...

kalau suami tengok,dan dia puji kita cantik..banyak pahala tau!!!..kalau boyfren kita yang kata,dapat dosa ooooo!!!

firman allah dalam surah an-nur ayat 31:-
"katankanlah kepada wanita yg beriman:
'........dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kpd suami,ayah,ayah mertua,putera2 mereka,putera2 suami mereka,atau saudara2 lelaki,atau putera2 saudara lelaki atau putera2 saudara perempuan,atau wanita2 islam,budak2 yang mereka miliki atau pelayan2 lelaki yg tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat wanita......'

untuk lelaki,khas nya yang dah bergelar suami..tolong lah jaga aurat isteri..kalau biar,dayus tau!!nak bergelar sejati atau dayus?tanya pada diri,setakat mana sayang kamu pada isteri?apa perasaan kamu wahai para suami jika lelaki lain memuji kecantikan isterimu?bangga kah kamu?ana tau...mesti la rasa bangga kan?sebab dapat memiliki isteri cantik..tapi tahu kah kamu,semua tu mendatang kan dosa pada kamu sebab membiarkan aurat isteri kamu terdedah?erm..jaga lah pakaian isteri.sebagai ketua keluarga,sebagai yang membayar mahar ,yang memberi nafkah...pikirlah kuasa yang ada ditangan mu...baru lah betul "kita berjumpa di pintu syurga"..hehehe



"seindah-indah hiasan adalah wanita solehah,yang akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga...."

Continue reading...


Saturday, August 08, 2009

✿lelaki idamanku..✿


Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??
Continue reading...


Friday, August 07, 2009

✿satu nafas baru...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين،
وعلى اله وصحبه أجمعين

khaifahalukum???..ana?ana bikhair walhamdulilah..dah2..sikit2 je cakap arab.karang terlebih,dengan ana2 sekali tak paham..ehehe..ana doakan antum semua sihat.moga terlindung dari penyakit yang tengah popular seperti nama makhluk tersebut....alhamdulillah,ada sedikit masa dan kesempatan untuk ana berceloteh lagi.

memandangkan penyakit ni makin menular kat malaysia ni,banyak universiti2,sekolah2 dan kolej2 ditutup,"kecuali kolej ku yang tak tutup" :D....tak kisah la..tapi,dikesempatan ini,ana nak kongsikan dengan antum semua ikhtiar yang boleh kita buat jika sapa2 yang berdekatan dengan kita terkena H1N1.

ana dapat tips ni dari sorang kakak,nama dia kak waheeda.dia pergi dengar ceramah Tuan Hj Ismail.so,dia sms kat ana...

ubat nya adalah seperti berikut...:-

IMT
air minuman teh roselle
spirulina
eq minda..

cara makannya pula,IMT tu ambik 2kapsul stiap 2jam sekali sampai habis 1 botol.spirulina pun sama jugak.spirulina ni bertindak untk menghentikan virus.

ok.selamat mencube dengan penuh keyakinan.niat kan seikhlas hati kita nak semnbuh ni kerana allah supaya kita boleh terus hidup dengan selesa untuk kita dapat meneruskan ibadah dan perjuangan kerana allah..oh ya..ubat-ubat diatas ni hanya ada di cawagan2 ,stokis2 HPA saja je..kat toko2 jamu ke,farmasi ke..tak ada ye..ok?hehehe.

berbalik semula pada tajuk ana..SATU NAFAS BARU..erm..kenapa??ana pun tak tau kenapa ayat ni keluar dari mulut ana.dalam seminggu ni macam-macam perkara pula yang timbul.arghh!!!tension!!..hehe..tak ada la.gurau je.tak normal la hidup tanpa masalah kan?sedangkan lidah lagi tergigit,ini kan pulak...apa ek??hehe..apa la misshpa ni.suka mengarut je kerja nya..

kadang-kadang...kita rasa macam diri kita ni dibelenggu masalah macam kena pikul batu besar kat atas bahu kita...tapi sedarkah kita,ada orang yang punyai masalah lebih hebat dari kita?kita hanya concern tentang masalah diri kita.walaupun masalah tu kecil,tapi kita buat yang kecil tu semakin menjadi besar..peringatan ni ana tuju khas utamanya kat diri ana sendiri dan seterusnya kpd semua..

kadang- kadang terlintas dihati kita.."ish...kenapa dia boleh berjaya?kenapa dia boleh dapat semua yg dia nak?kenapa aku tak dapat?"
semua persoalan ni kita boleh jawab sendiri..sebab kita ni asyik saja bertanya tanpa berbuat apa-apa.kita selalu tanya orang.."apa tips kamu berjaya macam ni?"..dia pun kadang-kadang tak tau nak bagi tips macam ne..tapi sebenarnya tips nya ialah.."just do it"...ehehee..macam iklan nike pula..but its true!! trust me!!kita buat,kita dapat...BUAT SUNGGUH-SUNGGUH!

kwn:- aku dah buat macam2 dah.tapi tak berhasil pun.

kwn2:- kalau tak berhasil,cuba la lagi.jangan la putus asa.mungkin belum rezeki kau lagi.

kwn:- aku tgk dia tu,cakap apa pun semua jadi.aku ni..cakap la macam ne pun.bila nak jadi..tetiba je tak jadi.frust la aku macam ni

kwn2:-kau tak boleh macam ni.mungkin ada hikmah nya.maybe allah nak hadiahkan pada kau sesuatu yang lebih baik lagi.mungkin allah nak uji dulu kesabaran kau.kwn,kadang-kadang,benda yang dah ada depan mata kita pun kita tak nampak lagi.kita tak hargai sebaik-baik nya.yang depan mata pun kita tak boleh nak nampak,macam ne pula dengan yang tak tercapai dek pandangan mata?apa kata kau usaha kan apa yang ada dengan kau sekarang.jangan nanti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

kwn:-aku bukan pe,banyak sangat la masalah aku.aku buntu,sampai kadang-kadang aku rasa macam dah tak ada sapa lagi disisi aku.yang aku harapkan entah hilang kemana..yang aku tak harapkan..itu la yang duk datang.aku sedih la..

kwn2:-kwn,jangan kau pikir kau seorang saja bermasalah.tak kan ada sorang pun dalam dunia ni yang tak di uji dengan masalah.kau kena pikir,ada orang lain lagi yang ada masalah lebih hebat dari kau..ok..cuba kau ambik satu situasi ni..tak lama lagi bulan ramadhan dah nak tiba.kau boleh lagi berpuasa dengan famly kau,mak ayah kau..tapi cube kalau kau letak diri kau di tempat anak-anak yatim.mereka ni lagi bermasalah kalau nak di ikutkan.lagi sedih kalau nak dibandingkan dengan kau.kehidupan kau masih lengkap lagi.hargai orang yang masih ada disekeliling kau.yang dah tak ada,yang jauh dari kau,yang nak putuskan hubungan dengan kau.kau jangan nak terus berharap lagi.nanti kau yang sakit.cuba nanti kau pergi mana2 rumah anak2 yatim.kau tengok muka diorang.ceria macam tak de apa pun jadi.tapi hati dorang kita tau dak?macam ne pulak bila hari raya nanti??orang lain semua sambut raya dengan family yang lengkap sedangkan dorg beraya dalam rumah anak2 yatim tu.sapa yang patut rasa lebih sedih sekarang?just think about it...

ok.tu je dialog yang ana leh ungkapkan..banyak perkara yang boleh kita bandingkan.
kepada sahabat2,auh dan dekat...ana nak mintak maaf sangat2 andai selami ni ana banyak buat salah.keran nak terlalu menjaga hati ia mungkin akan rosakan diri..terima kasih atas kejujuran dalam bersahabat...moga kepulangan ana nanti,ana akan bawa dengan kepulangan baru dengan nafas yang baru...segalanya baru....thanks for being my good friend..to so and so...plzzz forgive me.

i finally see why allah,the almighty,says this in surah al imran(3:134)

"those who control their rage and pordon other people.Allah loves the do good doers"

peringatan buat "diri" yang lupa....

la tahzan,innallah ma'ana..wabillahi taufiq,wal hidayah..assalamualaikum wbt..

http://emo.huhiho.com
Continue reading...


Tuesday, August 04, 2009

✿jom kita bernazam...✿


ALLAHUMMAHDINA THORIQOL MUSTAQIM
THORIQOL MINALLAHI ROBBIL ALAMIN
ALLAHUMMAHDINA,THORIQOL MUSTAQIM
THORIQOL MINNABIYYIL SAIYIDIL MURSALIN

ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...

(ulang 2x)


ALLAHUMMAHDINA THORIQOL MUSTAQIM
THORIQOL ULAMA'
ULAMA' AMILIN

ALLAHUMMAHDINA THORIQOL MUSTAQIM
THORIQOL ULAMA'
ULAMA' SYAHIDIN

ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...

(ulang 2x)


ALLAHUMMAHDINA THORIQOL MUSTAQIM
THORIQOL HPA
HARAPAN PALING AKHIR


ALLAHUMMAHDINA THORIQOL MUSTAQIM
THORIQOL HPA
HANYA PADA ALLAH

ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...
ALLAHUMMAHDINA...

(ulang 2x)

Continue reading...


Monday, August 03, 2009

✿PBC PASIR GUDANG 1 DAN 2 OGOS 09♥


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

jom kita tengok aktiviti sepanjang di PBC PASIR GUDANG,JOHOR BAHARU..

SELAMAT DATANG



Mula dengan nasyid Teman Sejati



taklimat dari PJS Tuan Syed Ageel kepada fasilitator..


makan time!!


Latihan dalam kumpulan


Kumpulan yg menang LDK.
Kumpulan Lelaki=Radix Kapsul
Kumpulan Wanita= Cosinium Plus



Peserta Lelaki dan Wanita terbaik


ni masa nak hantar PJS SUHAIZA balik...


ni masa kat AIRPORT SENAI..terharunye


ni bergambar dengan ALICE..anak PJE Khalid n PJ Is..comel kan alice ni??pipi dia gebu macam pau..geram!!!



ni lisa..dia peserta PBC..minat kat blog ana.thanks ye dik sebab bagi sokongan kat blog akak.akak doakan adik berjaya dalam pelajaran dan HPA..dalam perjuangan,umur tak menjadi ukuran.yang penting kita terus GEMPUR!!!!

mujahidah HPA!!

Sebelum ana ke stesen bus LARKIN,ana sempat la singgah makan nasi bubur special..fuhhh...sedap bangat..licinnn pinggan..mertua lalu pun tak perasan...hahahha..

ok lah..sampai disini saja..maafkan andai ada tersalah dan tersilap kata..wassalam

Continue reading...


✿adakah kite semakin lupa...✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

apa khabar semua?adik-adik,kakak-kakak,makcik- makcik,pakcik-pakcik,pak aji,mak aji dan sapa-sapa saja la yang singgah blog MISS_HPA ni.selamat datang ana ucapkan pada antum semua.ana baru balik dari PASIR GUDANG ,JOHOR ni.betolak pukul 11pm..ingatkan sampai k.l ni lewat.tapi awal 2jam.so ,sampai k.l kul 2.30am tadi.masa ana turun dari bus,ana jalan nak pergi cari teksi.kat situ,ada satu famly ni.agak-agak ana diorang ni tengah tunggu orang kot.ana tengok kereta dia,macam dah nak tertutup dah cermin kereta belakang dia dengan stiker FREE PALESTINE,BOIKOT...macam-macam stiker.tapi tetibe ana terdengar perbualan diorang,telinga ana rasa macam panas je..macam nak meletup..sebab apa?? sebabbbbbb tetiba mak cik tu cakap kat suami dia,

"sayang,jom kita cari MCD,i lapar la"..suami dia balas "mana nak cari,makan je la kat gerai depan tu"..pastu isteri dia jawab "i tak selera la,jom la cari MCD.i TERINGIN la nak makan MCD time2 macam ni"..so..suami dia setuju..diorang pun pergi la.ana tengah tunggu teksi...

ok..apa yang antum pikir? tak ke rasa hipokrit?ada tak rasa nak pecahkan cermin kereta dia?kat stiker dia ada gambar boikot.gambar MCD pun ada dalam tu.lekat saja-saja je ke?atau boikot hanya masa keadaan tengah panas je?kite semakin lupa atau dah lupa terus tentang sedara mara kita yang kat PALESTINE tu?? dulu bukan main lagi kampen FREE PALESTINE.pergi berarak sana sini.tapi sekarng???? minum coca cola lagi.makan MCD lagi.kat mana kepekaan kita???mana keperikemanusiaan kita???kalau nak jihad,jihad dulu dengan cara ni.ni pun jihad gak.kita duk beli barang boikot dah macam kite bantu lagi YAHUDI LAKNATULLAH tu.penah tak kita pikir????
pikir-pikir kan la.jihad dengan perangi NAFSU kita dulu.

pastu,masa ana dah jumpa teksi.naik la.pak cik driver tu cerita kat ana sal kejadian 1 ogos baru ni...pakcik tu kata,dia sampai tak berani nak keluar rumah.dia cakap lagi,kawan dia yang bawak teksi,tersadai kat tengah jalan raya sampai 4jam.sebab jalan sesak disebabkan kejadian tersebut.yang tak terlibat kebanyakkannya jadi mangsa..kedai kena tutup.kan ke terganggu sumber rezeki diorang?jalan jadi sesak sampai kena duduk dalam kereta 4jam.wallahualam..maafkan ana andai ada kesilapan.yang lemah itu dari ana,kemulian dan kesempurnaan Hanya Pada ALLAH..

Cuba kita muhasabah diri kita semula...kemana kita salur duit kite? cuba kita mainkan peranan kita pada situsi macam ni.berjihad dengan cara membantu yang lebih memerlukan.dari kite duk jadi penyumbang setia yahudi tanpa kita sedari.nanti kata akhirat nanti,cube kita fikirkan,macam ne kalau kelalaian dan sikap sambil lewa kite ni diperhitungkan???apa kita nak buat???masa tu nak menyesal pun tak guna dah..so,bermula la dari sekarag.jika ada lagi barang boikot kita kat rumah,stop guna.cara alternatif lain..susah sangat kalau tak tau,HPA ada.Harapan Paling Akhir ,Hadiah Pemberian ALLAH kepada kita yang semakin lupa.Insyaallah,akan ada rasa kesedaran ,mulakan langkah untuk berubah.kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai khalifah allah dimuka bumi ini.maka,ini lah perjuangan.
SELAMAT BERJUANG,ikhlas dariku ,insan lemah lagi hina....WASSALAM...

SEMUA MUKMIN ADALAH MUSLIM,TAPI BUKAN SEMUA MUSLIM ITU MUKMIN...
JADILAH PEJUANG ISLAM SEJATI,ANDAI KITA GUGUR,KITA SYAHID,NAMA KITA MULIA DISISI ILLAHI...


HPA SATU PERJUANGAN..JOM KITA GEMPURRRRRRR!!!


Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice