ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Sunday, November 25, 2012

the beauty of pregnency


1. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Continue reading...


Wednesday, October 24, 2012

Kenali sidia menerusi tandatangan




Karisma, rahsia individu tersimpan dalam bentuk tulisan

BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu.

Berkawan dan mengenali untuk mendapatkan semua maklumat ini adalah cara terbaik tapi ada ketikanya ia akan membuang masa, tenaga dan lebih malang, harta-benda, jiwa dan raga bila akhirnya insan yang dikenali ini hanya indah rupa...hendak pula bila bercinta.
Ketika itu, segala-galanya sudah tidak bermakna, air mata membazir sia-sia. Inilah yang dikatakan sesal kemudian tidak berguna.

Justeru, ramai yang mencuba-cuba `mengorek’ rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga tanda tangan. Bukan suatu yang mudah tetapi tidak salah mencuba bukan?

Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan?

Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar anilisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.

Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. 
Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.

Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok-belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.

Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya di kelilingi hutang.

Merujuk pada buku tulisan pakar grafologi, Dr Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan, ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan dan unsur tambahannya.

Jelas beliau dalam bukunya itu, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yang hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.

Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.
Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.

Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.

Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.

Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.

Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang cuba-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik.

Apapun, tiada siapa mengajar kita merancang atau memilih tanda tangan. Kanak-kanak yang sudah mengenali huruf, sudah pandai membaca juga pandai mencipta tanda tangan mengikut kreativiti mereka.

Tanda tangan ketika kecil tidak akan kekal biasanya. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yang tercipta kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi jika tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan.

Mungkin ini juga petanda kita sudah mencapai tahap kematangan. Tahu apa yang nampak menarik mungkin juga unik sesuai dengan usia dan kehidupan.

Bagaimanapun, Prof Dr John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia berpendapat sebaliknya.

"Memang dalam tanda tangan ada unsur yang menunjuk sifat atau karakter seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yang berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana unsurnya tidak lengkap.

“Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian daripadanya,” katanya.

Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.

Kata Dr John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil daripada gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dapat menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang. Tanda tangan diramal? Itu cuma cerita rakyat, katanya.

Anda bagaimana? Apa pandangan anda? Mampukah tanda tangan membantu anda mengenali keperibadian seseorang? Bak kata Pakar Grafologi dari Pusat Grafologi Anna Koren, Anna Koren, sekalipun tanda tangan boleh dianalisis, penilaiannya lebih mengikut gerak hati.

Oleh itu, bila mengenali seseorang, dengarlah kata hati anda...

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
· Seorang yang sangat yakin
· Ada personaliti yang hebat
· Agak mementingkan diri sendiri
· Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
· Anda romantik
· Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
· Memilih kecantikan (bagi lelaki)
· Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
· Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
· Anda kelihatan mudah dan tenang
· Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
· Seronok dengan kehidupan
· Ikut gaya dan cara sendiri
· Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
· Anda sentiasa berusaha supaya smart
· Suka berselindung
· Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
· Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
· Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
· Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
· Seorang yang sangat prihatin
· Tidak pentingkan diri sendiri
· Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
· Seorang pemikir
· Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
· Seorang yang sangat baik
· Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
· Tegas dengan pendapat sendiri
· Ada semangat yang tinggi
Info grafologi

Grafologi adalah seni menilai karakter dan keperibadian seseorang menerusi tulisan tangan dan tanda tangan mereka. Ia boleh memberi petunjuk kehidupan seseorang mengenai perniagaan, kehidupan, keluarga dan hubungan, kesetiaan, kejujuran dan semangat serta apa saja.

Ia adalah sesuatu yang saintifik. Tulisan tangan juga dikenali sebagai tulisan otak (brain writing). Otak memberi arahan pada tindakan menulis. Jika berlaku ketidakupayaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menggunakan tangan, individu terbabit masih boleh menulis dengan meletakkan pen pada gigi atau jari kaki. Hakikatnya, otak yang membantu kita menulis, tangan hanyalah medium untuk melaksanakannya.

Ketepatan pakar grafologi menganalisis tulisan dan tanda tangan bergantung pada kepakaran dan bakat pakar terbabit sebagaimana pakar psikologi klinikal. Seseorang ahli grafologi memerlukan tempoh kira-kira lapan tahun untuk benar-benar mahir dalam bidang ini.

Grafologi banyak digunakan dalam pemilihan pekerja di Amerika Syarikat dan Eropah. Mengikut laporan Wall Street Journal terbitan 3 September 1985, 80 peratus syarikat Eropah menggunakan grafologi dalam memilih pekerja. Begitu juga di Amerika Syarikat, syarikat seperti General Electric, International Harvester, US Steel, Firestone Tire Company dan lebih 3,000 syarikat lain menggunakan grafologi untuk pemilihan pekerja mereka.

Tanda tangan juga adalah unsur penting dalam grafologi. Tanda tangan melambangkan nilai dan keperibadian seseorang. Kebanyakan ahli dan pakar grafologi menilai kedua-dua tulisan dan tanda tangan untuk mendapatkan gambaran atau membuat ramalan mengenai diri dan kehidupan seseorang. Memilih antara dua - tanda tangan atau tulisan - ibarat memilih antara bapa dan ibu.
Continue reading...


Wednesday, August 29, 2012

Untuk Seseorang Yang Akan Menjadi Suamiku ,,




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabaarakaatuh..

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღ..Aamiin ya Rabbal'alamin.

Aku di sini...
Tetap menunggumu...
Walau hujan di luar sana tak kunjung reda...
Walau pelangi enggan muncul...
Walau inginku pergi dari tempat ini...
Namun aku sudah berjanji...
Aku akan tetap menunggumu di sini

Aku tak pernah bosan untuk menunggu kehadiranmu..
Karena saat-saat menunggumu adalah saat-saat yang paling seru..
Di mana aku berkutat dengan hal lain
Berjuang demi ‘izzah kaum muslimin.
Berteriak menyuarakan pembebasan umat muslim.
Pembebasan dari paham-paham busuk dan sistem kufur..dan di sela-sela perjuanganku, masih kumenunggumu...

Ya Akhi,
Aku belum jera menanti dirimu...
Di mana pun engkau berada...
Allah pasti akan mempertemukan kita suatu hari nanti...
Kalau tidak di dunia, akan kujemput engkau di akhirat nanti...
Namun asa untuk segera bertemu denganmu tak akan pernah putus..
Hingga nyawa ini ikut terputus...

Akhi fillah,
Ingatkah surat cinta yang kukirimkan padamu beberapa waktu yang lalu?
Ya, aku masih wanita itu...
Aku memang memilihmu karena engkau adalah pejuang Islam..
Namun bukan berarti aku tak mencintai dirimu...
Aku sungguh mencintaimu...
Tapi maafkan aku kerana engkau harus jadi nomor tiga...Setelah Allah dan rasulNya
Engkau rela, kan?

Calon mujahidku,
Aku tak memintamu datang secepatnya
Walaupun aku tak bisa berbohong...
Merindukanmu adalah penyiksaan untukku...
Tapi aku memintamu untuk datang tepat pada waktunya...
Agar segalanya terasa lebih manis...
Untukmu...untukku...untuk keluarga yang akan kita bentuk...

Wahai jundullah,
Bila saat ini engkau belum bisa menemuiku karena harus berjuang..
Membela agama Allah...menegakkan dinul haq...
Maka aku merelakan engkau terus berjuang
Aku akan tetap di sini menantimu dengan sabar dan setia...
Dan bila engkau harus mengorbankan jiwamu demi tegaknya kalimat Allah di bumi ini..
Maka aku merelakan malam-malamku di dunia bersamamu...Ditukar dengan pertemuan kita di syurga Allah (aamiin!)

Calon suamiku,
Wujudmu kini masih tertutup tabir....
Sifatmu masih menjadi misteri bagiku...
Tapi itu bukan masalah....
Karena aku yakin engkaulah yang terbaik...
Engkaulah yang meminjamkan tulang rusukmu padaku...
Maka...hati ini pasti akan mengenali dirimu...
Saat kita bertemu nanti....
Entah di mana....

Akhi fillah,
Datanglah saat engkau sudah siap
Mengarungi lika-liku kehidupan...
Denganku di sisimu...
Semoga Allah memudahkan urusan kita...

Aamiin Yaa Allah Yaa Rabbal’alamiin

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Sebuah renungan untukku,untukmu,untuk kita semua.Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...

Bergeraklah masuk,Buka tiap lembaran kalimat hati,maknai,lalu tunaikanlah

Hak cipta adalah milik Allah Azza Wa Jalla semata.Ilmu adalah amanat Allah yg harus disampaikan kepada Ummah...kami hanya menyampaikan apa yg kami miliki...

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

Sebelum Engkau Halal BagiKu https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354
Continue reading...


Thursday, August 02, 2012

Kasih.. Sayang..Cinta..



Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Continue reading...


Monday, July 30, 2012

luahan hati dari sorg insan bernama suami...



Isteriku...Apabila kusentuh telapak tanganmu...Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing... Aku terlena dek munajatmu yang syahdu.



Isteriku...Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam...Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...Pelbagai hiasan yang indah...Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...Kau umpama ladang ummah...Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...



Isteriku....Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku...Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian.. Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan... Aku mampu memberikan...Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...!!!

Akhirnya...Arghhh... Permintaanmu itu...Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...Aku tergamam serta kelu...Dengan penuh keyakinan kau berkata.."Saudara , Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?....Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?..Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak...



Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia...Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia...



Isteriku..Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu...Kau jaga akhlakmu...Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung...kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan...



Isteriku..Tangkasnya engkau selaku suri...Biarpun kau jua sibuk bersama mengembeleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..Kau jaga teratak kita dengan indahnya...Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundulLah...Kau asuh mereka membaca Al Quran...Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran di kala menjelangnya peperiksaan...



Isteriku...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU...
Continue reading...


Friday, July 27, 2012

HAPPY FASTING.DONT LET YOUR "nafsu" WIN!


bissmillahirahmanirahim...

alhamdulillah,setelah hampir setahun menyepi dari mengisi cerita hati dalam blog yang disayangi ini,akhirnya hari ini berkesempatan juga untuk ku mencoret kalam yang tersimpan sekian lama ini di ruangan blog ku ini.
alhamdulillah,syukur pada rahmat Illahi,dipanjangkan umur kita semua untuk berpuasa di bulan ramadhan tahun ini.direzeki badan yang sihat untuk melaksanakan rukun islam yang ketiga ini..belum terlambat untuk ku ucapkan kepada sekalian umat islam SALAM RAMADHAN KAREEM...ALLAHU AKRAM.semoga ramadhan kali ini lebih kita hargai,bersama kita laksanakan dengan penuh rasa insaf,takwa dan syukur dengan segala limpah kurnian nikmat yang telah Allah berikan pada kita hingga ke saat ini.

sangat ku tertarik dengan pertanyaan seorang warga somalia kepada seorang ulama.sehingga membuatkan ulama ini menitiskan air matanya..."wahai saudara,adakah sesungguhnya ALLAH SWT itu menerima puasaku kerana aku tidak bersahur,dan jugak tidak berbuka..."..

telah kita sedia maklum dengan kesengsaran rakyat somalia yang hidup dalam kesusahan,tidak cukup makanan dan minuman..cuba kita bandingkan dengan keadaan kia disini.semiskin-miskin kita,sekurang-kurangnya bubur di jadikan alas perut.masihkah kita layak untuk meragui nikmat ALLAH?bukankah lebih baik kita bersyukur..sesungguhnya syukur itu tinggi darjatnya.adakalanya kita bisa bersabar,tapi kita belum cukup bersyukur...renungan ini ku titipkan untuk muhasabah diriku..dan sesiapa sahaja yang membaca hasil tarian jari jemari ku.ingin ku katakan,sesungguhnya ramadhan ini bulan yang barokah, lebih suka ingin ku ucapkan sebagai pesta ibadah untuk umat islam seluruhnya.di bulan yang mulia ini,segala ibadah kita dilipat gandakan ganjarannya.tapi,manusia kini menjadikan bulan puasa sebagai PESTA MAKANAN...sehingga ada sesetengah manusia yang berhabisan membeli makanan lebih dari keperluan.membeli makanan di bazar,seumpama tidak makan bertahun-tahun.sedangkan puasa hanya beberapa jam sahaja.perbuatan tamak,dengan membeli makanan mengikut nafsu,dan akhirnya makanan berlebihan itu disedekahkan ke dalam tong sampah.bukankah ini sudah mengundang pembaziran?sifat yang selalu diperaktikan oleh syaitan?!

teringat seketika kenanganku ketika berpuasa di bumi mesir.sepanjang hidupku,ketika disana baru ku rasakan nikmat sebenarnya bulan ramadhan.sungguhpun jauh diperantauan,tapi sangat ku rasai indahnya ramadhan disana.pernah ku katakan "berpuasa di mesir terasa ramadhan nya, berpuasa dia malaysia terasa syawalnya"...sungguh! kini aku kembali ke tanah air ku malaysia.dua bulan sebelum kedatangan ramadhan,begitu banyaklah tersiar dia muka majalah hiburan mahupun masakan tentang persedian SYAWAL.sedangkan RAMADHAN yang tiba dahulu sebelum SYAWAL...tidakku nafikan keindahan SYAWAL.tapi,apa yang ku kesali, SYAWAL yang di harapakan tidak dirai..seketika disana,umat islam sangat-sangat mengalu-alu dan menanti-nantikan bulan ramadhan.sehingga pemergiannya ditangisi.sehinggakan aku sendiri tidak sedar ramadhan sudah melabuhkan tirainya.sungguh umat islam disana sangat mencintai ramadhan.tapi,bukanlah bermaksud kedatangan syawal tidak diundang.malah syawal jugak dirai meriah seadanya.cuma disini ingin ku tekankan tentang kedatangan ramadhan yang sepatutnya lebih kita utamakan.

pernah sekali aku dan saudaraku,Maizan Amin..di hari terakhir ramadhan,kami bersiar-siar di sebuah pasar di mesir,yang bernama HUISEIN..ketika disana,hampir dengan waktu berbuka,baba-baba(bermaksud pakcik dalam panggilan disana.) menjemput aku dan saudara ku untuk berbuka puasa bersama-sama mereka di masjid..aku dan saudaraku turut menyertai mereka.kami dibahagian tempat makan wanita.makanan yang dijamu sangat sederhana.tapi cukup kurasai keberkatannya.kini ku di sapa angin kerinduan mengenangkan kenangan ku sepanjang berada disana.

masa tetap terus berlalu..hari silih berganti..kini kita di 7 ramadhan,sangat ku yakini pasti ada yang sudah busy membuat persiapan syawal..

SYAWAL yang setiap manusia raikan hanya untuk memenuhi nafsu duniawi.dibanjiri dengan fesyen terkini untuk menghiasi diri pada syawal nanti,hingga terlupa aurat yang sewajibnya dijaga rapi.
adakalanya,perasaan pelik mula menyelubungi diriku..kenapa bulan puasa belum mula lagi,tapi raya yang sakan kita persiapi?
mari kita isi kekosongan diri,muhasabah kesilapan diri.moga yang terbaik dapat kita tepati.semoga janji ALLAH pasi kita kecapi..

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERERTI....

HAPPY FASTING.DONT LET YOUR "nafsu" WIN!


SALAM RAMADHAN,IKHLAS DARIKU....
siti ibtihal wafa...27.7.12....3.28pm...

Continue reading...


Saturday, April 14, 2012

Hakikat Cinta Seorang Pencinta




Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan.

Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya. Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.


Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah. Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia. Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata.

“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,

Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,

Namun tanpa baja..tanpa dijaga,

Akar yang kukuh juga bisa rapuh,

Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,

Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,

Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,

Manakan buah hendak masak memerah”

Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak. Buahnya meranum namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.

Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu. Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh.

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.

Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta. Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara.

Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya. Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim. Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.

“ Mencintai tidak bererti memiliki..

Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,

Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,

Segala kesudahan rasa,

Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,

Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,

Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,

Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.

Jodohnya manusia ada ditangannya.

Saudaraku tercinta,

Andai kehendak hati terhenti,

Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,

Cinta yang membuatkan mu tidak lena,

Menjadikan harimu terganggu setiap masa,

Bukannya itu cinta yang diharapkan,

Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,

Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,

Redha dengan takdirNya,

Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,

Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,

Asalkan si dia mencintai Tuhan,

Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )

Saudaraku tersayang,

Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya. Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa. Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir. Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.

Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)

Amin.

Sumber:akuislam.com

Continue reading...


Saturday, February 04, 2012

✿ayuh kita kembali pada yang benar...✿


TERLALU BANYAK LUAHAN YANG SAYA DENGAR DARI KAWAN-KAWAN YANG INGIN BERKAHWIN TETAPI TERHALANG. JADI, CORETAN ALA KADAR DIHARAP MAMPU MEMBINA KETERBUKAAN. BACALAH SAMBIL MELIHAT KEPADA SEKELILING KITA.

ZAMAN NABI YANG BAIK ITU PUN DAH ADA GALAKAN KAWIN AWAL.

ZAMAN KITA
1) JUARA ZINA
2) JUARA BUANG ANAK / MEMBUNUH
3) MAK KAWIN DENGAN ANAK KANDUNG
4) BUDAK KECIL / BAYI DIROGOL
5) PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN LUAR BATASAN. (BUKAN LUAR BATAS LAGI, SAMPAI DAH TAK NAMPAK BATAS YANG ASAL)
6) HEDONISME (HIBURAN MELAMPAU / PEMUJAAN)
7) USTAZ MENCABUL
8) YANG BELAJAR AGAMA JUGA MEMPAMERKAN FOTO-FOTO SI DIA DAN DETIK BAHAGIA BERSAMA SI DIA. (HAL INI MEMBERI KESAN PADA HATI)

Bila cerita tentang kawin cepat, macam-macam alasan diberi,
Kau nak beri anak dara orang makan apa ?
Gagal exam nanti ?
Gatal boto ni ?
copek bona nak bebini / belaki

Kebanyakan isu TAK IZIN kawin bukan berputar isu kemampuan, tapi lebih terikat dengan :
1) adat,
2) emosi
3) pengaruh sedara mara (adik beradik mak dan abah paklong mak andak)
4) persepsi masyarakat
5) dan alasan-alasan lain yang terlalu remeh dan tidak syar'iy.

Sepatutnya kita membantu mereka untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang di”hantu”kan dalam persoalan di atas bukan menyergah mereka secara berterusan dengan tradisi yang kita buat sendiri. Seruan ke arah kawin lambat (lambat sebab ada dinding adat , tradisi dan doktrin mengarut / langkah bendul) adalah seruan yang menyalahi sunnah dan objektif Islam.
Kalau ayat al Quran pun boleh dimansuhkan Tuhan, apalah nak dibandingkan dengan segala alasan adat, doktrin, budaya dan kebiasaan masyarakat yang langsung tidak mencapai maslahat agama secara universal dan jangka masa panjang.


Firman Allah,

وَأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksud : "Dan kawinkanlah orang-orang bujang di kalangan kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaNYA. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui. [suran an Nur : 32]

عن فاطمة بنت قيس ، وفيه أن الرسول –صلى الله عليه وسلم- أمرها أن تتزوج أسامة بن زيد ، حيث قال لها: أنكحي أسامة بن زيد ، فكرهته ، ثم قال أنكحي أسامة بن زيد ، فنكحته فجعل الله فيه خيراً كثيراً ، واغتبطت به

Dari Fatimah binti Qais, Sesungguhnya Rasullah saw telah menyuruhnya mengahwini Usamah bin Zaid dengan bersabda: Nikahlah kamu dengan Usamah bin Zaid maka aku enggan kemudian Rasullah saw bersabda: Nikahlah Usamah bin Zaid maka aku nikahinya, maka Allah telah menjadikan dengannya kebaikan yang banyak dan hidup bahagia. (Riwayat Muslim) Umur Usamah ketika itu masih belum mencapai 16 tahun.

Nabi bersabda : إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه وأمانته فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
Maksud : "Apabila datang meminang seorang lelaki yang kau redhoi / restu agamanya, akhlaknya dan sifat amanahnya maka kawinkanlah dia, jika tidak kamu tidak melakukannya, terjadilah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar". [Riwayat Tirmizi, Hadis Hasan / Hasan Ghorib]

Mungkin masih ada yang degil beri :
1) ALASAN : "itu zaman Nabi, sekarang ni zaman moden".
JAWAPAN ; Jadi apa masalahnya. Nafsu ada pada seluruh masa dan zaman. Kalau dah zaman Nabi pun sudah digalak, maka apatah lagi zaman yang semakin merosak.

2) ALASAN LAGI : "zaman Nabi tak banyak pakai duit, zaman sekarang banyak pakai duit" JAWAPAN : Lalu mahu utamakan kebutuhan agama atau kebutuhan adat dan persepsi masyarakat ? Terlalu tidak patut kalau menjadikan alasan belanja kawin sebagai penghalang perkahwinan. Kerana ada perkara pokok dan asas yang lebih penting dari nak fikir lauk apa, makan buffeT ke tidak, khemah nak buat berapa. Iaitu soal maruah dan keturunan.

3) ALASAN LAGI : " macamana kau nak kawin ni perangai tak senereh, tak boleh jadi bapak orang !
" JAWAPAN : Jadi ! Bantulah dia dengan tindakan supportive bukan kata-kata meruntuhkan sebelum budak tu jadi bapak setan. Kalau dah bapak setan, tak payah kawin pun takper sebab dah tak pikir halal haram.

4) ALASAN LAGI : "kau kecik lagi".
JAWAPAN : kita yang membina budaya kawin mesti 27 tahun ke atas. Nafsu tu dah ada semenjak baligh. Nafsu tak kira kecik besar. Budak darjah 6 dah ada yang bersekududukan. Hal ini dipengaruhi zaman yang merusak. Nabi dulu kawinkan Usamah ketika Usamah belum mencapai 16 tahun. Ini anjuran / harapan Nabi terhadap orang muda serta pemahaman para sahabat dan tabi'in.

5) ALASAN LAGI : "setakat ni diorang boleh tahan lagi, hanya keluar berdua je, mesej-mesej je, calling-calling je".
JAWAPAN : Kau membina syariatmu sendiri. keliru tentang dosa dan pahala, keliru tentang keberkatan, keliru tentang autoriti syaitan. Kecuali kalau anakmu adalah 'umar al Khattab.

6) ALASAN LAGI : "dia / kamu masih belajar, tak kerja lagi".
JAWAPAN : Baca ayat Quran di atas. Masalah kita ini ialah apabila hilang keyakinan dengan jaminan Allah dan Rasul. Kalau tak yakin jugak, tak dapek den nak koba do. Koba nak menantu Islamik, dah tu bile ada orang memilih jalan baik untuk anak kita, mengapa perlu tolak kembali dengan doktrin emosi ? Aneh manusia seperti ini. BANTU, BUKAN HALANG. Satu lagi, kita telanjang sifat tawakkal. Baik sangkalah dengan Tuhan.

7) ALASAN LAGI : "baik sangat ke kau nak kawin cepat ni ?"
JAWAPAN : sebab baiklah pilih jalan kawin. sebab tahu mana saluran yang betul. (tak habis-habis nak condemn). Untung budak tu pilih jalan kawin, kalau bahagia dalam berzina ?

Kata-kata Saidina 'Umar al Khattab,
زوجوا أولادكم إذا بلغوا لا تحملوا آثامهم
Maksud : “Nikahkan anak-anakmu apabila mereka telah mencapai usia baligh. Jangan kamu tanggung dosa mereka”. (Kitab Ahkamun Nisa' / Hukum-hukum Tentang Wanita)

Saidina ‘Umar sendiri telah memikirkan soal dosa dalam kebujangan dalam zaman yang boleh dikatakan masih terjaga. Apatah lagi di zaman sekarang ?

Kata Hasan al Basri : بادروا نساءَكم التزويج
Maksud : “segeralah menikahkan wanita-wanita kamu”.

Ibnul Jauzi menyebut dari sebahagian salaf, (atau kata-kata Hatim al Assam)
العجلة من الشيطان إلا في خمس، إطعام الطعام إذا حضر الضيف، وتجهيز الميت إذا مات، وتزويج البكر إذا أدركت، وقضاء الدين إذا وجب، والتوبة من الذنب إذا أذنب

Maksud : “Terburu-buru itu dari syaitan, kecuali pada lima perkara:
1. Memberi makan tetamu
2. Mengurus jenazah
3. Menikahkan anak gadis ketika cukup umur
4. Membayar utang ketika tiba waktunya
5. Bertaubat dari dosa ketika berbuat dosa.
(Kitab Ahkamun Nisa')

KITA TERUS MEMBERI ALASAN, ALASAN DAN ALASAN YANG TIDAK KUKUH, TETAPI TIDAK PULA MEMBANTU UNTUK MEMBUANG HALANGAN YANG KITA BINA SEBALIKNYA LEBIH BERSIKAP MENERUSKAN BUDAYA DAN PEGANGAN YANG MENYEBABKAN ALASAN TERSEBUT TERUS KEKAL.
MUNGKIN ADA YANG BERKATA SAYA ATAU SESIAPA HANYA SENANG MEMBERI PANDANGAN TAPI B UKAN YANG MENANGGUNGNYA.

1) LEBIH BAIK DARI KITA YANG MENANGGUNGNYA DI AKHIRAT NANTI
2)BAYANGKAN SEORANG BAPA / PENJAGA MENINGGAL DALAM KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN ANAKNYA BERKAHWIN YANG TELAH TERJEBAK DALAM MAKSIAT. APAKAH ITU MODAL YANG DI BAWAKNYA KE SANA ?
BANTULAH MEREKA. KETIKA INI, ANAK-ANAK ANDA SEDANG TENGGELAM DALAM MEMBERI MESEJ-MESEJ DERHAKA TERHADAP PASANGANNYA.

TOLONGLAH WAHAI MAKCIK-MAKCIK DAN PAKCIK-PAKCIK. NABI TAK PERNAH KEMUKAKAN ALASAN, BAHKAH LEBIH KEPADA MEMBANTU,

Kata Nabi لو كان أسامة جارية لكسوته وحليته حتى أُنفِقَهُ
Maksud : "kalaulah Usamah itu budakku (anak perempuan baginda) nescaya aku pakaikan dan hiaskan sehingga aku menginfaqkannya. [Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad : Tashih al Albani]

BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH.

PARA ULAMA SEPAKAT MENGHARAMKAN SIKAP KEENGGANAN WALI MENIKAHKAN ANAK-ANAK TANPA SEBAB SYAR'IY.
(PERHATIKAN ALASAN KITA, APAKAH ALASAN YANG MEBANTU MARUAH ATAU BUATAN SENDIRI YANG BOLEH DIUBAH ?)
BAHKAN SEBAHAGIAN ULAMA MEMASUKKAN IA (ISU IBU BAPA HALANG ANAK KAWIN) DI ANTARA DOSA-DOSA BESAR.
HAL INI DINYATAKAN OLEH SYEIKH IBNU HAJAR AL HAITHAMIY AL MAKKI. JUGA PENDAPAT IMAM NAWAWI.

Antara dosa-dosa besar :
عضل الولي موليته عن النكاح،بأن دعته إلى أن يزوجها من كفءٍ لها،وهي بالغةٌ عاقلةٌ فامتنع.وكون هذا كبيرة هو ما صرح به النووي في فتاويه
Maksud : seorang wali melarang anak perempuan berkahwin, iaitu ketika anak perempuannya minta untuk berkahwin dengan lelaki yang sekufu / sesuai dalam keadaan dia sudah baligh dan berakal lalu si bapa menghalang.

Hal ini ditegaskan oleh Imam an Nawawi. [RUJUK KITAB الزواجر عن اقتراف الكبائر / TEGAHAN-TEGAHAN DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR]

BANTULAH UNTUK MEMAHAMKAN SEMUA PIHAK DENGAN CARA YANG PALING BAIK TENTANG BETAPA PENTINGNYA MENYEGERAKAN PERKAHWINAN DI ZAMAN INI.

By Ust. AzmanSyah IbnAlias




Continue reading...


 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice