ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Sunday, July 11, 2010

✿pabila cinta hilang kiblatnya..✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


untuk isu ini,saya nak bahagiakan kepada 3 babak yang boleh kite tafsirkan maksud dan gambar untuk tajuk posting kali ini..untuk babak yang pertama,kita mulakan dengan

babak merpati dua sejoli..



seperti yang kita selalu lihat dimana-mana je la.pasti kita boleh nampak berpasang2 merpati dua sejoli.yang tidak segan dan silu memperlihatkan.menunjuk-nunjukkan kasih sayang dan kehangatan cinta mereka dikhalayak umum...ok..persoalannya,adakah semua ni akan berkekalan hingga akhir hayat?ok..jangan pikir sampai akhir hayat..kita pikir adakah mereka sempat ke jinjang pelamin?
kadang-kadang memang ada merapti dua sejoli ni gagal bertahan ke jinjang pelamin sehingga "termenghasilkan" anak diluar pernikahan..jika mereka ni benar-benar dalam kategori burung tak apa la.tak payah nikah dah..burung tak dak akai.tapi mereka ni manusia yang bertopengkan merpati.bila dah terhasil anak luar nikah timbul rasa malu dan takut.sampai ada sesetengah pihak tu,punya lah rasa takut sampai "terpaksa" menghilangkan hasil cinta haram mereka tu...mana hilangnya rasa bangga mempamerkan kasih sayang di khalayak ramai tadi tu???kenapa tak bangga nak pamerkan hasil yang comel tu??sapa yang jadi mangsa dalam cinta merpati dua sejoli ni???kita pikir-pikirkan lah...

untuk babak yang kedua..babak suami isteri..


bagi lelaki yang normal,wanita yang normal..semua mengimpikan pasangan yang baik,kuat perndirian imannya,penyanyang dan sebagainya..ini biasalah..tapi tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan.sebaik-baiknya,janganlah kite hanya mengharap.diri kite sendiri kena ada persediaan.suami dan isteri perlu berilmu.ilmu dalam espek yang di ajar oleh agama islam yang sudah cukup lengkap...pada suami isteri yang telah selamat diijab kabul kan,panjatkanlah rasa syukur pada allah swt,dengan harapan semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga syurga..
mintak elak dari gangguan syaitan..bila syaitan dah mula pasang pancing,dah letak umpan,hanya tunggu mangsa je untuk sangkut kat umpan tu.bila dah tersangkut,maka terjadilah kekacaun dalam rumah tangga..suami mula menyampah dengan isteri..isteri pun menyampah dengan suami..lama kelamaan,umpama kaca yang retak menanti belah lah..so disini, ilmu dalam rumah bagi suami isteri tu amatlah penting..jika suami hebat,isteri hebat..tapi ilmu dalam hal-hal rumah tangga tak hebat,kosong,tak de maknenya...cube kite lihat disini..
kalau dalam bahasa inggeris,suami=husband,isteri= wife..
dalam bahasa melayu suami=suami/laki, isteri=isteri/bini..
kenapa perlu ada perbezaan ye?bukan ke bila dah kahwin,suami isteri itu akan bersatu??
cuba kita lihat dalam bahasa arab,bahasa al-quran.suami=zauj..isteri=zaujah..
kan sama je..hehe..boleh ke??boleh la....

untuk babak yang terakhir..tentang anak-anak..

anak-anak soleh permata ayah bonda

ramai ibu apa yang ingin anak-anak nya soleh dan solehah.tapi apa pelaburannya untuk anak-anak ke arah itu?adakah dengan mengharap dapat melaksankan impian??jawapannya adalah TIDAK sama sekali ye..para ibu bapa sekalian,bila kite dah tamat usia kita,doa dari anak yang soleh tu lah yang boleh membantu kita,insyaallah..tapi,kalau lah sepanjang hayat kita,kita terlupa nak ajar anak kita berdoa,siapa lagi lah yang akan doakan kita yer?kawan-kawan kita kah???adik beradik pun tak tentu lagi..pendidikan islam terhadap anak-anak tu sangat-sangat lah penting.sebaik-baiknya,ketika mereka masih dalam kandungan itu kita dah kena mulakan mendidik.supaya mereka boleh jadi generasi yang berkualiti kelak..semuanya atas perlaburan kita sebagai ibu bapa,jika bukan ibu bapa yan mendidik anak-anak sendiri,sapa lagi yang akan buat?jika anak-anak lari dari landasan hidupnya,orang akan cakap..'ni mesti mak bapak tak ajar ni"..orang tak kan sebut nama lain dah..apa yang kita lihat sekarang ,pendidikan akedemik lebih ditekankan sehinggakan pengajian tentang agama dipandang rendah.kalau anak tak solat,kita just tegur gitu-gitu je.tapi kalau anak ni gagal exam,erm..siap la..mesti kena belasah.erm..oh dunia..dah terbalikkah engkau?

Jika kita cintakan Allah swt, Allah akan mencintai kita..akan jaga kita..kita hanya perlu buat je apa yang Allah dah perintahkan..contohi apa yang rasulullah saw sunnahkan...moga kita dapat kecapi rasa nikmat hidup di dunia dan akhirat..insyaallah...

janganlah kita jatuh pada cinta,tapi biarkan cinta itu jatuh pada kita..semoga cinta itu tak hilang dari kiblatnya..






1 pendapat:

Norhayati Rostam on July 11, 2010 at 8:54 PM said...

kalau tak silap, zauj je tapi dah jadi macam penggunaan ramai zaujah tu.
kalau tak silap la.maaf yer.

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice