ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Sunday, May 01, 2011

✿langkahku...✿



بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah.masih berpeluang lagi untuk menulis dan berceloteh dalam blog kesayangan ni.
dan alhamdulillah,syukur pada Allah atas segala nikmat dan peluang yang masih dapat dirasai hingga kini.sudah lama rasanya tak menulis.rasa macam lain sikit.macam mana nak cakap ye?herm..entah lah.tapi rasa happy sangat sebab punya waktu untuk diluangkan sikit kat blog ni...
lepas habis diploma,sibuk dengan urusan di rumah.sekarang..dah sambung dengan kehidupan sendiri,jauh dari family....jauh?kenapa??erm..sebab sekarang bukan lagi di bumi 1 Malaysia dah.hehe.sekarang alhamdulillah di mesir...sikit sebanyak,teringin saya nak menceritakan sedikit pengalaman saya disini memandangkan saya masih baru dibumi anbiya' ni.
bertolaknya saya dari malaysia ke mesir pada 22 march..dari klia ke mesir,transit di muscat,oman selama 12 jam.pada 23 march,tiba la saya di airport cairo,eygpt....


ok.sebelum tu ramai juga sahabat-sahabat yang bertanya,"pergi mesir ni nak buat apa?"..."mesir dah ok ke?"...."tak takut ke kalau rusuhan lagi?"..dan bermacam-macam lagi soklan-soklan yang menghantui mereka dan ditujukan kepada saya.hehehe..ok..kat mesir ni saya ambik kelas bahasa arab.itu je.ok.
-kaunter pertanyaan ditutup-

hehe.ok..untuk soklan seterusnya...mesir ni dah ok ke?...buat masa ni alhamdulillah semua nye ok.cuma gejala jenayah tu masih ada,macam rompakan,kecurian..ni masih la berlaku.benda macam ni kita just mampu berhati-hati dan menjaga diri dengan baik.malang tak berbau,sebab dia tak ada bau tersendiri,maka kita tak dapat jangka apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang...pasal rusuhan pulak,sekarang ni mesir di perintah di bawah ketenteraan.so,macam la tentera-tentera kat malaysia,if ada kes jenayah,mana ada tentera yang pergi tangkap penjenayah kan...kat mesir,polis tak ada kuasa dah.semua bawah tentera je la buat masa ni.tunggu presiden baru,maybe bulan 9 ni ada election kat sini.just pray,wait and see.moga pucuk pimpinan yang baru ni lebih memperjuangkan keadilan islam disamping menaikan kemajuan negara dan menyayangi rakyat...apa yang saya tertarik disini,rakyat mesir ni sangat lah sayang kepada negara mereka ni..selepas mereka berjaya "menghalau" hosni mubarak dan keluargnya,semangat kenegaraan mereka lebih terselah.dimana-mana saja boleh nampak bendera mesir,bukan sekadar kain lentang je,tapi mereka cat pagar,pokok,dinding-dinging,tiang-tiang letrik dengan cat berwarna hitam,putih dan merah lambang bendera meraka.

di pokok-pokok

di buku

di baju..

dan banyak lagi tempat lain yang saya hanya sempat lihat tapi tak sempat nak ambik gambarnye...insyaallah segalanya masih terkawal.banyak lagi perkara menarik di mesir ni.seperti yang kita tahu,orang arab ni sifat nya agak tegas,atau lebih mesra dengan sifat kasar..tapi yang hebatnya,mereka murah dengan memberi salam.dimana-mana saja la,naik bus ke,tremco ke,masuk kedai ke,lalu tepi jalan ke,mereka mesti mengucapkan "assalamualaikum" kepada sapa saja yang mereka nampak.ada satu hari tu,saya dan roommate ke kedai elektrik.ada seorang pakcik sedang duduk di tepi tu,saya dan roommate memberi salam kepadanya,dan dia menjawab salam kami dan dia mengatakan kami dikalangan orang yang baik.alhamdulillah.dia cakap,"kenapa kebanyakan orang bukan rakyat mesir,tapi beragama islam,takut sangat nak bagi salam,kita seseama islam mesti sentiasa mendoakan kesejahteraan bersama"...memang betul cakap pakcik ni.seingat saya di malaysia, budak-muda yang rajin bagi salam bila.kalau ada anak-anak dara lalu lalang,masa tu la ada si kumbang ni yang bagi salam dengan nada yang sangat manis..."assalamualaikum,nak ngorat boleh?!"..betul tak?hehe..gurau saja.jangan marah..tapi benda macam ni la yang saya selalu nampak dulu nya,tapi di mesir sangat berbeda.

sepanjang saya di mesir ni,aluanan ayat suci al-quran ni bukan lah hanya di masjid saja,malah di kedai-kedai,pusat membeli belah,cyber cafe,dalam teksi,tremco,tut-tut,kebanyakkan mereka hanya memainkan bacaan ayat-ayat suci al-quran saja.jarang yang saya dengar lagu-lagu yang di mainkan di tempat-tempat yang saya nyatakan.apa yang lebih membuatkan saya kagum,pemandu kenderaan ni boleh ikut bacaan ayat quran tu dengan lancar.betapa mereka menyayangi al-quran dan memanfaakan nya.jika perkara ni juga diperaktikan di malaysia...wah..aman wehh.maka banyak la lahirnya golongan hafiz dan hafizah..semoga perkara seperti ini berkekalan dan mebuat kan kita semua jadikan semangat untuk mencontohi yang terbaik dari mereka..

cukup dulu sampai sini cerita.jom tengok gambar sekitar beberapa tempat di mesir...

di alexandria


di cairo


hadiqah(taman) al-azhar





sekian..wassalam.....

"....masuklah kamu ke negeri mesir, insyaallah dalam keadaan aman"
surah yusuf 12:99.


0 pendapat:

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice