بسم الله الر حمن الر حيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ego...jantina si pemilik sifat ini ada di kalangan lelaki dan perempuan.cuma,apa yang saya selalu nampak,ego lebih kepada lelaki,perempuan pula lebih kepada emosi dan emosi yang tak lamanya berubah jadi ego.mungkin ini hanya sekadar pendapat dari diri saya yang masih cetek ilmu...ego dan tegas.mempunyai definisi yang berlainan.bagi saya,tegas itu lebih segak dari ego.
ego ni lebih menyakitkan. seriously...ego dengan manusia ni apa lah punca nya ye???ok..punca ego tertanam dalam hati manusia adalah kerana ego kepada Allah.orang yang besar diri sebenarnya tida mengenal kebesaran Allah SWT. Jika Allah "dibesarkan" dalam dirinya,nescaya terasa kerdillah diri dan dengan itu seseorang manusia akan mudah berhubung dengan manusia lain.
KENAL ALLAH JUGA AKAN MEMBUAHKAN RASA CINTA KEPADA-NYA . DAN CINTA KERANA ALLAH ITULAH SUMBER CINTA KITA SESAMA MANUSIA.
Gugurlah 3 ciri ego:- berasa diri lebih baik,memandang hina orang lain, dan menolak kebenaran daripada diri sesama manusia...
(sumber rujukan buku "bahagianya menjadi pengantin sepanjang masa-mardiana mat ishak").
so,dari apa yang saya tulis diatas,masih perlukah kita simpan sifat ego dalam diri kita?kadang-kadang kita dah nampak,dah jumpa dan dah rasa kita dah ada yang terbaik,tapi kenapa kita sia-siakan dan dalam masa yang sama kita masih mengharap yang terlebih baik dari apa yang kita ada jangan nanti ,yang dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran..last2,apa pun tak ada.kenapa?kerana ego la.tak menghargai apa yang kita ada.sampai waktu dia pergi,baru lah mula nak menyesali..pada masa tu,baru ego nak luntur,tak ada maknanya lagi....
saya harapkan apa yang saya sampaikan ni bermanfaat untuk kita semua...
segala salah dan silap,ampun maafku pinta seikhlas hati..
wassalam...
1 pendapat:
Sentiasa memandang kelemahan diri juga boleh mengelakkan dari merasa ego,
Cuma jangan sampai hilang keyakinan pula.
Post a Comment
THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!