ღjangan bersedih...ღ

✿be my important persons...✿

.::♥ SYURGA CINTA ♥::.

"♥"Allahumma ar Zuknaa Hubbak, Wa hubba Man Yuhibbuk, Wa Hubba ‘Amalin Solihin Yukorribuna ila Hubbik." Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang orang yang menyintaiMu, dan cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu. Jodoh dari Allah… masuk meminang dan langsung bernikah,cinta berputik selepasnya,maka itulah SYURGA CINTA "

ღkalamku...ღ

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

(◠‿◠) (◕‿◕ ''')


Thursday, January 15, 2009

♥UnTuK mU pArA MusLimAH♥


SUSAHKAH JADI WANITA MUSLIMAH?~♥♥~


Jadi wanita muslimah katanya susah. Idea ini dibawa oleh dikalangan kaum liberal sekarang. Dengan sombong mereka mengatakan islam bersikap diskriminasi terhadap wanita.Jadi wanita muslimah yang taat memang susah. Mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak munasabah:

-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki.
-Kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki.
-Wanita harus taat suami, tapi suami tidak harus taat pada isteri, talak pun terletak di tangan suami.
-Untuk keluar rumah seorang wanita perlu izin suaminya, tapi tidak untuk sebaliknya.
-Wanita dibebani tugas mengandung dan melahirkan anak.kaum wanita berkurang hak beribadahnya karena mengalami haid dan nifas, tidak untuk lelaki.

Suara-suara mereka seolah-olah tidak mempercayai bahawa islamlah yang memuliakan mereka. Dengan pelbagai slogan seperti “BEBASKAN WANITA” seakan-akan merekalah hak perjuangan wanita. Mereka seperti lupa, siapakah yang menciptakan mereka ?
Benarkah alasan-alasan mereka membela hak kaum hawa itu benar ? Mereka seperti melawan ayat yang mulia dari Allah s.w.t. Disini saya akan kemukakan beberapa perkara bahawa islamlah yang memuliakan dan mengangkat mereka lebih daripada kaum lelaki:

-Benda yang indah dan mahal harganya bukankah akan selalu dijaga dan disimpan di tempat yang selamat seperti emas atau intan permata.Manusia menyimpan wangnya di dalam dompet kerana ada nilai pada kertas tersebut. Begitu jugalah wanita. Nilai seorang wanita itu adalah sangatlah tinggi.

-Sebab itu wanita perlu dijaga dan wanita juga perlu taat pada perintah suami bukan kerana dia lelaki tapi kerana dia adalah ketua dalam rumah tangga. Apakah seorang pekerja mempunyai kekuasaan melebihi pengurus syarikat tersebut? Suami yang laki-laki itu harus memperhatikan ketaatannya pada ibu tiga kali lebih dibanding pada ayahnya. Bukankah ibu itu seorang wanita? Jika ayah dan ibu berbeza dalam sesuatu masalah iaitu dalam perkara yang mubah (harus) anak lelaki harus mendukung pendirian ibunya.

-Wanita menerima warisan kurang dari lelaki. Harta wanita itu akan menjadi milik pribadinya,tidak ada kewajiban sedikit pun untuk diberikan kepada suami. Sementara lelaki yang menerima warisan lebih banyak, setelah menikah, harus membelanjakannya untuk isteri dan anak-anaknya.

-Wanita perlu bersusah payah untuk mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi. Jika ia meninggal dalam melahirkan anak, matinya adalah mati syahid.

-Wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya. Rasulullah bersabda:
"Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki." (Hadits Riwayat Thabrani)
Seorang lelaki muslim perlu berjihad fisabilillah untuk mendapatkan pahala jihad. Berbeza dengan wanita, cukup dengan taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, tanpa susah-susah mengangkat senjata akan menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah.

-Lelaki ada kuasa talak sahaja tetapi wanita mempunyai banyak hak untuk membubarkan perkahwinan jika suami tidak menunaikan tanggungjawabnya atau melakukan mudarat pada isteri seperti dalam pandangan mazhab Maliki jika suami balik rumah dengan muka masam lalu isteri kecil hati ,maka ia boleh mengadu kepada qadi untuk memfakhsahkan perkahwinannya. Tetapi yang lebih tepat adalah mudarat seperti suami gagal tunai nafkah batin, mati pucuk, pukul isteri tidak mengikut syariat, melupuskan harta isteri, berkawan dengan permpuan jahat, melarang isteri menggunakan hak-haknya dan pelbagai lagi[1].

Berdasarkan satu hadith yang menyebut:

· إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك


Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah.

Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

· إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك


Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"

Imam An-Nawawi pula berkata :-

· الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة


Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan" [2]
Begitu besar kasih sayang Allah s.w.t kepada kaum wanita. Malah banyak lagi kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada wanita berbanding lelaki. Maka janganlah wanita-wanita memahami islam ini dalam skop yang sempit yang akhirnya akan mencemarkan imej islam itu sendiri.

Rujukan:
1) Kuliah Dr. Juanda Jaya
2) http://zaharuddin.net “Aurat Wanita Lebih : Adilkah ?”

http://fakhrumobile.blogspot.com



0 pendapat:

Post a Comment

THANKS FOR YOUR COMMENT
:-)
MAY ALLAH BLESS US
DO COME AGAIN!

 

✿ MiSs♥WaFa ✿ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice