Banyak pertanyaan berhubung status Radix Chicken Rice (RCR) yang beroperasi berdekatan HPA Cawangan Amanjaya, Sungai Petani. Ada yang menelefon bertanya akan kesahihan premis tersebut. Pengedar mahu tahu apakah RCR itu adalah milik penuh HPA sebagaimana RFC, ROR dan ROC.
Dalam kesempatan ini, suka saya maklumkan bahawa Radix Chicken Rice (RCR) sebenarnya BUKAN MILIK HPA. Pemilik premis tersebut telah menggunakan perkataan RADIX, warna, pakaian pekerja dan 'setting' seperti HPA. Semua pemimpin, pengedar dan ahli-ahli HPA perlu menyampaikan maklumat ini dengan jelas kepada masyarakat agar tidak berlaku sebarang kekeliruan yang boleh mendatangkan salah tanggapan dan menjejaskan perjalanan perniagaan HPA.
Premis milik HPA hanyalah yang ada LOGO HPA sahaja. Kalau tidak ada logo HPA dan menggunakan perkataan RADIX, maka itu bukan premis milik HPA. Ia adalah milik persendirian yang juga mungkin mendaftar sebagai ahli HPA dan mendapat kebenaran HPA untuk menggunakan perkataan "RADIX".
Saya difahamkan pemilik RCR adalah dari kalangan pemimpin HPA juga. Beliau menggunakan 100% barangan dan bahan mentah yang dibekalkan oleh HPA. Ini termasuklah Ayam Organik HPA, semua jenis minuman HPA dan lain-lain barangan lagi.
Ends.....
ღjangan bersedih...ღ
✿be my important persons...✿
.::♥ SYURGA CINTA ♥::.
ღkalamku...ღ
Thursday, February 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 pendapat:
nape gaya kamu mcm nak memburukkan RCR..... ini atas indivdu tp bukan la tak dpt kebenaran dari HPA.... surat dah sign oleh kedua2 pihak... harap insaf la missHPA
Post a Comment
THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!