ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Tuesday, September 21, 2010

ღandai lelaki tahu .....ღ


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Andai lelaki tahu,dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.
andainya lelaki tahu,rajuk seorang perempuan minta dipujuk.
marah seorang perempuan perlu didekati.
sedih seorang perempuan harus didengari..
gembira seorang perempuan ingin dikongsi..
andainya lelaki tahu...
disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut......
bukan untuk dimanjai.
bukan jua untuk ditatangi bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terus wujud walau disaat jauh...
kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya.
pada diri seorang perempuan..
wujudkah cinta itu di hati lelaki??
bila disaat jauh tanpa perkhabaran??
sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang...
bukan atas dasar siapa dirnya sebelum ini..
cintailah seseorang itu kerana hatinya..
bukan paras rupa semata..
(sumber dari video di utube)

ok.first of all,lelaki yang dimaksudkan di atas ni kita sandarkan pada suami la yang lebih sesuainya..ok..suami sebagai lelaki adakalanya tidak mampu atau tidak sempat untuk memahami hati,sikap dan perangai wanita walaupun dah selamat jadi isterinya..
perlu lelaki tahu,wanita ni adakalanya merumitkan.
seperti apa yang kita tahu,terciptanya wanita dari tulang rusuk lelaki yang paling bengkok sekali..maka,apa kah salah nya untuk menambah sepenuh kesabar dalam berjuang untuk meluruskan nya?
tapi perlu juga kita tahu hakikat yang sebenar,dimana ALLAH SWT mencipta para hambaNYA dengan pelbagai rupa,pelbagai jenis hati..maka,disetiapnya mempunyai hati-hati yang berbeza..dan setiap manusia ciptaan ALLAH ni berpasang-pasangan.pasangan-pasangan ini sudah semestinye tak mungkin mempunyai hati yang sama,perangai yang sama.rambut sama hitam,hati lain-lain..ini adalah kerana untuk masing-masing melengkapi satu sama lain.melengkapi apa yang terkurang dan apa yang terlebih.
ada masa nya,wanita ini merumitkan.
tak lari juga dengan sikap laki,ada masanya ego nya merimaskan.
:puteh_5:


kenapa hal ini berlaku?

cube kita renung-renungkan kemabali..sedangkan air di lautan pun tidak selalunya tenang..ada masanye ia bergelora.llidah yang sentiasa didalam mulut kita pun lagikan tergigit.begitu juga seperti kita sekadar hamba ALLAH yang banyak kelemahannya....ada masa untuk kite gembira..ada masanya sedih menghampiri kita..jadi,pikir dan ambik secara positif.mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang boleh mematangkan kita jika ada satu masa nanti ada badai yang datang menerpa,kita sudah tahu cara mengatasinye..:puteh_6:

pada wanita,moga emosi dan nafsu tidak menguasai diri..
pada lelaki juga,jangan biar keegoan mu memerintah diri..
jika kedua2 dapat mengatasi,insyaallah kebahagiaan kekal abadi.
jika tiada kesabaran yang kuat dalam diri,mungkin cintai yang lama disemai akan hancur berkecai.cube pertahankan..tenang dalam mengatur langkah.ingat,syaitan sentiasa dekat untuk mengoda HAMBA ALLAH SWT.kerana itu sumpah para iblis laknatullah.

lelaki dan wanita sama je.mungkin ada lumrah dan fitrah yang berbeza.andai keimanan,ketaqwa dan keredhaan sentiasa kuat dia hati bersama,insyaallah kebahagian akan jadi milik bersama..

semoga ada sifat give and take.jangan ada sikap al ways give never take,or always take never give.sifat saling memahami,memaafi itu juga amat penting.adakalanya kita perlu berlapang dada.kita hanya insan kerdil..sedangkan ALLAH MAHA PENGAMPUN,inikan kita hanya hamba ALLAH SWT.siapalah kita untuk tidak bersifat terbuka dalam memaafi kesilapan manusia yang tidak ada yang sempurna?

wallahu 'alam...

:puteh_16:

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com


:puteh_2::puteh_2:

Continue reading...


Saturday, September 18, 2010

✿BoRak-BoRAKK...✿


(sekadar gambar hiasan)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


alhamdulillah.pejam celik je dah 8 syawal..ada yang dah mula start kerja..kampung2 dah mula sunyi..minggu depan UPSR dah nak mula....(adik2 yang bakal mengambil exam upsr,kak wafa ucapkan semoga berjaya.banyak berdoa.semoga Allah permudahkan segala).next week,kak wafa ni nak kena balik k.L dah...nak exam jugak.adoi.takutnyeee.mood raya ada lagi ni.nak kena buka buku di musim perayaan.oh buku,semuanya baru sikit je ku sentuh.
huhu..:reading:kepada yang akan menghadapi exam lepas raya ni,saya amat memahami perasaan anda.:cry:.tapi,nak tak nak kena hadapi jugak.so,jangan malas2.kena rajin.nak result elok,study pun kena lah elok.hehe:pompom:.chaiyok2!

ok harini,sebelum terlambat,ingin saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA RAZIA ANSAR DAN SUAMI NYA AHMAD..MOGA BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA.bukan sampai anak cucu je.hehehe.sori sebab tak dapat datang kendurimu.
:err:erm..sepanjang raya ni,terasa amat kecewa dengan cerite yang tersiar kat tv.tak habis-habis cerita hantu.menatang-mentang la dah raya,semua hantu dah lepas dari ikatan.
:minimo_22:pastu,cerita melayu lak tu.. itukah budaya orang melayu?pastu,cerita sal anak derhaka terlampau je.kenapa tak tunjuk cerita yang elok-elok untuk dijadikan hiburan sepanjang hari raya yang mulia ni??kenapa mesti nak tunjuk contoh tauladan dengan cara yang macam tu.nak tunjuk cerita tauladan tu boleh je.tapi,beragak la sikit.ni macam nak mencemari pandangan orang kepada orang melayu dan beragama islam...dan ada sesetengah cerita melayu yang berunsur lucah.perlukah diselit aksi2 dan adegan2 yang berbaur lucah dalam untuk di jadikan tontonan umum?semata2 untuk tarik orang ramai tengok cerita ni.tapi mesej atau motif yang positif tak dapat nak disampaikan.ni hari raya,tunjuk la cerita menarik.bukan cerita merepek.:mHantuk:so,kepada ibu bapa,kawal lah anak2 tu tengok tv..budak2 sentiasa suke mencube perkara baru.dan mudah percaya dengan apa yang dilihatnya..:mNo:.iklan2 di tv juga amat lah membosankan.kadang2 rasa tak paham je iklan tu nak cakap pasal apa..seperti apa yang telah terjadi di awal syawal baru ini,iklan tv3 telah di tarik semula penyiarannya.ramai dah tau kot.sebab dah kecoh kat facebook, blog dan di merata lagi sumber media yang lain.iklan yang berharga rm200,000.00...dah lah iklan merepek.tak ada nampak macam nak sambut hari raya eidulfitri langsung.bila dah kena ben,kan dah membazir,rm200,00.00 tu bukan nya sikit.banyakkkk
:skemasnail:.hem..apa nak jadi la weh..dan kita juga telah dikejutkan dengan kes kehilangan jutawan kosmetik,SOSILAWATI LAWIYA yang telah dijumpai dengan berita pembunuh.dimana dia telah dibunuh dengan kejam(al-fatihah)..erm..malaysia seumpama tidak selamat lagi..nyawa manusia semakin tidak berharga.dengan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa...
tak mustahil jika suatu hari nanti negara kite boleh menandingi negara barat dalam rekod jenayah.

rasanya,cukuplah sampai sini dulu sesi borak2 kita..jika ada salah dan silap,harap dimaafkan...

p/s:-doakanku dan semua yang nak ambik exam ni mudah untuk jawab exam nanti yer.hehe.amiiinnn.

:girl_15:
semoga kejayaan dalam gengaman kita.kejayaan di dunia dan akhirat,insyaallah.

:puteh_2:.

sekian dariku..wassalam..

:crazypanda:
Continue reading...


Sunday, September 12, 2010

✿wanita di mata lelaki...✿



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


alhamdulillah.tanpa kite sedar,dah 4 hari ramadhan meninggalkan kite...semoga dalam kemeriahan dan keseronokkan kita dalam meraikan syawal ni tidak membuatkan kita alpa dan leka dalam menunaikan ibadah kita dan jangan kita lupa pada insan yang serba kekurangan dalam menyambut syawal ini.

seperti yang kita lihat,samada dalam suasana raya atau diluar waktu perayaan..manusia kebanyakannya ter"cuai" kerana terlalu ghairah dalam aspek perhiasan diri.ingin ditekankan kepada kaum hawa.tidak lah salah sama sekali untuk mencantikkan diri.tapi biarlah berkadaran..biar kita nampak kemas lebih dari kita nampak cantik.cantik biarlah pada tatapan mata yang layak.kerana kecantikan berlebihan pada kaum wanita boleh menimbulkan fitnah.disamping dapat megoyangkan iman kaum adam.


wanita ini sememangnya ALLAH ciptakan sebagai makhluk yang indah dan cantik dan mempunyai daya tarikan yang tinggi.maka,bagi saya,sesetangah wanita yang suke bermake tebal ni hanya ingin menipu diri sendiri dan mata2 yang memerhati .alatan solekan ni sebenarnya boleh lebih merosakan kulit..tapi tak salah pun kalau nak makeup.tapi biar adil la.khas untk yang dah berkahwin la.jangan la di luar rumah,bercantik2 berlebihan.kat rumah,kusut masai.nanti dapat kawan baru,baru tau.hehe


kembali pada tajuk posting kali ini.wanita di mata lelaki..bagaimanakah pandangan mereka pada kaum hawa ni??adakah cukup kecantikan yang menjadi pandangan utama?..jawapannya YA!.ya sama sekali.tapi kecantikan yang seperti mana yang mereka ingini?cukupkah sekadar kecantikan pada luaran saja?tidak..kecantikan luaran hanya untuk pandangan kosong saja.tapi,kecantikan dalaman lebih diperlukan di pandangan mata lelaki sejati.

kadang-kadang,wanita sanggup buat apa saja untuk nampak cantik.bermake up,berpakaian yang mungkin menarik perhatian..ada sesetengahnya yang sanggup mendedahkan sikit keindahan yang ada pada diri nye semata2 untuk menarik perhatian si lelaki..ya..memang lelaki suka kan nya.tapi sekadar suka untuk melihat saja kerana ianya percuma..
show percume,sapa tak mau tengok kan?



ramai wanita yang beranggapan menutup aurat secara sempurna mungkin dipandang sebagai kolot dan tidak "up to " dalam berfesyen.anggapan ni salah sama sekali kerana ini pemikiran barat yang telah meracuni pemikiran kita.nilai wanita yang menjaga auratnya itu sangat tinggi nilainya.terutamanya bagi seorang lelaki yang bernama suami.menjaga aurat dengan baik ,umpama menjaga keselamatan dan maruah diri.selagi tinggi penjagaan maruah kita,orang akan hormat pada kita dan kita tidak akan dipandang murah oleh lelaki.


sekarang ni,apa yang kita nampak,ramai je yang tutup aurat..tapi sempurnakah penjagaannya?dek terlalu banyak fesyen bertudung yang terlampau sehinggakan hilang fungsi sebenar tudung tu.ia..tudung tu hanya la sejenis kain.tapi,kain ini walaupun ianya sekadar kain,tapi nilai nya tinggi.tapi sekarang dah disalah guna kan.cuba kita kaji semula,apa definisi tudung itu dari aspek islamik?supaya kita paham apa tudung itu sebenarnya.

kita sebagai kaum wanita sewajibnya menjaga harga dan maruah diri supaya kita sebagai wanita akan lebih bernilai dimata lelaki.kita sepatutnya lebih kan menjaga kecantikan dalaman kita dari segi rohani,spiritual.supaya kecantikan dalam kite terserlah lebih dari kecantikan luaran.supaya kita boleh jadi wanita solehah...

Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

tak semua laki akan terpikat dengan kecantikan luaran semata2.kecantikan dalaman itu lebih berharga...kerana sesungguhnya,seindah hiasan adalah wanita solehah.semoga kita dapat menjadi isteri yang akan menjadi kebanggaan kepada para suami.



Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com





Continue reading...


Wednesday, September 08, 2010

ღsalam eidulfitri untuk semua .....ღ


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


setelah sebulan kita berpuasa,menahan diri dari lapar dahaga,melawan nafsu yang bergelora..kini syawal bakal menjelang tiba.meninggalkan bulan ramadhan,bulan yan penuh kerahmatan dan keberkatan.ketibaan syawal juga sentiasa dinanti2kan.
sebagai tanda kemenangan dan kegembiran umat islam.semoga kita dipanjangkan umur supaya dapat bertemu lagi pada pada ramadhan yg seterusnya.ameeen.

Maka,dikesempatan ini,sy ingin menyusun 10 jari,memohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan,sahabat yang jauh dan dekat,yang mengenali diri ini,yang baru nak mengenali,kepada FOLLOWERS blog MISSHPA ni,dan kepada semua yang singgah ke blog ini..

andainya...
ada TER kasar bahasa...
TERsilap bicara...
TERmarah yg xkene..
TERtanye xtentu hala...
TERsasul xsengaja..
TERpukul...
TERpinjam barang..
TERmoody xpasal2..
TERumpat bile2..
TERmacam macam lagi la yg `TER` kat anda semua...harap sudi la maafkan dengan seikhlas hati..

Dalam kita sibuk nak beraya ni,sedang sibuk nak siapkan segala persiapan.moga segalanya disediakan dalam cara yang bersederhana...elakkanlah pembaziran..beli sekadar mengikut keperluan.jangan beli ikut nafsu..ingat pada orang yang lebih memerlukan,orang yang susah,tak berkemampuan .semoga kita ada rasa kesyukuran di hati kita dalam nak menyambut ketibaan syawal.bulan kemenangan untuk kita semua sebagai umat islam.bulan untuk kita bergembira dan juga bulan untuk kita lebih mengeratkan hubungan silatul rahim sesama kita.

ingin dinasihatkan juga,sempena musim raya ni,kepada para pemandu,bawa lah kenderaan tu elok2,berhati-hatilah di jalan raya.pikirkan nyawa yang anda bawa.bertolak ansur dan bersopan santun dan berhemah la kita memandu yer.jangan tau nak cepat je.nanti nyawa tergadai.

dan yang penting sekali,jaga la kesihatan.makan la pelan2.nanti tercekik,tak pasal je terhenti nikmat nak beraya.hehe..kalau rajin,buat la puasa sunat 6 tu.pastu jangan lupa makan supliment.ubat pil pelawas HPA.membantu penghadaman.ehehe..erm..(cakap pasal makan ni,tak sabar rasa nak makan kuih raya..huhuhu.tart nenas..sedapnyooo)

kepada adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,elakkan la main mercun ye.karang ada yang tak cukup sifat.beraya la dengan cara dan suasana yang selamat..ingat orang2 yang sayang kat kite.dan orang yang kita sayang.

sekian,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

ikhlas dari ku,

Continue reading...


Wednesday, September 01, 2010

ღjust a hope...ღ


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

we might never know how someone who suffers really feel.
How hard and painful it is for them to go through everyday life..
but one thing for sure, we can only hope that one day Allah will give them the strength to get back on their feet again....

we're humans.a creatures full of weaknesses. without realising it, we often trespass and hurt..without knowing it, we're already destroyed something precious to other creatures.....
and in a blink,traces of magic that have been well guarded in the forbidden world is destroyed with our presence...
forgive me..



Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice