ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Wednesday, August 25, 2010

ღgood time never last .....ღ



what we love,what we hang on too...can disappear in a moment..
although we know that deep down we can never stop our heart because it will always look for beauty no matter how fleeting.

lies always exist in the relationship between the human beings..thats can be denied...
but could it be that lies also exist in the mind and the heart???


Continue reading...


Thursday, August 19, 2010

ღair mata wanita .....ღ


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hari ni kita nk bincang sikit tentang air mata wanita.hehe.seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?
wanita ni memang di cipta allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita ni juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9.wanita,akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki , 9akal tu yang mengawal 1nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki
seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinye.tambah pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia
sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..
lepas tu suami dia cakap..
"ala syg,abg pun letih juga.."
pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa.dan pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..
sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nagis..hehe.so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..
bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu,
kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangan nya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."

jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis.
Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

“Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya.
“Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis?
Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

“cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?”

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.


Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah memberikan kepada wanita,
agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".


ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nagis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik?
masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nagis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang
lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?
bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menagis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nages,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nagis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesanan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,sapa kata laki ni tak boleh nagis?
hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)

tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air mata nye untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanjai,dia beri perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,"tangan yang di sangka lembut menghayun buaian mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia.. dengan kasih sayang"





Continue reading...


✿masih adakah cinta sepertimu...✿


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa tak kenal,seorang serikandi wanita yang terhebat..wanita pertama yang memeluk agama islam..yang banyak berjuang untuk membuktikan cintanya pada ALLAH SWT.sanggup berkorban apa saja demi membantu suaminya yang tercinta untuk menyampaikan dakwah untuk membina agama islam yang sebenar2nya agama di sisi Allah swt...kehadiran nya disisi Rasulullah saw umpama bulan jatuh keriba...dan hinggalah saat pemergiaannya ditangisi..umpama gelap alam buana...tapi,walaupun dia telah pergi meninggalkan dunia..cintanya,perjuangannya,pengorbanannya sentiasa segar di hati suaminya,Rasulullah saw dan seisi umat islam..namanya sentiasa terpahat dia hati suaminya dan sering dipuji walaupun kelibatnya sudah tiada di dunia sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada para isteri rasulullah saw yang lain..alangkah hebat dan istimewanya dirimu wahai insan mulia..SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID...

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.
Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.
Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Siti Khadijah, cintamu agung,kesetianmu tiada penghujung ,keistimewaanmu tiada bandingan..masih ada lagikah insan sepertimu???semoga kita(para muslimah),dapat mencontohi Siti Khadijah....


Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati

Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman

Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

O wo...

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah

Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah

Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

(INTEAM-SITI KHADIJAH)










Continue reading...


Wednesday, August 18, 2010

✿damba kasih...✿



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanMu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu..Oh Tuhan

Kasih sayangMu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmatMu ampunilah diriku

بسم الله الرحمن الرحيم

ya Allah, ku panjatkan rasa syukur padaMu atas limpah kurniaanMu kerana masih lagi memberi padaku peluang untuk terus bernafas di bumi MU ,masih memberi peluang untukku memberbaiki diri yang lemah dan hina ini.Ya Allah, ku bsyukur padaMu kerana memberikan ku kuatan untuk menepuhi segala ujian Mu,.Ya Allah,ampunilah segala dosa ku..segala kelalaianku..segala kealpaanku...ya Allah,sememangnya ini ujian padaku..tapi aku lemah nak menghadapinya...aku ingin pergi jauh..jauh dari segala yang membuntukan,dari segala yang melemaskan..dari segala yang menyakitkan dan yang merungsingkan...ya Allah...sungguh aku ingin dekat padaMU...supaya ketenangan dan kegembiran berpanjangan ada untuk ku....tapi,sapa lah aku..layak kah aku...aku hanyalah hambaMU yang kerdil dan hina..hanya keampunan Mu,dan kasihMu yang ku dambakan......
hanya padaMu,ku sandarkan segala harapanku.....




Continue reading...


Wednesday, August 11, 2010

✿salam ramadhan untuk semua✿


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pejam celik,pejam celik je,alhamdulillah syukur pada Allah masih lagi kita dapat bertemu dengan bulan yang kita nanti-nantikan, bulan yang umat islam rindui iaitu bulan ramadhan al mubarak..maka bermula la perjuangan kita semua dalam menahan diri dari lapar dan dahaga,mengawal hawa nafsu.walaupun syaitan telah di ikat,tapi hawa nafsu tak di ikat.cuma hanya perlukan kekuatan untuk mengawal.hehe..harap belum terlambat untuk diri ini mengucapkan


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT .SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA DENGAN PENGISIAN IBADAH YANG SEMPURNA...

DIKESEMPATAN INI JUGA,SAYA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA YG MENGENALI DIRI INI DAN SESIAPA SAJA ,ANDAI ADA SALAH DAN SILAP,TERKASAR BAHASA ANTARA SENGAJA ATAU TAK SENGAJA,SEDAR ATAU TAK SEDAR ,HARAP SUDILAH MAAFKAN.
SEMOGA KEREDHAAN ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA KITA SEMUA.

mudah-mudahan di bulan yg mulia ini dpt memberi jutaan keinsafan pada kita semua..bersamalah kita manfaatkan bulan yg mulia ini dgn amalan yang berfaedah..muhasabah diri..semoga segala ibadah kita ikhlas kerana ALLAH SWT ..



~WASSALAM~




Continue reading...


Monday, August 02, 2010

✿untukmu insan bernama lelaki...✿


بسم الله الرحمن الرحيمِ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(surah An-nur 24:26)


dah menjadi lumrah kepada setiap manusia normal ciptaan Allah swt dimuka bumi ini,sama ada laki atau pun perempuan akan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk dirinya,agamanya dan keluarganya.Maka, untuk melengkapi kehidupan masing-masing,teman hidup yang di impikan juga mestilah yang terbaik kerana untuk menemani sepanjang hayat kehidupan dunia dan insyaallah di akhirat juga. Jika kita bertanya pada mana-mana wanita atau lelaki,bagaimanakah calon idaman hati?tidak di nafikan lagi,mereka pasti akan menjawab...

jawapan kaum lelaki.."mestilah isteri yang solehah,yang pakai tudung litup..tak cantik sangat pun tak pa,asalkan sejuk mata memandang,yang ada ciri2 ke ibuan...penuh kasih sayang..."dan pelbagai lagi jawapan yang inginkan kebaikan saja..

bagaimana dengan wanita pula?

jawapan kaum wanita:"erm..mestilah kami nak yang beriman,tak tinggai solat,hormat mak bapak,boleh bimbing kami.yang setia.mata tak keranjang..kalau boleh nak yang segak,tak segak pun tak pa,senang kami nak jaga.."hehe

pendek kata..semua nak yang baik-baik la...
(yang menulis ni pun sama juga)..mana ada orang nak yang tak baik kan??apa-apa pun,kalau dah jodoh dari ALLA H SWT,terima saja la dengan penuh kesykuran dan keredhaan.sebab,jodoh semua nya ALLAH tentukan..hehe..

tapi tak pe la..ni hak masing-masing..tapi cube kita rujuk balik pada kalam ALLAH SWT,pada surah AN-NUR ayat 26 tadi..Allah janjji,bahawa yang baik tu mesti dapat yang baik,yang jahat dapat yang sama padan...JANJI ALLAH ITU PASTI..Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan..dan setiap pasangan tu dari jenis dia sendiri supaya dia selesa bersama...

cume kadang-kadang kita tengok, perempuan ni baik,agamanya hebat,akhlaknya baik..tapi suami dia pulak tak baik(atau sebaliknya)..masa ni,semua orang mula bertanya2.."kenapa la yang baik ni dapat yang tak baik..tak adil betul.."dan macam2 lagi...
sebenarnya, ada hikmah Allah nak bagi.mungkin Allah jodohkan diorang mungin sebab nak isteri ni boleh melembutkan hati suami dia..so,secara tak langsung,nanti suami ni akan jadi dikalangan orang2 yang baik..mungkin disini,atas kasih sayang ALLAH pada si isteri ni,ALLAH bagi ujian sikit,untuk uji tahap keimanan si isteri ni...hemm..banyak sebab2 yang positif boleh kite fikirkan disini..ALLAH maha hebat.setiap apa yang DIA buat pasti ada hikmah disebaliknya.

tapi ada juga,pasangan yang sama-sama jahat..erm..nauzubbillah.
tapi ada juga,pasangan yang sama-sama baikkk...alhamdulillah...
tapi apa-apa pun,jika kita nak pasangan kita dari kalangan atau gologan yang baik2,didiklah diri kite dulu.banyak2kan berdoa pada ALLAH,sebab pe??sebab jodoh tu kan DARI ALLAH..hehe..jom kite buat formula sikit ekkk..

nak yang baik=kena jadi baik
nak yang setia=kena jadi setia
nak yang segak=hehehehe..no komen..(just kidding)

ops..terlajak sembang la pulak..sebenarnya,just nak share dengan semua orang tentang ciri2 10 sifat calon suami yang baik..mana yang baik,kita ambil..yang buruk,kite buang jauh2..

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
.


wallahu ta'ala a'lam...
wasalam.






Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice