اَعُو ذُبِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنِ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
"aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada godaan syaitan yang direjam"
"jangan cari aku" adalah tajuk satu artikel dalam surat khabar Harian Metro (klik untuk baca)harini,12 jun 2010.ana tertarik sangat dengan tajuk cerita ni masa ana tengah meniaga tadi.abah ana meniaga kat pasar tani,jual surat khabar dan majalah.so,lepas dah selesai kerja,ana pun baca la paper harian metro ni..baca lah sehelai demi sehelai sehingga la jumpa tajuk ni.."jangan cari aku"..kisah nya,seorang remaja perempuan berusia 16 TAHUN bersamaan TINGKATAN 4 telah melarikan diri dari rumah untuk ikut kekasih hati yang dia kenal dari laman web sosial.ana tak tahu laman web sosial yang mana.tapi gerak hati mengatakan laman web sosial yang tengah popular sekarang tu la kan.semua orang duk menghadap laman web terlebih sosial ni sampai tak menghadap "buku" lain dah..hehehe..
ok.berbalik pada budak ni.ana panggil budak la ek.budak ni,dia ada tinggalkan nota kat dalam bilik dia sebelum dia cabut lari dari rumah pada pukul 11malam,hari jumaat.so,pendek cite,mak dia bangun pagi,tengok-tengok budak ni dah tak ada.mak budak ni ada la jumpa nota yang anak dia tulis ..dia cakap kat mak dia "mak jangan cari AKU lagi.".tu la ayat yang ana ingat sangat dari apa yang ana baca tadi.geram betul..ingat dah besar sangat la tu.dalam nota dia,dia cakap la dia tak tahan duduk dengan mak dia sebab mak dia selalu marah dia,dia nak hidup bebas,pastu tak dia kata dia tak tahan duduk dengan mak dia sebab mak dia tak dapat penuhi permintaan dia.so,sekarang dia dah ada boypren yang boleh bagi dia segala-galanya kot?!!!
ok.stop dulu kejap cite pasal budak ni.kat sini ana nak tegaskan pada semua,baik kepada ibu bapa dan juga anak-anak..kepada ibu bapa terutamanya,tolonglah peka dengan benda macam ni.kawal anak dalam penggunaan internet ni.tak salah lah nak main facebook ke,frenster ker apa2 saja lah,tapi tolong kawal.atau lebih terus terang lagi,tolong ambik tahu tentang anak tu.jangan terlalu bangga anak tu celik iT..ni akibat terlalu celik dan bijak sangat la sampai jadi gini.
kepada adik-adik yang baru nak kenal dunia,baru nak kenal alam maya,hati-hati la.sedangkan orang yang kita kenal pun boleh tipu kita,ini kan orang yang kita baru nak kenal dalam alam maya ni..banyak buruk dari baik nya...tak salah nak tambah kenalan.tapi sampai sanggup lari rumah.ini amatlah salah ye adik-adik.kesian la kat mak ayah kita.duk bela kita sampai besar.tapi bila kita dah besar,kita tinggalkan diorang semata-mata nak kejar keselesaan sementara kita je.memang seronok hidup bebas.tapi seronok tu untuk jangka masa yang pendek.kita nak cari keseronokan untuk jangka masa panjang..macam cerita budak ni kan,mak dia keje jual nasi lemak je.tapi selera anak macam ular sawa,nak itu nak ini..bila tak dapat,nak lari rumah..ikut boyfren..boyfren tu pun entah sampai bila nak tanggung dia kan?last-last nanti dia jual je budak ni.dia dapat untung.budak perempuan ni dapat susah,nyesal tak sudah..masa tu baru ingat mak..baru tahu langit tu tinggi ke rendah..
mak kepada budak ni ada tinggal no fon kat surat khabar tu,konon kalau sapa-sapa jumpa anak dia,mintak call no dia.kalau ikut kan hati,ana nak je sms mak dia cakap tu anak tak sedar diri.baru form 4 nak belagak.ingat dah dewasa sangat la tu sampai lari rumah..dah elok2 duduk rumah,gatal lari kenapa?emak susah payah jaga sampai umur 16 tahun.pastu jumpa kenal laki tu tak sampai berapa hari,terus nak ikut..makin besar makin bodoh.duduk rumah sendiri lagi best tau!
adik-adik,jangan la derhaka kat mak ayah..tanpa diorang ni,kita tak lahir kat dunia ni.kenang la sikit jasa mak ayah tu..mak terutamanya,duk kandung kite sampai 9bulan..menyusukan kita..macam mana la agaknya kalau mak kita tak halal kan semua tu??tak senang hidup kita dunia akhirat..kalau ada apa-apa masalah,tak puas hati ke apa ke,ajak berbincang dengan mak ayah.kalau mak ayah bukan jenis yang mesra dengan anak-anak pun,jangan ambik jalan lari rumah sebagai penyelesaian.sentiasa lah berdoa,dekatkan diri pada ALLAH swt.supaya kita sentiasa dilindungi dan tek terpesong dari jalan yang benar..
wallahu taala a'lam...wassalam..
p/s:-kalau la ana jumpa budak yang lari ni,siap la..(sekeh2 kepala dia)..hahaha..
0 pendapat:
Post a Comment
THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!