ღjangan bersedih...ღ
✿be my important persons...✿
.::♥ SYURGA CINTA ♥::.
ღkalamku...ღ
Monday, June 29, 2009
Sunday, June 28, 2009
Wednesday, June 24, 2009
✿Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan✿
Penerbitan Semula
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Amalan
Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.
Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).
Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.
Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com
Pernah diterbitkan:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=571
Sunday, June 21, 2009
...✿pikir,cakap n sabar..situasi 1..♥
بسم الله الرحمن الرحيم
ok para pembaca blog ku sekalian..harini kan..ana nak sentuh satu perkara ni..ana akan siarkan perkara ni dalam bentuk dialog..ada banyak situasi.so,ikuti setiap situasi ni ek..setiap situasi ni memang berkenaan dengan manusia yang hidup dimuka bumi ini..awal2 lagi ana nak mintak maaf andai ada tersalah,terkasar dan tersilap kata..yang baik jadi kan ikutan..yang buruk tu tolong bagi teguran...
(pampers baby ku)✿
guest:- ee...ape la hpa ni..kuar pampers dah ok dah..tapi tak tengok dulu ke kualiti dia??dah le mahai! pastu..anak saya pakai sekali je.baru buang ayaq kecik sekali je dah habis bocoq.bekecai pampers tu..saya ingat hampas roti..tapi bila saya pegang rupanya pampers..ape kes ni?
bagi situasi ni..bagi ana la..mustahil la pihak HPA tak tengok kualiti dulu dan kalau kualiti dia tak elok,mesti HPA akan hentikan pengeluaran.Contohnya macam berus gigi.Sebelum ni pegeluaran berus gigi dihentikan seketika sebab ana ada dengar penghetian seketika ini atas sebab kualiti berus gigi tu tak berapa memuaskan.tapi sekrag dah keluar berus gigi yang baru.ok..yang kata mahal tu,mahal pun barang tu ada nilai mata kan??
1 nilai mata dalam HPA bernilai RM1...ok..ana tak tahu harga pampers..harap maaf sangat sebab tak alert dengan harga pampers.tapi ana boleh bagi satu contoh.
Contohnye kopi radix jumbo.
harga dia RM26.nilai mata 10.ok?kan ana cakap tadi nilai mata dalam HPA ,1 nilai mata dalam HPA bernilai RM1..so..10 nilai mata= rm 10..rm26-rm10=rm16.so,kopi jumpo baru rm16...32sachet tau!!
Ni pun ada lagi yang kata mahal ke?RM16 tu mesti la cost penghantaran,duit minyak lori tu..sama jugak dengan prodak HPA yang lain tu.betul tak..kalau kite beli produk luar,contohnya pampers,ada nilai mata tak??tak ada kan?pastu,pampers tu dari mana sumbernye?kite penah pikir x??kenapa kalau dari HPA banyak sangat nak complain?kenapa kalau produk lain tu kite senyap jer??kenapa dan kenapa???tak ada ke rasa bersyukur dalam hati kite ni?sokong produk islam.istiqomah...pikir2kan lah..
DOAKAN SEMOGA HPA LEBIH BERJAYA KERANA HPA SATU WADAH PERJUANGAN UMAT ISLAM BERSAMA..
ada lagi situasi nak dibincangkan disini..tapi bersambung di entry akan datang..salam...
Thursday, June 18, 2009
✿....perjalananku...✿
بسم الله الرحمن الرحيم
memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
-khalifah abdul malik marwan
erm..sedapnya kopi radix ni..ditambah madu...dengan lafaz bissmillah ana teguk air kopi yang ana bancuh 2 sachet ini sebab rasa badan ni mcm nak demam tak demam je...kenapa la hati ni tak setenang rasa sedap kopi radix ni..petang ini ana nak pergi rumah abg ana...maybe ini last entry untuk minggu ni.23hb ada last exam paper...26 hb nak pergi johor...sebab 27 dan 28 hb ada PBC di PASIR GUDANG..so..illaliqo maa salam...
andai kejayaan ini adalah untuk ku,milikku,sesungguhnya ia berkat atas hasil usahaku SENDIRI atas keizinan dari ALLAH....
Monday, June 15, 2009
✿kenapa....?? !!✿
بسم الله الرحمن الرحيم
apa yg kenapa ek??hehehe..kenapa miss_hpa dah lama x update blog nih??ramai yg dah rindu ni..hahaha..betul ker???
kemana yer ana menghilang kan diri kali ini??sebenarnye..bukan ah hilang kemana,tapi just masalah kesihatan je..9 jun yang lepas,ana kemalangan jalan raya..em..kena langgar dengan mat rempit.masa tu ana baru pas pulang dari cawangan HPA batu cave.ana dengan yan naik motor..ana yang drive..tapi...dont worry,happy go lucky ye semua...hehe..sekarang dah sihat dah.dengan izin ALLAH,atas pengamalan dengan ubatan HPA..luka2 sy cpt sembuh dengan merajinkan diri menyaou luka2 dengan minyak but-but dan makan spirulina mengikut waktu yg ditetapkan..ehehhe..alhamdulillah,ana sihat dan ceria seperti biase...tapi..lepas excident ni rasa luar biasa sikit..sebab baru terasa nyawa ni memang berharga sangat2...bila terkenang muka umi..uhuhu..bila terpikirkan tanggungjawab yang masih tergendala..
YA ALLAH..aku terlalu bersyukur padaMU keran masih memberi ku peluang untuk meneruskan perjuangan di bumi MU ini YA ALLAH...3 hari lepas excident,ana rasa dah sihat sikit..ana pun balik la kampung..bila sampai je kat kampung..ana hirup udara kampung sedalam2nya..terasa bersyukur skali lagi sebab allah bagi lagi peluang untuk ana balik kampung dan hirup lagi udara yang nyaman..alhamdulillah...so sekarang ana dah rasa segar sikit..cume tinggal sakit pada luka2 di siku dan di lutut..tak lama lagi ok la ni..hehe..
ANA KAN ANAK UMI DAN ABAH YANG KUAT..
hari ini...15 jun,ana balik ke k.l semula..balik bersama umi ku yg terchenta...abah ana pergi memancing kat lumut..kul 6pagi dah keluar..so tak sempat nak bergambar dengan abah..
erm..masa ana balik kampung baru2 ni..ana tetibe teringat yang selama ni ana ada bela seekor kura2.walaupun bunyinye agak kejam..tapi..tu la..nasib baik umi tolong jagakan..erm...ana beli masa ana lepas habis SPM dulu.beli pun sebab tgk cerita wonderpets..hehe..comel2...hehe..balik baru2 ni dah besar dah beliau..
pastu masa ana balik baru-baru ni gak..kucing-kucing ana suke buat adegan2 manja gitu..saje nak bagi ana geram nak tinggalkan diorang..hehe.
yang ni...nama beliau SHENAKIE..
HEHEHE...ada lagi seekor kucing ana..tapi dia pemalu sikit..so,gambar beliau tak dapat nak disiarkan..kepada adik-adik ku,ANIS,NURUL dan AMMAR..comel x kucing akak??hehe...kalau nak tengok kUcing2 akak yang comel ni,moh le ke ipoh yer..hehehe
ok ler..sampai disini je..17,18 dan 23 hb ni ana exam..doakan kejayaan ana yer..salam..ana uhibbukum fillah jiddan jiddan jidddddannn ....
peristiwa 8 jun di taman koperasi polis...
بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah,kehadiran warga taman koperasi polis agak mengalakn..sedikit sebanyak,banyak ilmu yang mereka perolehi atas penekanan tentang halal dah haram dalam kegunaan harian ...moga ilmu yang disampaikan pada malam ini diberkati allah..wallahua'lam..
Sunday, June 07, 2009
PBC KELANA JAYA 6-7 JUN
ASSALAMUALAIKUM....
Pada 6 dan 7 jun...bersamaan semalam dan juga hari ni..ana pergi ke PBC di KELANA JAYA..PBC di KELANA JAYA ini dipengarahi oleh PJS ZANBLI RASHID DAN PJS MUZLINA bersama dengan PJS SYED AGEEL...
IKUTI AKTIVITI SEPANJANG DI PBC KELANA JAYA MELALUI GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI...
JAM 9.15 AM
POSING TIME....HEHEHE
wassalam...
tag from my sepu2....✿
1. Copy award di atas dan letakkan di blog anda
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award neh.
* beliau seorg sepupu a.k.a sepu2 yg comel
* beliau seorg yg bijak dan cantik..
* beliau juge mempunyai blog yg sempoi,simple tp hebat lagi menarik
* beliau sedang happy with her MR RIGHT.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta @ hobi sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
* saya seorang USAHAWAN HPA..
* saya hanya hendak fokus kepada STUDY(ISLAMIC STUDY) n of course HPA!
* saya BENCI rokok
* saya suke kucing
* saya BENCI ORANG HIPOKRIT AND SUKA BUANG MASA SAYA
* saya suke orang yang suka saya
* saya suke air minuman roselle HPA
* saya suke makan herba2 HPA
* saya suka layan blog.
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
~UKHTI NAILA
~ADIK AMMAR
~UKHTI JULIA
OK LA..NI JE LA EK..KERANA MEREKA YG DIA ATS NI MMG TERBAIK..PENYERI HIDUPKU..
Thursday, June 04, 2009
✿..selembut dan seindah mawar berduri...✿
ASSALAMUALAIKUM w.b.t
LEpas antum bace post ni..if ada salah silap dlm penulisan ana ni..sila tegur n tolong betulkan kesalahan ana..segala pandagan antum,ana terime..kerana ana sayang pada org yg tegur ana,kerana mungkin atas teguran itu boleh memperbaiki diri ana...insyaallah..
Ari nie ana nak ajak antum sume renung perkara nie… byk org melatakkan tanggapan bahawa Wanita bepurdah ni sebagai insan yg tak layak untuk melakukan kesalahan, seolah-olah jika berlaku kesalahan dia telah mencemarkan imej bepurdah..bercakap ngan lelaki yg ajnabi pun xboleh walaupun ditemani mahram…xboleh menyuarakan pandangan atau berbeza pendapat walau atas kebenaran shingga Perkara mcm ni seolah mnjadi satu pintu untuk org lain mgambil ksempatan..semuanya kerana nak JAGA IMEJ BERPURDAH…
Kenapa harus dijadikan purdah sebagai alasan untuk menidakkan hak seseorang sedangkan ia hanyalah inisiatif diri untuk megelakkan fitnah…bukankah ia menjadi kebaikan terutama kepada kaum adam kerana dengannya mampu menahan pandangan mereka…bukanlah kami berpurdah kerana merasakan kami cantik..tetapi smata2 kerana ingin mencari keredhaan yg MAHA Esa…itupun disalah tafsir… Ana pernah disuruh menanggalkan purdah semata-mata kerana ditakuti pusat ana bekerja itu dianggap pusat ajaran sesat..kenapa persepsi kite begitu?tidakkah zmn rasulullah juga ada yg berniqab? Ana terkilan sebab ana juga berpurdah…Ana cume berharap antum2 semua dapat mengubah persepsi keatas wanita berpurdah… Jika ana ada buat kesalahan silakanlah memberi teguran dan peringatan.. ana xkisah kerana bukankah ingat memperingati itu mmberi manfaat bg org2 yg beriman? Tapi biarla dengan cara yg berhikmah…
dalam surah AL-ASR..ayat 1- 3..
berpurdah tetap berpurdah...tp just be ourself..jgn sbb purdah kite hipokrit..yang penting kite jaga perkara wajib islam yg ditetapkan syariat...bukan org berpurdah saja yg perlu buat...tapi semua org yg beragama islam...islam itu indah.islam itu suci,syumul...lagi pun..kite xde hak untuk menilai sesorg..tengok diri sendiri dulu sebelum tengok diri org lain..tengok kekurangan diri dulu sebelum nak tgk kekurgan org lain... gajah depan mata x nampak,tp kuman yg seberang laut tu boleh nampak dgn jelas.....just think about it.
Monday, June 01, 2009
♥ A Friend In Need Is A Friend Indeed...✿
assalamualaikum
ape khabar semua??harap2 semua sihat dan semoga semua sentiasa didalam rahmat n keredhaan ALLAH S.W.T...dah baca ke post ana yang sebelum ni??ala...yg ni..[klik saya]...hehhe..bagi yang belum baca tu..sila la baca..klu dah klik...tgk kat bawah skali..sal UBAT GIGI KEGEMARAN RAMAI tuuuu..hehehe...
hari ana nak cite pasal SAHABAT2 ana..sahabat ana,sahabat antum juga..ehehe......first n foremost..ana nak kenalkan sahabat yang paling ana sayang,hormat dan ana rasa berbangga ada sahabat mcm dia..nama dia ain..dia sahabat seperjuangan ana di kolej,HPA..dia byk bagi sokongan,dorongan ,nasihat dan semangat kat ana...nama dia nur ain..ala..yg ana bawak dia balik kampung ana baru2 ni..xlama lagi..dia akan jadi housemate ana..best sgt..alhamdulillah..
next is risaliza..kalau antum perasan..kat chatbox,dia guna nick name lisa..dia ni classmate ana masa kelas introduction to science of hadith..kalau dia xde..alamatnye sunyi la kelas..dgn kekecohan n kecerian dia ni..mmg x kering gusi la ana dibuatnya..
ni la risaliza.tgk gambar dia pun antum leh bayangkan betapa ceria nya beliau ni..ehehhe..klu nak jupa dia dan ain..boleh la dtg PBC di KELANA JAYA pada 6 DAN 7 JUN ni yer.hehehe...datang sebagai peserta la ye...hehehehehe...byk lagi sahabat2 ana yg penting dlm hidup ana..tp klu nak cite kat blog ni mesti panjang berjela...dan xdilupai adik ku..nurhafiyyan..atau dgn nama manje dia YAN..hehehe..adik ana ni..bukan la sedarah daging dgn ana..tp kami rapat..mmg dah mcm adik bradik pun..ana bangga dengan dia..baru 18 tahun..tp ada semangat bjuang yg tinggi n patut dicontohi semua remaja2....x ketinggalan,kpd sahabatku HAZRIN AL WANIS(anis)..thanks sb sudi kwn dgn sy sampai sekarang..dari awal2 masuk IIC sampai la sekarang,awk setia lagi kwn dgn sy wlupun sy selalu bz...tp sy xkan lupa jasa awk yg awk taburkan padasy masa sy btol2 dlm kesusahan dulu.....kepada sahabat2 yang lain..yang sudi bagi pluang kat ana dalam memperkenalkan HPA kpd antum semua..n bg kepercayaan pada ana..dan sudi berjuang dgn ana...jutaan terima kasih ana ucapkan..hanya ALLAH yang boleh membalas jasa antum semua...to ain,lisa,yan,anis,nadia, laila,sahabat2 n kluarga HPA ku(kak bayu,ibu,abg syed,abg rozali,kak yani,kak bib,mama,kak ham,kak aiju n ramai lagi la..hehehe)..ana mmg bsyukur sgt sbb ALLAH bg peluang pada ana untuk bersahabat dgn antum semua.thanks atas nasihat antum....bila ana lemah,mula terpikir untuk putus asa,antum la yg byk bagi dorongan n nasihat pada ana....moga ukhwah fillah kita semua bkekalan..hanya maut saja yg boleh memisahkan kite..ana uhhibbukum jiddan,fillah abadan abada..andai ada kesalahan ana spanjang persahabatan kita,maafkan ana..bantu ana ..tegur ana..semoga kite sama2 berjaya dalam cita2 kita..
thats all for now... A Friend In Need Is A Friend Indeed........ukhwah fillah will remain abadan abada
wassalam...
INDAHNYA MLM HPA YANG BERLANDASKAN SYARIAH
SUMBER DARI BLOG PJSKPU..http://pjskpu.radix2u.com
Apabila kita memperkatakan tentang dunia MLM, kita sebenarnya berbicara mengenai dunia perniagaan tanpa sempadan. Ibarat kita mengembara dalam sebuah padang pasir yang gersang tanpa haluan sempadan. Yang memisahkan hanyalah pusaran debu-debu pasir yang berterbangan.