ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Monday, October 18, 2010

ღaurat VS solat.....ღ


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
selamat membaca...



pada satu hari, fatimah dan para sahabatnya berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah di kuala lumpur.sedang mereka leka berjalan,ternampak ada sepasang kekasih sedang bermanja-manjaan di khalayak ramai.wanita itu berpakaian yang amat menjolok mata.
fatimah dan para sahabatnya hanya mampu melihat dan beristigfar banyak-banyak dalam hati.yang pasti,jauh di lubuk hati mereka yang paling dalam terasa geram dan menyampah melihat aksi pasangan tersebut.

dalam menahan perasan amarah yang teramat dalam hati,seorang dari kawan fatimah ni tersedar yang jam sudah tepat pukul 1.45pm.maka,dia mengajak fatimah dan sahabat lain ke surau untuk melaksanakan tugas dan temu janji tetap mereka terhadap YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
fatimah dan para sahabatnya masing-masing mengunakan telekung sendiri,tapi ada juga di kalangan mereka terus menunaikan solat tanpa megenakan telekung.kerana pakai mereka sudah lengkap menutupi aurat.
setelah mereka selesai bersolat, tetiba ada seorang wanita membuat bising di tempat yang tersimpan banyak longgokan kain telekung.rupa-rupanya wanita tu adalah wanita yang mereka nampak tadi,yang tengah bermesra-mesraan dengan laki di khalayak umum tadi...sedang wanita itu membebel-bebel dengan kuat,ada seorang makcik datang dekat dengannya..sambil berkata..

makcik: kenapa bising2 ni nak?orang lain tengah solat,suaramu yang kuat ni akan menganggu orang lain yang sedang bersolat.

wanita:tak ada apa la makcik.. eeee..kotor gile telekung2 ni.macam ne saya nak solat ni?

makcik: ala,pakai saja lah apa yang ada tu.

wanita: ehh..makcik biar betul??kotor la telekung ni.koyak-koyak lak tu.kite ni solat nak menghadap ALLAH tau makcik.kena la kemas dan bersih.tak kan nak comot-comot dan tak tutup aurat.

makcik:nak,kamu rasa aurat kamu benar-benar terjaga ke?

wanita: nak solat kena la jaga makcik.tuhan tengok kita tau.

makcik:ye nak..bijak sekali kamu berkata.tapi makcik nak tanya kamu ni.ALLAH hanya melihat kamu pada waktu kamu bersolatkah???bukankah ALLAH itu maha MELIHAT?walaupun kamu di luar solat,tidak wajibkah kamu menutup aurat??tidakkah kamu rasa ALLAH sentiasa memerhatikan kamu walaupun bukan ketika kamu sedang bersolat??

wanita: ......(sambil menarik2 baju untuk menutup lurah dada dan lurah dibelakangnya.)

makcik:nak,kita sebagai wanita ni ada batas-batasnya..bukan pada waktu solat je kita kena jaga aurat.kena tutup kaki dan sebagainya..diluar pun begitu juga..ALLAH juga dah berfirman didalam surah an-nur ayat 31 yang bermaksud

"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

wanita:(sambil menitiskan air mata keinsafan)..terima kasih makcik.sebelum ni saya tak pernah ambik kisah pun tentang aurat.maksud aurat tu sendiri pun saya tak jelas.saya cuma rasakan solat itu penting..dan ketika nak solat wajib bertelekung..

makcik: tak apa nak..kamu muhasabah diri kamu ya..ALLAH MAHA PENGAMPUN.bertaubatlah selagi pintu taubat itu masih terbuka..dimana-mana pun kita berada,pastikan aurat kita terjaga.solat saja tidak cukup jika perintah allah yang lain kita tinggalkan.menutup aurat ni juga tuntutan agama.ia tidak membebankan.malah menjadi benteng keselamatan kita,insyaallah..

wanita:baiklah makcik,segala nasihat makcik akan saya ingat dan patuhi.terima kasih makcik.

makcik:sama-sama nak..

fatimah dan para sahabat pun tersenyum lega melihat keadaan tu.dan bersama-sama mereka mendoakan semoga wanita tersebut dan wanita lain semoga lebih alert dalam penjagaan aurat.

jika solat dan aurat terjaga dengan sempurna,insyallah selamat sejahtera di dunia dan akhirat.
yang auratnya terjaga itu lebih menarik,indah dan cantik jika dibandingkan dengan aurat yang terdedah dan dapat dilihat oleh semua orang..cantik diluaran,tapi tiada serinya...orang yang mendedahkan aurat dikhalayak umum umpama makanan yang terdedah di atas meja,dihurung lalat..orang hanya mampu melihat dengan perasaan menjengkelkan,untuk di miliki,amat mustahil.kalau dimakan,sudah pasti perut menderita sakit...maka,dibuang,itulah nasib makanan yang terdedah tu tadi..




:puteh_6:


sekadar gambar hiasan





0 pendapat:

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice