ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Wednesday, January 19, 2011

✿oh duniaa...✿



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


seperti apa yang boleh kita semua lihat dalam media masa seperti majalah dan televisyen ,pelbagai program yang berkaitan dengan kanak-kanak semakin hebat di promosi kan.dari segi berfesyennya, dari segi bersosialnya..
adakah semua ini terjadi semata-mata ingin mengejar populariti?mencari nama di persada dunia dalam unsur hiburan semata?bukan kah pada umur semuda ini sepatutnya perlu diberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran?

saya secara jujurnya tidak menyalahkan kepada individu kanak-kanak tersebut.tapi saya akan lebih menekankan kepada ibu bapa.di manakah hilangnya tanggungjawab sebenarnya dalam mendidik anak-anak?adakah perasaan bangga itu timbul jika anak-anak muncul di kaca televisyen atas dasar menjadi penghibur?
inikah pelaburan kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak kita?berbangga dengan anak-anak boleh menyanyi dan berlakon.sanggup menghabiskan duit untuk menghantar anak ke kelas muzik,kelas vokal..sanggup berhabisan wang ringgit untuk menghias anak-anak dengan pakaian mewah,gadget-gadget mewah.
tidak salah lah jika anak-anak ini di khuatiri keselamatannya ...dan ini juga boleh merosakkan anak tersebut.dengan mengajar anak-anak hidup dengan kehidupan serba mewah akan menyusahkan anak-anak ni pada masa hadapannya,dimana mereka tidak pandai berdikari.apatah lagi jika pembelajaran ditahap sederhana.jika kita kaya raya mana pun,hiduplah dalam keadaan sederhana.

saya hairan..jika kelas-kelas agama,kelas mengajar al-quran..pabila institusi-institusi seperti ini meletakkan yuran yang agak tinggi,ibu bapa sering mengeluh.."kenapa nak belaja agama ni mahai sangat?ALLAH wahyukan kat Nabi saw pun free je.nabi sebarkan islam pun free je.nampak sangat ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sekarang ni gila duit"..kenapa segelintir ibu bapa sanggup melemparkan kata-kata sebegini?sedangkan ini juga adalah untuk pelaburan akhirat mereka juga.bagaimana pula dengan kelas-kelas muzik?alatan-alatan muzik ang harganya mencecah ratusan,malah ada yang mencecah hingga ke ribuan..ada ibu bapa yang sanggup membeli kan anak nya sebuah piano. berserta seorang tutor khas untuk ajar anak nya di rumah supaya mahir bermain piano.untuk ini saja sudah berapa wang sudah dihabiskan.bermain piano adalah pelaburan untuk apa?di nilaikah di akhirat kelak??ya..tidak salah untuk berhiburan..tapi usah diabaikan perkara yang menjadi tuntutan.

segelintir ibu bapa kini lebih berbangga jika anak-anak mereka mampu menyanyikan lagu oleh artis-artis kesayangan mereka.lebih berbangga jika anak mereka mengenali selebriti-selebriti terkemuka.tapi,masih hiraukah mereka jika anak-anak tidak mengenali huruf-huruf jawi?tidak mengenali al-quran?sirah para nabi?
para malaikat?para sahabat-sahabat nabi saw yang berjuang demi agama islam?nama-nama bulan islam?yang saya pasti,hanya bulan-bulan islam tertentu saja yang mungkin kanak-kanak moden ini tahu....adakah hal-hal seperti ini terlalu kuno untuk di ajarkan kepada anak-anak?adakah kisah-kisah indah dalam islam yang dahulu kala perlu hilang dek peredaran masa?jika unsur-unsur ajaran dalam islam dapat diterapkan pada anak-anak dari usia kecil nya,saya yakin masalah sosial seperti masa sekarang ni akan berkurangan.

akhir kata dari saya,melentur buluh,biarlah dari rebungnya.jika dari anak-anak masih kecil lagi kita tersalah didikan,jika mereka besar kelak,usah kita sesal jika anak itu bermasalah..




0 pendapat:

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice