ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Thursday, March 18, 2010

✿ pabila hilangnya rasa malu itu ✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ok..harini ana nak cerita cikit apa yang menarik yang berlaku..tadi,pukul 3 ptg tadi,ana dan kawan naik la bus untuk ke maydin yang dekat stesan bus pudu.masa dalam perjalanan tu,ada la sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan umur 17-19 tahun..diorng ni sembang memang gempak habis..dengan gelak sekuat ati nye macam bus tu dia yang punya la...tu tak la kisah sgt, tapi yang kisah nya bila diorng cakap tak tapis.maksud tak tapis kat sini ni iaah ada unsur yang x sepatut dia sebut.tetiba je dia mencarut..dah la sebut mak dia punya "privet part"..macam ne la kalau dia sebut benda tu depan2 mak dia..agak2nya apa la dia dapat..maybe 5 jari hinggap kat muka dia..tak pun kena tonyoh cili api kat mulut dia..

ok..balik pada kisah budak tu kan,bila kita pikir balik,tergamak betul dia sebut perkataan tu tanpa segan dan silunya di khalayak ramai..yang si budak A ni kata kat si budak B "P***MAK KO"..yang si budak B ni jawab, " asal P***MAK aku lak..P***MAK mak ko la"....tengok la budak2 zaman sekarang..betapa daring nya berkata2...

dulu,masa ana kecik dulu la,ada jiran ana ni..dia gaduh2 dengan mak dia..pastu dia terlepas cakap kat mak dia.."mak gile"..pastu,mak dia trus pergi dapur,ambik cili api,dia sental cukup2 kat mulut anak dia..anak dia cakap gitu,tapi tindakn mak dia macam keras sikit.tapi atas tindakan mak dia mengajar anak tu,ada kesan tau.anak dia tak penah sebut gile ke,bodoh ke kat sapa2 pun.sebab dia ingat apa mak dia buat..pastu,mak dia cakap kat anak dia,

"dosa tau adik cakap mak mcm tu..mak lahir kan adik.sanggup adik cakap mak gila.ALLAH marah tau kalau adik buat mak sedih.mak syg adik..mak xnak ALLAH marah adik atas kelalaian mak menjaga adik.walaupun perkataan gile tu tak mencederakan mak,tapi mak nak adik tau,jika mak x ajar adik sekarang,nanti adik akan lebih biasa cakap benda2 yang lebih dahsyat kat orang lain nanti"...


macam sebelum ni ,kalau x silap ana,ana ada cerita kot,yang ada budak tu cakap kawan dia babi.pastu kwn dia angin la kan kwn dia kata gitu.tp,nak sejuk kan ati si kwn yg tgh marah tu,dia ckp.."ala,babi tu kan nama binatang"...hehehe..wlupun boleh tahanjugak la nak tergelak..tapi,secara nyata nya pekara ni perlu la di ambil serius..SEBAB KATA2 MELAMBANGKAN DIRI INDIVIDU YANG BERKATA2...tapi kalau budak2 yang cakap merepek2 macam tu..org salah kan sapa???semestinya IBU BAPA MEREKA dipersalahkan..betul x??mesti org akan kata,"ni mesti mak bapak tak ajar"...ini normal..

kadang2 org salah kan mak bapak dulu sebab mungkin kadang2 bila si ibu atau bapa marah kat anak2 tu,mungkin akan terkeluar sikit perkataan tak elok..so,anak2 pun ikut.tak pun kadang2 emosi terlampau bila tengok cerita2 kat tv,pastu terkeluar kata2 x elok didengari,pastu anak dengar..anak pun praktis sebut sebab dia pikir "kalau mak ayah aku sebut,apa salah nya aku sebut".pastu bila dia bersama kawan2 dia mula la menyebut benda tak elok tu pada kawan2 dia..pastu,secara tak langsungnya,perkara ni tersebar luas...

apa2 pun..cube kita pikirkan sejenak cara2 yang terbaik untuk mgatasi perkara macam ni..walaupun perkara ni kemungkinan agak sukar untuk di lesapkan..tapi mungkin boleh kita kurangkan..InsyaALLAH..tapi benda ni bukan budak2 je kurang ajar dalam bertutur kata,tapi orang dewasa yang berotak pun kadang2 acam hilang akal bila berkata2..KURANG FIKIR,KURANG ZIKIR..renung2 kan..selamat
beramal..


" Benar... kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan. Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam berdakwah. Berdakwah tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan"


0 pendapat:

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice