Setiap kali muncul tarikh 12 Rabi’ Al-Awwal.Berpusu-pusu umat Islam memakai pakaian yang cantik lagi indah kemudian berarak memenuhi jalan-jalan, semuanya diatasnamakan dengan mencintai Rasul.Sayangnya,semangat cinta rasul ini hanya berkekalan sehari,atau dua hari sahaja selepas sambutan “Mawlid Al-Rasul “ ini.
Justeru ingin sekali penulis mengajak para pembaca untuk mencintai dan menyayangi Rasulullah dengan cara yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul-Nya,semoga ia akan melahirkan rasa cinta yang berkekalan kepada Junjungan Besar Muhammad shallallahu ‘alayhi wa sallam.Iaitulah dengan mengikuti sunnah Baginda Shallallahu ‘Alayhi Wa Sallam
Renungkan sejenak,apakah ISLAM kita hari ini,ISLAM sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W? Apakah kita peka dengan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W?Maka marilah kita bersama-sama bermuhasabah.
Sunnah,didefinisikan sebagai segala macam perbuatan(fi’il),perkataan(qaul) dan pengakuan (taqrir) Rasulullah S.A.W.Secara umumnya Hadith dan Sunnah adalah sama,namun hadith lebih menjurus kepada periwayatan dan pengumpulan ucapan-ucapan Rasulullah S.A.W dalam bentuk teks.
Sebahagian ulama’ telah membahagikan sunnah kepada dua,iaitu:
1)Sunnah ‘Amaliah
2)Sunnah Tarkiyyah
a)Sunnah ‘AmaliyahSunnah ‘amaliyah ialah segala macam perbuatan Nabi S.A.W yang dianjurkan kita mencontohi dan mengikutinya.Adapun hukum mengikuti Sunnah ‘Amaliyah adalah WAJIB sekiranya ia diambil dari nash-nash yang padanya terdapat perintah(‘amr) yang terang dan jelas.Contohnya,menyimpan janggut,solat secara berjemaah,dan sebagainya.
Adapun anjuran-anjuran Rasulullah S.A.W yang tidak didatangkan dalam bentuk perintah (‘amr) maka ia dihukumkan oleh fuqaha’ sebagai sunnah (sunat),sebagai contoh Solat Nafilah,Membaca Al-Qur’an dan sebagainya.
b)Sunnah Tarkiyyah
Manakala Sunnah Tarkiyyah pula bermaksud apa sahaja yang ditinggalkan (tidak dilakukan)oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Baginda tidak pernah menyuruh atau menggalakkannya. Dengan perkataan lain, jika melakukan amalan (keagamaan) yang dilakukan oleh Nabi itu dilihat sebagai mengikut Sunnah, maka tidak melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi itu juga dilihat sebagai mengikut Sunnah.
Sabda Nabi S.A.W:
من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Maksudnya: “Antara ciri keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya”
Segala bentuk amalan keagamaan yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya sebagai ikutan bagi umatnya. Tetapi bila sesuatu amalan itu tidak dilakukan oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia menunjukkan bahawa amalan tersebut tidak perlu, dan meninggalkan perkara yang tidak perlu itu dilihat sebagai mengikut Sunnah, manakala melakukannya pula dilihat sebagai tidak mengikut Sunnah. adalah termasuk dalam jenis perkara yang tidak diperlukan oleh seseorang muslim, kerana jika ia perlu nescaya Baginda
Antara contoh Sunnah tarkiyyah yang telah sedia dihayati oleh umat Islam ialah tidak mendahulukan khutbah ke atas solat hari raya, tidak melaungkan azan dan iqamah untuk solat Hari Raya, solat al-istisqa’ dan solat jenazah, tidak melakukan solat sunat rawatib secara berjamaah dan tidak berdoa secara berjamaah sebelum solat fardu. Umat Islam tidak melakukan semua perkara itu kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah melakukannya. Justeru, prinsip ikutan terhadap Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah sama ada dengan melakukan apa yang Baginda lakukan (dalam perkara keagamaan) atau meninggalkan (tidak melakukan) apa yang Baginda tinggalkan.
Mengapa kita perlu menghayati dan mengamalkan sunnah?
Firman ALLAH S.A.W :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Surah al-Ahzab,ayat 21)
Dalam ayat ini ALLAH Tabaraka wa Ta’ala telah memerintahkan agar kita mengambil amalan agama kita daripada Rasulullah S.A.W,dan bukannya memandai-mandai dalam urusan agama.Selain itu,sunnah juga merupakan sumber hukum yang kedua dalam Islam.
Dalilnya Rasulullah S.A.W bersabda:
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما، كتاب الله وسنتي
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku”-(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta’ No 1727.)Sabda Nabi lagi,
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد
Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ia adalah tertolak”(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih Muslim, No 1718)
Selain itu ALLAH S.WT juga menjanjikan kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.
Firman ALLAH S.W.T:
وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُّؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا
Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.
Firman ALLAH lagi,
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam kedua-dua ayat Qur’an telah dijanjikan ganjaran yang besar,berupa keampunan dan kasih sayang ALLAH S.W.T,inilah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Metod/Cara Mengamal dan Mengaplikasi Sunnah dalam Kehidupan.
Seringkali dalam kalangan masyarakat kita,berlaku kekeliruan dalam mengikuti sunnah,akibatnya berlakulah kejanggalan dan rasa ragu-ragu terhadap perkara-perkara sunnah.
Dalam mengamalkan sunnah terdapat dua cara iaitu:
1) Ittiba’ Suri
2) Ittiba’ Hakiki
a)Ittiba’ Suri
Ittiba’ Suri bermaksud mengikuti sesuatu sunnah secara total atau keseluruhan tanpa membuat penambahbaikan atau perubahan terhadap sunnah tersebut.Misalnya,kaifiyat ibadah,cara berpakaian,adab-adab dalam kehidupan dan sebagainya.Ittiba’ hakiki berlaku pada sunnah-sunnah yang dinamakan sebagai Sunnah Tasyri’iyyah iaitu Sunnah yang disyari’atkan(Yang dijadikan dasar dalam penetapan syari’at)Kedua-dua sunnah ‘Amaliyyah dan Tarkiyyah adalah termasuk dalam Sunnah Tasyri’iyyah.
b)Ittiba Hakiki
Ittiba’ Hakiki pula bermaksud mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu sunnah sesuai degan peredaran zaman.Ini berlaku pada sunnah Ghayr Tasyri’iyyah, iaitu sunnah-sunnah yang dilakukan oleh Baginda Rasul S.A.W sesuai dengan zaman baginda,serta adat resam bangsa ‘Arab ketika itu.Justeru cara terbaik utnuk menghadapi sunnah Ghayr Tasyri’iyyah ini adalah dengan melakukannya bersesuaian dengan Maqasid(Objektif) yang ingin dicapai dengan perlakuan sunnah tersebutMisalnya menggantikan kayu Arak dengan berus gigi untuk bersugi bagi mencapai maksud membersihkan mulut dn menghilangkan bau mulut,menaiki kereta bagi menggantikan unta dengan maksud mempercepatkan perjalanan, dan sebagainya.
Kegagalan memahami kedua-dua metod ini telah menyebabkan ada pihak yang mengamalkan sunnah dengan cara yang boleh mendatangkan fitnah dari masyarakat.Terdapat segelintir masyarakat hari ini yang berkeras kepala dalam mengamalkan sunnah –sunnah dengan mengabaikan dua kaedah ini.Antaranya ialah:
1)Enggan memberus gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi,dengan alasan kayu arak lebih aula’ dan sunnah.Hakikatnya,sama sahaja penggunaan kedua-dua alat tersebut,iaitu bertujan bagi mewangikan dan membersihkan mulut.
2)Kes pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban,wal hal serban merupakan sunnah Ghayr Tasyri’iyyah yang lebih bersifat kepada keadaan baginda di tanah airnya yang panas,.
Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibenarkan bagi kita meninggalkannya.
Kesimpulannya,kita haruslah memahami konsep ittiba’ Suri dan Ittiba’ Hakiki,serat dapat mengenal pasti sunnah-sunnah yang bersifat ‘Amaliyyah dan Tarkiyyah dalam mengamalkan sunnah.Kita juga perlu mempelajari dan mengamalkan sunnah Rasul,sebagagi isyarat bahawa kita mencintai Baginda dan apabila kita telah ada rasa cinta kepada Rasul,maka kita juga akan rasa cinta kepada ALLAH.Semoga dengan adanya penjelasan tentang sunnah ini,kita akan lebih bersemangat untuk mempertahan dan mengamalkan sunnah.
***Penulis mengharapkan maklumbalas terhadap tulisan penulis.Penulis boleh dihubungi melalui muhammady7@al-fikrah.net
0 pendapat:
Post a Comment
THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!