ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Friday, July 29, 2011

✿marhaban ya ramadhan...✿



بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...اللهم بلغنا رمضان بقلوب تخلو من الحقد
...يارب
...إذا أسأت إلى الناس فأعطني شجاعة الأعتذار
...وإذا أساء لي الناس فأعطني شجاعة العفو

Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan dengan hati yang bersih dari kebencian.
Ya Allah...
jika aku telah menyinggung hati seseorang,berikanlah aku keberanian untuk memohon maaf...
dan jika seseorang telah menyinggung perasaanku,maka berikanlah aku keberanian untuk memaafkannya...


Alhamdulillah Ramadhan kini menjelma.bulan yang dirindui oleh para mukminin dan mukminat.bulan yang penuh barokah.
lagi berapa hari saja lagi kita akan dikunjungi oleh bulan yang mulia ini.bagaimana dengan persediaan kita untuk menyambutnya?semoga kita bersedia dengan lawatannya selama sebulan dengan penuh keredh
aan dan keinsafan dalam diri kita..sudahkah kita senaraikan dalam fikiran kita tentang aktiviti yang perlu kita manfaatkan pada bulan ramadhan ni?atau kita dah mula menempah kuih raya,baju raya,set langsir baru dan sebagainya???

beribadahlah seumpama ia ibadah kita yang terakhir...andai ini ramadhan kita yang terakhir,inilah peluang kita memanfaatkan ia sebaik-baik nya.jadikan ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lalu...peringatan untuk diriku juga..walaupun kini kali pertama berpuasa tidak bersama keluarga tercinta...mungkin berpuasa diperantauan ini akan lebih memberi pengalaman dan pengajaran yang bermakna untukku..apa pun,bersyukurlah pada Allah,kerana masih memberi peluang pada kita semua untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan.


dan dikesempatan ini,saya ingin memohon kemaafan kepada semua,terutama keluarga saya,sahabat-sahabat dan semua yang mengenali saya..semoga ramadhan kali ini memberi ketenangan kepada kita untuk berpesta ibadah.rebut setiap masa yang ada dengan kegiatan berfaedah.sesungguhnya bulan puasa bukanlah bulan yang hanya untuk kita menahan diri dari lapar dan dahaga,tapi ia juga bulan yang mengajar kita erti kesabaran untuk mengawal hawa nafsu,mengajar diri erti keredhaan , keinsafan dan kesederhanaan...semoga keredhaan Allah swt sentiasa bersama kita semua.

mudah-mudahan di bulan yang barokah ini dapat memberikan jutaan rasa keinsafan dan kesyukuran pada diri kita semua...sentiasa bermuhasabah diri.semoga segala ibadah kita ikhlas kerana Allah swt...


Thanks Allah,we have lived to see another Ramadhan and pray for
the forgiveness of those who have not..
Taqaballahu minna wa minkum..

ikhlas dariku...
siti ibtihal wafa...

Continue reading...


Monday, July 18, 2011

ღi love U......ღ


im so in love with you......

Ya Allah...

Ya Allah, there is no limit to Your grace.
There is no tongue capable of uttering thanks to You. Ya Allah!
Ya Allah, You are ever-present. Why then should I search?
You are ever-mindful. What then should I say? Ya Allah!
Ya Allah, You do whatever You desire.

What then do You desire with this poor wretch? Ya Allah!
Ya Allah, if my body is a sinner, my heart is obedient.
If I am an evil-doer, Your Mercy is my intercessor. Ya Allah!
Ya Allah, You cast pearls of purity into Adam's lap.
You smeared the dust of rebellion on Satan's brow.
These two natures You mingled together.
We humbly confess that we have done wrong.

Ya Allah, my heart labours for Your sake.
Were it otherwise, what use is a snuffed-out lamp? Ya Allah!
Ya Allah, I may not be among Your saints,
But like the dog of the Sleepers of the Cave,
I am at Your gate. Ya Allah!
Ya Allah, what grace is this that You have bestowed on Your friends?
Whoever recognizes You finds them,
And whoever finds them recognizes You. Ya Allah!

Ya Allah, the rose of Jannah is a thorn in the feet of the mystics.
What cares he for Jannah who is searching for You? Ya Allah!
Ya Allah, Your beggar is happy in what he does,
Because Your beggar is a king in this world and the next. Ya Allah!
Ya Allah, when there comes a trace of Your love,
All other loves fade away. Ya Allah!

Ya Allah, everybody fears the Day of Retribution,
But Abdullah fears the Day of Pre-Eternity
Because what You decreed in the beginning
Will never be changed in the end. Ya Allah!
Ya Allah, if I have not been a friend,
I have not been an enemy either.
Although I persist in sinning, still I confess Your Oneness.
No matter how much You take away from me,
I take nothing away from You. Ya Allah!

Ya Allah, You are the way-station, Your friends are the way.
Ya Allah!
Ya Allah, no tongue is capable of expressing thanks to You.
There is no shore to the ocean of Your grace.
The mystery of Your Reality is not revealed to anyone.
Lead us on that road than which none is better. Ya Allah!
Ya Allah, take me by the hand, for I have nothing to present to You.
Accept me, for I am unable to flee.
Open a door, for You open all doors.
Show the way, for You show all ways.

I give my hand to no helper, for all are transitory:
Only You abide forever. Ya Allah!
Ya Allah, Grant us protection that we may dwell in the lane of Your love;
Grant us a tongue with which we may render You thanks.
Ya Allah!
Ya Allah, Abu Jahl comes from the Kaaba,
And Ibrahim from the idol-temple.
Everything depends on Your favour: the rest is just pretext.
Ya Allah!
Ya Allah, by virtue of the fact that You have no need,
Have mercy upon the one who has no defence. Ya Allah!
Ya Allah, in our hearts plant only the seeds of love for You.

For these souls destine only grace and favour.
Send down on these friends only the rain of mercy. Ya Allah!
Ya Allah, smear our brows with the dust of shame,
But let us not be chastised with Your affliction. Ya Allah!

Ya Allah, by the sanctity of that name which You know,
By the sanctity of those attributes which You are like,
Hear our plea, for of that only You are capable.
For of that, only You are capable.


Continue reading...


Saturday, July 16, 2011

✿Pesan pada DIRI...✿



✿"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."✿
Continue reading...


Friday, July 08, 2011

✿ziarah maqam saidatina sayyidah Nafisah...✿





بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulilah syukur pada allah swt kerana memberi peluang pada diri ini untuk bernafas dan bernyawa.harini kat mesir cuti,so kelas pun tak ada.maka dengan peluang yang ada ni la nak ambik untuk pergi jalan-jalan kat tempat-tempat yang bermanfaat.harini saya dan dua orang sahabat berpeluang menziarahi maqam seorang ahlul b
ait yang bernama saidatina sayyidah nafisah.masjid dan maqam beliau yang terletak berhampiran kubu Salahudin Al-Ayubi.Kaherah menjadi saksi betapa kasihnya um
at Islam kepada beliau apatah lagi tanggal 9 Jamadilakhir setiap tahun, ramai umat Islam akan berkumpul di perkarangan masjid beliau bagi merayakan maulid beliau.Berdekatan masjid beliau, juga terdapat beberapa maqam Ahlul Bait Nabi dan ulama yang lain, antaranya Sayyidah Sukainah binti Saidina Hussein, Sayyidah Ruqayah binti Saidina Ali, bapa saudaranya Sayyid Muhammad Al-Anwar dan pengarang kitab 'Tafsir Mimpi', Imam Ibnu Sirin.


siapa ye saidatina sayyidah nafisah r.anha?marilah bersama kita mengenali kisah ahlul bait yang mulia ini.

Sayyidah Nafisah memang terkenal sebagai seorang serikandi
yang berani bahkan terkenal dengan kehebatan ilmunya yang tinggi hingga digelar sebagai 'Ummul ‘Ulum' (ibu sekalian ilmu). Nama beliau ialah Nafisah binti Sayyid Hasan al-Anwar bin Saidina Zaid bin Saidina Hasan bin Saidina Ali bin Abi Talib, m
enantu Rasulullah SAW. “Nafisah” diambil dari kalimah 'an-nafasah' yang bermaksud 'kemuliaan atau ketinggian keadaan sesuatu'. Beliau sangat menyerupai emak saudara sebelah bapanya yang bernama Sayyidah Sukainah al-Kubra binti Zaid r.anhum.

Ayahandanya Sayyid Hasan al-Anwar dan diberi gelaran ‘al-Anwar’ iaitu yang bercahaya kerana keadaan mukanya yang kelihatan bercahaya kesan daripada kuat ibadat yang ikhlas kepada Allah. Beliau dilantik oleh Khalifah Jaafar al-Mansur sebagai gabenor Madinah al-Munawarah tahun 150 Hijrah. Sayyidah Nafisah dilahirkan di Makkah tanggal 11 Rabiul Awal tahun 145 Hijrah. Beliau dibesarkan di Madinah kerana ayahandanya seorang gabenor. Sejak kecil, beliau lebih suka membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi di samping gemar menziarahi maqam Nabi. Hingga satu masa, setelah usia Sayyidah Nafisah mencecah beberapa
tahun, ayahandanya telah membawa beliau menuju ke bilik yang bersemadi jasad Rasulullah SAW. Lalu ayahandanya berkata, "Ya Rasulullah! Redhailah anak
perempuan aku yang aku namakan Nafisah ini." Lalu satu malam ayahandanya bermimpi bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: "Wahai Hasan! Sesungguhnya aku telah meredhai anakmu yang juga zuriatku, Nafisah dan Allah Taala juga meredhainya dengan sebab redha aku kepadanya."

Perkahwinan

Sayyidah Nafisah berkahwin dengan sepupu beliau yang berketurunan Saidina Hussein, Sayyidi Ishaq al-Mu'taman bin Saidina Jaafar As-Sodiq bin Saidina Muhammad al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein bin Saidina Ali menantu Rasulullah SAW. Suaminya digelar sebagai 'al-Mu'taman' kerana beliau seorang yang sangat amanah dan kuat imannya. Beliau merupakan saudara kandung kepada Sayyidah Aisyah (bukan Aisyah isteri Rasulullah SAW) iaitu anak kepada Saidina Jaafar as-Sodiq.

masjid dan maqam(di dlm masjid) sayyidah aishah(bukan isteri nabi)

Sayyidah Aisyah juga disemadikan dalam masjidnya di Hayyu Al-Khalifah dekat dengan Kubu Salahudin Al-Ayubi di Kaherah. Tatkala Sayyid Hasan Al-Anwar meninggalkan jawatan gabenor Madinah, ia diganti oleh menantunya Sayyid Ishaq Al-Mu'taman sebagai gabenor bagi khilafah Abbasiyah. Beliau diakad nikah pada hari Jumaat 5 Rejab tahun 161 Hijrah dan telah dikurniakan dua cahaya mata bernama Qasim dan Ummu Kalthum.

di depan masjid saidatina sayyidah Nafisah r.a.


Ibadat Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah sangat gemar membaca al-Quran, kuat berpuasa di siang hari, solat pada malamnya, amat kasihan belas kepada orang miskin, anak-anak yatim dan manusia sekaliannya. Diriwayatkan daripada Sayyidah Zainab binti Sayyid Yahya yang juga anak saudaranya, beliau berkata, “Aku telah berkhidmat kepada emak saudaraku (sebelah ayah), Sayyidah Nafisah selama 40 tahun. Aku tidak pernah lagi melihat Sayyidah Nafisah tidur pada siang dan malam kecuali kerana darurat (terpaksa) kerana sibuk dengan beribadat. Beliau juga sentiasa berpuasa kecuali dua hari raya dan hari tasyriq. Lalu aku bertan
ya kepadanya, “Wahai emak saudaraku! Tidakkah kau berasa penat dan kasihani tubuhmu?” Lantas beliau berkata, “Bagaimana aku mampu mengasihani diriku sedangkan di hadapanku azab Allah sedang menanti. Tiada siapapun yang dapat mengelak daripadanya kecuali orang-orang yang berjaya.”

Sayyidah Nafisah telah mengerjakan haji sebanyak 30 kali dan kebanyakannya beliau pergi dengan berjalan kaki. Beliau selalu berdoa sambil menangis di sisi Kaabah “Tuhan ku! Penciptaku! Penolongku! Berikanlah kegembiraan kepadaku dengan redha-Mu kepadaku. Janganlah diriku ini menjadi sebab sebagai pendinding (hijab) antara Kau dan aku. Tuhanku! Permudahkanlah aku menziarahi kubur kekasih-Mu, Ibrahim (iaitu Makkah).”

Pada hari yang kesepuluh akhir Ramadhan tahun 193 Hijrah Sayyidah Nafisah bermusafir ke Mesir bersama suami, ayah dan kedua-dua anaknya yang ketika itu umur beliau mencecah 48 tahun kerana bertujuan menziarahi ahli keluarga Rasulullah SAW yang lain di Mesir. Setelah menziarahi Mekah dan Baitulmaqdis, mereka tiba di Mesir dengan disambut meriah oleh sekalian penduduk Mesir termasuk sekalian pembesar negara ketika itu. Kebanyakan mereka menjemput Sayyidah Nafisah ke rumah. Hinggalah beliau tiba di rumah Ummu Hani’, satu keajaiban telah berlaku apabila Allah SWT telah memuliakan hamba-Nya itu dengan disembuhkan kecacatan seorang budak perempuan Yahudi dengan keberkatan air wuduk Sayyidah Nafisah yang menyebabkan keluarga budak tadi memeluk Islam. Sejak itu, berduyun-duyun manusia menziarahi Sayyidah Nafisah meminta doa dengan pelbagai hajat hingga suaminya bercita-cita untuk kembali ke Madinah. Lalu Sayyidah Nafisah berkata, “Aku tidak boleh berbuat demikian kerana aku melihat Rasululah SAW dalam mimpi bersabda: “Jangan tinggalkan Mesir kerana Allah akan mematikan kamu di sana”.

Kasihnya beliau kepada Mesir dan penduduknya amatlah tinggi. Beliau pernah berkata, “Sesungguhnya aku amat menyayangi penduduk Mesir. Aku bercita-cita untuk dikuburkan di sini. Allah memuliakan Mesir dengan menyebutnya dalam al-Quran sebagaimana disebutnya Makkah.” (rujuk kitab Ad-Durr An-Nafisah oleh Syeikh Ramadhan Abdu Rabbuhu Asfur r.anhu).

Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie

Imam Syafie r.anhu, Imam mazhab Feqah yang masyhur sempat hidup sezaman dengan Sayyidah Nafisah. Sayyidah Nafisah menjalani kehidupan di Mesir selama 15 tahun iaitu dari 26 Ramadhan tahun 193 Hijrah hingga 15 Ramadhan tahun 208 Hijrah. Imam Syafie amat kerap menziarahi beliau. Ini sebagai tanda mulia dan kasihnya Imam Syafie kepada ahli keluarga Nabi. Selain ziarah, Imam Syafie juga turut mendengar bacaan hadis daripada Sayyidah Nafisah dan beliau juga membaca hadis kepada Sayyidah Nafisah. Beliau juga kerap menunaikan solat tarawih di masjid Sayyidah Nafisah dan apabila Imam Syafie ditimpa sakit, beliau pasti akan menghantar seorang utusan bertemu Sayyidah Nafisah dan mengirim salam bertujuan menggantikannya menziarahi Sayyidah Nafisah. Beliau pasti meminta Sayyidah Nafisah mendoakan kesihatan untuk beliau. Hingga satu hari beliau ditimpa sakit yang membawa kepada kewafatan beliau, seperti biasa seorang utusan diutus bertemu Sayyidah Nafisah dan kali ini Sayyidah Nafisah berdoa: “Semoga Allah memberikan kepadanya (Imam Syafie) sebaik-baik pertemuan dan memberikan kenikmatan dengan melihat wajah-Nya yang mulia.” Maka utusan itu kembali dan memberi tahu apa yang didengar kepada Imam Syafie lalu tahulah beliau bahawa ajalnya bakal tiba tidak lama lagi. Lalu Imam Syafie berwasiat agar Sayyidah Nafisah menyembahyangkan jenazahnya, lalu wafatlah Imam Syafie pada hari Khamis, akhir bulan Rejab tahun 204 Hijrah.

Apabila mendengar berita kewafatan Imam Syafie dengan penuh kesedihan, Sayyidah Nafisah berdoa: ”Semoga Allah merahmatinya, dan adalah dia seorang yang memperelok wuduk”. Ini adalah sebagai penyaksian Sayyidah Nafisah kerana wuduk adalah asas melakukan ibadat. Apabila cantik asasnya maka cantiklah ibadat yang dibina padanya seolah-olah beliau berkata: “Imam Syafie itu elok pada ijtihadnya.” Tatkala terasa kesakitan yang menimpa amatlah kuat hingga memisahkannya dari dunia, Sayyidah Nafisah mula menggali kubur dalam biliknya. Pada saat-saat akhir usianya, beliau sering turun dan beribadat dalam liang lahad tersebut dengan banyak bersembahyang sunat dan membaca al-Quran. Berkata Al-Allamah Al-Ajhauri: "Adalah Sayyidah Nafisah membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam kuburnya sebanyak 6,000 kali dan beliau menghadiahkan pahalanya kepada sekalian umat Islam yang telah meninggal dunia.”

Menghembus Nafas Terakhir

Kesakitan yang menimpanya semakin kuat pada pertengahan bulan Ramadhan tahun 208 Hijrah dan beliau sedang berpuasa ketika itu. Maka sekalian orang yang hadir ketika itu menyarankan agar beliau berbuka puasa sahaja bagi meringankan kesakitan yang dihadapi. Mendengar hal tersebut beliau berkata: “Pelik sungguh. Aku berpuasa 30 tahun dan aku berdoa kepada Allah agar dimatikan aku dalam keadaan berpuasa tiba-tiba aku diminta berbuka?”.

Kesakitan yang ditanggungnya berlarutan hingga hari Jumaat hari yang ke-15 Ramadhan. Mulut beliau masih lagi mampu membaca al-Quran hingga sampai pada ayat ke-127 daripada Surah al-An’am yang bermaksud: “Bagi mereka itu (orang-orang yang merenung dan menghayati pesanan dari Allah) disediakan tempat yang selamat dan aman iaitu syurga di sisi Tuhan mereka dan mereka berada dalam kekuasaan dan pertolongan-Nya dengan sebab apa yang mereka kerjakan di dunia dahulu.” Ketika selesai membaca ayat ini, sunyi seketika rumah beliau diikuti tangisan dan doa sekalian manusia yang hadir mengiringi roh beliau yang baru dijemput mengadap Allah SWT.

Disemadikan Di Mesir

Setelah kewafatan Sayyidah Nafisah, suaminya Ishaq al-Mu’taman telah bercadang untuk membawa kembali jasad Sayyidah Nafisah ke Madinah untuk dikebumikan bersama-sama ahli keluarganya yang lain, tetapi penduduk Mesir telah membantah dan meminta agar Sayyidah Nafisah disemadikan di Mesir dalam kubur yang digali dengan tangan beliau sendiri. Setelah cubaan memujuk keluarganya menemui jalan buntu, sekalian penduduk Mesir telah mengadu kepada Ubaidillah bin as-Sura, gabenor Mesir ketika itu agar dapat menangani masalah ini dengan baik. Dikatakan sekalian penduduk Mesir telah mengumpulkan sekalian harta bagi diberikan kepada keluarga Sayyidah Nafisah agar hasrat untuk mengembalikan Sayyidah Nafisah ke Madinah dibatalkan. Pada malamnya, suaminya telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan Baginda bersabda kepada Ishaq: ”Wahai Ishaq! Kembalikan harta manusia (penduduk Mesir) kepada mereka dan semadikan Nafisah di sisi mereka kerana rahmat diturunkan kepada mereka dengan berkat Nafisah.” Keesokannya, Sayyid Ishaq telah memaklumkan mimpinya kepada penduduk Mesir. Dengan penuh gembira dan syukur kepada Allah, jasad Sayyidah Nafisah disempurnakan lalu disemadikan di dalam biliknya yang kini dibina masjid padanya yang dinamakan ‘Masjid Sayyidah Nafisah’. Setelah itu, suaminya bersama dua lagi anaknya kembali ke Madinah dan meninggal dunia di sana. Semoga Allah meredhai sekalian Ahlul Bait Rasulullah SAW dan menghimpunkan kita sekalian bersama-sama mereka di bawah panji datuk mereka dan pemberi syafaat kita, Nabi Muhammad SAW. Amin.

(Petikan daripada kitab Hadhratus Sayyidah Nafisah r.anha tulisan Syeikh Muhammad Muntasar Ahmad Hamid Al-Helwani)
sekadar perkongsian ilmu untuk kita semua...

Continue reading...


Wednesday, July 06, 2011

✿a little thing to ponder and wonder......✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

lama sungguh rasanya tak bersantai kat blog ni..rindu rasa.banyak benda yang membuatkan rasa rindu ni tahap maksimum.yang terutamanya semestinye kat famly.bila dah berjauhan ni,rasa tak keruan.kalau dulu,paling jauh pun duduk kat k.l je.sekarang,beribu batu jauh nye..kalau dulu,hari ni ada je masalah,esok dah sampai rumah.jumpa umi,abah...confirm problem solved.tapi sekarang...datanglah masalah macam mana pun,tension la macam mana pun..still duduk di tanah yang sama.nak call,berat jugak rasa hati.dari sedih 20% boleh mendadak naik ke 150%.siap boleh berjangkit lagi.so,baik tangung sorang2...yeay.some say life getting harder in every second.is it really true?in every second?!wow.i sound cruel...n i've no idea about it.tapi walaupun susah macam mana sekali pun,we need to face it.kena hadapi jugak.adakala,kita rasa diri kita cukup kuat..tapi bila semangat tu ada pasang surutnya pasti ketebahan tu tergendala.

hidup di perantauan ni benar-benar mengajar erti sebuah kehidupan...erti menghargai masa detik2-detik penting dengan yang tersayang.bila berjauhan ni secara tak langsung hati terdidik dengan penuh kematangan.hilang rasa manja,dimanja,bermanja...tak ada ruang lagi nak fikir tentang tu sebab ruangan otak penuh dengan pengorakan jalan cerita untuk bersedia dengan hari yang mendatang.perbezaan suasana lebih menekankan kadar waktu yang ada untuk diri ni lebih mesra dengan persekitaran...adakala hati seumpama punya musim...adakala panas,sejuk,berbunga dan luruh....cume yang hebatnya tak ada waktu yang spesifik.kerana inilah kelebihan hati...dan dalam masa yang sama,itu lah keburukkan nya.sebab apa?nak jaga hati sangat susah dari segala aspek..susah.nasib la ada sekeping je hati ni kan.hebat peraturan Allah..

but the best part is...wherever we go..ALLAH is always with us.so?why i need to feel lonely?..yeay!but...i still feel sorry to myself..i dont why...missing someone is really killing me..as everything just happen because of my own mistake..my bad..regret?!!mestilah..sangat2..tapi,nasi dah kena bungkus...should i just let it go with the flow?my apologize to the -cure- is not working anymore.my words...meaningless..urmm...yup.for this little moment,im a bit agree for this statement "life is getting harder"..yup.n also... im getting harder to breathe..ya allah..how can i get through all those things n all days in front of me.should i just giving up and surrender?.no!!its not so easy for me to surrender.n its not me!..over my death body...oh ya allah..give me some strength to solve all this...i need my smile...i need it. i've lost it.now im writing like a crazy person.i never done this before...its that mean,im totally out of my mind?

a little thing to ponder and wonder...

dear myself....there are things that we dont want to happen but we have to accept...things we dont want to know but we have to learn,and people we cant live without but we have to let go...

Continue reading...


Monday, July 04, 2011

ღkalam hati...ღ


Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa,mengenali seseorang juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata,sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah,sedih,merana, gembira,sayang&rindu..
Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah..Biarpun hadirnya hanya seketika & sementara,bersyukurlah dengan kehadirannya dan redhai kehilangannya kerana dengannya kita mengenal erti kasih sayang..
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice