ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')

Top 10 Members

Monday, April 26, 2010

✿demi cinta yang suci ku sanggup redahi lautan api✿


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

first of all,ana nak ucap terima kasih banyak2 kepada followers2,sahabat2 yang sudi melawat ke blog ana ni k.ana mintak maaf juga sebab jarang update atas kekangan dari segi kemudahan nak dapatkan line internet..huhu..

perasan tak paper hari ahad semalam kalau tak silap ana,muka depan untuk semua mejoriti surat khabar yang berkisahkan seorang kanak2 berusia 14 tahun nak terjun bangunan sekolah sebab cinta nya ditolak oleh budak perempuan kelas dia tu??erm..ape pendapat korang tentang budak ni?kalau ana la,heeiii..memang nak kena belasah dah budak ni.kesian kat mak dia yang juga salah seorang guru di sekolah tu.bapak budak laki ni baru je meninggal.pastu anak dah buat perangai yang memalukan.adakah perkara ni berlaku disebabkan budak ni kurang mendapat kasih sayang keluarga sehinggakan budak laki ni lebih dahagakan kasih sayang dari orang lain sehinggakan dia sanggup bunuh diri sebab tak dapat balasan cinta dari budak perempuan tu?usia yang seawal ni pun dah galak nak bercinta.sepatutnya,usia muda macam ni tak perlu dan tak layak lagi nak mengatal mencari cinta.duit belanje sekolah pun mintak mak ayah.ni pulak ada hati nak mengatal dengan anak dara orang..apa yang akan dapat dengan cinta terlarang mcm ni???

dua minggu lepas,dalam paper jugak ,ada seorang kanak2 berumur 10 tahun mencabul kawan perempuannya yang seusia dengan dia..budak laki ni ajak budak perempuan ni datang rumah konon nak study.tapi dia cabul gurl ni.gurl ni mengadu kat mak dia dan mak dia bawak pergi jumpa doktor.dan doktor pun mengesahkan anak dia memangg dicabul sebab ada kesan luka kat kemaluan budak pompuan ni sebab budak laki yang umur 10 tahun ni tadi cube memasukan jari ke dalam faraj budak perempuan tu..ok..dari kes ni,ana memang terkejut jugak la.budak 10 tahun dah expert tentang seks.dari segi ni pula,sapa yg patut kite salah kan??mcm mane budak ni boleh praktikan??dalam hal ni sedikit sebanyak ibu bapa juga yang harus dipersalahkan dalam urusn mendidik anak2.kadang2,ibu bapa zaman skrng ni anggap anak2 macam tak tau apa2.selambe je tgk cite yg unsur lucah di depan anak2..anak2 zaman sekarang ni dah pintar..semua benda nak di cube tanpa tahu apa buruk baik sesuatu itu..

kes seterusnya,budak perempuan berusia 12 tahun DIROGOL OLEH KEKASIHNYA YANG BERUMUR 24TAHUN...bila dah kena rogol,baru la mak bapak ambik tindakan.tau je nak cari lakii tu..sebab memang dah kenal..tapi kenapa sebelum anak tu kena rogol tak dihalang dulu??PREVENTION IS BETTER THEN CURE!!!anak tu barU 12tahun..tak tau la apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ni..setahu ana,kanak2 yangg normal la,masa umur2 mcm ni tahu nak main je.bercinta2 ni tak masuk dalam otak lagi..tapi zaman la ni..erm.betul la kite kena maju,kena ikut zaman,kena up to date...ikut kemajuan dan pemikiran barat.tapi,sedar tak pemikiran dan cara barat tu merosak kan kite?yang baik kite ikut la..yang buruk tu kita boleh pikir sendiri..contohnya,dari segi pakaian,pergaulan laki dan pompuan..kalau yang macam ni,kita tak perlu ikut.kite ikut apa yg islam dah ajar..nak bercinta,nak seks ke apa ke,guna cara halal...pastu wanita zaman sekarng ni suka nak ikut mcm artis,hantaran beratus ribu..kenapa nak menyusahkan perkahwinan yang sebenarnya mudah???sebabkan hal mcm ni la maksiat berlaku dgn berleluasanya..

ana penah berchating dengan seorang ni.dia cite kat ana,dia selalu buat seks dgn ramai gurl.dia dah ada awek.tapi dia tak pernah sentuh awek dia.ana cakap kat dia,kenapa tak kawen je?.dia cakap,kalau kawen kena ada 30ribu sekurang2nya dalam bank.tapi,kalau tak kawen,boleh dpt seks,free je...so??buat apa nak kawen??ermmm

ok..ni ana nak ungkit sikit pasal kerajaan yang sememangnya mengambil berat tentang kebajikan rakyat sehingga lebih menekankan untuk mengawal penyakit lebih dari mengawal berlakunya maksiat.maksud di sisni,ana nak tanya antum semua,perasan tak orang yang sakit AIDS,kerajaan supply condom kat diorang.kononnye nak kawal penyakit tu dari berleluasa.tapi perasaan tak,ia lebih macam nak mengalakkan lagi seks bebas tu berleluasa.penyakit berkurangan,tapi dosa tak ade batasan.bala ALLAH nak bg kena kat semua orang,bukan pada yang buat maksiat tu je.yang isap dadah,siap di beri jarum suntikan free setiap penagih .ni lebih macam nak mengalakan je.mungkin sebab rakyat didahulukan kottt...

isu nama ALLAH jadi rebutan..tapi,hukum dan undang2 ALLAH,di ketepikan.apa kejadahnya kan???ok..paper semalam juga.ada seorang gurl ni..bertudung litup.tapi,dia adalah pelacur.dia ni melacurkn diri untuk boyfriendnya yang tengah belajar kat australia.dia bagai nak gile jual badan.dapat duit dlm 10 ribu sebulan,dia bagi kat boyfren dia,dia melacur ni pun sebab boyfren dia yang suruh.dia buat pun DEMI CINTA DIA KAT BOY TU YANG DAH LAMA DiORANG PERTAHANKAN DARI ZAMAN SEKOLAH LAGI...ni ke yang dinamakan cinta???betul ke laki ni cinta kat dia??entah2 habis belaja nanti laki tu confirm tak pandang dia dah..sebab gurl ni dah tak ade apa2 lagi dah yang istimea untuk dia.sebab dah banyak lelaki ratah badan awek dia.so,tak kan la boyfren dia sanggup lagi nak kan sisa2 orang lain untuk jadi isteri dia kan???boyfren seronok belaja jauh2,awek macam lembu cucuk hidung buat benda bodoh.dapat dosa bertimbun2..ermmmmm.

wahai wanita yang membaca penulisan ana ni,maruah kita mahal.orang tak boleh beli,orang tak boleh ambik free..maruah kita tak ternilai dengan duit,emas ke apa ke..so,jaga la baik2.bagi pada yang layak.yang layak tu sapa?pikir la sendiri..kalau laki tu betul2 sayang pada kite,dia akan jaga kite lebih dari menatang minyak yang penuh.dia tak akan sesuka hati sentuh kite,atau bagi orang sentuh kita sebab dia betul2 sayangkan kita,dia akan jaga dan pelihara kita sebaik2 nya...kalau syg dia kerana nafsu seks semata2,itu bukan syg namanya.itu syaitan bertopengkan manusia.lelaki yg betul2 sayang kan wanita tu,dia akan terus ambik sebagai teman hidup dia..so,wanita,jaga lah perhiasan kite sebaiknya..jika kita impikan yg terbaik,kita kena jadi yang terbaik dulu.

untuk adik2,belajar lah selagi usia muda ni.pikir susah payah ibu bapa kita nak bagi kita belajar.jangan sibuk nak bercinta.kenal dulu apa erti cinta dulu.cinta akan jadi indah jika ianya dilandasan yang betul..jika tersasar arahnya,cinta ni umpama bisa yang tak kan hilang kesannya..hargai masa yang kita ada.cinta tak perlu dicari,ia akan datang sendiri apabila tiba masanya.cinta datang tanpa kita sedari,tapi ia pergi tanpa kita merelakan.so,hati2 dalam bercinta..ok..sampai disini saja.

wassalam....




7 pendapat:

muhammad khairul ikhwan (MKI) on April 26, 2010 at 8:54 PM said...

yup...sye sokong...maruah pmpuan cukup mahal hrganya..jgn jual terlalu murah..sbb itu yg paling berhrga..jagalah sebaiknya..hiasilah ia dengan jalan yang betul..:)

Hamba Allah on April 27, 2010 at 7:17 AM said...

Assalamualaikum....
wah.... agak bernas hujah2 kamu di atas ni...
yap... mmg btul apa yg kmu bahaskan tu. dunia skrg ni(akhir zaman) macam2 perkara yg kita rasa macam x logic berlaku, tapi telahpun belaku....=<
setakat yg penah sy tahu, kn pernah heboh dulu, yg budk2 belum mumayis lg dh tahu main rogol2.. ?
Allah,..spa yg harus dipersalahkan...? begitu trdedahnya diaorg dgn benda2& perkara2 berunsur seks ni...
Allahuakbar... kenapa la sekecil2 tu dh jdi mcm tu... kan alangkah indah & beruntung nya diaorg kalau usia2 sekecil itu, family dieorg dh menerap kn cintakn-Nya(Allah) dlm diri & hati anak2 diaorg...
Kita hanya mampu mendoakn je... harap2 nilai IsLam kembali gemerlapan dlm diri setiap individu yg bergelar muslim bermula dari sekecil2 kanak hingga lah sematang2 @ panjg usia(golongan tua) di malaysia ni khasnya..Insyaallah
x guna kalau mengaku je muslim, tpi akhlaknya x m'gambarkan yg kita ni beragama Islam...
tu lah jdinya kalau lahir kat dunia ni dh diislamkan... maklumla islam dri keturunan... mugkin belum dapat rasa lgi nitmat Islam tu dlm diri diaorg... semoga satu hari nanti Allah membuka mata hati dieorg utk memdambakan Cinta-Nya.
islam begitu indah utk kita pelajari & amlkan...
bersyukurlah atas nikmat besar dri Allah ni iaitu nikmat Islam dlm diri kita..
pesanan sy, kmu jaga lah diri kmu sebaik mugkin ye?, & saling ingat mengingatilah kmu & teman2 kmu yg lain nya... Moga2 InsyaAllah satu hari kita dapat membendung & membasteras gejala2 yg tidak baik ini yang dh menjerumus dlm hati2 & kehidupan masyarakat umat islam akhir zaman ni.. di malaysia khususnya...
Insyaallah... sama2 kita usahakan kearahnya.... menuju sinar berubahan (Arus Tajdid-Sinar perubahan Fitrah Merentasi jemaah)
Wa'salam
maaf ye... terpanjang pulak...
( tgk kmu hujah panjg kat ats tu... kmu jauh lebih hebat dri sy...)
x sampai hati sy nak komen pendek je... maaf ya?....=>

♥MiSs WaFa♥ on April 27, 2010 at 6:19 PM said...

to mki> ye.dlm hal ni sama2 la kita mengingati.awk sebagai lelaki,bimbing la kaum wanita disekeliling..insyaallah,urusan yg baik,allah permudahkan...

to hamba allah> wsalam.thanks cos sudi baca dah luahkan pendapat.ana hanya manusia biasa.xlayak untuk dikatakan hebat.apa yg ana bangkitkan adalah hal isu semasa yg dipandang remeh oleh pihak2 yg bertanggngjwb.harap2 gologan mcm enta,mki ,diri ana sendiri n ramai lagi khalifah allah akan sedar tentang tnggngjwb kite.smoga kita sentisa dlm lindungan allah.dan smoga kite berpeluang untuk terus berdakwah

Alwanieyusoff on April 27, 2010 at 9:46 PM said...

assalamualaikum..
sye tertarik dengan penulsn awk ni..
scra xlgsng dpt mengingtkn diri ini juge.. thnks..

zamfadliez on May 4, 2010 at 9:15 AM said...

salam ukhwah..
first,tolong tengok entry sahabat blogger aku tentang masalah seks..ini...
http://alloohaapress.blogspot.com/2010/
04/pendidikan-seks.html
second,aku dapat rase yg budak2 skang nie lebih cenderung dan terpengaruh dgn tv dan media elektronik,sperti yg diceritakn oleh sahabat aku di link dia di atas....
mak bapak,tolong lah sedar bahawa dunia skang nie dah lain,xsperti tahun 90an,80an dan sbleum...skang ni da 2010an...so parents kena pikir how to avoid this thing,but aku rase xyah pikir,dalm quran tuh da byk da cerita dan jln2 yg dtunjukkn,just ikut....sunnah..pening2...¬!

♥MiSs WaFa♥ on May 5, 2010 at 5:55 PM said...

to zamfadliez ..salam sedara.erm,alhamdulillah sy dh tgk n bc artkel dr blog tu.apa yg ditulsi ada btol nye.erm.pndidikn seks?kite blh pikir perlu atau x.dlm subjek sains n biologi pun ada aja seks.cume x details sgt je.so,klu pendidkn seks ni dorg nk ajar mcm ne agaknya yer?..erm.seks ni xperlu di ajar kot.cume nabi ada pesan,jika suami tu nk bersetubuh dgn isteri,bt la mcm ne pn cume jgn ceroboh ikut belakang.erm...mak ayah kite pun xde lak pendidkan seks kat skolah.tp dpt je bina famly.org buta,org bisu..org pekak,boleh je melaksanakan ibadah seks bersama pasangn dia yg halal tanpa didikan.wallahu taala a'lam.

Saneem 91 on July 16, 2011 at 5:08 AM said...

salam kak wafa, semua posts akak memang bermanfaat untuk saya, (tapi tidak sebaliknya ye) saya akan singgah sini iAllah kalau ada bermasalahan bersarang di hati, moga miss hpa akan selalu mengemaskini blog akak yang dah serupa raudhatul jannah ni,,, as-salam a'laikum:)

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice