HPA "Harapan Paling Akhir", itulah ungkapan Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad dalam satu perjumpaan dengan semua PJS seluruh negara yang diadakan pada awal tahun lalu. Harapan itu bukan sahaja terhadap perjuangan mengeluarkan barangan halal lagi baik untuk kegunaan umat Islam, malah ia juga ada kaitan dengan sumber pendapatan yang barakah untuk meneruskan kesinambungan hidup.
Hari ini, dunia mengalami kegawatan ekonomi yang cukup dahsyat. Penurunan nila mata wang antarabangsa mempengaruhi kadar keluaran negara-negara pengeksport. Negara kita juga tidak terlepas dari mala petaka ini. Ramai yang diberhentikan kerja. Dianggarkan menjelang pertengahan JUN 2009, hampir 2 juta lagi rakyat negara ini akan hilang pekerjaan.
Kemelut yang melanda ini bukanlah merupakan mala petaka baru. Tahun 1980an dulu juga kita pernah mengalami nasib yang sama. Namun cara berfikir dan bertindak masyarakat masih tidak berubah. Menganggur bermaksud tidak bekerja dengan kerajaan atau sesebuah syarikat. Itulah minda Melayu dari dulu sampai kini, masih tidak berubah. Tidak ramai yang mahu bekerja sendiri dan mengambil peluang yang ada di depan mata.
HPA adalah harapan baru kepada kemelut yang melanda. HPA menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang memahami perjuangan HPA dan benar-benar memerlukan sumber kewangan. Hari ini segala-galanya perlukan wang, walaupun wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Oleh itu rebutlah peluang ini untuk masa depan yang lebih gemilang. Bergabung dengan HPA hanya memerlukan yuran keahlian RM30 sekali seumur hidup.
Yakinlah bahawa HPA merupakan wadah benar dan betul dalam merealisasikan impian anda...
Ends......
ღjangan bersedih...ღ
✿be my important persons...✿
.::♥ SYURGA CINTA ♥::.
ღkalamku...ღ
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pendapat:
Post a Comment
THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!