ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Monday, October 18, 2010

ღaurat VS solat.....ღ


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
selamat membaca...



pada satu hari, fatimah dan para sahabatnya berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah di kuala lumpur.sedang mereka leka berjalan,ternampak ada sepasang kekasih sedang bermanja-manjaan di khalayak ramai.wanita itu berpakaian yang amat menjolok mata.
fatimah dan para sahabatnya hanya mampu melihat dan beristigfar banyak-banyak dalam hati.yang pasti,jauh di lubuk hati mereka yang paling dalam terasa geram dan menyampah melihat aksi pasangan tersebut.

dalam menahan perasan amarah yang teramat dalam hati,seorang dari kawan fatimah ni tersedar yang jam sudah tepat pukul 1.45pm.maka,dia mengajak fatimah dan sahabat lain ke surau untuk melaksanakan tugas dan temu janji tetap mereka terhadap YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
fatimah dan para sahabatnya masing-masing mengunakan telekung sendiri,tapi ada juga di kalangan mereka terus menunaikan solat tanpa megenakan telekung.kerana pakai mereka sudah lengkap menutupi aurat.
setelah mereka selesai bersolat, tetiba ada seorang wanita membuat bising di tempat yang tersimpan banyak longgokan kain telekung.rupa-rupanya wanita tu adalah wanita yang mereka nampak tadi,yang tengah bermesra-mesraan dengan laki di khalayak umum tadi...sedang wanita itu membebel-bebel dengan kuat,ada seorang makcik datang dekat dengannya..sambil berkata..

makcik: kenapa bising2 ni nak?orang lain tengah solat,suaramu yang kuat ni akan menganggu orang lain yang sedang bersolat.

wanita:tak ada apa la makcik.. eeee..kotor gile telekung2 ni.macam ne saya nak solat ni?

makcik: ala,pakai saja lah apa yang ada tu.

wanita: ehh..makcik biar betul??kotor la telekung ni.koyak-koyak lak tu.kite ni solat nak menghadap ALLAH tau makcik.kena la kemas dan bersih.tak kan nak comot-comot dan tak tutup aurat.

makcik:nak,kamu rasa aurat kamu benar-benar terjaga ke?

wanita: nak solat kena la jaga makcik.tuhan tengok kita tau.

makcik:ye nak..bijak sekali kamu berkata.tapi makcik nak tanya kamu ni.ALLAH hanya melihat kamu pada waktu kamu bersolatkah???bukankah ALLAH itu maha MELIHAT?walaupun kamu di luar solat,tidak wajibkah kamu menutup aurat??tidakkah kamu rasa ALLAH sentiasa memerhatikan kamu walaupun bukan ketika kamu sedang bersolat??

wanita: ......(sambil menarik2 baju untuk menutup lurah dada dan lurah dibelakangnya.)

makcik:nak,kita sebagai wanita ni ada batas-batasnya..bukan pada waktu solat je kita kena jaga aurat.kena tutup kaki dan sebagainya..diluar pun begitu juga..ALLAH juga dah berfirman didalam surah an-nur ayat 31 yang bermaksud

"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

wanita:(sambil menitiskan air mata keinsafan)..terima kasih makcik.sebelum ni saya tak pernah ambik kisah pun tentang aurat.maksud aurat tu sendiri pun saya tak jelas.saya cuma rasakan solat itu penting..dan ketika nak solat wajib bertelekung..

makcik: tak apa nak..kamu muhasabah diri kamu ya..ALLAH MAHA PENGAMPUN.bertaubatlah selagi pintu taubat itu masih terbuka..dimana-mana pun kita berada,pastikan aurat kita terjaga.solat saja tidak cukup jika perintah allah yang lain kita tinggalkan.menutup aurat ni juga tuntutan agama.ia tidak membebankan.malah menjadi benteng keselamatan kita,insyaallah..

wanita:baiklah makcik,segala nasihat makcik akan saya ingat dan patuhi.terima kasih makcik.

makcik:sama-sama nak..

fatimah dan para sahabat pun tersenyum lega melihat keadaan tu.dan bersama-sama mereka mendoakan semoga wanita tersebut dan wanita lain semoga lebih alert dalam penjagaan aurat.

jika solat dan aurat terjaga dengan sempurna,insyallah selamat sejahtera di dunia dan akhirat.
yang auratnya terjaga itu lebih menarik,indah dan cantik jika dibandingkan dengan aurat yang terdedah dan dapat dilihat oleh semua orang..cantik diluaran,tapi tiada serinya...orang yang mendedahkan aurat dikhalayak umum umpama makanan yang terdedah di atas meja,dihurung lalat..orang hanya mampu melihat dengan perasaan menjengkelkan,untuk di miliki,amat mustahil.kalau dimakan,sudah pasti perut menderita sakit...maka,dibuang,itulah nasib makanan yang terdedah tu tadi..




:puteh_6:


sekadar gambar hiasan



Continue reading...


Tuesday, October 05, 2010

ღbenarkah kahwin awal adalah penghalang untuk pelajar? ...ღ


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أما أن يقال : الزواج المبكر يشغل عن التحصيل العلمي وعن الدراسة ؛ فليس هذا بمسلم ، بل الصحيح العكس ، لأنه ما دام أن الزواج تحصل به المزايا


التي ذكرناها ومنها السكون والطمأنينة ، وراحة الضمير وقرة العين فهذا مما يساعد الطالب على التحصيل ، لأنه... إذا ارتاح ضميره وصفا فكره من القلق فهذا يساعده على التحصيل ، أما عدم الزواج فإنه في الحقيقة هو الذي يحول بينه وبين ما يريد من التحصيل العلمي ، لأن مشوش الفكر مضطرب الضمير لا يتمكن من التحصيل العلمي ، لكن إذا تزوج وهدأ باله وارتاحت نفسه وحصل على بيت يأوي إليه وزوجة تؤنسه وتساعده ، فإن ذلك مما يساعده على التحصيل ، فالزواج المبكر إذا يسر الله وصار هذا الزواج مناسبًا ، فإن هذا مما يسهل على الطالب السير في التحصيل العلمي ، لا كما تصور أنه يعوقه .




Maksudnya:

"Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan me...mberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya,dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya".

Ulasan oleh:-Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan -hafizahullah-, Anggota Lajnah Tetap Utk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi.
(sumber info- facebook hakim)

JOM KITA BACA SATU CERPEN YANG MENARIK HATI NI OK?BACA LAH,SEMOGA DAPAT MEMBUKA MINDA KITA BERSAMA.
(sumber cerpen- facebook sufiyan ayob)

InsyaAllah ..boleh buat panduan..

Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"
Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."
Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai
anak. "Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.
"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari
maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17
tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat
lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk
membalas. "Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?" "Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah
boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan
yang cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang
yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh
sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang." Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah
tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab
Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah
guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."
"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal. "Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah
berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan
baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun
masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk
tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."
"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-
anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata... ... parenting skill.""Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku- buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga danseterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan
tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,
profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan
kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.
"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi
agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak
dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."

"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"







sekadar gambar hiasan..

p/s: setiap orang ada pandangan dan pendapat yang tersendiri.makanya,apa yang baik untuk agama,diri dan keluaga kita ambik lah..HANYA DIRI SENDIRI TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA..TAK DE SIAPA YANG BERHAK MENENTUKAN HIDUP KITA KECUALI ALLAH.PENENTU YANG TERBAIK.


:puteh_2::w::a::f::a::pandacloud_31::pandacloud_14:
Continue reading...


Friday, October 01, 2010

ღterpegun seketika .....ღ


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

arini kita tak nak borak panjang.jom tengok gambar2 menarik di bawah ni ok..semoga terhibur.
:wink:

:puteh_16:

:puteh_13:


:puteh_26:seramnyeee

:puteh_30:


:puteh_12:hebatnyeeee

:puteh_6:cantiknyeee

:puteh_3:macam real jee.

:puteh_2:fuiyoooo


:puteh_20:speechlessss



:puteh_4:




:bofu_04: cantiknyee

:bofu_31:

:bofu_02:bestnyeee


:bofu_40:mountain dewww...


:bofu_37:arghhh.buaya daratan...

:bofu_18:mancing ats jln je..

hem.hebatkan?lukis guna kapur je..hebat kuasa ALLAH SWT atas kelebihan yang Dia bagi kat mamat yang pandai melukis ni.nama pelukis ni EDGAR MUELLER..ok lah.semoga terhibur yer.

ehhh.jappp..jappp

:bofu_11:hehe..ada lagi la..belum habis lagi!!


:mNo:wahhhhhhhh

:minimo_28:wonderfulllll


Great Crevase Edgar Mueller. Hard work: Together with up to five assistants, Mueller painted all day long from sunrise to sunset.
The picture appeared on the East Pier in Dun Laoghaire , Ireland , as part of the town's Festival of World Cultures.
by:Edgar Mueller Super Artist

"He spent five days, working 12 hours a day, to create the 250 square metre
image of the crevasse, which, viewed from the correct angle,
appears to be 3D. He then persuaded passers-by to complete the illusion
by pretending the gaping hole was real.
'I wanted to play with positives and negatives to encourage people to
think twice about everything they see,' he said.
'It was a very scary scene, but when people saw it they had great fun playing
on it and pretending to fall into the earth.
'I like to think that later, when they returned home,
they might reflect more on what a frightening scenario it was and say,
"Wow, that was actually pretty scary."

"Mueller, who has previously painted a giant waterfall in Canada , said he was inspired by the British 'Pavement Picasso' Julian Beever, whose dramatic but more gentle 3D street images have featured in the Daily Mail.
This guy is amazing no matter how you look at it!
"
:girl_6:huuuuu

ok.habis sudah.amacam?hehe.macam real kan?huhu.seram pun ada rasa bila tengok.
hehe.sampai disini aje dulu..wassalam..



:blueturtle: :w::a::f::a::penyu:
:crazypanda:
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice