ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Sunday, July 26, 2009

✿di konvek...✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

sebelum ana mulakan cerita,ana ingin ucapkan tahniah kepada HPA atas kejayaan KONVEK 09 yang bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang Selangor pada 25 Julai 2009. Majlis KONVEK09 ini menghimpunkan ribuan pendokong HPA dari seluruh Malaysia serta perwakilan dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

ana nak mulakan cerita di konvek ni start dari kami tunggu kat Stesen KTM.hehe..sampai kat stesen ni kul 8.05am..tapi kul8.35am baru la ketibaan KTM nye untuk ke Serdang.nasib baik la 1 stesen je.dah sampai kat Serdang,ambik teksi untuk ke MAEPS.


Ni masa kami beratur nak masuk dewan..hehe...

ni masa dalam dewan.para PJS tengah jalan kat red carpet..bergaya habis la pemimpin-pemimpin HPA ni.TAHNIAH2!

Ni sapa ntah?mcm xpcya lak dapat anugerah..ana tak tau lak HPA ada hantar surat..umi ana kat kampung lupa bagitau ana.hehe..so..suprise.alhamdulillah

dikesempatan ni,ana ucap tahniah pada PJ Puan Rahmah,PJM Tuan Syed Ageel dan PJS Suhaiza.
tahniah juga pada PJM Cikgu Ismail Othman





to ukhti ain dan ukhti julia,walaupun kite tak berkesempatan jumpa semalam,insyallah nanti kita ada jodoh untuk jumpa yer.to kak sharifah noorul n kak sharifah rokiah,thanks ats kemesraan akak kat fa..ok lah..sampai disini saja..wassalam..
Continue reading...


Wednesday, July 22, 2009

✿ragamku..sabar je la..✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


apa khabar semua? demam?hehe..alhamdulillah.demam pun rezeki juga tu.sekarang ni memang tengah musim demam pun.tapi walau macam ne pun,tugasan harian tetap dijalankan seperti biasa..tapi tak apa.ana nak cerita sikit aktiviti ana minggu lepas dan minggu ni..ehehe..jumaat lepas,ana jumpa dengan seorang akak ni..kenal melalui blog,kemudian dia add ana kat yahoo massenger..dia nak tahu pasal HPA.so,kami berjumpa di KL CENTRAL.dan alhamdulillah,haritu juga dia berdaftar jadi ahli HPA.alhamdulillah,makin bertambah pejuang-pejuang HPA..

ain,wafa,kak tasnem

ok...keesokan harinya pulak,iaitu hari sabtu,ana pergi rumah yan..ha!! sapa ingat yan lagi?ala..adik ana..hehe.adik lain mak lain bapak..sabtu baru ni abg dia kahwin,so ana pergi la kenduri dia.saja ambik berkat..hehe..


ok..keesokan harinya pula.hari ahad,ana dan ain pergi seminar latihan dan kepimpinan rangkaian Abrauf HPA bertempat di Quality Hotel Shah Alam.



keesokan hari nya pulak,hari isnin..ana demam..huaa...tak boleh bagun.maka tak ada la aktiviti pada hari ini...tapi,keesokan harinya,hari selasa..kat kolej ana ada buat expo hari keusahawan.so,ana diberi tugasan oleh kelab nasyid untuk buka booth HPA...booth ana biasa saja..sebab tak buat persediaan awal.kalah bidan terjun..my bad..huaaa..tapi ok gak la..menu yang ana sedia kan,float(radix cola+ais krim vanila+radix cookies dihancurkan dan ditaburkan ke atas aiskrim last sekali letak madu),roti bakar(roti+jem nenes HPS+jem roselle HPA),minuman panas(kopi radix,kopi diet,radix koko,radix cereal,kopi+koko,koko+cereal)..pastu dadih...dadih ana buat sendirik tau!.hehe


booth ni dibuka sampai la hari jumaat ni..so..jemput la datang ya!!

dan harini,ana masak gulai tempoyak buat pertama kali nya..hehehe...bukan la 1st time masak.tapi ni 1st time belajar masak gulai tempoyak.sebelum masak,ana call umi ana..mintak dia ajar..hehe..lepas dia dah turunkan ilmu dia,ana pun terus la ke dapur rumah sewa ana ni,siapkan perkakas2..alhamdulillah,gulai tempoyak jadi dengan jaya nya...alhamdulillah..sedap!!ehem..ehemm..bukan ana kata tau..tapi pengakuan ikhlas dari para housemate ana ni.diorang siap bagi testimoni lagi tau!!nak tau ape??ni dia.."finger lickingg gooodddd!!" hehehe..


selamat menjamu selera..ahaha

ok..sampai disini saja yer...semoga terhibur..jumpa sabtu ni yer...jangan lupa temu janji kita yer!!!hehehe..wassalamm
Continue reading...


Tuesday, July 21, 2009

kehangatan KONVEK HPA makin terasa!!




konvek hpa just around the corner!!!bila???kat mana???!! ish..ish..ishhhh...sabtu ni...25 julai 2009!! tempat nya dia tapak MAHA ,SERDANG...jom pakat p ramai-ramai..tapi kena la ada tiket,kalau tak de tiket,duduk kat luar je la .huhuu...

konvek ni bukan saja sekadar nak tengok para penerima awards saja,disamping dapat suntikan semangat dari kejayaan mereka...bagi yang tak dapat awards tu,jangan sedih.maybe tahun depan ke..kan?..yang penting keikhlasan kita bersama HPA dan meletakan semangat yang tinggi untuk terus berjuang bersama HPA.yang penting kita dapat awards dari ALLAH dan juga keredhaanNYA..

dan lagi satu,bagi ana yang pertama kali nak pergi konvek ni.ana dapat rasakan konvek ni umpama perjumpaan keluarga yang besar.Betul tak? sape setuju dengan ana??jangan angkat tangan,tapi nanti kita jumpa di KONVEK sabtu ni..hehehe


ok...hope to see YOU there..wassalam
Continue reading...


Monday, July 20, 2009

Konsert Antara Dunia (KAD) '09 Bakal Gegar Negara



Rakyat Malaysia kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan tahun; Konsert Antara Dunia `09 (KAD `09). Dengan menampilkan ‘otai-otai' nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama iLuvislam.com sebagai 'media partner' diadakan bersempena memeriahkan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam (KLCIC) di samping meraikan bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan yang akan disambut pada hujung bulan Ogos.

Bertemakan konsep `Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah', konsert ini merupakan konsert besar-besaran yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan mahasiswa (GAMIS) dan artis nasyid tanah air (Rabbani).

KAD `09 bertemakan kehidupan manusia yang melalui lima dunia (alam) iaitu roh, kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat. Kelima-lima dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, tayangan multimedia, pentomen dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.


Tiket


RM 5 : kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun
RM 10 : golongan remaja dan dewasa
RM50 : VIP.

Pakej istimewa!!

RM 100 : 2 tiket VIP dan 4 tiket kanak-kanak.

Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi `roadshow' KAD `09, wakil-wakil GAMIS di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) dan di setiap zon, belian tiket `online' dari iLuvislam.com, serta pejabat Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.



untuk keterangan lanjut DAN pembelian tiket,sila hubungi MISS FARIDAH=013-3196671
Continue reading...


Saturday, July 18, 2009

✿ WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A♥


sumber:-http://www.iluvislam.com

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).

Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...." (^_-)
Continue reading...


Thursday, July 16, 2009

✿Sudahkah tiba masanya untuk dimiliki?? .....✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

apa khabar semua?..hehehe..ana doakan antum semua sihat sejahtera.ana kat sini pun alhamdulillah...selesema pun dah hilang.dan segalanya beransur pulih...harini..tajuk post ni saja je ana letak sudah tiba masa nye untuk dimiliki..ana nak kaitkan tentang jodoh.hehehe.jodoh tu datangnya dari mana??dari planning kite ker?dari rasa cinta kita kah?atau dari ALLAH?ya..jodoh sememangnya dari ALLAH.jika kite cinta pada Allah,Allah akan balas balik cinta kita dengan cinta yang lebih berharga,bermakna dan segala-galanya lebih lerrr..hehehe..kalau kita nak ALLAH kurniakan kita cinta dari seseorang yang betul-betul mencintai ALLAH,kita ni kena la cintakan ALLAH dulu,kini dan selama-lamanya.bertaqwalah pada ALLAH..
Kenapa??tak percaya??..kena percaya la..sebab ni janji dari PENCIPTA kita...

dalam surah AN NUR,ayat 26..ALLAH kata,

"perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki keji untuk perempuan-perempuan keji pula,sedangkan perempuan-perempuan yang baik pula untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia"

dan juga dalam surah an-nisa ayat 1:-

"wahai manusia!bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu(Adam),dan(Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari dirinya; dan dari keduanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.Bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan perliharalah hubungan kekeluargaan.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu"

Jodoh dari ALLAH???..ye..jodoh semua nya dah di tentukan oleh Allah.kita kena yakinlah ye.bagi yang pernah bercinta,pernah putus cinta,yang bertunang,putus tunang..jangan la bersedih...kena pikir positif kenapa kita tak dapat bersama dengan orang yang kita harapkan.kenapa?mungkin sebab cinta kite yang sebelum ni adalah cinta yang melalaikan,yang boleh membuatkan kite lupa mencintai ALLAH..atau mungkin sebab ALLAH dah aturkan kan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Sebab ALLAH sentiasa bagi yang terbaik pada hamba-hambaNYA..atau senang certia..mungkin dia bukan jodoh kita..SO..kita sebagai hamba ni pun kena la buat yang terbaik pada PEMILIK SEBENAR HATI KITA...faham tak?..ok..tak apa....jom kita tengok lagi apa yang Allah janjikan pada kita yang ada dalam kitab suci yang Rasulullah tinggalkan pada kita sebagai panduan hidup kita..

dalam surah AR-RUM ayat 21,ALLAH dah berfirman:-

"dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebasaran ALLAH bagi kaum yang berfikir"




kepada couple-couple yang sedang berbahagia diluar sana...fikirkanlah langkah yang seterusnya..langkah yang boleh menghalalkan yang haram.langkah yang menjamin keselamatan di akhirat.cinta sebelum kawen adalah keindahan sementara.ibarat bunga yang segarnya sementara,layu selamanya....
kebahagiaan yang kita cari biarlah pabila kita temuinya, ia kekal abadi selamanya....


"Wahai golongan pemuda!
Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)


dan kepada muslimah sekalian,termasuk juga diriku yang bakal dimiliki tidak lama lagi...tapi bukan juga pada masa terdekat....

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi."
(HR Tarmidzi dan Ahmad)



Continue reading...


Monday, July 13, 2009

♥.sekuat mana tahap keimanan kita??..✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar semua?alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk kite bernyawa lagi.dan dapat lagi kita bertemu di blog ana yang serba serbi kekurangan.tapi,disini ana ingin kongsi atau lebih sedap,ana nak share dengan antum semua sedikit sebanyak yang ana dapat sepanjang hari ini..ok..apa yang bakal ana kongsikan ini mungkin ada segelintir di antara kita yang dah pernah dengar cerita ini..ok.lepas solat subuh tadi..housemate ana on la tv3.ada motivasi pagi.mula-mula nya ana tak join nak tengok motivasi tu..sebab nak kemas beg nak p kelas.housemate ana pun rupa-rupa nya tak la melekat depan tv..masing-masing tengah bersiap-siap.tapi diaorang just kuatkan volume TV tu..maka...sampai la kami semua ni sepakat keluar bilik sebab dengar ada satu kisah yang motivator tu cerita buat kami tersentuh sangat..cerita ni mengisahkan seorang yang abid pada zaman terdahulu..kisah dimana runtuhnya keimanan beliau dalam satu hari sahaja..ana harap kita ambik iktibar ye...SAPA TAK BACA,RUGI!!!!!

ok..ceritanya macam ni..ada seorang yang abid bernama BASHISHA..pada suatu hari..syaitan telah menyamar menjadi sorang lelaki dan telah datang ke rumah Bashisha setelah syaitan mendapat tahu bahawa Bashisha ni terlalu kuat beribadat.so syaitan nak cube goda dia.syaitan ni datang ke rumah Bashisha.syaitan yang menyamar jadi manusia ni cakap la dekat si Bashisha ni..

syaitan:wahai Bashisha,sesungguhnya aku ni amatlah rapat dengan para malaikat dan aku sentiasa mendampingi mereka.dan malaikat telah berkata padaku sesungguhnya engkau akan hidup selama 80 tahun.oleh itu.aku segera berjumpa denganmu kerana sesungguhnya kamu seorang yang wara'..oleh itu juga,aku ingin memberi sedikit cadangan padamu untuk menggunakan hayatmu sebaik-baik nye.kini kamu telah hidup selama 40 tahun so, ape kate kamu gunakan baki umur kamu itu untuk melakukan maksiat kemudian kamu bertaubat(ape la suggestion syaitan ni tah apo2 tah-almaklumlah syaitan).

Bashisha:kenapa aku kena buat bergitu sedangkan aku tak pernah lagi berbuat dosa.

syaitan: sesungguhnya,orang yang berbuat dosa dan bertaubat selepasnya, kamu akan merasa lebih kemanisan iman selepas bertauba.

Bashisha: apakah jenis dosa yang boleh aku laku kan?

syaitan: engkau boleh melakukan zina,membunuh ataupun meminum arak(hampeh nyer suggestion)

Bashisha: tidak..aku tak mahu dosa yang melibatkan orang lain.

syaitan:kalau begitu,engkau minum lah arak.selepas kau minum arak,kau akan mabuk.lepas kau mabuk,kau akan tertidur.dan lepas kau terjaga dari tidur,kau teruslah bertaubat.

Bashisha:ok la kalau macam tu..aku nak try minum arak je dulu.pastu aku tak nak buat dosa lagi.lagipun minum arak saja.aku yang minum,so aku sorang la yang berdosa.

so..Bashisha ni pun pergi la minum arak.pastu sure la dia mabuk.tetibe,tengah dia mabuk tu..ada pelayan wanita disampingnya..maka dipendekkan cerita,berlakulah zina.selepas tersedar dari zina tu,maka pulanglah suaminya.maka cemaslah Bashisha pun telah ambik tindakan untuk membunuh si suami tu.berita ini akhirnya diketahui oleh raja di negara itu.maka raja itu telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Bashisha.

sedang Bashisha sedang menunggu hukuman,syaitan tadi tu datang kat Bashisha.

syaitan:hai kawan! what happen man??

Bashisha: what happen ko kata????ni semua kau punya pasal tau.

syaitan:eh ..hello! aku suruh kau minum arak saja.yang kau buat over-over tu ngape nya?ok lah..sekarang ni aku boleh tolong kau.tapi dengan satu syarat!

Bashisha: apa syaratnya?kau cakap je..akan ku laku kan segalanya.

syaitan:ok...senang saja.kau tunduk saja padaku..aku akan lepas kan kau

maka Bashisha ni pun terima syarat tersebut dan mengaku bahawa dia tunduk dengan syaitan.. .maka Bashisha mati dalam yang kufur..

maka kesimpulan nya..kita muhasabah diri lah yer..sedangkan seorang abid pun boleh jatuh ke tangan syaitan ini kite manusia biasa ni..pikir-pikirkan lah...
http://emo.huhiho.com




Continue reading...


✿MISS _HPA JUMPA ANAK SUPERMAN???!!.✿



a : "waiter....
b : "Yes... Sir....?

a : "May I know your name?.."
b : "Batman..."

a : "May I know your name?"
b : "My name is Bat-man..."

a : "Trying to be funny?!. I guess your father is SUPERMAN!!.."
b : "Yes you're correct..."

a : "I WANT TO SPEAK TO YOUR MANAGER!!..."
b : " ?????......."


Continue reading...


Sunday, July 12, 2009

✿hilang segalanya..✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

ye...betul la tu..hilang segalanya..ape yang hilang??? segala kenangan ,gambar-gambar...semua hilang.....erm..ana simpan dalam hard disc ana la...320gb!!..ape yang ana simpan dalam tu segala-galanya bermakna...hard disc ana rosak..rosak pun sebab terjatuh sikitttttt je...rasa macam tak boleh terima sangat..seminggu ana kat ipoh,hari ini yg nak balik ni la dan-dan dia rosak.so,pagi-pagi ni jugak ana pergi terjah kedai tempat ana beli hard disc ni..http://emo.huhiho.com

setibanya kat kedai tu..dengan muka ana yang memang sehabis-habis kesian dah.http://emo.huhiho.com
.tokeh tu pun kata.."amoi,apa i boleh tolong u?"...
ana pun jawab.."aiyaa..tokeh,wa punya hard disc,PC tak boley detect oooo!apa pasat?"...
pastu tokeh tu jawab.."mari kasi i tengok dulu,i cube tukar dia punya casing aaa.."...

dia pun pergi la buat seperti yang dia cakap..10 minit pastu dia cakap..
"haiyaaa amoi...i vely soli.u punya hard disc memang dah rosak oooo.tapi don woli,i try kasi back up sama u"..ana memang rasa teramat la terkejut bercampur duka cita yang over dos....sampai macam nihttp://emo.huhiho.com..dan badan mula rasa seram sejuk macam ni--->http://emo.huhiho.com

tokeh tu pun pergi la masuk opis dia.ana tengok mimik muka dia..dari senyum..lama kelamaan makin keronik dan terus keronik...http://emo.huhiho.comdia pun keluar la dari opis dia dengan muka pasrah sambil berkata dengan nada yang ana tak pasti apa rentaknya.."amoi,u banyak-banyak sabar aa, i..i..vely vely soli wo..i tak boley buat back up.i punye PC pun tak boley nak detect u punye folder.so,u punye hard disc memang sulah losak ..u tinggal dulu u punye hard disc,dalam dua minggu i kasi siap,nanti i call u"http://emo.huhiho.com

..tetibe pipi ana rasa panas je...rasa macam nak http://emo.huhiho.com..arghh!!!http://emo.huhiho.com

tokeh tu berkata lagi.."amoi!!u jgn nagis maaa..kalau ini hard disc tak de baik punya,i kasi you yang baru.ok amoi?"http://emo.huhiho.com..
ana pun..terdu
duk sat kat situ..sambil terpikir segala apa yang ada dalam hard disc tu dah hilang..segala gambar-gambar..peristiwa-peristiwa penting....gambar first time ana pergi PBC...sedih sangat-sangat.http://emo.huhiho.com.tapi tak pe la..apa yang kita ada,tak kan selamanya ada..pasti ada hikmah disebaliknya...ana pun balik la rumah.perasaan sedih tu ana tinggalkan kat kedai tokeh tu..http://emo.huhiho.com.hehehe...sekarang ana dah sampai kuala lumpur.esok nak pergi kelas dah.http://emo.huhiho.com.tak sabar pun ada gak ni..walaupun otak dah agak berkarat..tapi sejak kehadiran dia,ana rasa kan ada butir-butir keindahan dan kecerian yang mula mewarnai hari-hariku.http://emo.huhiho.com..http://emo.huhiho.com
http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com . .
Continue reading...


Friday, July 10, 2009

✿you are not alone♥


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

(lagu allahyarham MICHEAL JACKSON)http://emo.huhiho.com

APA KHABAR SEMUA??? ana harap semua sihat-sihat belaka dan sentiasa berada dalam rahmat ALLAH S.W.T...sebenarnya,ana tak sihat ni.
demam+seleseme+batuk=demam normal..hehehe..bukan H1N1 ok?nauzubillahimin zaalik...

erm..ana tak tahu kenapa boleh tersuka kat lirik lagu ni..YOU ARE NOT ALONE..sedar tak?kadang-kadang,kita sebagai hamba ALLAH yang kerdil ni mudah sangat rasa lonely...sedangkan kita tak sedar yang kita ada ALLAH..betul tak??..tak pe..apa kata kita ambik sedikit masa...lapang kan dada..tenangkan fikiran..muhasabah diri kita..apa yang kita cari selama ni?apa yang kita nak kat dalam muka bumi ALLAH ni??..ya allah...hebat sungguh aturanMU..antum sedar tak?dalam kehidupan seharian kita,pasti akan ada perkara yang salin berkait..jika tak berkait pun,akan pasti ada satu perkara yang hadir tanpa kita duga...tanpa kita pikir....tanpa kita sedar,benda yang ada di depan mata..tiba- tiba hilang sekelip mata.tapi hanya tinggal bayangan nya saja..pada masa tu,bila kita cuba capai bayangan tu..ianya lesap dari pandangan mata hati kita..andaikan hidup sebagai permata,jika dijaga dan digilap pasti mahal harganya,pasti tinggi nilainya,sudah pasti permata ini akan jadi milik seseorang..sama juga hidup kita di alam nyata,jika kita mencintai seseorang..kita jaga dia...kita lindung dia....tak pasti ianya akan sahih jadi milk kita....mungkin ALLAH nak hadiah kan dan nak gantikan kepada kita sesuatu yang lebih hebat dari permata yang kita ada ni.. tidak kah kuasa ALLAH itu MAHA HEBAT?...LA TAHZAN...INAALLAHA MAANA...jika kita tak dapat apa yang kita inginkan...pasti ada hikmah atau rezeki yang kebih baik..sentiasa lah kembali pada ALLAH..susah senang serahkan pada ALLAH..moga jalan hidup kita untuk menuju ke syurga ALLAH selamat..walaupun jalan itu berliku,berduri..harungi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan..kerana SYURGA ALLAH ITU MANIS WALAUPUN JALAN MENUJUNYA PENUH DURI...yakinklah pada janji ALLAH..sesungguhnya ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA....

wassalam....andai ini jalan pemisahan antara kita,ingatlah ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..jika bukan disini pasti ada satu tempat yang layak untuk kite.


http://emo.huhiho.com
Continue reading...


✿KEPADA SEMUA MUSLIM DAN MUKMIN,JOM KITA GEMPURRR!!!!!!✿



PBC TS HOTEL 01-02 OGOS 2009....
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG...
TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI HPA...BAYARAN RM 160.00..

SO!!WHAT ARE YOU WAITING FOR?!!!


KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN.. JADILAH USAHAWAN HPA YANG BERMISI DAN BERVISI..HADIR SEBAGAI PESERTA ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB DAN MEMIKUL AMANAH ALLAH...HPA SATU PERJUANGAN.......KITA GEMPUR HABIS-HABISAN!!!

SILA HUBUNGI PJ RAHMAH - 017-7449892
Continue reading...


Wednesday, July 08, 2009

✿Hidayah Pemberian Allah...✿



salam..ana copy post ni dari blog http://pjskpu.radix2u.com





SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH!

Jelas kelihatan kalimah Allah pada permukaan air kopi Radix di dalam cawan. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Menakjubkan!

"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahannam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina" ( Al-A'raf : 179 )

Seharusnya kita memandang dengan mata hati, nescaya kita akan nampak apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.

Dalam kekemelutan munculnya Kopi Master Radix..mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui..

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Semoga Allah mengetuk pintu hati kepada sesiapa yang masih belum lagi bersama-sama memperjuangkan produk halal tanggungjawab kita bersama. Bagi pengedar-pengedar baru yang mula berputus asa dengan kemunculan kopi palsu Master Radix, harus bangkit kembali dengan semangat baru yang yakin dengan kelebihan produk kita.

Berfirman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya, berjayalah dia. "

( Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:
al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah )

Pada hari Isnin, 13 Rejab 1430 Hijrah, lebih kurang jam 9.00 pagi, Penaung Komiti Nilai, PJS Siti Habibah Yusof mendapat panggilan telefon daripada Bendahari Komiti Nilai, Pn. Zabedah binti Man. Beliau menceritakan pada jam 6.30 pagi, anak perempuannya membancuh kopi radix untuk adik lelakinya bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Lebih kurang pada jam 6.50 pagi, ketika anak lelakinya ingin meminum kopi yang telah disediakan oleh kakaknya itu, beliau telah terlihat satu pembentukan kalimah Allah telah timbul pada permukaan minuman kopi radix tersebut.

Suami Pn. Zabedah iaitu En. Habidin bin Mat telah mengambil gambar tersebut sebagai bukti akan kebesaran Allah dan juga untuk tatapan kami dan juga ahli HPA amnya.

Sumber : http://hpaatnilai.blogspot.com
Continue reading...


✿SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM..... ✿



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

sumber ini adalah dari email yang ana dapat dari seorang sahabat ana...

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah

Rasulallah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata :-
"Kirim salam assalamualaikum pada
ZIZAH ye" contoh lerr...

Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH
ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan..
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni......
Continue reading...


Wednesday, July 01, 2009

...✿pikir,cakap n sabar..situasi 2..♥


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

wokeh!!hari ini...ana nak sentuh satu perkara berkaitan dengan maksud tempoh penutupan 300 nilai mata dalam tempoh dua bulan kalender dan pengumpulan300 nilai mata atas nama stokis sudah tidak dibenarkan lagi..kenapa???jom ikuti perbualan ini...

MISS_HPA:- salam..awk.awk dah cukup ke nilai mata??awk pergi PBC 27-28 MEI kan?so..ni dah 30 JUN ni...awat tak hantar invoice lagi ni??

GUEST:-...eh..awat hang duk kalut ni??tak cukup dua bulan lagi la..aku pergi PBC 27-28 MEI...so..28 JUN bru sebulan,28 JULAI baru la cukup dua bulan..so aku belum start kumpul pun lagi..rilek la wafa...lama lagi la..

MISS_HPA:-..astagfirullah hal azim...sapa ajar awak buat macam ni ?kat PBC lagi PJS SYED AGEEL tu dah terang kan??awk tido ke masa dia terang??awk...dua bulan kalender ni maknenye.
....jika awk pergi PBC 27- 28 MEI, MEI tu dah dikira satu bulan..start dr 1 MEI....so..lagi sebulan lagi start 1 JUN SAMPAI 30 JUN..SO..CUKUP LA DUA BULAN...ni la maknanye dua bulan kalender..dikira ikut bulan..bukan tarikh..

GUEST:- LA!!!! ya ka???weh..jom teman aku pergi beli sekarang gak!!apa no stokis kite tu??kite beli guna nama dia ekk..

MISS_HPA:-OK JOM..EH2..sat2.
dah tak boleh guna nama stokis la..kalau nak guna boleh..tapi kena beli terus kat stokis tu juga..ok?guna la nama awk sendiri..

GUEST:- LA..kenapa tak boleh guna pulak??dulu kan boleh?ish..aku tak paham tul la..nanti macam ne aku nak suruh downline aku kumpul nilai mata ni??

MISS_HPA:- tak pe...sy bagi awk paham k?..ok..macam ni..tak boleh kumpul guna nama stokis ni sebab HPA nak menghasilkan ushawan HPA yang berjaya.kalau duk nak kumpul..mesti akan ambik masa yang lama..

bak kata GM HPA kite,EN. Faisol..

"
Kita renung kembali kenapa PBC itu di laksanakan suatu masa dulu. Diantaranya adalah satu jalan pintas kenaikan pangkat yang kalau cara biasa adalah pengumpulan 1501NM timbunan berkumpulan tanpa had aras dan waktu.

Tujuan PBC adalah untuk melahirkan sebenarnya usahawan yang sukses. Sesaorang usahawan perlu dipersiap dan mempersiap diri mengubah cara kerja dengan menyertai program PBC serta melengkapkan 300NM dalam waktu 2 bulan.
Namun sebahagian para pemimpin yang melakukan mungkin niat yang baik dengan membenarkan bakal peserta PBC mencukupkan 300NM mengikut sesuka hati malah ada yang sampai lebih dari satu tahun. Setelah mencukupkan 300 NM, maka peserta tersebut di tawarkan menyertai PBC.

Suka GM ingatkan bahawa kalaulah cara ini di biarkan berterusan maka akan lahir peserta PBC yang tidak berkualiti. Kita ingin lahirkan kepada mereka yang benar serius mahu jadi usahawan.
"

ok..sekarang awk paham tak?semua ni GM dah rujuk dengan PANEL SYARIAH yang kita ada..so,apa salahnya kita patuh saja atas ape arahan yang dikeluarkan..just think positive..ok?


GUEST:- OWW..ok2..baru la aku paham..ok2.thanks miss_hpa...


MISS_HPA:-OK.


sekian..wassalam..

Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice