Namun, atas dasar dan matlamat yang satu, mencari redha Allah dan memenuhi tuntutan fardu kifayah, HPA terus mengorak langkah bersama barisan pemimpin yang setia. Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad memantapkan jentera pengrusan dan pentadbiran, manakala di kalangan ahli dan pengedar pula ditanam dengan semangat juang yang tinggi dan mantap. Berniaga sambil berjuang kerana Allah SWT.
Bagi memantapkan perjuangan dan ukhuwwah di kalangan pengedar, ditubuhkan kelab-kelab yang bernaung di bawah payung HPA. Maka lahirlah Kelab pemimpin Utara (KPU), Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) dan Kelab Pemimpin Timur (KPT). Tiga kelab ini merupakan tonggak kepada kekuatan rangkaian ahli yang berada di seluruh negara.
Antara yang terawal adalah KPU. Kelab ini dibangunkan sejak 2001 lagi. Pada waktu itu, ramai pemimpin-pemimpin besar lahir menganggotai HPA. Mereka datang dengan penuh semangat dan berdaya juang tinggi kerana pada waktu itu HPA baru saja mengorak langkah dalam dunia perniagaan secara MLM.
Namun perjuangan mereka bersama HPA tidak lama. Matlamat mereka tidak sama dengan matlamat HPA. Jiwa mereka tidak sama dengan jiwa HPA. Mereke ibarat tidur sebantal dengan HPA, tetapi mimpi lain-lain. Mereka datang kepada HPA dengan satu tujuan sahaja. Mereka lupa bahawa HPA lahir sebagai syarikat Islam yang menunaikan tanggungjawab fardu kifayah. Umat Islam perlu diselamatkan dengan menggunakan barangan halal lagi baik. Malangnya niat pemimpin-pemimpin ini jauh menyimpang dari hasrat sebenar HPA. Mereka mahukan bonus yang tinggi dan lumayan, sedangkan pada waktu itu jualan HPA tidaklah seberapa. Sebulan jualan HPA tidak sampai RM500,000 pun seluruh negara.
HPA dipertikaikan kerana gagal memenuhi tuntutan mereka yang mahukan bonus yang besar. Mereka pertikai habis-habisan apabila bonus mereka turun atau kalau naik pun tak banyak. Mereka pertikai produk HPA dan menganggap tidak berkualiti. Mereka mendesak HPA agar memenuhi tuntutan dan hasrat hati mereka. Mereka lupa bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Mereka juga sering mempertikaikan orang lain yang dianggap pesaing dalam dunia MLM.
Pada waktu itu bonus pemimpin-pemimpin ini agak lumayan juga jika dibandingkan dengan bonus pemimpin-pemimpin KPU yang lain seperti PJS Puan Sharifah, PJS Kak Norma, PJS Azizan, PJS Ustaz Zahir, PJS Cikgu Ismail, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah, PJS Sabri Ahmad, PJS Sabri Jaafar, PJS Mohd Khatib dan PJS Cikgu Razak.
HPA dipertikai dan dimaki hamun di sana sini. Dalam majlis atau mesyuarat rasmi, Pengarah Urusan sering menjadi sasaran. Mereka banyak komplain dan memaki hamun dan keluarkan kata-kata kasar dan kesat yang tidak sepatutnya dilakukan. Mereka ingin menjadi jaguh dan menganggap kononnya mereka adalah juara dan tahu segala-galanya selok belok berniaga. Akibat tekanan dalaman yang kuat dan rasa tidak puas hati, akhirnya mereka meninggalkan HPA.
Yang ada hanyalah mereka yang setia dalam meneruskan perjuangan ini. Nama-nama yang saya sebutkan tadi adalah antara mereka yang bersusah payah dalam HPA terutama di utara. Merekalah yang membentuk KPU dan mempertahankan HPA. Berjuang tanpa mengira penat lelah walaupun bonus tak seberapa. Ketika HPA dan Pengarah Urusan dicemuh, merekalah yang mempertahankannya. Ketika ramai lari meninggalkan HPA, mereka setia menunggu. Kenapa mereka jadi begitu? Semuanya adalah kerana perjuangan. Bukan kerana bonus lumayan. Ukhuwah di kalangan mereka cukup kuat. Tidak ada rasa tak puas hati sesama mereka. Untuk komplain dan memburukkan-burukkan HPA, jauh sekali. Mereka akur dan buat keputusan bersama. Mereka tidak lari dari majlis kalau mereka tidak puas hati dalam sesuatu perkara kerana sikap itu adalah pengaruh syaitan yang akan menjahanamkan HPA.
Mereka jarang, malah langsung tidak pernah mempertikaikan HPA dan Pengarah Urusan. Mereka tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista dalam setiap perjumpaan. Jika ada rasa tidak puas hati pun mereka akan pendam kerana mereka amat yakin bahawa HPA berada di landasan yang benar. Mungkin iblis dan syaitan yang meggerodak hati mereka untuk melawan dan mempertikai HPA.
Akibat kesungguhan dan semangat kekitaan dan kasih sayang yang kuat dipupuk dalam KPU, akhirnya HPA berjaya gah di utara. HPA makin berkembang. Mereka adalah PJS yang hidup dan berjuang dengan penuh kepayahan dan mempunyai semangat yang kuat membangunkan HPA. Akibat kesungguhan dan pengorbanan yang mereka tunjukkan, ditambah dengan kesabaran dan semangat juang HPA dan Pengarah Urusan, akhirnya HPA berkembang maju.
Pada hari ini lahir ramai pemimpin baru yang bernaung bersama HPA dan berpayung bersama KPU. Antara mereka ramai yang telah berjaya meraih pendapatan berganda. Namun ada segelintir mereka mungkin lupa bahawa lahirnya HPA hari ini adalah hasil perjuangan lama yang ditempuhi oleh pemimpin -pemimpin terdahulu.
Tidak ramai yang tahu kisah susah payah dahulu kerana zaman ini HPA sudah ada segala-galanya. HPA mampu memberikan bonus berganda sebagaimana diminta. Dulu jarang kita dengar kata-kata kesat dan komplain berganda dari pemimpin. Kini nampaknya sudah ada rona-rona dan warna-warna yang mahu kembalikan HPA ke zaman pemimpin-pemimpin durhaka. Pemimpin lama tidak mengharapkan sanjungan dan pujian. Tetapi cukuplah sekadar ingatan buat mereka bahawa "JANGAN JADIKAN WANG SEBAGAI ALAT UTAMA SEHINGGA LUPA DIRI, DAN LUPA BAHAWA HPA LAHIR DARI HASIL KERINGAT MEREKA TERDAHULU YANG BERJUANG DENGAN PENUH KEPAYAHAN"
Moga-moga ada yang akan menginsafi. Jika tidak lebih baik mengundur diri agar tidak menjadi VIRUS dalam sebuah bahtera yang suci.
Peringatan buat mereka yang MUDAH LUPA.
Ends....
Posted by HJ. ISMAIL OTHMAN
1 pendapat:
Terima kasih berkongsi pengalaman.Catatan ini amat bermakna untuk direnungi dan dijadikan kekuatan terutama kepada saya yang baru dipersada perjuangan bersama HPA.
Post a Comment
THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!