ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Monday, November 09, 2009

✿ cetusan kejayaan dari seorang pejuang.✿


PJM SYED AGEEL : ANAK MUDA YANG GIGIH BERJUANG

(di ambil dari blog http://pjskpu.radix2u.com)

jom renungkan kembali..semoga artikel yang saya ambil dari blog PJKPU ni dapat mengembalikan semangat perjuangan kita semua..

TERSENARAI TERBAIK 20 HPA MALAYSIA (TOP 20). PEMIMPIN YANG LAHIR DARI PROGRAM PBC.

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak
sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:

“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.

Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.

Menerima Anugerah Pengarah Jati Mahkota (PJM)


PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Anugerah Terbaik 20 HPA Malaysia (TOP 20) mengerjakan IBADAH HAJI

Daripada seorang yang pemalu dan pendiam, malah kurang bercakap, akhirnya PJS Syed Ageel mula bertukar watak dan sifat. Beliau keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan membina jaringan dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah malah beliau berkelana hingga ke Negara Brunei Darussalam, Medan dan Palembang di Indonesia.


Sentiasa bersama isteri tercinta, PJS Suhaiza Rusli

Dalam tempoh dua tahun sahaja, PJS Syed Ageel berupaya mencipta kejayaan dengan memperoleh pendapatan bulanan 5 angka sebulan. Bukan itu saja, beliau juga telah dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09 yang lalu dan meraih anugerah mengerjakan IBADAH HAJI ke Tanah Suci Kota Mekah. Kini namanya sudah sebaris dengan nama-nama besar yang lama dalam HPA. Beliau merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.

Gambar kenangan bersama rangkaian dari Pasir Gudang Johor

Sesungguhnya anugerah yang diterimanya itu, adalah layak dan setimpal dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukannya. Beliau cukup gigih dalam membina rangkaian. Telinga sudah tebal dengan sindiran dan cercaan. Namun beliau tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Semangatnya kuat, jiwanya kental dan beliau sangat prihatin dan positif kepada rangkaiaannya. Malah beliau merupakan idola kepada semua rangkaiannya sama ada di Malaysia, Brunei dan juga di Indonesia.

Tahniah PJS Syed Ageel.

Ends......nukilan PJM Ismail Bin Othman


Continue reading...


Friday, November 06, 2009

✿ bi taufiq wal najjah fil imtihan....✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ok..pejam celik je dah habis semester4..sebelum totally habis,semestilah penutupnya dengan sebuah perperiksaan..untuk menguji tahap kefahaman ,kegigihan dan kesungguhan sepanjang masa pembelajaran...

hari ini last day kelas..maka,tak de kelas ..tapi ada jamuan...walaupun keadaan diri ni tak berapa sihat kerana diri sedang di uji allah swt..tapi kena kuatkan hati untuk pergi kolej harini..hehe..doakan ana sihat yer..ana exam 9, 12 n 16 hari bulan ni..

ok..ana tak nak banyak cerita,jom lihat gambar yer?!!




ni la lectrer ana yg paling best,sporting..yg lain pun best gak,tapi tak berkesempatan nak ambik gambar dengan diorang..



kawan-kawanku...

dikesempatan ni,ana nak mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali ana,yang baru nak kenal..maafkan ana yer..
sehingga berjumpa lagi..salam

ufawwidu amri illallah...


kepada yang sedang dalam minggu peperiksaan.jika rasa stress tu,tenang2 kan pikiran,regangkan badan..pastu..!!!
jangan lupa radix cola n coklat HPA!!..

ANA DAH RASA KESEDAPANNYA..
ANTUM BILA LAGI???
hehehehe




Continue reading...


Sunday, November 01, 2009

✿ menanti kepulangan khilafah..✿


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




khaifa halukum?hehe..bkhair alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana berkat kurniaanNYA kepada kita.masih lagi kita berkesempatan meghurup udara percuma dari Illahi.semoga kita sentiasa sihat lah hendaknya ye..ni nak kongsi sikit cerita dengan antum semua..pada hari jumaat lepas(30/11/2009),ana dan kawan2 pergi ke pusat dagangan dunia putra..(PWTC)..sebabada pameran kat situ..pameran tentang CRIMINAL WAR..

dengar tajuk pun kite dah leh agak dah kan?so..masa ana kat sana,macam2 la kekejaman,seksaan yang ana dah tengok..walaupun hanya patung ukiran je pun dah cukup mengerikan dah..pada apa yang kita nampak,memang tak dapat nak bayangkan betapa terseksanya mereka,khususnya umat islam yang diseksa dengan ganas nya..contohnya,ada yang kena berdiri sampai 15jam sambil kepalanya di serkup dgn kain.ada yang kena dengan music dengan volume yang kuat sangat2 sehinggakan memecahkan gegendang telinga.dari ukiran patung tu,sampai berdarah2 juga la telinga.ada yang didera dengan paku..didudukkan mangsa tu kat atas kerusi pastu ditembak2 nye paku kat badan mangsa ni..ada juga yang didera dengan duduk dalam kotak keranda...ada yang kena torture dari segi mental,fizikal...macam-macam lah.

masa ana kat pameran tu,macam2 perasaan ada..marah,sedih,takut....tu perasan ana yang melihat je...tapi,macam ne pulak mereka yang menghadapinya??pernah tak kite pikirkan?kekejaman pada mereka ni memang tak kan berakhir..sebab negara islam yang kite dengar2 ni sebenrnya dah lama hilang..sebab tu la tajuk post ana kali ni "MENANTI KEPULANGAN KHILAFAH"..khilafah yang bermaksud ringkas nya SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM YANG MENERAPKAN HUKUM ALLAH SECARA KAFFAH..khilafah juga adalah kepimpinan umum bg kaum muslimin didunia utk menegakkan hukum2 syariat islam & mengembang rislah/dakwah islam ke seluruh penjuru dunia...ok....
Dalam surah al-baqarah ayat 208 Allah berfirman,:-

Wahai orang2 yang beriman!! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam kaffah (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

apa makna kaffah? maksud khaffah ini adalah menyeluruh,merangkumi semua aspek..jika sistem kepimpinan kita dijalankan secara kaffahnya mengikut syiar islam,hukum2 yang Allah swt tetapkan,sudah pasti perkara yang macam ni tak berlaku.


cube kite renungkan sejenak..macam mana sistem di negara kita ni dijalankan?adakah menepati apa yang termaktub dalam AL-QURAN?yang disarankan melalui AS-SUNNAH?tapi...apa yang telah didahulukan?apa yang telah diutamakan?sedangkan pada alam nyata nya semua tu hanya kata2 dusta yang tidak bermakna..
dalam surah al-furqan,ALLAH SWT berfirman pada ayat 52:-

oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.


dari Nu'man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda :-

"Telah datang MASA KENABIAN di tengah2 kalian, sesuai dengan kehendak Allah, kemudian masa kenabian itu akan diangkat oleh Allah hingga masa itupun berlalu,kemudian akan datang masa KHILAFAH atas MINHAJ KENABIAN yang akan tetap ada selama ALLAH kehendaki..lalu masa itu pun berlalu..kemudian akan datang masa MULKAN ADHAN(kekuasaan yang represif) yang akan tetap ada selama ALLAH mengkehendaki, lalu masa itupun berlalu..Kemudian akan datang datang masa MULKAN JABARIYYAN (kekuasaan kuku besi) selama ALLAH kehendaki,lalu masa itupun berlalu atas kehendak ALLAH..kemudian akan datang masa KEKHILAFAN ATAS MINHAJ KENABIAN kemudian (Baginda rasulullah saw) diam."

jom tengok gambar yang ana sempat dan boleh ambik masa kat pameran..camera xleh bawak masuk..so,posing kat luar je.jom intai..

peace..no war!!!

sentiasa dihati..


dah macam kat palestine lak ni!

wahai khilafah,kehadiranmu ku nanti..
satu hari .....pasti....


1/11/2009
-miss_hpa-
Continue reading...


Tuesday, October 27, 2009

✿untuk kita semua...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

lama juga rasanya ana tak menulis,nak cerita apa2 kat antum semua..tapi..harini ana ada satu perkara untuk dikongsikan bersama antum.sambil berkongsi,harap kita dapat fikirkan,renungkan dan bincangkan bersama..

pada jam 9malam tadi,ana dan tiga orang kawan(faridah, majidah n adninnaim) ana keluar untuk pergi makan.lepas habis makan,faridah ajak ronda kat taman tasik titwangsa..ronda duk dalam kereta je..tak singgah pun.kononnya kami ni nak release tension je la.tengok pemandangan malam..tapi..sepanjang kitorang ronda kat situ,kami tengok banyakk pasangan merpati berjoli-joli..tengah berfoya..yang bestnye,semuanya macam loving sangat2..macam dah hilang rasa malu..lupa tudung yang tersalut kat kepala...kalau kita nak husnuzhon kononnya mereka suami isteri pun..ana rasa macam tak boleh terima.mustahil suami isteri nak bermesraan di khalayak ramai.bermesraan dengan penuh keghairahan depan khalayak ramai dalam gelap..kat taman tempat public lak tu..kalau suami isteri sekali pun..nak mesra2 macam tu tak payah nak tunjuk tayang kat orang ramai..tapi,kalau dah status suami isteri tu tak kisah la lagi..tapi ni yang belum kawen ni..mejoriti yang beragama islam pulak tu..orang yang tak de agama tak de pulak ana nampak kat situ..erm..ni ke 1 MALAYSIA yang di banggakan?ni ke ciri negara islam yang berlatar belakangkan ciri budaya barat?

kalau kita perasan sekarang..kat astro..sehati berdansa la.tangkap muat la..jangan lupa lirik la...apa lagi??semua ni realiti tv yang ditiru dari barat.sambutan dari kita,orang melayu khusus nya amat mengalakkan...sehati berdansa,pasangan suami isteri dari kalangan artis2 melayu.memang la mereka sudah berkahwin.tapi perasan tak kadang2 tarian diorang melampau.. agak "terlebih"..paham2 la maksud ana ek..sebab ana pernah tengok sekali dulu...dari segi baju yang merepek.tarian yang menghairahkan...erm..macam program tangkap muat lak..sapa tau??kalau tak tau tak pe..ana cite apa yang ana tau ye..program ni khas untuk si isteri diamana,suami dorang yang masukan nama diorang supaya penampilan si isteri ni di ubah..dalam tangkap muat ni,ada la dua orang profesional ni..sorg pakar make up..sorg lg pakar fesyen..ada sekali ni ana tengok,si suami ni cite ,dia masukan isteri dia kat program ni sebab dia kata sejak isteri dia lahir kan anak pertama dorg,isteri dia asik pakai baju kurung je..pastu,si pereka fesyen ni di benarkan masuk ke bilik tidor pasangan suami isteri ni..habis almari si isteri ni di punggah..pereka fesyen ni kata.."satu almari baju kurung dia"..macam2 la perek fesyen ni cakap.pastu,dorang bawak isteri ni pergi butik..semua baju dalam tu seksiiiiiiiiii sgt2!! pucat muka isteri ni..si isteri ni terus terang cakap kat pereka fesyen ni dia tak nak baju seksi..pastu..si pereka fesyen ni kata.."eh..suami tak bagi ke?padahal dia yang complain kau pakai baju kurung 24jam.."..samapi macam tu skali..dan pereka fesyen ni kata.."takut pakai seksi sebab takut nampak ketiak ke?"

bagi ana,si suami tu tak patut la.cantik si isteri tu hanya untuk dia je..dia tak marah ke pereka fesyen tu pegang2 isteri dia?? bukan mahram tu!!..suami yang bayar mahar..tapi selamber je bagi orang pegang isteri dia..pastu suh orang ubah penampilan isteri.nampak sangat dia tak terima isteri dia seadaanya..if isteri tu macam dah selekeh2, bawak bincang la..tak payah la sampai nak bagi masuk astro!!.yang isteri pun satu..kena selalu la jaga penampilan untuk suami..bukan jaga penampilan untuk boyfriend!

kalau dipikirkan balik..betapa mudahnya unsur barat tu masuk ke minda umat islam khususnya tanpa kita sedari..atau kite sedar pun.tapi kita pandnag remeh je..erm..


salam
Continue reading...


Monday, October 26, 2009

✿kenapa cincin pernikahan harus disarungkan ke jari manis?...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hehe..kenapa la agaknya yer??cube kite pikir dulu sebelum tengok jwpan..
aturan n ciptaan ALLAH tu,maha hebat,kretif..
kadang2 kite tak terpikir pun benda2 macam ni..kan??so...jom kite baca apa kah jawapannya.
tapi,untuk menampakkan yang tersurat dan yang tersirat,jom kita buat sama2..ikut langkah2 yang ana tulis ni ek..


1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam(rujuk gambar dibawah)


2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3.cube buka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan??ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


4.Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5.sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan rasa pelik dan heran kerana jari tersebut tak boleh dibuka. sebab jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.
tapi boleh buka..tapi tak la seluas bukaan yang lain... Cinta suami isteri kekal abadi. insyaallah..

p/s:- sumber email dari seorang sahabat


Continue reading...


Tuesday, October 20, 2009

✿REBUT PELUANG INI!!! SILA BACA..✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

erm..yang pertama sekali ana nak panjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana atas kehendakNYA ana berkesempatan menulis lagi kat blog ni..pada entry yg sebelum ni,ana ada tulis blog ana ni akan ditutp UNTUK SEMENTARA WAKTU ..ATAU selamanya kan?? kan??..so...atas NASIHAT,TEGURAN,PERINGATAN dan SEMANGAT dari banyak pihak,terutamanya dari seorang "sahabat",ana memilih untuk MENUTUP BLOG NI UNTUK SEmENTARA WAKTU sahaja...di ulangi..SEMENTARA WAKTU atas beberapa masalah yang tak dapat nak di elak..INSYAALLAH,blog ini juga akan berwajah baru..insyaallah jika di izin ALLAH..dikesempatan ni,ana nak buat satu pertandingan..ehehe...saja bagi aktiviti..so..jom kita tengok

BAGI SESAPA YANG ADA CADANGAN YANG MENARIK..atau ADA IDEA KREATIF,DESIGN2 BLOG YANG MENARIK UNTUK DISUMBANG KE BLOG ANA,SILA EMAIL ANA DI

e_fiy@yahoo.com..

BAGI DESIGN YANG TERPILIH AKAN DIBERIKAN HADIAH.

ADA 1 HADIAH UTAMA YANG ISTIMEWA...DAN 3 HADIAH SAGUHATI....

CEPAT REBUT PELUANG NI!!!

TEMPOH :- 25 OCTOBER - 30 NOVEMBER 2009

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:- TERBUKA KEPADA SEMUA!!!


Continue reading...


Monday, October 19, 2009

✿peluang itu...✿


dalam hidup,tuhan akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang..tapi hanya sekali...
sekiranya kita leka,kita akan kehilangannya buat selamanya..
tapi kita tak pernah tahu sapakah orangnya jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menilai kehadirannya..
mungkin setelah segalanya berlalu,kita mula sedar dan kita tak berpeluang untuk memilikinya untuk selamanya....
Continue reading...


Friday, October 09, 2009

✿bunga cinta dan kasih untuk semua..✿
















Continue reading...


Thursday, October 08, 2009

pengumuman


salam..

sila berikan segala komen2 terakhir untuk blog miss_hpa yang akan
di tutup
mungkin untuk sementara waktu atau mungkin untuk selamanya.
maaf atas segala kesulitan..
segala kesulitan amatlah dikesali.
Continue reading...


Friday, October 02, 2009

✿ hikayat dan hakikat si telur....✿


cepat ngucap!!!

aarrr!!! mere sahabat hey!!!

adoi!! sakit kepalaku

jom kite lari!! buat demo!!

bahagianya kite...


apa lihat2?!! blueekk!..

weh!! ada mayat telur!! jenazah telur

aaaa!! bebaskan kami dari tahanan ini!


selamat aku...guna la SK3 ESEN

jom bom bastik!!
jihad si telur comel!!



erkkk..dah jadi arwah

see u in heaven..

Continue reading...


Put your car keys beside your bed at night


sumber dari seorang sahabat....

Put your car keys beside your bed at night

Tell your spouse, your children, your neighbors, your parents, your Dr's office, the check-out girl at the market,everyone you run across. Put your car keys beside your bed at night.

If you hear a noise outside your home or someone trying to get in your house, just press the panic button for your car.The alarm will be set off, and the horn will continue to sound until either you turn it off or the car battery dies.This tip came from a neighborhood watch coordinator. Next time you come home for the night and you start to put your keys away, think of this:

It's a security alarm system that you probably already
have and requires no installation. Test it.It will go off from most everywhere inside your house and will keep honking until your battery runs down or until you reset it with the button on the key fob chain. It works if you park in your driveway or garage. If your car alarm goes off when someone is trying to break into your house, odds are the burglar/rapist won't stick around.After a few seconds all the neighbors will be looking out their windows to see who is out there and sure enough the criminal won't want that.And remember to carry your keys while walking to your car in a parking lot. The alarm can work the same way there. This is something that should really be shared with everyone. Maybe it could save a life or a sexual abuse crime.

P.S. I am sending this to everyone I know because I think

it is fantastic.Would also be useful for any emergency, such as a heart
attack, where you can't reach a phone. My Mom has suggested to my Dad that he carry his car keys with him in case he falls outside and she doesn't hear him. He can activate the car alarm and then she'll know there's
a problem. Please pass this on even IF you've read it before. It's a reminder.


Continue reading...


Monday, September 28, 2009

✿macam mana nak cecah PJ?✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ok..harini ana nak bincangkan tentang step nak cecah pangkat PJ(pengarah jati 35%) dengan antum khususnya kepada ahli HPA yang baru lepas pergi krusus PBC(perkongsian bijak cemerlang)..
mungkin ada yang dah cukup faham dan arif tentang step untuk jadi PJ dalam HPA.tapi ada juga yang masih samar- samar kefahaman nya tentang nak jadi PJ...Pangkat-pangkat dalam pelan pemasaran HPA adalah seperti berikut:-

1. PB - 10%
2.PLX - 20%
3.PRX - 23%
4.PJX - 26%
5.PL - 29%
6.PR - 32%
7.PJ - 35% <----(yg kita cari)



1.PB - 10% (PENGEDAR BIASA/BERTAULIAH/BARU)

pangkat PB ni kita dapat masa kita mendaftar sebagai ahli HPA.bila beli barang HPA.so nanti dapat la bonus dari pembelian sebanyak 10%.

2.PLX - 20% (PENGURUS MELATI)

Pangkat ni pulak..ada dua cara untuk kita dapatkan..cara yang cepat dan cara yang agak menambil masa..cara yang cepat adalah dengan menghadirkan diri ke KRUSUS PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) selama 2 hari 1 malam (ditempat yang ditetapkan).selepas selesai kursus PBC, anda dikehendaki MENGUMPUL 300 NILAI MATA (atas nama sendiri) selama DUA BULAN KALENDER<<<--(KLIK UNTUK MAKLUMAT)..jika kesemua syarat ini lengkap anda turuti,maka dapat la pangkat PLX...untuk cara yang kedua ialah dengan hanya mengumpul 1501 NILAI MATA untuk melayakan diri bepangkat PLX tanpa perlu ke krusus PBC. cara ni lambat dan tak ada kelebihan kerana jika kita pergi ke PBC adalah LEBIH MENGUNTUNGKAN.
sebab nya, anda akan dapat ilmu tentang HPA dan cara yang baik untuk jadi USHAWAN MUSLIM yang berjaya,INSYAALLAH..

3.PRX - 23% (PENGURUS MERANTI)

Untuk berpangkat PRX pula, anda memerlukan 3 orang yang bepangkat PLX(generasi 1 anda) dibawah anda.untuk mendapatkan 3 org PLX TERSEBUT,anda hanya perlu menghadirkan mereka (3 orang) ke PBC dan memastikan mereka tutup 300 nilai mata dalam tempoh dua bulan kalender.

4.PJX - 26% (PENGURUS JATI)

OK..Untuk jadi PJX ni pulak..cara dia sama macam PRX.memerlukan 6orang PLX keseluruhannya...kalau PRX nak 3 orang je kan?so,untuk PJX ni pula, tambah lagi 3 orang je..jadikan mereka PLX dengan meghantar mereka ke PBC dan pastikan mereka tutup 300 nilai mata.

5.PL - 29% (PENGARAH MELATI)


OK..Untuk PL ni pula cara nya ialah 2 org PLX generasi pertama kita jadi PRX..(Untuk jadi PRX, rujuk no 3)

6.PR - 32%(PENGARAH MERANTI)

PR pula,mesti ada 4 orang PLX generasi pertama kita yang jadi PLX.sama juga macam PL tadi.cuma PL nak 2 PRX..PR nak 4PRX....so,tambah 2 je la kan?

7.PJ - 35%(PENGARAH JATI)

OK..Ni la yang kita cari..hehe..PENGARAH JATI ..nak jadi pengarah jati,sama juga caranya macam PL dan PR.cuma hanya tambah lagi 2 orang PRX..bermakna,untuk jadi PJ,kite memerlukan 6 orang yang berpangkat PRX dibawah kita..paham tak?

alasan yang sering didengari:-
macam ne nak jadi PJ?nak cari orang pun payah...

jawapan dan tips:-
mudah je..taja orang yang gosok gigi hari-hari, yang minum kopi,yang mandi guna sabun..banyakan berdoa pada ALLAH,so,insyaallah segalanya ALLAH permudahkan....
"where there is a will..there is a way!"

p/s:- jika ada yg kurang paham,sila nyatakan.
Continue reading...


Thursday, September 24, 2009

✿ikhlaslah kerana ALLAH✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


arini ana nak kongsi dengan antum semua satu cerita...ada sorang ni...dia ahli HPA..tapi tak la aktif mana pun..beli barang pun macam terpaksa je..beli pun sebab nak dapat cek..so..tu terpulang la kan pada dia....tapi..dia meletakan harapan untuk dapat cek duit tu terlalu tinggi..so nak dijadikan cerita,dia teringat...masa dia pergi PBC dulu..masa slot marketing plan yang di sampaikan oleh PJS paling popular tu kata.."belian 50 nilai mata ke atas yang layak dapat bonus.tapi lebih baik dan digalakan beli lebih...."(mcm tu la lbh kurangnya)..so si hamba ALLAH ni patuh dan taat dengan kata2 PJS tersebut,maka dia hanya membeli cukup-cukup 50 nilai mata sahaja..bulan depan nya,dia dapat la surat dari HPA..tp yang dia dapat hanya lah cek dalaman..bukan cek duit tu....dia dapat cek dalaman adalah kerana bonus dia tak cukup RM50...so tak dapat la cek duit.dapat cek dalaman tu boleh tebus barang HPA sahaja...so..dia punya la frust dan dengan tegar nya dia menyalahkan HPA 100%..
(kira ok la dapat cek dalaman dari tak dapat apa2..tu pun tau nak bersyukur ke?p t*s*o dapat apa? pergi g*a*t dapat pe?..bersyukur je la dengan apa yang kita ada sebab tu SEMUA DARI ALLAH)

*******************maka,tamat la cerita.........*********************************

dari kisah di atas..ana nak tekankan yang sebenarnye yang bagi rezeki tu bukan lah HPA..razeki tu dari ALLAH berdasarkan usaha kite sendiri...ana ingat lagi dulu mudir ana selalu pesan.."usaha tu tanda kejayaan ye wafa, kerana yang pipih tak kan datang melayang dan yang bulat tak kan datang bergolek.hidup tanpa ujian itu tak normal."..dan PJS Syed Ageel pun selalu cakap "WHERE THERE IS A WILL, THERE IS A WAY"...so.dengan kata lain nya.."if there is NO WILL,so,there is NO WAY!!"..

HPA sebagai satu usaha,SATU PERJUANGAN..habuannya berdasarkan usaha..banyak usaha,banyak la habuannya..ALLAH maha adil atas segala-galanya.kalau nak tutup salah sendiri dengan mencari kesalahan orang lain,tu sia-sia namanya..rugi dan buang masa.HPA adalah satu perjuangan untuk umat islam khususnya.bukan sebagai tempat untuk umat islam khususnya berpecah belah disebabkan hal keduniaan...dapat cek dalaman pun still leh redeem dengan barang HPA..dapat gak nilai mata..boleh rolling balik...ALLAH dah bagi otak..tak kan tak boleh pikir sebaiknya?apa-apa pun..perbetulkan niat di hati...ikhlaslah kerana ALLAH..bantu agama ALLAH, ALLAH akan bantu kita balik..
(rujuk surah MUHAMMAD ayat 7)

p/s:- semua ni ada kena mengena dengan yang hidup..yang dah kembali ke rahmatullah je terkecuali..

sekian,wasalam
Continue reading...


✿baru lagi...✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam lebaran kepada semua..sedar tak sedar, hari ni dah hari raya yang ke 5 ..kejap je...pastu..ahad ni dah kena balik K.L ..pergh!! berat hati betul nak tinggalkan desa tercinta ni..(konon la..ahaha)...

perasan tak blog ana dah bertukar wajah??bukan sebab antum tersalah blog..betol la blog MISS HPA ni..hehe...saja buat kelainan sikit...ni pun banyak tak siap lagi...ni la akibat nya bila dah tak deapa2 aktiviti nak buat...so..terajin nak ubah suai blog ni...biar la tak menarik asalkan sejuk mata memandang..cewahh..hehehe...

hari ni...ada seorng kawan ana yang special datang rumah ana...sian beliau..dari jauh datang..tapi tak apa la..raya setahun sekali...thanks ye..nanti raya tahun depan datang lagi ek..

ok..sampai disini saja..hope semua suka perubahan baru blog ana ni ye..sebarang teguran diterima asal sedap di dengar dek telinga..senang di baca dek mata..ok??

salam aidilfitri
minal aidil wal fa izin...


dariku
SITI IBTIHAL WAFA a.k.a MISS_HPA..
Continue reading...


Wednesday, September 16, 2009

✿khas dan teristimewa untuk semua...♥


"berlalulah sudah ramadhan..sebulan berpuasaaaa..tiba syawal kita rayakan dengan rasa gumbiraaaaa...anak muda dirantauan semuanya pulang ke desa ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira....lalalalalala.."
(lagu elina dan anuar zain)

eh eh..termenyanyi lak..ehehe..sori ek.erm..lagi 3 hari je ramadhan nak tinggalkan kita..pastu syawal pulak menonjolkan diri menandakan umat islam akan menyambut hari raya aidulfitri..

first and foremost,ana nak mintak maaf sangat sebab nak pos kad raya memang dah tak sempat..so,gmbr kat bawah ni gambar kad raya..so ana tujukan pada semua yer..hehe..
jangan marah!



dalam keseronokn kita menyambut raya ni..jangan la kita lupakan pada yang tak dapat menyambutnya dengan sempurna..dan dalam keseronokan menyediakan persiapan nak sambut raya,sediakan ikut keperluan dan bukan kerana kemahuan..ala kadar saja cukup la untuk elak pembaziran..sebab membazir itu amalan sapa????kita pikir la sama-sama..

erm..kepada yang dah lama tak balik kampung tu..lembut2 kan lah hati tu untuk balik jumpa mak ayah adik beradik kat kampung tu..kalau bukan pada hari raya ni.ntah bila lagi la kita nak berkumpul dengan family kite..hari-hari biasa semestinye sibuk kan?so,raya ni balik la yer..bermaaf-maafan..

pastu kan..perasan tak perbezaan mode masa bulan puasa dan mode masa bulan raya???

1.berpakaian

masa bulan puasa..aurat terjaga..tapi masa raya..mula terdedah sebab ikut fesyen baju raya sekarang..pe kes?fesyen tu fesyen la juga..tapi jangan la atas tertutup bawah terbuka..

2.muhasabah

bulan puasa orang ketogorikan sebagai bulan ibadah,bulan menginsafkan diri,muhasabah diri..tapi..sampai je bulan syawal,banyak yang lupa..so..jangan la begitu ye.kite selaraskan semuanya..

3.keselamatan

haah..peringatan terutamanya pada adik-adik dan anak-anak..jangan main mercun yer..bahaya..malang tu tak berbau..so.prevention is better then cure..kang meletop sana,meletop sini,terkejut sana sini..putus jari pun tak sedar..nanti kena raya dalam hospital..tak best la kan?so..jaga diri baik-baik..ibu bapa sekalian,perhatikan anak-anak yer.kalau dorg diam je..tu ada makne la tu.pastikan anak sentiasa ada depan mata.untuk para ibu dan bapa sekalian..terutama pada yang memandu..hati-hati la pandu kenderaan anda..biar lambat asal selamat..ingat lah orang yang tersayang..rajin-rajin lah tengok iklan kat tv ye..

4.kesihatan

amalkan makan berkhasiat ek..hehe..mana yang angin tersangkut tu..beli herba tuju angin kat HPA..hehehe..jangan lupa herba pelawas sekali yer..hehehe...bagi yang tak ada idea nak jamu tetamu datang..ana cadangkan pergi la ke cawangan HPA yang berdekatan cepat-cepat..macam-macam leh buat..boleh beli mee kuning yang HPA baru keluar kan,bolah buat mee goreng.pastu..HPA ada sate..ada ayam organik..lagi apa???ish2..macam-ada la...pastu,untuk membasahkan tekak,atau pun nak melegekan tekak masa tercekik..boleh beli air mineral HPA, tak pun bancuh kordial HPA..ada banyak perisa lak tu..kordial kurma,mangga,jambu batu merah,pegaga..apa lagi ?erm..bukan setakat tu je...air berkabonat pun ada tau..so, tak payah la TERBELI air coca cola lagi yer..HPA ada semuanya..so..kita bantu produk islam,ita bantu agama ALLAH S.W.T ,ALLAH bantu kite balik..

erm..sampai sini saja la kot..bersempena dengan syawal yang akan tiba,ana menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ku terutama sekali kepada kawan-kawan,esspacially to ukhti julia,ukhti ain(qudwah hasanah),ukhti tasneem,ukhti ain(blog teratai impian),dan
SEMUA BLOGGER ,kepada yang baru nak mengenali, kepada yang jauh dan juga yang dekat..maafkan ana yer...sebagai habuannya..terimalah duit raya dari ana ye..HEHEHE


p/s:- jemput la datang ke rumah yer...duit raya tak de..tapi kuih raya ada.hehe..
Continue reading...


Monday, September 14, 2009

✿ramadhan...✿


"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang bathil. Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan bukan kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
[Al-Baqarah:185]
Continue reading...


Thursday, September 10, 2009

✿lailatul qadar...✿


Malam
Lailatul Qadar
Malam Terindah Dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan

Malam
Lailatul Qadar
Malam Ditaburi Rahmat Dan Maghrifahnya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar

Tiada Tiarai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Dalam Islam

Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Diampunkan Dosa

Malam
Lailatul Qadar
Malam Terindah dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan

Malam
Lailatul qadar
Malam Ditaburi Rahmat dan MaghrifahNya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar

Tiada Tirai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Hanya Dalam Islam

Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Malam Terindah…Lailatul Qadar

by :-rabbani.

sama-sama lah kita memperbanyakan amal ibadah di 10 malam terakhir ramadhan dengan seikhlas hati..moga dapat bertemu malam yang terbaik dari seribu bulan...

Continue reading...


Monday, September 07, 2009

✿khutbah Rasulullah S.A.W ketika menjelang ramadhan....✿


Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.


Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

Continue reading...


Thursday, September 03, 2009

✿renung-renugkanlah..✿


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






masihkah kita ingat pada mereka?
dapatkah kita rasa keperitan hidup yang mereka lalui?
mampukah kita lalui apa yang sedang mereka hadapi?
apa tanggungjawab kita sebagai saudara seislam?
apa kemampuan kita untuk kita sumbangkan pada mereka??
adakah kita sudah lupa?
mana hilangnya kemarahan kita kepada kekejaman yang berlaku terhadap mereka?


setiap soalan..ada jawapannya..tanya pada hati dan diri kita sendiri....



kita mampu membantu..HPA satu perjuangan!
Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice