ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Saturday, November 12, 2011

ღhakikat sebuah kemarahan...ღ



بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ingin saya kongsikan pada semua tentang sebuah kisah yang sangat-sangat menyentuh hati saya...mungkin ada dikalangan pembaca pernah membaca kisah ini..tapi mungkin ada yang belum..pada yang belum,sila baca kisah ni..renungkan dan ambiklah iktibar dari cerita ni..semoga ada kebaikan yang dapat kita ambik dari kisah ini....

Al kisah.. Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan disekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam dihati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Dan ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Anakku, sesungguhnya sahabat yang kita ada sekarang adalah titipan dari Allah. Tidak semua insan yang kita lihat dan kenal akan menjadi sahabat kita kecuali dia sememangnya telah dipilih Allah untuk menjadi pendamping disisi mu sebagai seorang yang bergelar sahabat.

Anakku, Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu bahagia dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bersama denganmu mengisi hari-hari indah tanpa dicalari luka yang dipendam. Gurau sendamu dengan mereka akan menjadi suatu kenangan yang tiada boleh kau beli dimana-mana...

Anakku, Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka serta sentiasa membuka hatinya kepada kita. Jangan kau calari hati mereka dengan marahmu yang tiada kesudahan. Jangan pula kau balas kasih mereka dengan sikap amarahmu yang tidak dapat di kawal walau kesilapan mereka hanya sekelumit sahaja. Anggaplah setiap tindakkan mereka itu adalah usaha mereka dalam menjadikan dirimu insan yang berjaya, juga insan yang tahu menghargai erti sebuah persahabatan sejati.

Ingatlah Anakku, Sahabat sejati adalah insan yang selalu menyedarkan kita tentang kelemahan yang kita ada. Agar setelah mengetahui setiap kelemahan kita itu akan membuatkan kita bangkit menjadikan ia satu keistimewaan.

“Sahabat sekalian Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati Anda"


Continue reading...


Monday, November 07, 2011

✿bersyukurlah....✿


bissmillahirahmanirrahim..alhamdulillah dengan nikmat allah,masih lagi berkesematan untuk
ku titip kalam dari hati...
dengan tujuan untuk kita bersama mengingati segala kurniaan dan nikmat yang meliputi
kita semua dari hujung rambut sampailah hujung kaki...

bersukurlah..
"dan jika kamu menghitung nikmat allah,nescaya kamu tidak dapat mengira"

kadang kala,satu ujian allah uji pada kita,kita rasa jatuh tanpa kita sedar sesungguhnya
ujian yang allah bagi pada kita tu setimpal dengan kemampuan kita.
tetapi akibat desakan dan godaan nafus dapat melemahkan kemampuan kita.
maka,bila nafsu berjaya melemahkan kita,dengan secara tak langsungnya sedikit sebanyak
kita mula buruk sangka pada allah.pada masa tu banyak yang dipersoalnya..
"ya allah,kenapa kau tak makbulkan permintaanku?sedangkan hanya Engkaulah tempat aku
bermohon pertolongan.." dan "ya allah,apa lah dosa aku sehingga aku di uji sebegini?
kenapa aku diseksa sebegini..apakah salah aku??"..dan macam-macam lagi doa desakan yang kita ajukan.
inilah antara bisikan hati yang sentiasa diluahkan bila musibah menimpa diri..
kenapa bila kita diuji kita tak minta allah berikan petunjuk untuk kita temui
jalan penyelesaian?kenapa tak minta ditambah keimanan ,dikuatkan hati,untuk hadapi ujian?

adakah kerana satu masalah,ujian yang kecil bagi kita yang masih boleh tidur lena sedangkan
ramai orang yang tidak dapat lena kerana menahan penyakit kronik yang menimpanya?
kita masih mampu makan makanan yang lazat,minumam yang bersih dapat meneruskan kehidupan
dengan selesa sedangkan ada manusia yang diuji tidak dapat merasa nikmat makanan yang
lazat dan berkhasiat dan minumam yang bersih untuk diminum dan tidak ada keselesaan
dalam kehidupan seharian...tapi,disebabkan satu masalah,kita rasa hidup kita tak berguna
lagi,kita lupa segala nikmat yang kita ada dengan sekelip mata.

sesungguhnya kita diliputi kenikmatan yang maha hebat,kehidupan yang sangat bernilai,
tetapi kita tak sedar.kenapa kita masih nak bersedih hati,bermuram durja sedangkan dalam
masa yang sama kita punya makanan yang laZat,minumam yang bersih,ada rumah untuk
berlindung dari hujan dan panas yang bolehkan kita tidur lena,bermimpi indah dan badan kita sihat dari penyakit.
kita hanya terus mengisi apa yang menyedihkan hati,bukan mensyukuri apa yang sudah kita
punyai.kita susah hati kerana mengalami kekacauan di hati,sedangkan pada waktu yang sama
di gengaman tangan kita ada kunci kebahagian.syukur lebih tinggi dari sabar.
jika kita hanya bersabar,belum tentu kita bersyukur,tapi bila kita bersyukur,sudah tentu
didalamnya ada sabar.
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice