ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Saturday, December 15, 2012

✿JODOH DAN DOA✿




Bismillahirrahmanirrahim...

Mencintai seseorang itu fitrah manusia.Jatuh cinta tidaklah terlarang selama tidak diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang Allah haramkan.

Boleh jadi, saat ini hati kita condong kepada seseorang.
Sehingga kita menganggap dialah yang terbaik menjadi pasangan hidup kita suatu hari nanti. Namun hal ini jangan sampai
membuat kita berlebihan dalam memanjatkan doa kepada_Nya.

Seperti berdoa, " Ya Allah,jadikanlah saya berjodoh
dengan fulanah/fulan.Jadikanlah ia yang terbaik bagi
saya."

Atau berdoa, " Ya Allah jika dia bukan jodoh saya, jadikanlah dia
jodoh saya."

Padahal Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda,
"Sungguh akan muncul kaum dari umat ini yang akan berbuat
melampaui batas dalam berdoa dan bersuci."
(Shahih Sunan Abi Dawud, no.87)

Mungkin saat ini kita menganggap dia yang terbaik, namun belum tentu dia lah yang terbaik menurut Allah.

Allah berfirman:
" Boleh jadi,kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia
amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidakmengetahui." (QS. Al-Baqarah:216)

Allah lah yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk
bagi kita.Termasuk dalam masalah jodoh.

Kita boleh berusaha sekuat tenaga meraih yang kita inginkan, namun kita harus bertawakal dan menyerahkan hasilnya kpd Allah.Jodoh kita mungkin dia yang sekarang kita cintai, mungkin juga bukan.

Namun pasti itulah yang terbaik bagi kita.Yakinlah apa yang Allah
berikan adalah yang terbaik bagi kita.

Maka cukupkanlah diri dengan berdoa:
" Ya Allah karuniakanlah kepadaku seseorang yang terbaik bagiku,
terbaik bagi dunia dan akhiratku."

Dan sudah konsekuensi mengharapkan jodoh yang baik berarti senantiasa berusaha memperbaiki diri menjadi lebih
baik lagi...insyaAllah..

Continue reading...


Sunday, December 02, 2012

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU...




Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku...
Inginku beritahu padamu... 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia... 
Orang tua yang begitu sempurna... 
Dengan cinta yang begitu membuncah...
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga...
Maka, padamu ku katakan... 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku... 
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah...

Padamu yang Allah pilihkan untukku... 
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan... 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu. 
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna... 
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu... 
Kerana kelak kita akan satu... 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, 
Kau dan aku akan menjadi 'kita'...
Padamu yang Allah pilihkan untukku...
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah, 
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya... 
Maka ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmu-Nya... 
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita... 
Itulah visi pernikahan kita... 
Ibadah pada-Nya ta'ala...

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku... 
Ingatlah... Aku adalah mahluk-Nya dari tulang rusuk yang paling bengkok... 
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah... 
Maka, ketahuilah... Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, 
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan... 
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah... 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah... 
Namun tatap mataku, tersenyumlah... 
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu... 
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah... 
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu... 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku... 
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan... 
Maka dimataku kau adalah yang terindah, 
Kata2mu adalah titah untukku, 
Selama tak bermaksiat pada Allah, akanku penuhi semua perintahmu... 
Maka kalau kau berkenan ku meminta... 
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya...

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita... 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga... 
Yang di pundaknya akan di isi dengan amanah-amanah dakwah, 
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad...  
Yang darahnya mengalir darah syuhada... 
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka... 
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka... 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu...

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… 
Ku memohon padamu.. Redhailah padaku, 
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi... 
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya...
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku...
Ahmad Hafizan Yehya
Continue reading...


Saturday, December 01, 2012

kerana cinta♥...=)





بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah,di celah-celah kesibukan masih ada kesempatan untuk ku luangkan masa bersama blog kesayanganku ini untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang boleh ku kongsikan sebagai manfaat semua. 

kak poah: amboi..lama menyepi,tup-tup kerana cinta pulak ni,apa cer?

miss_wafa: hoho.=) cinta tu kan luas.nak tau apa cer, baca la ek.hehe

hari ini bermulalah program Sahabat Bahasa Arab atau اصدقاء اللغة العربية yang dikendalikan oleh seorang penyarah dari jabatan bahasa arab UKM, Ust. Zainuddin Ismail. Program ni mempunyai beberapa peringkat.untuk hari ini sebagai permulaan,dimulakan dengan perkara yang paling asas.walapun perkara asas,jika tidak dipraktikkan,prestasi kita tak akan meningkat..ok.nak tahu apa yang saya belajar hari ini?jom kita belajar sesama ek?! moga bermanfaat untuk kita semua.

ما اسمك؟
ma ismuk?

kak poah:- kenapa ismuk?kenapa bukan ma ismuka-untuk laki/ismuki-untuk perempuan?)

miss_wafa:-untuk menjadikan kita nampak profesional dalam bahasa arab,cewahh..hehe..setiap hujung perkataan arab ni,kita baca  tanda sukun,tanda mati la.tapi ikut pada kesesuaian ayat jugak.ada yang memerlukan kita sebut baris yang ayat terakhir tu.hehe.faham tak?

kak poah:tak faham?

miss_wafa:apa?!tak faham yang mana?

kak poah:maksud ma ismuk ni?

miss_wafa: owww.maksud dia siapa nama kamu.hehe.

so jawab nya..

.....اسمي
ismi....
nama saya...

miss_wafa: mudahkan??
kak poah: alah,ni kacang je!tadika dulu dah belajar dah.
miss_wafa: yeke?ok..kita teruskan ek...mana tau kot2 ada yang tak sempat belajar masa tadika dulu =p


اين ولدت؟
aina wulidta/wulidti
kamu dilahirkan dimana?

(ولدت في......( مصر
wulidtu fi...(wulidtu fi misr).
aku dilahirkan di .....(contoh->aku dilahirkan di mesir)

متى ولدت؟
mata wulidta/wulidti?
bila kamu dilahirkan?

.ولدت في اربع عشر ابريل سنة الف و تسعين مائة و تسعين
wulidtu fi arba'a a'syar april sanah alf wa tis'in miah wa tis'in.
saya dilahirkan pada 14 april 1990.

اين درست قبل هذا؟
aina darosta/darosti khobla haza?
kat mana kamu belajar sebelum ni?

درست قبل هذا في الكلية الإسلامية العالمية 
darostu khobla haza fi al-khuliyah al-islamiyah al-alamiyah.
sebelum ni saya belajar di kolej Islam Antarabangsa.

ماذا فعلت امس؟
maza fa'alta/fa'alti amss?
apa yang kamu buat semalam?

امس اتصلت بزوجي
amss ittasoltu bi zauji.
semalam aku berbual(dalam telefon) dengan suamiku.

ماذا تفعل\ تفعلين الآن؟
maza taf'al (li muzakkar-lelaki) / taf'alin(li muannas-perempuan) al-ann?
apa yang sedang kamu lakukan sekarang?

الآن اقرأ الجريدة
al-ann akroul jaridah.
sekarang saya sedang membaca surat khabar.

ما هو الطعام المفضل عندك؟
ma huwa at-to'am al-mufaddol indak?
apa makanan kegemaran kamu?

.nasi lemak الطعام المفضل عندي 
at-to'am al-mufaddol indi nasi lemak.
makanan kegemaranku nasi lemak.

ما هو هواية صديقك الحميم \ صديقتك الحميمة؟
ma huwa hiwayah sodikik al-hamim/ sodikotik al-hamimah?
apakah hobi kawan baik kamu?

هواية صديقي الحميم يطلع على فيسبوك
hiwayah sodiki al-hamim yatli' ala fesbuk.
hobi kawan baik saya ialah melayari facebook.

ماذا فعلت بعد هذا؟
maza fa'alta/fa'alti ba'da haza?
apa yang kamu hendak buat selepas ini?

 بعد هذا اريد ان اذهب الى المكتبة
ba'da haza uridu an azhab ila al-maktabah.
selepas ini saya hendak ke perpustakaan.

ما أمنيتك في المستقبل؟
ma umniyatik fi mustakbal?
apa cita-cita kamu pada masa hadapan?

(pHD)  أمنيتي في المستقبل اريد ان ادرس حتى مرحلة الدكتوراه
umniyati fi al-mustakbal uridu an adrus hatta marhalah al-dukturoh.
cita-cita saya,saya hendak belajar hingga ke peringkat kedoktoran(pHD).

ماذا فعلت كل يوم؟
maza fa'alta/fa'alti kulla yaum?
apa yang kamu buat setiap hari?

كل يوم استيقظت و اغتسلت ولبست و ذهبت ودرست و اكلت و رجعت و راجعت ونمت
kulla yaum istaikhoztu wa igtasaltu wa labistu wa zahabtu wa darostu wa akaltu wa roja'tu wa roji'tu wa nimtu.
setiap hari saya bangun, mandi,pakai,,pergi,belajar,makan,balik,ulangkaji dan tidur.

miss_wafa: haaa.senang kan?
kak poah: @_@....

hehe.tak apa.slow and steady ok?

لان كل شئ في اوله صعب
(kerana setiap permulaan itu susah.)
lama-lama nanti insyaallah mudah.praktis selalu ok?

p/s: kalau ada kesalahan,mohon teguran ek.sama-sama kita belajar.moga Allah berkati perjuangan kita dalam menuntu ilmu..

semoga terpupuk dalam diri kita rasa cinta dan semangat untuk mempelajari bahasa arab.
ana uhibbu lughatul arabiyah.



Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice