ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Thursday, February 26, 2009

RADIX CHICKEN RICE BUKAN MILIK HPA


Banyak pertanyaan berhubung status Radix Chicken Rice (RCR) yang beroperasi berdekatan HPA Cawangan Amanjaya, Sungai Petani. Ada yang menelefon bertanya akan kesahihan premis tersebut. Pengedar mahu tahu apakah RCR itu adalah milik penuh HPA sebagaimana RFC, ROR dan ROC.

Dalam kesempatan ini, suka saya maklumkan bahawa Radix Chicken Rice (RCR) sebenarnya BUKAN MILIK HPA. Pemilik premis tersebut telah menggunakan perkataan RADIX, warna, pakaian pekerja dan 'setting' seperti HPA. Semua pemimpin, pengedar dan ahli-ahli HPA perlu menyampaikan maklumat ini dengan jelas kepada masyarakat agar tidak berlaku sebarang kekeliruan yang boleh mendatangkan salah tanggapan dan menjejaskan perjalanan perniagaan HPA.

Premis milik HPA hanyalah yang ada LOGO HPA sahaja. Kalau tidak ada logo HPA dan menggunakan perkataan RADIX, maka itu bukan premis milik HPA. Ia adalah milik persendirian yang juga mungkin mendaftar sebagai ahli HPA dan mendapat kebenaran HPA untuk menggunakan perkataan "RADIX".

Saya difahamkan pemilik RCR adalah dari kalangan pemimpin HPA juga. Beliau menggunakan 100% barangan dan bahan mentah yang dibekalkan oleh HPA. Ini termasuklah Ayam Organik HPA, semua jenis minuman HPA dan lain-lain barangan lagi.

Ends.....
Continue reading...


Sunday, February 22, 2009

♥WaHai pEmiLiK nYAwaku♥



Wahai kebahagiaanku,angan-anganku,peganganku,sahabatku,tujuanku dan maksudku..
Engkau adalah ruhnya hati,Engkau harapanku,Engkau bagiku adalah menyenangkan dan kerinduan-Mu adalah pakaian ku..
Jika tanpaMu wahai kehidupan dan kesenangkan ku,nescaya aku akan tersesat pada hamparan ngeri..
sangat banyak anugerah dan keutamaan yang merupakan kurnia,nikmat dan pertolongan Mu...
Cinta Mu kini adalah tujuan dan kenikmatanku dan kemuliaan untuk hati nuraniku yang amat haus..
Jika Engkau rela kepadaku,sungguh aku,wahai angan-angan hati,sungguh telah tampak kebahagiaanku....
Ya Allah,ku memohon syurga kepada Mu dan memohon perlindingan Mu dari api neraka....♥♥♥
Continue reading...


Thursday, February 19, 2009

♥KeSEdaRAN♥


ASSALAMUALAIKUM WBT...

IN THE NAME OF ALLAH,GOD WITH THE MOST MERCIFUL AND THE MOST BLESSING..

Allahamdulillah kerana ana masih berpeluang untuk berceloteh lagi dia blog ana yg serba kekurangan ni..hehehe...skema sungguh ayat ana ni...erm..knp title post ana kali ni kesedaran ye???ape??sal HPA???haaa!!!sape yg jawab tu???bijak nye..mmg betol..x lain x buka post ana kali ni mmg nak cite lagi sal HPA...OK..semalam,bersamaan 18 hb februari, jam 9 mlm,ana bersama 10 org rakan seperjuangan telah pun mghadirkan diri ke CERAMAH MINGGUAN di CAWANGAN HPA SRI GOMBAK..Ceramah pada malam ni tdiselah ampaikan oleh PJS SYED AGEEL dan ini juga merupakan kali yang ke-4 beliau memberikan ceramah di CAWANGAN HPA SRI GOMBAK ni..ramai juga yg hadir mlm td..sampai penuh dewan la.alhamdulillah..HPA semakin dekat DIHATI UMAT ISLAM...slot yg disampaikan oleh PJS SYED AGEEL ialah slot HALAL DAN HARAM...mmg topik feveret ana ni..hehehe..erm...mmg best sgt smlm sampai ana sendiri xtau nak ungkap mcm ne dah..mmg untung sgt pada muslimin n muslimat yg hadir smlm...erm..yg xde rezeki nak hadir pun xpe..ana sedia kongsi kan dgn antum semua..mula2..ceramah dimulakan dgn pengenalan syarikat...sebab mejoriti yg hadir smlm SEMUA NYA AHLI BARU yg belum ke PBC lagi...so..lps syrikat HPA dperkenalkan,maka masuk la ke slot halal haram..ok..kat sini ana sempat catit satu maklumat penting..ok..kalau kita nak beli apa2 terutamanya makanan,yang pertama sekali kite mesti tengok ape???..tande halal kan???mesti la tengok tanda halal..xkan nak cari tanda HARAM kot!!sure la sampai mati pun xjumpa..btol kan???ahahaha...so..kite pun tgk la bekas makanan tu...dan mmg ada tanda halal...tp...sure ke halal????cukup ke sekadar tanda halal tu blh meyakinkan kite yg makanan yg kite nak makan tu halal????sebenarnya tak cukup tau!!so..take note la ape yg ana nak sampai kan ni....ok...ini adalah jenis2 halal yg terdpt di malaysia.so,halal yg mana yg patut kite cari??.
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

1.MALAYSIA DIJADIKAN SEBAGAI HALAL HUB

2.PERLUMBAAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEHALALAN

3.HALAL HANYA PADA LOGO

4.HALAL SEBAGAI SATU PELUANG

5.HALAL JAKIM

6.HALAL SEBAGAI SATU TANGGUNGJAWAB

so..dah tau kan??so...jgn la tau saje tp x bertindak..so..move forward ok??jadi UMAT ISLAM YG LEBIH TELITI..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspothehehe...ALHAMDULILLAH,,,HPA HALAL MALL akan dibuka tidak lama lagi di LAGENDA HEIGHTS,SG. PETANI , KEDAH.so x payah dah baik hati lagi nak menderma kat yahudi n bangsa lain yg bkn seagama dgn kite yer??!!!!adalah menjadi tanggungjawab KITA SEMUA YG BERAGAMA ISLAM  bersama bersatu padu meningkatkan ekonomi umat islam sendiri..KALAU BUKAN kita SAPA LAGI?!!!

mari kita sama2 berdoa moga HPA akan lebih maju dan berjaya kerana HPA bangun hasil dari kesedaran dan rasa tanggungjawab..kerana INILAH PERJUANGAN  UMAT ISLAM DIKALA KUFFAR MENCENGKAM DUNIA!!!..

 SEKIRANYA ANDA MENCARI SERIBU ALASAN UNTUK ELAK DAN LARI.....ANDA PASTI AKAN BERTEMU SEJUTA SEBAB MENGAPA ANDA PERLU BERSAMA KAMI.....

Terima kasih kerana sudi membaca...so,untuk menghiburkan antum,sila la tgk gmbr dibawah ni yer...semua ni gambar mlm td yer..fresh  lagi tau!!hehehe


PJS SYED AGEEL

bersama sahabat seperjuangan dari IIC kolej

abg iman n pjs syed ageel

erm..maaf..ada tambahan lagi..ana nak ucap jutaan terima kasih pada PJS SYED AGEEL kerana skali lagi sudi turun JUMPA KAMI(STUDENT IIC)..and kepada sahabat seperjuanganku,kak syida,kak nur,abg iman,abg fakhrul,aiman,syuhada,amalina,hima,fazrina dan ain...terima kasih wafa ucapkan kerana sudi beri kerpercayaan,semangat dan sokongan antum pada ana n sudi berjuang bersama HPA seikhlas hati antum..memori smlm ana x kan lupakan sampai bebila..hahaha..yg paling ana xdpt lupa bila kite semua berhimpit2 la duk dlm kereta...5org dlm kereta kancil syuhada,6 org dlm kereta proton saga abg fakhrul..hehehe..korg mmg best,sporting.bagiku,ini lah makne sebuah perjuangan..thanks...
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

p/s=jgn salah paham dgn 'berhimpit' tu yer...gurl duduk dgn gurl je beriba2..laki duk depan..xde campur dgn gurl yer..la' suzhon

sekian...illallikok maassalama
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Continue reading...


Saturday, February 14, 2009

♥MAJLIS PELANCARAN MLM SYARIAH♥


Semua Pengarah Jati Setia (PJS), ahli serta usahawan HPA dijemput hadir ke Majlis Pelancaran MLM Syariah yang akan diadakan pada 09 MAC 2009 (Isnin), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Besar LembagaTabung Haji, Ibu Pejabat Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM15 sahaja. Tempat adalah terhad. Pendaftaran boleh dibuat terus kepada En. Mohd Kamal di talian 013-4804717


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Continue reading...


♥10 SEBAB KNP KITA MESTI BERSAMA HPA♥


HPA, Menjadi Pilihan Kerana ...

1. Sebuah perniagaan 100% milik BUMIPUTERA ISLAM. 

2. Yuran keahlian hanya RM 30.00 SEUMUR HIDUP. 

3. Mempunyai 20 TAHUN pengalaman dalam Industri HERBA. 

4. Lebih 175 PRODUK HALAL keluaran HPA INDUSTRIES SDN BHD. 

5. 11 Ganjaran lumayan untuk AHLI. 

6. Bertemakan Islam (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja) 

7. Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia. 

8. Kelulusan dari Biro Farmaseutikal Negara (BPFK) Malaysia. 

9. Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai MLM Syari'ah. 

10. Memiliki sebuah "Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi".

Continue reading...


♥HAYATI PERJUANGAN HPA♥


HPA adalah milik semua pengedar. Berjuang dalam HPA dengan penuh kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab adalah sesuatu yang amat diperlukan. HPA bangun di celah-celah duri yang menikam. Mengorak langkah dalam dunia perniagaan penuh dengan kepayahan, kesusahan, rintangan dan pelbagai ujian.

Namun, atas dasar dan matlamat yang satu, mencari redha Allah dan memenuhi tuntutan fardu kifayah, HPA terus mengorak langkah bersama barisan pemimpin yang setia. Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad memantapkan jentera pengrusan dan pentadbiran, manakala di kalangan ahli dan pengedar pula ditanam dengan semangat juang yang tinggi dan mantap. Berniaga sambil berjuang kerana Allah SWT.

Bagi memantapkan perjuangan dan ukhuwwah di kalangan pengedar, ditubuhkan kelab-kelab yang bernaung di bawah payung HPA. Maka lahirlah Kelab pemimpin Utara (KPU), Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) dan Kelab Pemimpin Timur (KPT). Tiga kelab ini merupakan tonggak kepada kekuatan rangkaian ahli yang berada di seluruh negara.

Antara yang terawal adalah KPU. Kelab ini dibangunkan sejak 2001 lagi. Pada waktu itu, ramai pemimpin-pemimpin besar lahir menganggotai HPA. Mereka datang dengan penuh semangat dan berdaya juang tinggi kerana pada waktu itu HPA baru saja mengorak langkah dalam dunia perniagaan secara MLM.

Namun perjuangan mereka bersama HPA tidak lama. Matlamat mereka tidak sama dengan matlamat HPA. Jiwa mereka tidak sama dengan jiwa HPA. Mereke ibarat tidur sebantal dengan HPA, tetapi mimpi lain-lain. Mereka datang kepada HPA dengan satu tujuan sahaja. Mereka lupa bahawa HPA lahir sebagai syarikat Islam yang menunaikan tanggungjawab fardu kifayah. Umat Islam perlu diselamatkan dengan menggunakan barangan halal lagi baik. Malangnya niat pemimpin-pemimpin ini jauh menyimpang dari hasrat sebenar HPA. Mereka mahukan bonus yang tinggi dan lumayan, sedangkan pada waktu itu jualan HPA tidaklah seberapa. Sebulan jualan HPA tidak sampai RM500,000 pun seluruh negara.

HPA dipertikaikan kerana gagal memenuhi tuntutan mereka yang mahukan bonus yang besar. Mereka pertikai habis-habisan apabila bonus mereka turun atau kalau naik pun tak banyak. Mereka pertikai produk HPA dan menganggap tidak berkualiti. Mereka mendesak HPA agar memenuhi tuntutan dan hasrat hati mereka. Mereka lupa bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Mereka juga sering mempertikaikan orang lain yang dianggap pesaing dalam dunia MLM.

Pada waktu itu bonus pemimpin-pemimpin ini agak lumayan juga jika dibandingkan dengan bonus pemimpin-pemimpin KPU yang lain seperti PJS Puan Sharifah, PJS Kak Norma, PJS Azizan, PJS Ustaz Zahir, PJS Cikgu Ismail, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah, PJS Sabri Ahmad, PJS Sabri Jaafar, PJS Mohd Khatib dan PJS Cikgu Razak.

HPA dipertikai dan dimaki hamun di sana sini. Dalam majlis atau mesyuarat rasmi, Pengarah Urusan sering menjadi sasaran. Mereka banyak komplain dan memaki hamun dan keluarkan kata-kata kasar dan kesat yang tidak sepatutnya dilakukan. Mereka ingin menjadi jaguh dan menganggap kononnya mereka adalah juara dan tahu segala-galanya selok belok berniaga. Akibat tekanan dalaman yang kuat dan rasa tidak puas hati, akhirnya mereka meninggalkan HPA.

Yang ada hanyalah mereka yang setia dalam meneruskan perjuangan ini. Nama-nama yang saya sebutkan tadi adalah antara mereka yang bersusah payah dalam HPA terutama di utara. Merekalah yang membentuk KPU dan mempertahankan HPA. Berjuang tanpa mengira penat lelah walaupun bonus tak seberapa. Ketika HPA dan Pengarah Urusan dicemuh, merekalah yang mempertahankannya. Ketika ramai lari meninggalkan HPA, mereka setia menunggu. Kenapa mereka jadi begitu? Semuanya adalah kerana perjuangan. Bukan kerana bonus lumayan. Ukhuwah di kalangan mereka cukup kuat. Tidak ada rasa tak puas hati sesama mereka. Untuk komplain dan memburukkan-burukkan HPA, jauh sekali. Mereka akur dan buat keputusan bersama. Mereka tidak lari dari majlis kalau mereka tidak puas hati dalam sesuatu perkara kerana sikap itu adalah pengaruh syaitan yang akan menjahanamkan HPA.

Mereka jarang, malah langsung tidak pernah mempertikaikan HPA dan Pengarah Urusan. Mereka tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista dalam setiap perjumpaan. Jika ada rasa tidak puas hati pun mereka akan pendam kerana mereka amat yakin bahawa HPA berada di landasan yang benar. Mungkin iblis dan syaitan yang meggerodak hati mereka untuk melawan dan mempertikai HPA.

Akibat kesungguhan dan semangat kekitaan dan kasih sayang yang kuat dipupuk dalam KPU, akhirnya HPA berjaya gah di utara. HPA makin berkembang. Mereka adalah PJS yang hidup dan berjuang dengan penuh kepayahan dan mempunyai semangat yang kuat membangunkan HPA. Akibat kesungguhan dan pengorbanan yang mereka tunjukkan, ditambah dengan kesabaran dan semangat juang HPA dan Pengarah Urusan, akhirnya HPA berkembang maju.

Pada hari ini lahir ramai pemimpin baru yang bernaung bersama HPA dan berpayung bersama KPU. Antara mereka ramai yang telah berjaya meraih pendapatan berganda. Namun ada segelintir mereka mungkin lupa bahawa lahirnya HPA hari ini adalah hasil perjuangan lama yang ditempuhi oleh pemimpin -pemimpin terdahulu.

Tidak ramai yang tahu kisah susah payah dahulu kerana zaman ini HPA sudah ada segala-galanya. HPA mampu memberikan bonus berganda sebagaimana diminta. Dulu jarang kita dengar kata-kata kesat dan komplain berganda dari pemimpin. Kini nampaknya sudah ada rona-rona dan warna-warna yang mahu kembalikan HPA ke zaman pemimpin-pemimpin durhaka. Pemimpin lama tidak mengharapkan sanjungan dan pujian. Tetapi cukuplah sekadar ingatan buat mereka bahawa "JANGAN JADIKAN WANG SEBAGAI ALAT UTAMA SEHINGGA LUPA DIRI, DAN LUPA BAHAWA HPA LAHIR DARI HASIL KERINGAT MEREKA TERDAHULU YANG BERJUANG DENGAN PENUH KEPAYAHAN"

Moga-moga ada yang akan menginsafi. Jika tidak lebih baik mengundur diri agar tidak menjadi VIRUS dalam sebuah bahtera yang suci.

Peringatan buat mereka yang MUDAH LUPA.

Ends....

Posted by HJ. ISMAIL OTHMAN

Continue reading...


PJS Syed Ageel Syed Mahayadin


PAKSAAN ABANG, MERINTIS SYED AGEEL MENCIPTA KEJAYAAN

Sebelum mengenali HPA, beliau menganggap semua syarikat yang menjalankan perniagaan secara Multi Level Marketing (MLM) adalah sama sahaja. Walaupun menjual produk yang berbeza, namun sistemnya tetap sama. Yang menaja (upline) pasti akan kaya. Yang ditaja (downline) selamanya akan menjadi mangsa kepada penaja.
Itulah anggapan awal PJS Syed Ageel ketika beliau mula-mula diperkenalkan HPA oleh abang kandungnya sendiri, di sebuah restoran Nasi Kandar di Butterworth. Abangnya, Syed Salahudin adalah seorang peguam syarie yang mempuyai firma guamannya sendiri di Butterworth. Terdetik di sudut hati kecilnya yang menganggap mengapakah abang kandungnya sanggup menipu dan mempergunakannya sebagai ‘downline’ semata-mata mencari keuntungan lumayan melalui perniagaan ini.

Maklumlah pada waktu itu beliau berjawatan tinggi sebagai eksekutif kanan audit dalaman di Penang Port Sdn Bhd. Anak muda lulusan Perakaunan ini menerima HPA dengan berat hati atas paksaan abangnya. Pada peringkat awal, beliau memasuki HPA bukan atas kesedaran dan benar-benar menjiwai perjuangan HPA.

Setelah menyertai HPA pada Ogos 2006, PJS Syed Ageel telah hadir kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA pada November 2006. Dari kursus itu barulah beliau menyedari bahawa MLM HPA tidak sama dengan MLM dari syarikat-syarikat lain yang pernah diketahuinya. Ada penekanan kepada konsep syariah dan menepati kehendak dan tuntutan perniagaan secara Islam.

Jutawan muda hasil keluaran PBC ini benar-benar menjiwai dan menghayati perjuangan HPA setelah hadir kursus tersebut. Hati beliau tersentuh setelah mendengar ceramah dan cerita-cerita perjuangan dalam HPA yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang telah lama berkecimpung di dalam HPA. “Atas Dasar Tanggungjawab Bersama, Memikul Amanah Allah dan Tuntutan Fardu Kifayah, Maka Ini Satu Perjuangan”. Ungkapan itu sering mengantui jiwa dan fikirannya. Dia mula berfkir betapa murninya perjuangan ini.

Akhirnya PJS Syed Ageel mula mengatur langkah memperkenalkan HPA kepada keluarganya, rakan-rakan sepejabatnya, sahabat handai jauh dan dekat, juga kepada sesiapa sahaja yang dijumpai dan ditemuinya. Perasaan malu, segan, rendah diri, takut dan segala jenis sifat negatif dibuangnya jauh-jauh. Tekad dan azam terus ditanam bagi memastikan perjuangan untuk memartabatkan HPA terlaksana. Yang pasti tiap-tiap rumah umat Islam mesti ada barangan HPA. Kesedaran terhadap penggunaan barangan yang ada unsur syubahah dan haram perlu dilakukan segera. Jiwa dan minda umat Islam perlu dibetulkan dengan segera.

Tanggal Mac 2007, PJS Syed Ageel meletakkan jawatannya dengan Penang Port Sdn Bhd. Pelbagai reaksi negatif diterimanya sama ada dari rakan taulan dan saudara mara akibat perletakan jawatan itu. Namun beliau percaya rezeki Allah ada di mana-mana dan yakin dengan ayat yang sering diutarakan kepada jaringannya “Allah Memberi Mengikut Prasangka Hambanya”, “You do the same, you get the same” & “When there is a will, there is a way”.

Dia bersama isteri tercinta PJS Suhaiza Rusli mula mengorak langkah lebih jauh. Medan perjuangannya bukan lagi di sekitar Pulau Pinang dan Sungai Petani, malah sudah menjangkau ke Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan juga menyeberangi Selat Melaka ke Medan dan Palembang di Indonesia.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan beliau, walaupun baru 20 bulan menyertai HPA, beliau telah berjaya meraih pendapatan lebih RM15 ribu sebulan. Nasihat beliau kepada seluruh masyarakat Islam Malaysia agar segeralah menyertai HPA. Rugilah kepada sesiapa yang tidak mengenali HPA ataupun meninggalkan HPA. Baginya, bersama HPA adalah suatu jihad ekonomi untuk membangunkan ummah. Jika tidak sekarang, bila? Jika tidak kita, siapa lagi yang akan memartabatkan ekonomi ummah ini.

Ends…
Continue reading...


Friday, February 13, 2009

♥TAK PAHAM2 KE NAK BOIKOT??♥


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotASSALAMUALAIKUM..

Firstly,ana nak mintak maaf dulu awal2..kalau2 kata2 ana ni agak kasar..tp tu la...."TAK PAHAM2 KE NAK BOIKOT??"
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot ..knp ana tulis mcm ni ek????nada mcm marah je kan???tp mmg ana betol2 marah gak la..bukan pe..dah tau kena boikot..knp still beli g barang boikot??hipokrit btol la..mmg dah keluar FATWA HARAM..knp masih x paham2 g?konon kesian kat PALESTINE..tp dlm masa yg same korg bantu YAHUDI g knp??...ana sedih btol..bila tgk ada yg still beli COCA COLA...mcm dah xde air lain ke nak minum???hebat sgt ke COCA COLA tu sampai snggup beli walaupun dh di kategorikan sbg barang boikot???...erm...
wahai manusia...xde ke rasa kesian n keperimanusiaan dalam diri mu??xcukup ke kamu tgk keseksaan yg dtanggung oleh saudara mara kite di PALESTINE??..cube letak diri kamu di stuasi mereka...ape yg kamu rasa???..ntah2 nak byg pn x blh..mmg x blh nak bayang...tp..mereka yg mghadapi tu mcm ne???..kite mmg x blh nak tlg..tp ada cara untuk menolong iaitu dgn berdoa, memboikot..tu pun rasanye x cukup..tp  itu je kite mampu...buat la sepenuh hati dgn seikhlas2 nye....bila ana cakap bab ni..korg mst ckp.."haaa..tu mula la tu nak promote HPA"...klu betol pun ana nak promote mmg xsalah kan??HPA produk islam..biar semua org islam kenal n guna produk islam n tinggalkn produk yahudi jahanam tu...produk islam ni la yg akan sikit sbyk membantu UMAT ISLAM sendiri..tp kalau UMAT ISLAM sendiri pun x bg sokongan...sape g nak sokong???ade ke org YAHUDI LAKNATULLAH tu nak tolong??ade ke???tolong nak MELUPUSKAN umat islam lagi ada la..tu pun KITE XSEDAR lagi!!..come on la!!!..jgn busuk ati...klu xnak kat HPA skali pn..ada g alternatif lain...xpayah duk pikir yg YAHUDI punye je...kalau dah HARAM..sure2 dapat dosa...cukup2 la dosa yg bertimbun..ni tambah lagi..sedangkan kita mmg dah tau kebenarannya...Dr Yusuf Qardawi pun dah keluarkn hukum HARAM JIKA setiap sen yg kite laburkan untuk beli barang yahudi umpama kita derma satu peluru kat yahudi untuk bunuh umat islam di palestine...ntah la..pikir2 kan la sendiri..tepuk dada,tanye iman..

kat sini,ana nak tambah lagi..untuk esok ni macam ne lak???14 februari...HARI KEKASIH KONON!!xde maknenye..klu ada gak ORG ISLAM yg still sambut..ana pn xtau la nk cakap pe..sesape yg blh elak tu..elakkan la..klu ada org yg berdekatan antum duk sibuk nak rai..tegur2 la..elak kan..ana pelik jugak la..byk g benda lain yg ISLAM anjurkan..yg ada g still sibuk nak ikut budaya barat ni pe hal?ape yg best sgt ek???sedar2 kan la diri..elakn la dari terjebak..xde maknenya HARI KEKASIH ni..semua manusia mmg ada allah anugerahkan rs kasih syg..tapi x semesti nak ditunjuk kan pada HARI VALENTINE ni..n xsemestinya syg  ni khas untuk kekasih je..tp biar la ksh syg ni untuk org yg selayak nye..bkn untuk pakwe/makwe..tunang ke ape ke..sbb ni hanye mendekatkan kepada zina je...biarlah kasih syg kite hanye  UNTUK YG SELAYAK NYE....sape???pikir la sendiri..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Jadikan cinta DAN ksh syg yg kite curahkn kpd ssorg adalah dgn memlalui cara yg halal...cinta itu suci

♥♥♥

..wallahua'lam..

p/s:-ana mohon jutaan kemaafan andai ada salah dan silap dlm post ana kali ni...yg sempurna hanya dtg dari ALLAH,yg xsempurna tu dtg dari diri ana sendiri.....

Continue reading...


Thursday, February 12, 2009

♥ VaLEnTiNeee DaY♥


Henti sambut Hari Valentine
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus
http://www.utusan.com.my/

Tarikh 14 Februari merupakan
hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. 

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. 

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. 

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian. 

Sejarah Sambutan Hari Valentine 


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya. 

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. 

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. 

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. 

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka. 

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini. 

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. 

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. 

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu). 

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. 

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. 

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. 

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine 

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. 

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67) 

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959). 

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain. 

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu yg berhubung kait dgn agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini.Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana  yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w di atas.Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang  kembali peristiwa kematian St. Velentine maka tidak disangsikan lagi bahawa

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”. 

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”. 

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40
Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.


Continue reading...


Sunday, February 08, 2009

♥WOW!!mcm x pcya je♥



ASSALAMUALAIKUM....


Malam td telah berlangsungnye konsert amal PALESTINE IN OUR HEART III di kolej Islam Antarabangsa...kolej ana le tu..hehehe..byk artis yg dtg...tp ana xdpt sgt tgk konsert..sebabbbb kena jaga stall brg2 HPA..ALHAMDULILLAH,ramai juga yg bkunjung di stall ana ni..tapi ana sempat jugak la tgk persembahan dari EZAD EXIST n NAZREY RAIHAN...best sgt...huhuhu..ana minat juga dua org artis ni...ana sempat tangkap gmbr dgn ABG NAZREY JE...happy jugak la...sbb duk minat Raihan ni sejak ana darjah 1(1997)..masa tu femes dgn lagu "ASYHADUAN LA ILA HA ILLALLAH,WA ASYHADUANA MUHAMADARASULULLAH..TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH....."hehehhee..termenyanyi pulak..tp mmg best lagu tu..dulu duk dgr lagu tu byk2 kali smpi rosak gak la kaset...suka punye pasal..hehehe..



abg nazrey mnyanyikan lagu iman mutiara
hehehe

ezad exist mnyanyikan lagu berita pada kawan

Continue reading...


Friday, February 06, 2009

♥ALterNatiF kepada KFC♥


Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya.
Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/09


menu RFC

http://hpa.com.my/rfc/menu.htm

Radix Fried Chicken
( marilah bersama kami)


Lokasi RFC yang akan dibuka.

1. Cawangan Alor Setar (Feb )

2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)

3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)

4. Cawangan Ipoh (awal april)

5. Cawangan Kulim (awal april)

6. Cawangan PJ (awal mei)

7. Cawangan Bangi (awal april)

8. Cawangan Kluang (awal mei)

9. Cawangan Kuantan (awal mei)

10. Cawangan Kelantan (awal april)

11. Cawangan Kangar (hujung march)

Kepada seluruh warga HPA ,selamat berjuang bagi merialisasikan janji kita bersama.

"Ya Allah bantulah kami "Amin.

Dihantar JawiHerbShop Pada 19 JANUARY 2009(ISNIN)

Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7feb.

Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2.Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia.Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan.Rasakanlah "hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah" kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir.Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan.HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan "Pasar Ansor" untuk umat ini.Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Syahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA .Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut.Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD .Insyalah ,saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.

Dihantar JawiHerbShop Pada Monday, January 19, 2009

Boikot

Sampai hari ini kemarahan umat Islam kepada regim zionis Yahudi laknatullah membuak-buak dan lantaran kekejaman yang dilakukan tidak layak mereka di panggil manusia.Kejahatan dan primitif mereka mengalahkan haiwan di rimba atau manusia yang hidup dizaman batu.Suara laungan dari dunia bagaikan tepuk sorak kepada mereka untuk terus bermain bunga api di Genting Gaza .Rakyat Malaysia yang perihatin menyuarakan pandangan agar tindakan memboikot ekonomi Yahudi dan produk Amerika di teruskan walaupun KFC dan MILO terus mengencarkan serangan iklan di media elotronik.Boikot produk Amerika nampaknya masih belum memberikan kesan malah dicelah-celah itu pula muncul suara yang mengujudkan keraguan tentang nasib pekerja-pekerja jika penigaan yahudi ini ditutup.Bagi saya kebangkitan ini perlu datang dari "institusi ulamak" kerana perubahan atau memboikot produk yahudi dan Amerika mestilah muncul dari keimanan kepada Allah dan Rasul.Jika datang dari keimanan kepada Allah dan Rasul ,dengan sendiri mereka yang telah bekerja disyarikat yahudi sanggup melepaskan jawatan demi sebuah perjuangan.Ulamak juga perlu tampil meniupkan ruh ummat yang sekian lama telah mati untuk berjuang kerana Ugama.Inilah medan untuk kita buktikan sejauh mana keimanan kepada Allah yang bersifat "Ar-Razaq" (pemberi rezeki).Ini juga mengingatkan kita tentang maksud ucapan Rasululah saw pada Bilal "Infaqlah wahai bilal sesunguhnya Allah ini memiliki arash yang meliputi langit dan bumi".Boikot tidak akan berjaya ditengah-tengah situasi "kelesuan ulamak dan kejahilan ummat."?umat yang sedang tidur tidak akan bertindak miskipun api kian membakar seluruh rumahnya selagi usaha mengejutkanya


Continue reading...


♥PeRcAyALah!!!♥


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !



PERTAMA:-
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA:-
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA:-
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT:-
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA:-
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM:-
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH:-
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN:-
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN:-
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH:-
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS:-
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS:-
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS:-
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS:-
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS:-
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS:-
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.



KETUJUHBELAS:-
Berpeganglah kepada tiga R:-
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS:-
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS:-
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH:-
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU:-
Adaketikanya anda perlu bersendirian.
Continue reading...


♥10 AMALAN YANG TERBALIk♥


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah . Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara , kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja . Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah . Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya , bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW:

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Continue reading...


♥PROGRAM PBC LAHIRKAN JUTAWAN HPA ♥


PROGRAM PBC LAHIRKAN JUTAWAN HPA

Link: http://hpa.com.my

PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) PBC DAN KEISTIMEWAANNYA

1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?

1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.

2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).

3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.

4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.

5. Modul program yang menarik dan berkesan.

6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.

7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.

8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?

1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.

2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.

3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul Dalam PBC....

1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM(S) HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain mensasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix.

Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…

Dapatkan jadual PBC terdekat melalui Cawangan HPA, Stokis HPA seluruh negara, Pemimpin HPA anda, atau dengan melayari laman web

1.WEb HPA : http://www.hpa.com.my
2.Komuniti Zon Utara : http://www.pjskpu.blogspot.com
3.Komuniti Zon Tengah dan Selatan : http://kpa2u.wordpress.com
4.Komuniti Zon Timur : http://hpakpt.blogspot.com

Pangkat HPA jika tanpa melalui PBC:

Pengedar Bertauliah (PB)

10% belian antara 0 NM - 500 NMPB
14% belian antara 501 - 1000 NMPB
17% belian antara 1001 - 1500 NM

PLX 20% belian antara 1501 Nm ke atas...
PRX 23% perlukan 3 org pangkat PLX
PJX 26% perlukan 6 org pangkat PLX
PL 29% perlukan 2 org pangkat PRX dan 4 org pangkat PLX
PR 32% perlukan 4 org pangkat PRX dan 2 org pangkat PLX
PJ 35% perlukan 6 org pangkat PRX
PJE 35% perlukan 2 PJ (line berbeza)
PJI 35% perlukan 4 PJ (line berbeza)
PJM 35% perlukan 6 PJ (line berbeza)

Untuk keterangan dan info lebih lanjut, hadirlah ke PBC....

Ends...
Continue reading...


Wednesday, February 04, 2009

♥RFC yg baru di buka!!!!♥




Perasmian RFC Cawangan ke 2. Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman (Bangunan Stesen BAS Shahab Perdana). Pada 7hb Feb 2009, Jam 9.00 Pagi oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman.
JOM KITA PAKAT MAI SERBU RFC RAMAI2!!!!
SAPA X MAI..RUGI TAU!!HEHEE
Continue reading...


♥PenGaLamanKU♥



ASSALAMUALAIKUM...

erm..pengalamanku?? mcm sentimental je bunyi nye kan??? xpe2..jom kite bace kisah "pengalamanku" ..k..first n foremost,in the name of ALLAH..the lord with most merciful n most blessing..pada 3 FEBRUARI 2009,ana telah mengadakan satu program pengenalan HPA di kolej ana INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE...penceramah yg dijemput hadir ialah PJS TUAN SYED AGEEL..terima kasih yg tak terhingga ana ucapkan pada beliau kerana sudi meluangkan masanya bersama plajar IIC..jutaan trima kasih ana ucapkan...begitu juga,jutaan terima kasih pada sahabat2 ana yg sudi hadir ke program ni..jasa baik antum sume xkan skali ana lupa kan.ni program pertama yg ana anjurkan sememangnye mjadi pgalaman yg paling berharga kat ana..dari tak tau ape2,skarang alhamdulillah dah dpt knowledge sikit...tapi semua ni xkan terhasil jika tiada bantuan dari kak aza,kak nur muslima,kak syida,syazman,amalina,sue and sahabat2 yg lain..thanks a lot friends...dari pengalaman ni juga ana dpt membezakan yg mana sahabat untuk senang dan sahabat dikala susah..yg byk memberi sokongan pada ana,ana mmg x kan lupakan jasa antum semua..terima kasih..moga perjuangan kite ni ikhlas kerana ALLAH dan ukhwah yg kita jalin ni abadan abada n niat lillahitaala..ana tujukan lagu TEMAN SEJATI, nyanyi kumpulan BROTHERS untuk sahabat2 ana semua.hahahaa..kalau dgr2 nnt ingt ana ye..disini juga ana nak panjatkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana program yg ana jlnkan ni bjln dgn lancar..alhamdullillah..dan disini juga ana ingin mgambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan pada program ini...kerana yg sempurna itu dtg dari ALLAH,dan yg TIDAK SEMPURNA itu dtg dr kelemahan ana sendiri...

sbgai penutupnya,sila la tgk koleksi gambar2 dibawah ni yer..





...PJS SYED AGEEL...


PJS Syed Ageel bersama tenaga penggerak HPA IIC


cawan ini diisi dgn air KOPI RADIX!!!bkn hanya secawan..tp byk cawan..alhamdulillah,KOPI RADIX mdpt sambut yg mgalakan sampai xcukup bekalan!!

SEKIAN...SELAMAT MENJAMU MATA..HEHE

♥Pengalamanku,hartaku....

Continue reading...


♥KonSerT AmaL ♥


Jom datang beramai-ramai!!!
Masuk adalah percuma!!!
Artis jemputan:
Nazrey Johani, All One, Varian, Stellar,
Thewans, Alaong Zaimi (Bintang Kecil),
Hanimzah Jalaludin (AQ), & Ezad Lazim
Tarikh:
7hb Februari 2009
Masa:
8.00 - 11.00 malam
Tempat:
Kolej Islam Antarabangsa (IIC)
-berhadapan Taman Koperasi Polis
-Jom pakat datang beramai-ramai sambil menderma
untuk Palestin!!!
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice