menu RFC
http://hpa.com.my/rfc/menu.htm
Radix Fried Chicken
( marilah bersama kami)
Lokasi RFC yang akan dibuka.
1. Cawangan Alor Setar (Feb )
2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)
Kepada seluruh warga HPA ,selamat berjuang bagi merialisasikan janji kita bersama.
"Ya Allah bantulah kami "Amin.
Dihantar JawiHerbShop Pada 19 JANUARY 2009(ISNIN)
Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7feb.
Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2.Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia.Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan.Rasakanlah "hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah" kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir.Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan.HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan "Pasar Ansor" untuk umat ini.Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Syahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA .Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut.Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD .Insyalah ,saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.
Dihantar JawiHerbShop Pada Monday, January 19, 2009
Boikot
Sampai hari ini kemarahan umat Islam kepada regim zionis Yahudi laknatullah membuak-buak dan lantaran kekejaman yang dilakukan tidak layak mereka di panggil manusia.Kejahatan dan primitif mereka mengalahkan haiwan di rimba atau manusia yang hidup dizaman batu.Suara laungan dari dunia bagaikan tepuk sorak kepada mereka untuk terus bermain bunga api di Genting Gaza .Rakyat Malaysia yang perihatin menyuarakan pandangan agar tindakan memboikot ekonomi Yahudi dan produk Amerika di teruskan walaupun KFC dan MILO terus mengencarkan serangan iklan di media elotronik.Boikot produk Amerika nampaknya masih belum memberikan kesan malah dicelah-celah itu pula muncul suara yang mengujudkan keraguan tentang nasib pekerja-pekerja jika penigaan yahudi ini ditutup.Bagi saya kebangkitan ini perlu datang dari "institusi ulamak" kerana perubahan atau memboikot produk yahudi dan Amerika mestilah muncul dari keimanan kepada Allah dan Rasul.Jika datang dari keimanan kepada Allah dan Rasul ,dengan sendiri mereka yang telah bekerja disyarikat yahudi sanggup melepaskan jawatan demi sebuah perjuangan.Ulamak juga perlu tampil meniupkan ruh ummat yang sekian lama telah mati untuk berjuang kerana Ugama.Inilah medan untuk kita buktikan sejauh mana keimanan kepada Allah yang bersifat "Ar-Razaq" (pemberi rezeki).Ini juga mengingatkan kita tentang maksud ucapan Rasululah saw pada Bilal "Infaqlah wahai bilal sesunguhnya Allah ini memiliki arash yang meliputi langit dan bumi".Boikot tidak akan berjaya ditengah-tengah situasi "kelesuan ulamak dan kejahilan ummat."?umat yang sedang tidur tidak akan bertindak miskipun api kian membakar seluruh rumahnya selagi usaha mengejutkanya
0 pendapat:
Post a Comment
THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!