ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Friday, December 31, 2010

✿assalamualaikum wbt...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

erm..apa maksud assalamualaikum tu yer?
dalam bahasa tercinta kita,bahasa melayu membawa maksud = SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU ..
dalam bahasa inggeris nya pula = PEACE BE UPON YOU.
dan dalam bahasa arab nya pula apa?sapa tahu?hehe.tak pa..saya bagitahu ek.dalam bahasa arabnya =
السلام عليكم
dalam bahasa lain,saya tak tahu apa translation nye ye.hehe.harap maaf.




saya nak kongsikan satu cerita dengan pembaca semua.antara saya dan anak saudara saya..
pada suatu hari.....

puteri : halati(maksudnya makcik->saya la),kalau orang cina ke india ke orang putih ke cakap assalamualaikum kat kite,dosakan kalau kita jawab??

saya: kenapa dosa lak?sapa yang cakap dosa tu?cepatnya menghukum.

puteri: erm..ada ustazah kat sekolah puteri la.dia kata,kalau orang bukan islam cakap assalamualaikum tak boleh jawab.nanti dapat dosa.betul ke halati??

saya: hermm..dosa tu xde la.betul ke ustazah kamu kata kalau orang bukan islam cakap assalamualaikum?atau dia sebut perkataan lain tapi kamu dengar assalamualaikum?

puteri: betul! jap,kakak ada tulis apa ustazah tu suruh jawab kalau orang bukan islam yang bagi salam..

2minit selepas itu....
puteri: haa!ni dia.ustazah kata kalau nak jawab jugak boleh.tapi kena sebut ni "assamu alaikum"...

saya: kamu tau ke apa maksud assamu alikum ni?kenapa kalau orang bukan islam ni cakap assalamualaikum,kite nak jawab assamu alaik pulak?

puteri: ntah.dah ustazah ajar gitu..

ok..apa yang saya nak huraikan disini ialah,yang pertama sekali maksud assamu laikum ni maut atau celaka.kenapa kalau orang bukan islam itu dah bagi ucapan yang elok,kita nak jawab macam tu pulakan??

cuba kita lihat sambil mengkaji apa yang telah Allah swt firmankan dalam surah an-nisa' ayat 86

و إذا حيّيتم بتحيّة فحيّوا بأ حسن منها أو ردّوها انّ الّله كان على كلّ شىء حسيبا

"dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat,maka balaslah penghormatan itu dengan ucapanyang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

maka,tak kira la sapa pun,selagi mereka memberi ucapan yang baik,kita balaslah dengan cara yang baik juga...

saya juga ada pernah terbaca dalm buku tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin 'Mengemudi Bahtera perubahan minda" pada muka surat 64-65.

"kata imam ibn al-qayyim.."para ulama berbeza pendapat tentang menjawab salam mereka.Majoriti ulama berpendapat wajib menjawab.Inilah pendapat yang benar. kata segolongan ulama tidak wajib menjawab."

"kata ibn al-qayyim lagi,": telah sabit dalam hadis,Nabi saw lalu dalam satu majlis yang bercampur antara Muslim,Musyrikin penyembah berhala dan Yahudi,lalu Baginda memberi salam untuk mereka semua".(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Zad al-Ma'ad,2/425-426, Beirut: Muassasah ar-Risalah 1990)

"Dalam riwayat yang lain dalam al-adab al-mufrad juga di bawahbab iza kataba az-zimmi fasallama, yuradd' alaihi(bab apabila kafir zimmi menulis surat dengan memberi salam,maka dijawab salamnya). Dalam bab ini dimuatkan kisah yang sahih dimana Abu Musa asy-Asy'ari menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu.maka dia ditanya:" Adakah engkau memberi salam kepadanya,sedangkan dia kafir?"jawab abu musa:"dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam,maka aku menjawabnya."

riwayat-riwayat yang seperti ini sepatutnya dibaca oleh para ustaz,ustazah atau sesiapa yang ingin membincangkan tajuk ini sebelum menghukum sesuatu pandangan sebagai menyeleweng.
Malangnya di negara ini,sesetengah golongan agama tidak menjadikan fakta sebagai teras perbincangan, sebaliknya sentimen guru tradisionalnya dijadikan ukuran kebenaran.

Adapun hadis-hadis yang menyuruh dijawab wa'alaika (ke atas kamu) terhadap salam Yahudi ialah disebabkan orang Yahudi pada zaman Nabi saw apabila memberi salam menyebut as-samu alaikum yang bermaksud :"maut atau kemusnahan ke atas kamu."Mereka cume mengelirukan pendengaran orang islam.justeru itulah nabi saw menyuruh dijawab dengan ungkapan wa alaikum sahaja. perkara ini jelas disebut dalam hadis Baginda:


انّ اليهود إذا سلموا عليكم يقول السام عليكم فقل عليك
"sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu,sebenarnya dia menyebut : as-samu' alaika(maut atau musnah).Maka kamu jawablah wa'alaika(ke atas kamu)..
(riwayat al- bukhari dan imam muslim)."

maka jika keadaan berbeza, dmana jika ada bukan muslim memberi salam dengan cara yang betul serta tujuan yang baik pula iaitu untuk mengucapkan kesejahteraan kepada kita maka hadis di atas tiada kaitan lagi.Apakah wajar untuk kita sebagai penganut agama yang membawa kesejahteraan dan rahmah menolak ucapan baik orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya?Sudah pasti tidak wajar sedemikian....

sekian..wassalammm..





Continue reading...


Thursday, December 23, 2010

ღwanita anggun penyeri alam...ღ



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ok.insyaallah,dari post ni dan post2 yang seterusnya,saya nak berkongsikan dengan semua pembaca tentang kisah para isteri junjungan besar kita,Nabi Muhammad saw...seperti yang kita tahu,nabi muhammad ada 13 orang isteri..kenapa 13?kenapa bukan 4? sedangkan umatnye dibolehkan beristeri 4 orang sahaja?kenapa yer?

kerana,perlu dijelaskan kepada siapapun, bahwa kedudukan orang nabi di tengah umatnya tidak sama. Kedudukannya jauh lebih tinggi, bahkan dari darjat para malaikat sekalipun. Bukankah sampai pada titik tertentu dari langit yang tujuh itu, malaikat Jibril pun harus berhenti dan tidak bisa meneruskan perjalanan mi'raj? Sementara nabi Muhammad SAW sendiri saja yang boleh meneruskan perjalanan. Ini menunjukkan bahwa darjat beliau SAW lebih tinggi dari malaikat Jibril `alaihissalam.

Demikian juga dengan masalah dosa. Kalau manusia umumnya boleh mendapat dosa dan mendapat pahala, para nabi justru sudah dijamin suci dari semua dosa (ma'sum). ertinya, seandainya , para nabi itu mengerjakan hal-hal yang diharamkan, sudah pasti Allah tidak akan menjatuhkan dosa kepada mereka. Sebab tugas mereka hanya menyampaikan syariat saja, baik dengan lisan mahupun dengan perlakuan. Namun kerana para nabi itu dijadikan qudwah (contoh) hidup, maka mereka pun beriltizam (berpegang teguh) pada syariat yang mereka sampaikan.

Pengecualian Syariat Buat Pribadi Rasulullah SAW
Dalam implementasinya, memang secara jujur harus diakui adanya sedikit detail syariah yang berbeza antara Rasulullah SAW dengan umatnya. Namun pengecualian ini sama sekali tidak merosakan misi utamanya sebagai pembawa risalah dan juga qudwah. Sebab di balik hal itu, pasti ada hikmah ilahiyah yang tersembunyi.
Misalnya, bila umat Islam tidak diwajibkan melakukan solat malam, maka Rasulllah SAW justru diwajibkan untuk melakukannya.

Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Qur'an. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi yang berjihad di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Qur'an dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan) nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Muzzammil: 20)

Bila umat Islam diharamkan berpuasa dengan cara wishal (bersambung hingga malam), maka Rasulullah SAW justru diperbolehkan bahkan diperintahkan.

Dari Ibnu Umar ra berkata bahwa : Rasulullah SAW berpuasa wishal di bulan Ramadhan. Lalu orang-orang ikut melakukannya. Namun beliau SAW melarangnya. Orang-orang bertanya, "Mengapa Anda melakukannya?" Beliau menjawab, "(Dalam hal ini) aku tidak seperti kalian. Sebab aku diberi makan dan diberi minum."

Bila isteri-isteri umat Islam tidak diwajibkan bertabir dengan laki-laki ajnabi, khusus buat para isteri Rasulllah SAW telah ditetapkan kewajiban bertabir. Sehingga wajah mereka tidak boleh dilihat oleh laki-laki, sebagaimana mereka pun tidak boleh melihat wajah laki-laki lain. Hal itu berlaku buat para isteri nabi SAW. Kejadian itu bisa kita lihat tatkala Abdullah bin Ummi Maktuh yang buta masuk ke rumah nabi SAW, sedang saat itu beliau sedang bersama dua isterinya. Rasulullah SAW lalu memerintahkan mereka berhijab (berlindung di balik tabir), meski Abdullah bin Ummi Maktum orang yang buta matanya. Namun Rasulullah SAW menjelaskan bahwa kedua isterinya bukan orang yang buta.

Kerana itulah Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:
Apabila kamu meminta sesuatu kepada mereka (para isteri nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti Rasulullah dan tidak mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar di sisi Allah. (QS. Al-Ahzab: 53)

Bila wanita yang telah ditinggal mati oleh suaminya selesai dari 'iddah mereka boleh dinikahi oleh orang lain, maka para janda Rasulullah SAW justru haram dinikahi selamanya oleh siapapun. Bahkan kepada mereka disandangkan gelar ummahatul mukminin yang artinya adalah ibu orang-orang mukmin. Haramnya menikahi janda Rasulullah SAW sama dengan haramnya menikahi ibu sendiri.

Dan masih ada beberapa lagi kekhususan Rasulullah SAW. Salah satunya adalah kebolehan beliau untuk tidak menceraikan isteri yang jumlahnya sudah lebih dari 4 orang. Sedangkan umat Islam lainnya, disuruh untuk menceraikan isteri bila melebihi 4 orang.

Sebagaimana kita ketahui di masa lalu dan bukan hanya terjadi pada bangsa Arab saja, para laki-laki memiliki banyak isteri, hingga ada yang mencapai ratusan orang. Barangkali hal itu terasa aneh untuk masa sekarang. Tapi percayalah bahwa gaya hidup manusia di masa lalu memang demikian. Dan bukan hanya tradisi bangsa Arab saja, melainkan semua bangsa.

Sejarah Eropa, Cina, India, Afrika, Arab dan nyaris semuanya, memang terbiasa memiliki isteri banyak hingga puluhan.
Lalu datanglah syariat Islam yang dengan bijaksana memberikan batasan hingga maksimum 4 orang saja. Kalau terlanjur sudah punya isteri lebih dari empat, harus diceraikan suka atau tidak suka. Kalau kita melihat dari sudut pandang para isteri, justru kita seharusnya merasa kasihan, kerana harus diceraikan.

Kerana itulah khusus bagi Rasulullah SAW, Allah SWT tidak memerintahkannya untuk menceraikan para isterinya. Tidak ada pembatasan maksimum hanya 4 orang saja. Justru pengecualian itu merupakan bentuk kasih sayang Nabi SAW kepada mereka, bukan sebaliknya seperti yang dituduhkan oleh para orintalis yang hatinya hitam itu. Mereka selama ini menuduh Rasulullah SAW sebagai orang yang haus perempuan, nauzu bilahi min zalik.

Semoga Allah menghancurkan tipu daya para orintalis terlaknat, merusak semua sumber dana dan media propaganda sesat mereka, serta meruntuhkan kesombongan mereka. Amien Ya Rabbal 'alamin.

Wallahu a'lam bishshawab wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*Ahmad Sarwat, Lc. /eramuslim
sumber: www.swaramuslim.com

p/s: jika ada kesalahan sila beri teguran atau ada penambahan sila nyatakan..

akan bersambung dengan kisah isteri pertama rasulullah saw...kisah wanita hebat,
Sayidatina Khadijah binti Khuwailid

Continue reading...


Tuesday, December 07, 2010

ღsetiap permulaan pasti ada akhirnya....ღ



بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ya Allah,
mereka ini sahabatku..
mesra kami penawar duka..
rindu kami menambah cinta..
rajuk kamu membuah ceria.


ya Allah,
silaturahim kami ukhuwah fillah..
bermusuh kami nauzubillah..
berpisah mati, insyaAllah..
pengubat hati doa rabitah.

ya Allah,
rahmati kami meniti usia,
terpisah kami di alam nyata..
temukan semula di Taman Syurga..
Amin ya Allah..

maka bermula la sebuah kisah..pada tanggal 25 may 2008,tarikh dimana terdaftarnya diriku sebagai salah seorang pelajar di sebuah kolej yang dikenali sebagai KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA/ INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE(IIC).
DIPLOMA PENGAJIAN SAINS ISLAM DAN KONTEMPORARI(DIC) telah menjadi krusus pilihan ku di iic.kini,cukup 7 semester telah berjaya ku lalui.sudah tiba masanye untukku mengundur diri dari IIC.terlalu banyak kenangan manis dan tidak kurang juga yang pahitnya telah pun terpahat di hati sanubari.setiap pertemuan itu sudah pasti ada perpisahannya.hanya yang tinggal sebuah kenangan yang terukir didalamnya..apa yang lebih menyentuh hati,ruangan minda adalah kenangan bersama para sahabat,para pensyarah...segalanya terlalu bermakna..
kepada pensyarah2,jutaan terima kasih ku rakamkan untuk kalian semua.kerana kesabaran,kegigihan dalam mencurahkan ilmu kepada anak muridmu.moga allah yang mamp membalas jasa baik kalian.
kepada sahabat2 seperjuanganu,terima kasih juga ku ucapkan kerana sudi menjadi sahabatku,segala susah senang kita lalui bersama.setiap masa kita bersama akan sentiasa ku rindu selalu.

untuk sahabatku:

RISALIZAH BT MANAF

lisa,terima kasih ku ucapkan ats sgala pertolonganmu dikala susah senangku,kau pasti ada disisi untuk menjadi penghibur.gurauanmu sentiasa mengembirakan hati.ketulusanmu sentiasa menenagkan hati.dalam keriuhanmu,kau dikalangan yang berjaya.semoga langkah perjuanganmu tiada penghujungnya ,begitu juga ukhwah yang kita bina,moga tiada akhirnya.




NURAIN YUSUF


AIN,disaatku lemah,kebuntuan.kau la pemangkin semangat.ketegasanmu menjadi contoh pada para muslimah.kecerianmu memukau.senda gurau antara kita sentiasa diingatan ku..sepanjang persahabatan kita,pasti ada kekurang dariku..maafkanku seikhlas hatimu.





HAZRIN A-WANIS

ANIS,seindah nama dan seindah rupa..kau lah sahabat pertamaku di iic.tak kan ku lupakan saat pertama ukhwah kita terbina.hingga kini dan selamabya kau tetap sahabatku.semoga terus maju jaya dalam setiap usaha mu..dari jauh ku titipkan doa dan semangat untuk mu.






FAZRINA MD HAKIB


INA,senyumanmu melembutkan hati.kesetiaanmu merawat luka.kau teman terbaikku.semoga kau terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang dan keceriaan sentiasa kekal dalam dirimu.jangan lemah dengan apa yang melemahkan.jangan jatuh pada yang menyakitkan..
kegembiraan dan keindahan yang selayaknya untukmu..




RAZIA ANSAR

RAZIA,kau antara sahabat yang banyak menyedarkan ku,mengenalkanku erti dunia...segala nasihatmu menjadi panduanku yang tak kan ku sia kan.gelak tawa mu,akan sentiasa menjadi musik dikala sepiku.segala kata-kata hikmahmu akan ku manfaatkan.kau umpama mawar yang mekar indah.semoga menjadi isteri yang solehah,dan ibu mithali..dan semoga dirimu menjadi contoh pada para muslimah.




NURUL AMIRA BT ABDUL SAMAD

AMIRA,perkenalan singkat kita menghasilkan ukhwah yang erat.
kau umpama sebuah diari hidupku.kau telalu mengerti tentangku.walaupun pertemuan kita terlalu singkat,tapi ku yakin persahabatan kita pasti kan terus berkekalan.





ramai lagi ingin ku ungkapkan disini.tapi cukup la sekadar disini.kerana semua sahabatku amat berharga...dan sudah menjadi lumrah,perpisahan itu amat menyakitkan.tapi,kita masih punya kenangan yang tak akan pernah hilang.sepanjang kita bersahabat,adakalanya memedihkan.tapi tanpa kita sedar dan kita sangka,pabila perpisahan datang menyapa,segala yang pahit itu kini menjadi indah.seindah persahabatan kita semua.harapanku,semoga ukhwah kita tak terhenti disini.bergerak seiring dengan perjuangan dakwah kita.tidak akan ada yang tercicir..
ku abadikan kisah ringkas kita dalam blog ku yang tercinta ini agak tibe saat satu ketika nanti ada di antara kita mula melupakan,dan blog ini la akan membantu memperingatkan...

akhir kata dariku,maafkan andai diriku pernah melukakan hati2 kamu semua.yang pasti,kasih sayangku, doa dan semangatku sentiasa ada untuk kamu semua..

yang ikhlas dariku...

SITI IBTIHAL WAFA.
DIC081030
2008-2010




















Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice