ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Monday, August 02, 2010

✿untukmu insan bernama lelaki...✿


بسم الله الرحمن الرحيمِ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(surah An-nur 24:26)


dah menjadi lumrah kepada setiap manusia normal ciptaan Allah swt dimuka bumi ini,sama ada laki atau pun perempuan akan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk dirinya,agamanya dan keluarganya.Maka, untuk melengkapi kehidupan masing-masing,teman hidup yang di impikan juga mestilah yang terbaik kerana untuk menemani sepanjang hayat kehidupan dunia dan insyaallah di akhirat juga. Jika kita bertanya pada mana-mana wanita atau lelaki,bagaimanakah calon idaman hati?tidak di nafikan lagi,mereka pasti akan menjawab...

jawapan kaum lelaki.."mestilah isteri yang solehah,yang pakai tudung litup..tak cantik sangat pun tak pa,asalkan sejuk mata memandang,yang ada ciri2 ke ibuan...penuh kasih sayang..."dan pelbagai lagi jawapan yang inginkan kebaikan saja..

bagaimana dengan wanita pula?

jawapan kaum wanita:"erm..mestilah kami nak yang beriman,tak tinggai solat,hormat mak bapak,boleh bimbing kami.yang setia.mata tak keranjang..kalau boleh nak yang segak,tak segak pun tak pa,senang kami nak jaga.."hehe

pendek kata..semua nak yang baik-baik la...
(yang menulis ni pun sama juga)..mana ada orang nak yang tak baik kan??apa-apa pun,kalau dah jodoh dari ALLA H SWT,terima saja la dengan penuh kesykuran dan keredhaan.sebab,jodoh semua nya ALLAH tentukan..hehe..

tapi tak pe la..ni hak masing-masing..tapi cube kita rujuk balik pada kalam ALLAH SWT,pada surah AN-NUR ayat 26 tadi..Allah janjji,bahawa yang baik tu mesti dapat yang baik,yang jahat dapat yang sama padan...JANJI ALLAH ITU PASTI..Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan..dan setiap pasangan tu dari jenis dia sendiri supaya dia selesa bersama...

cume kadang-kadang kita tengok, perempuan ni baik,agamanya hebat,akhlaknya baik..tapi suami dia pulak tak baik(atau sebaliknya)..masa ni,semua orang mula bertanya2.."kenapa la yang baik ni dapat yang tak baik..tak adil betul.."dan macam2 lagi...
sebenarnya, ada hikmah Allah nak bagi.mungkin Allah jodohkan diorang mungin sebab nak isteri ni boleh melembutkan hati suami dia..so,secara tak langsung,nanti suami ni akan jadi dikalangan orang2 yang baik..mungkin disini,atas kasih sayang ALLAH pada si isteri ni,ALLAH bagi ujian sikit,untuk uji tahap keimanan si isteri ni...hemm..banyak sebab2 yang positif boleh kite fikirkan disini..ALLAH maha hebat.setiap apa yang DIA buat pasti ada hikmah disebaliknya.

tapi ada juga,pasangan yang sama-sama jahat..erm..nauzubbillah.
tapi ada juga,pasangan yang sama-sama baikkk...alhamdulillah...
tapi apa-apa pun,jika kita nak pasangan kita dari kalangan atau gologan yang baik2,didiklah diri kite dulu.banyak2kan berdoa pada ALLAH,sebab pe??sebab jodoh tu kan DARI ALLAH..hehe..jom kite buat formula sikit ekkk..

nak yang baik=kena jadi baik
nak yang setia=kena jadi setia
nak yang segak=hehehehe..no komen..(just kidding)

ops..terlajak sembang la pulak..sebenarnya,just nak share dengan semua orang tentang ciri2 10 sifat calon suami yang baik..mana yang baik,kita ambil..yang buruk,kite buang jauh2..

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
.


wallahu ta'ala a'lam...
wasalam.








3 pendapat:

Norain Ishak on August 2, 2010 at 6:21 PM said...

harap-harap dapat lah bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh sambil usaha untuk jadi solehah.
mintak izin copy nak letak kat notes facebook ya pasal ciri2 tu. terima kasih.=)

♥MiSs WaFa♥ on August 3, 2010 at 8:51 PM said...

amin..copy le.hehe..

mie on September 7, 2011 at 2:45 PM said...

mudah2an tercapai apa yg di hajat kn..

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice